Você está na página 1de 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG 2

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG 2

PROJEK INTERNSHIP

PISMP PENDIDIKAN KHAS (MP) AMBILAN JANUARI 2014

INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS KOTA BHARU


1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru
permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai
projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di
luar bilik darjah.

Pertandingan mewarna bertemakan Kemerdekaan merupakan salah satu


medium bagi para guru untuk memberi kesedaran dan menanam semangat
patriotisme dalam kalangan murid-murid sempena bulan Kemerdekaan ini.
Pertandingan mewarna ini turut memberi peluang kepada murid-murid untuk
meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar mereka menjadi lebih baik.
Pertandingan ini akan diadakan secara mini dan tertutup sempena minggu bulan
kemerdekaan bagi tahun 4 Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2.

2.0 MATLAMAT PROGRAM

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan Kemerdekaan bagi


memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara di samping mencungkil bakat
terpendam murid-murid tahun 4 dalam bidang seni. Selain itu, guru dapat mengenal
pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik Sekolah Kebangsaan di
peringkat yang lebih tinggi misalnya pertandingan yang dianjurkan antara sekolah
dan daerah.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Menanam semangat patriotisme dan rasa kesyukuran dalam jiwa murid.
3.2 Mengenalpasti murid yang mempunyai bakat dalam bidang seni (mewarna)
dan mengetengahkan bakat mereka.
3.3 Meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar murid-murid menjadi lebih
baik.
3.4 Mendedahkan cara pengurusan sesuatu program berunsur akademik kepada
guru pelatih
4.0 KUMPULAN SASARAN DAN PENGLIBATAN
i. Murid tahun 4 ( )

5.0 TEMPAT.
Kelas tahun 4

6.0 TARIKH/ HARI:


.8.2017/

7.0 MASA.
0800 pagi - 1000 pagi.

8.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN.


8.1 Hadiah para pemenangan.

BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH


HARGA(RM)
1 Hadiah Pertama 15.00 1 15.00
2 Hadiah Kedua 10.00 1 10.00
3 Hadiah Ketiga 8.00 1 8.00
4 Hadiah Saguhati 5.00 1 5.00
5 Hadiah Saguhati 5.00 1 5.00

JUMLAH RM 43.00

9.0 JADUAL PELAKSANAAN

Masa Aktiviti
7.45 pagi Berkumpul di kelas PPKI
8.00 pagi Taklimat aktiviti mewarna pengagihan
murid mengikut kumpulan
8.30 pagi Pertandingan mewarna dimulakan
11.00 pagi Penyampaian hadiah
12.00 tengahari Makan tengahari
1.30 petang Bersurai

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN MEWARNA

Penasihat :

Pengerusi :

Setiausaha :

Bendahari :

Ahli Jawatankuasa :

i. AJK Hakim & Penilai :


ii. AJK Hadiah :

10. PENUTUP

Diharapkan program Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan ini


dapat dijayakan dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat khususnya
memberi kesedaran cinta akan negara. Semoga segala pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman yang ditimba semasa berlangsungnya program ini dapat
meningkatkan kemahiran mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi dengan baik
dan berkesan sekali gus dapat mempraktikkan kemahiran ini apabila berkhidmat di
sekolah kelak.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

. .
() ()
Setiausaha, Guru Besar
Pertandingan Mewarna SK Padang Garong 2.
Sempena Bulan Kemerdekaan ,
SK Padang Garong 2.
LAMPIRAN 1

SYARATSYARAT PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN


KEMERDEKAAN.

1. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahun 4


2. Setiap peserta diberi masa 1 jam.
3. Peralatan mewarna adalah disediakan oleh peserta sendiri.
4. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

ASPEK YANG DINILAI

1. Kualiti produk mewarna secara keseluruhan - 20%


2. Kreativiti - 45%
3. Kebersihan dan kekemasan - 20%
4. Ketepatan warna yang digunakan - 15%

HADIAH

Hadiah Pertama - Hamper (RM 15.00)


Hadiah Kedua - Hamper (RM 12.00)
Hadiah Ketiga - Hamper (RM 10.00)
2Hadiah Saguhati - Hamper (RM 5.00)
LAMPIRAN 2

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN MEWARNA

NAMA MURID :

TAHAP :

KELAS :

BILANGAN ASPEK PENILAIAN

KATEGORI MARKAH
1. Kualiti produk mewarna secara
(20 MARKAH)
keseluruhan

2. Kreativiti (45 MARKAH)

3. Kebersihan dan kekemasan (20 MARKAH)

4. Ketepatan warna yang digunakan


(15 MARKAH)

JUMLAH ( / 100)

DISEMAK OLEH:

______________________

( )

Panel Hakim Pertandingan.


LAMPIRAN 3

Gambar Kategori Tahap 2

Gambar Kategori Tahap 1

Você também pode gostar