Você está na página 1de 23

1.

0 Pengenalan

Perkembangan arus globalisasi telah menjadikan profesion keguruan turut


mengalami perubahan. Semakin hari bidang keguruan menjadi semakin mencabar.
Pada era ini tugasan sebagai seorang guru bukan sahaja terhad kepada mengajar
dan mendidik sahaja namun bidang tugas sebagai seorang guru semakin meluas
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Profesion keguruan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan sosial yang


mencabar dan sering kali menjadi tumpuan media massa dan juga masyarakat yang
memberi tanggapan dan dakwaan yang kurang menyenangkan mengenai profesion
ini. Daripada kaca mata sesetengah pihak, sekolah diibaratkan sebagai sebuah
organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas yang ada kalanya bentuk
tugasan ini sebagai bukan satu tugasan yang terancang tetapi sesuatu yang tidak
terduga. Hal ini akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang selama ini
sentiasa dipandang tinggi dan mulia akan terjejas.

Selain itu, bidang keguruan tidak pernah sunyi daripada isu-isu yang
melibatkan warga guru itu sendiri. Malahan bidang ini juga dilihat sebagai pilihan
terakhir bagi sesetengah orang. Sehingga terdapat graduan yang ditanya tentang
pemilihan kerjaya mereka, ramai yang memberikan jawapan yang hampir sama iaitu
bidang keguruan adalah pilihan terakhir yang akan dipilih oleh mereka bagi
mengelakkan diri daripada menganggur. Bidang keguruan sering dilihat oleh
masyarakat sebagai profesion kelas pertengahan yang telah jauh ditinggalkan oleh
profesion-profesion yang lain seperti kedoktoran, perundangan, kejuruteraan
mahupun bidang perakaunan.

Masyarakat menganggap tugasan sebagai seorang guru bukanlah suatu


tugasan yang sukar, dan mereka percaya bahawa sesiapa sahaja boleh
menggantikan tugasa seorang guru. Mereka berpendapat tugas sebagai guru
hanyalah masuk ke kelas, dan menyampaikan ilmu kepada murid. Namun realitinya
tugasan bukalah seperti yang mereka anggapkan. Guru perlu mengawal tingkah laku
murid yang mempunyai ragam yang berbeza, selain mereka perlu menyampaikan isi
pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman murid.

Di samping itu terdapat juga pendapat yang beranggapan bahawa bidang


tugas guru tertumpu kepada bidang perkeranian seperti menaip dan mengisi borang
yang berkaitan dengan maklumat murid. Bebanan kerja ini sekiranya tidak diuruskan
dengan baik oleh guru akan mengakibatkan guru-guru menghadapi tekanan kerja
yang akhirnya memberi kesan yang buruk kepada guru, murid-murid dan juga pihak
sekolah. Oleh itu, semua pihak harus membuka mata bagi melihat profesion
perguruan bukanlah satu pilihan terakhir yang terpaksa dipilih bagi mengelakkan diri
daripada menganggur.

Guru merupakan individu yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada


murid-murid di sekolah. Bagi memastikan murid-murid mendapatkan ilmu yang perlu
mereka kuasai, guru-guru perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-
kemahiran, kaedah serta teknik-teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap
murid-murid mereka agar murid-murid mampu mengembangkan kebolehan yang
terpendam di dalam diri mereka. Oleh itu, dari semasa ke semasa guru perlu
meningkatkan profesionalisme diri masing-masing.

Guru perlu mengamalkan sikap profesional dalam profesion mereka. Sebagai


seorang yang profesional, mereka harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat
dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tigkah lakiu dan sikap
yang elok, bersabar, baik hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa
keadaan sekalipun. Oleh itu, guru perlulah mengaplikasikan kualiti kecerdasan dan
sahsiah guru yang telah dipelajari semasa berada di Institut pendidikan guru agar
mereka mampu menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Hal ini turut
mengandungi kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sidat psikologi kanak-
kanak serta teori penyampaian pelajaran.

Sebagai ibu bapa kedua kepada murid di sekolah, segala nilai dan tingkah laku
guru menjadi contoh teladan kepada anak didiknya kerana segala tingkah laku guru
sentiasa diperhatikan oleh murid-murid dan secara tidak langsung tingkah laku positif
ini akan diterapkan ke dalam diri murid-murid. Sekiranya guru gagal mempamerkan
nilai-nilai serta sahsiah yang positif sudah pasti murid-murid akan mengikut
perlakuan yang dipamerkan oleh guru.

Guru berperanan sebagai insan yang menyampaikan ilmu pengetahuan


kepada murid-murid di sekolah, bertanggungjawab mengurus kelas serta tingkah
laku murid-murid. Tambahan pula, guru telah diamanahkan dengan peranan dan
akauntabiliti yang sememangnya memberi impak yang besar yang mendalam
kepada diri guru dan juga murid. Sekolah merupakan sebuah institusi yang
membentuk manusia menjadi insan yang berguna sama ada dari segi akademik,
jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Peranan dan tanggungjawab yang digalas
oleh guru semakin hari semakin sukar dan mencabar seiring dengan kehendak
kerajaan dan masyarakat yang sentiasa berubah-ubah sesuai dengan peredaran
semasa. Hal ini turut menyebabkan profesion keguruan turut mengalami perubahan
yang sama.

2.0 Jelaskan konsep profesion, profesional dan profesionalisme, etika,


akauntabiliti dan kesantunan profesionalisme keguruan.
2.1 Konsep Profesion

Pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Dengan kata lain,
profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran
intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyarakat,
menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi
tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan
pendidikan (Lieberman 1956). Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu
bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta
kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas (contohnya : perundangan, perubatan,
perguruan dan lain-lain). Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996)
merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai: Suatu pekerjaan
yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan
iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan
bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang
ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada
pekerjaan (vocation) daripada profesion (Awang Had Salleh 1980). Nilaitara-
nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi
supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan
nilaitara perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha
memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.

Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam
perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru
mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan.
Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau
tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran
yang hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara
penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang
disampaikan olehnya. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik
dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku
dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang.
Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang
membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan.
Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi
kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah,
guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat.
Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan
pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada
murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan
seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.

2.2 Konsep Profesional

Profesional bermaksud ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam


suatu profesion. Menurut Omstein dan Levine (1993), terdapat 4 ciri dalam suatu
profesion:

Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam.


Kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu.
Adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli.
Kebenaran diberi kepada profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan


bahawa guru yang profesional haruslah berilmu, berkemahiran dan berketerampilan
dalam pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi dalam pengajaran dan
pembelajaran, dan mempunyai sahsiah yang baik dan boleh diteladani pelajar.

Abdullah Shukor (1998) menyarankan ciri-ciri guru yang berkesan yang


selaras dengan amalan profesional guru termasuklah:

Bersikap profesional
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
Kaya dengan ilmu
Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja
Bermoral teguh
Berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran
2.3 Konsep Profesionalisme

Profesionalisme ialah satu set ciri, pengetahuan, kepakaran, sikap dan nilai
dalam sesuatu profesion. Sifat dedikasi terhadap kerja dan tidak mementingkan diri
sendiri juga menunjukkan ciri profesioanalisme. Menurut Sufiah Hussein dalam Esah
Sulaiman (2003), menakrifkan sebagai satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi
pekerjaan seseorang dalam mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan
kebertanggungjawaban.

Menurut Hedderdof dalam Esah Sulaiman (2003) pula, profesionalisme


bermaksud satu nilai yang murni jika individu itu mengamalkan tanggungjawanya
dengan penuh dedikasi dan tidka mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan.
Pelaksanaan tugas dengan bersungguh-sungguh dan tidak terlalu berkira dalam
menjalankan tugas. Bagi profesion perguruan, seorang pengetua/guru besar perlu
berusaha meningkatkan profesionalismenya dari semasa ke semasa dan sentiasa
memberi khidmat yang terbaik.

Menurut Lieberman (Sufiah Hussein, 1996) dalam Esah Sulaiman (2003), ciri
sesuatu profesion itu ialah perkhidmatan yang diberikan adalah unik dan penting
serta mempunyai matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Menurutnya
lagi, semasa menjalankan tugas, banyak keupayaan dan kebolehan intelek
digunakan.

Menurut Parkay (1990) dalam Esah Sulaiman (2003), ahli profesional


mempraktikkan pekerjaan mereka dengan darjah autonomi yang tinggi. Mereka tidak
diselia dalam menjalankan tugas, sebaliknya bertanggungjawab menjalankan tugas,
menyelia diri sendiri, dedikasi ke arah menyediakan perkhidmatan dan mempunyai
banyak peluang membuat keputusan tentang pekerjaan mereka. Ini disebabkan ahli
profesional dibenarkan mengisytiharkan monopoli pengetahuan dan perkhidmatan
yang penting.

Menurut Intan, 1995 dalam Esah Sulaiman (2003), profesioanalisme juga dilihat
dari segi mengutamakan mutu perkhidmatan, dedikasi terhadap pekerjaan dan tidak
mementingkan pendapatan atau ganjaran. Sesuatu tugas yang dilaksanakan bukan
bertujuan bagi mendapatkan pendapatan yang lumayan tetapi hendaklah
memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, serta bermatlamtkan sumbangan
untuk masyarakat dan negara.
Seseorang profesional hendaklah menjadi ahli kepada sesuatu organisasi yang
berkuasa menentukan nilai tara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan
dan penyingkiran ahlinya. Selain itu, ahli sesuatu profesion hendaklah mematuhi kod
etika yang ditentukan oelh organisasi profesion yang terlibat. Dengan ini, semua ahli
profesion hendaklah bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan
yang diambil.

Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, profesionlisme bermaksud ciri-ciri kualiti


bagi sesuatu profesion memerlukan semua ahlinya menjalani latihan, dedikasi
menjalankan tugas, mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas,
menggunakan keupayaan intelek, menganggotai organisasi profesional dan
mematuhi etika profesion.

2.4 Konsep Etika


Istilah etika berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermaksud
perwatakan atau keperibadian. Mengikut pegertian Kamus Dewan (1995), etika
bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.
Pengertian dari sudut Islam pula menyatakan etika adalah akhlak. Manakala dalam
konteks pekerjaan, merujuk kepada tingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap
amanah yang dituntut oleh syarak.

Menurut sarjana barat, J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai


disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta
menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukuan seseoang.
Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese, etika dikatakan sebagai kegiatan aktiviti
praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan
kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dari
sudut pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk kepada pengajian moral yang
bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.

2.5 Konsep Akauntabiliti


Akauntabiliti bermaksud sesuatu kerja, tugas, janji dan lain-lain yang mesti
dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Seseorang penjawat awam yang telah
diberi tanggungjawab untuk melakukan sesuatu tugas bermaksud beliau telah
diamanahkan melaksanakan tugas tersebut. Oleh itu, mereka harus mempunyai rasa
tanggungjawab kepada dirinya sendiri dan kepada Tuhan. Setiap guru dikehendaki
melaksanakan tugasnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat dengan
cemerlang dan menghasilkan kerja secara optimum. Menurut akauntabiliti guru
terdapat beberapa bidang yang dapat dijelaskan seperti berikut:-
1. Bidang Pekerjaan:
Terdapat banyak bidang pekerjaan di Malaysia. Sebagai contoh, seorang
pendidik (guru) bertanggungjawab terhadap pekerjaannya iaitu akauntabiliti terhadap
kurikulum yang dia ditugaskan untuk melaksanakannya. Oleh itu, guru harus
memahami kurikulum sekolah secara mendalam supaya dapat melaksanaknnya
dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Pendek kata, pengajaran murid
mengikut kurikulum yang ditugaskan adalah salah satu akauntabiliti guru terhadap
bidang pekerjaannya.

2. Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga
bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentaadbiraan sekolah.
Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap
perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain mengajar di dalam
kelas, guru juga dikehendaki menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai
guru disiplin, kaunselor, setiausaha peperiksaan, pengurusi skim pinjaman buku teks
dan jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

3. Tingkah Laku
Tingkah laku guru adalah contoh kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah
mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid
untuk dicontohi. Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas,
berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin
dan mempunyai sikap terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Pendek kata, guru
haruslah berkelakuan seperti guru, berpakaian seperti guru, berjalan seperti guru
dan bertutur seperti guru.

4. Murid
Sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya
terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga
meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Ini meliputi berbagai-bagai aspek
perkembangan dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani supaya murid-murid
menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi , hormonis dan seimbang.
Oleh itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap tahap pencapaian, kemajuan serta
kelakuan murid-murid yang diajarnnya.

5. Profesion
Sebagai seorang profesional, guru menpunyai akuantabiliti terhadap
profesionnya. Oleh itu guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion
keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar
murid dengan cekap dan dedikasi supaya setiap murid yang diajarnya akan berjaya
mencapai keputusan akedemik yang cemerlang. Dalam hal ini guru hendaklah
sentiasa berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajar cekap dan sempurna. Ini
merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap
profesionalisme keguruan.
Sebagaimana profesion-profesion yang lain, guru haruslah menjalankan
tugas dan tanggungjawab mereka mengikut hasrat sekolah, murid, ibu bapa,
masyarakat dan negara
Adalah diharapkan, kaum guru dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh
dedikasi supaya mutu perkhidmatan mereka selaras dengan akauntabiliti mereka
terhadap bidang, sekolah, tingkahlaku murid dan profesion keguruan. Berikutan ialah
huraian-huraian ringkas mengenai akauntabiliti guru terhadap negara, pendidikan,
pelajar dan ibu bapa serta diri.

Akauntabiliti guru terhadap negara


Menjalankan tugas menyebarkan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun
Negara dengan jelas.
1 Memupuk nilai dan sikap yang murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang
bangsa dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna.
2 Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan mengambil
bahagian secara tegas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
3 Mengerat persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dikalangan guru dan
ibu bapa murid .
4 Memberi sumbangan secara sekarela kepada negara.
5 Bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial demi
mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan


1. Membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan mata-mata pelajaran
yang diajar.
2 Memahami selengkap-lengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar.
3 Menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan
untuk meningkat prestasi dalam aktiviti pengajaran.
4 Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya
mencapai okbektif pelajaran secara maksimum.
5 Mengajar dengan fakta yang betul supaya murid dapat belajar dengan tepat dan
menerima ilmu pengetahuan yang betul.

Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar Dan Ibu bapa


1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah
menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan cara berkesan.
2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan,dan keselamatan murid-murid daripada
hal-hal lain.
3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor Jasmani,
mental, emosi, politik ,ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta
hadiah atau bayaran .
5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas , berbudi bahasa
dan bersopan santun semasa bertugas.

Akauntabiliti Guru Terhadap Diri


1. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan
sempurna.
2. Mengawal emosi sendiri supaya mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa .
3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijak supaya pendapatan adalah
seimbang dengan perbelanjaan harian.
4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini
termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.
5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa
yang berlaku disekeliling melalui surat khabar serta radio dan televisyen .
6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanafaat dengan tujuan
mengisi masa lapang secara berfaedah.

2.5 Kesantunan Guru


Kesantunan guru bermaksud tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam
masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati
bersama oleh sesuatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut
sekali gus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. Oleh yang
demikian, usaha membentuk kesantunan dalam kalangan murid bermula dengan
kesantunan yang dipamerkan oleh guru iru terlebih dahulu.
Berdasarkan pengertian di atas, kesantunan guru dapat dilihat dari pelbagai segi
dalam pergaulan dan perhubungan antara guru dengan murid, guru dengan rakan
sejawat, guru dengan pihak pengurusan sekolah dan perhubungan guru dengan
masyarakat setempat.
Berdasarkan perkembangan semasa dalam profesional keguruan, kesantunan
dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:

i. Kesantunan berpakaian
ii. Kesantunan tingkah laku
iii.Kesantunan berbahasa

Dalam kesantuan berpakaian, beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh guru.
Kesantunan berpakaian merujuk kepada jenis pakaian yang digunakan, fesyen
pakaian dan juga solekan. Guru haruslah berpakaian yang sopan sesuai dengan
etika berpakaian yang disarankan dalam Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi
penjawat awam. Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain
terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus
pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini
atau terbelah terlalu tinggi.

Kesantunan tingkahlaku adalah merujuk tatacara bertindak atau gerak geri guru
ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang
berurusan di sekolah,berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam
kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau
pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya.

Semua situasi yang dinyatakan di atas memerlukan tingkah laku yang berbeza.
Sebagai contohnya pada waktu makan bersama misalnya, memerlukan kesantunan
dalam cara duduk, cara mengambil makanan, cara makan atau mengunyah, cara
menggunakan senduk, cara membersihkan mulut setelah makan dan cara memakai
tusuk gigi .

Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara berkomunikasi sama ada dari segi
verbal atau cara berbahasa. Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira
norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan
sahaja. Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada
dalam masyarakat setempat. Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah
sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi. Guru yang tidak dapat menggunakan
kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang
sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.

Cara berbahasa amat penting dikuasai oleh guru untuk kelancaran


berkomunikasi. Dengan mengetahui cara berbahasa seseorang guru akan dapat
menyampaikan mesej dengan jelas dalam komunikasi tersebut khususnya ketika
melaksanakan pengajaran. Kesantunan berbahasa ini perlu dikuasai oleh guru
kerana melalui kesantunan ini guru akan mengetahui:-

i. Apa yang sebaiknya diucapkan pada waktu dan keadaan tertentu.


ii. Ragam bahasa yang sewajarnya digunakan dalam situasi tertentu.
iii. Bila dan bagaimana giliran berbual dimulakan.
iv. Bagaimana mengatur kelantangan suara ketika berkomunikasi.
v. Bagaimana sikap dan gerak-geri ketika berkomunikasi
vi. Bila seharusnya diam dan menamatkan perbualan.

Cara berbahasa seseorang guru dipengaruhi oleh norma-norma budaya atau


kelompok masyarakat tertentu. Contohnya orang Kelantan berbeza dengan cara
berbahasa orang Pulau Pinang meskipun mereka sama-sama berbahasa Melayu.
Hal ini menunjukkan kebudayaan yang menjadi darah daging pada seseorang itu
berppengaruh pada pola bahasanya.Oleh itu seorang guru seharusnya
mengetahui dan memahami norma-norma bahasa sebelum menggunakannya ketika
berhadapan dengan murid-murid. Perkara ini amat penting kerana cara berbahasa
mengikut norma-norma budaya akan menghasilkan kesantunan berbahasa.

Selain itu kesantunan tutur kata, senyuman manis dan tulus serta sapaan
berbentuk pujian merupakan aspek kesantunan yang diberi perhatian oleh
seseorang yang berilmu dan terpuji akhlaknya. Guru menjadi sebahagian orang yang
dimaksudkan tersebut. Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa
mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan
sesuai kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku yang
bermasalah. Guru juga menjadi teledan bagi murid dengan menera[pkan prinsip
kesantunan dalam setiap tutur katanya. Kesantuan berbahasa menjadi pemangkin
kepada pembentukan keperibadian murid. Ciri-ciri kesantunan termasuklah

i. Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berjuang


ii. Bersyukur dan berterima kasih.
iii. Berani, tegas dan mengelakkan perkara keji daripada berlaku .
iv. Menghargai dan menghormati pihak lain.
v. Menggunakan kata-kata yang baik.
vi. Peramah, pemurah dan bersedia membaiki kelemahan diri .

Kesimpulannya kesantunan bukanlah sesuatu yang dipelajari tetapi merupakan


nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru sebagai model kepada murid. Bagi
menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika
pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007)

3.0 Pilih satu artikel/ jurnal berkaitan, ciri-ciri guru sebagai seorang
profesional. Buat penelitian terhadap artikel tersebut.
3.1 Buat ringkasan artikel / jurnal

Jurnal ini membincangkan cabaran-cabaran yang menyebabkan guru


lemah dalam perkembangan profesional mereka. Definisi perkembangan
profesionalisme dan pembangunan modal insan dijelaskan diikuti ciri-ciri guru
profesional juga dikupas terlebih dahulu sebelum menyentuh aspek cabaran
yang mempengaruhi guru dalam perkembangan profesionalisme mereka.
Kemudian, ia diikuti dengan cadangan dalam membangunkan profesionalisme
guru. Di antara strategi khusus yang telah diutarakan seperti mengadakan sistem
pementoran di sekolah, konsep belajar seumur hidup, mengadakan program
perkembangan staf, mengadakan aktiviti dalam Lesson Study, menggalakkan
amalan reflektif, mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja,
menggalakkan kerja berkumpulan dan lain-lain. Perkembangan profesional guru
juga dilihat dari perspektif Islam untuk membangunkan hakikat diri guru itu
sendiri iaitu rohnya (spiritual science). Perkembangan ini akan melahirkan guru-
guru yang seimbang pembangunan akal, roh dan nafsunya. Identiti sesuatu
bangsa ditentukan oleh pendidikan ertinya pendidikanlah yang akan menentukan
maju atau mundurnya sesuatu bangsa, bertamadun atau tidak, berani atau
penakut, bersatu atau berpecah, berjiwa besar atau kecil dan ada cita-cita atau
tidak. Pendidikan jugalah yang akan menentukan hala tuju sesuatu bangsa di
sesebuah negara samada bangsa itu menjadi satu bangsa yang baik atau jahat,
lembut atau kasar, bangsa yang individunya memikirkan diri sendiri atau
memikirkan bangsa, agama dan negaranya.

3.2 Ulas tentang kenyataan-kenyataan dalam artikel / jurnal tersebut


tentang ciri-ciri guru sebagai seorang profesional

Menurut jurnal tersebut, ciri utama guru profesional ialah menentukan objektif
pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap
pencapaian murid. Objektif perlu dimaklumkan dan diketahui oleh murid sebelum
pembelajaran bermula. Penetapan sedemikian membolehkan mereka menyedia dan
mengubahsuai mind-set yang tepat terhadap pengetahuan, kemahiran dan
perlakuan yang perlu dicapai apabila pembelajaran tamat. Guru boleh mengukur dan
menilai tahap pencapaian murid berdasarkan hasil pembelajaran atau learning
outcome. Kelainan perolehan dan pencapaian di dalam suatu pembelajaran adalah
perkara biasa.

Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam
pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam
kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited
pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap
membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya.
Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap
konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat
menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara
yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan
pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan
potensi pelajar dalam semua aspek JERIS bagi mencapai pendidikan bertaraf
antarabangsa.

Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda.


Menurut Ragbir Kaur (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki
akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu
diterapkan ilah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya
mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni
supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu
bapa kedua kepada murid-murid segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh
teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah
secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng
(2003), guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajar. Secara
tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang
posidit melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu

Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu


yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia.
Hal ini menunjukkan ilmu merangkumo semua aspek kehidupan luaran dan dalam
jiwa manusia. Dalam jurnal tersebut ia menyatakan guru sebagai pengamal ilmu
perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya,
bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru. Dalam p&p
guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid serta memberi
petunjuk kearah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru,
budaya ilmu harus menjadi criteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya
menhadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru
dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlatmat yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu
pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan
seumur hidup.

Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan


latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang.

Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam
perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru
mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan.
Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau
tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran
yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara
penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang
disampaikan olehnya. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik
dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku
dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang.
Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang
membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan.
Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi
kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah,
guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat.
Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan
pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada
murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan
seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.

Mempertingkatkan Profesionalisme

Seterusnya, dalam jurnal tersebut ia menyatakan sebagai seorang pendidik


yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah
yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini.
Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus
diperkemaskan dari semasa ke semasa Untuk mendepani cabaran dan tuntutan
daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha
melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus
pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh
mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan
Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi
seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion
pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan
pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan
diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan
ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)

Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran


Kritis dan Kreatif

Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja


mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Dalam jurnal
tersebut ia menyatakan Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya
akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia,
pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh
membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai
semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam
kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah
berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus
ataupun dalam perancangan sesuatu program.

Mahir Menggunakan IT

Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan


mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi
telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak
cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah
dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui online. Para guru
pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap
perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita
supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-
komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah
menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru
menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di
dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana
pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-
dua ilmu tersebut. Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020,
menyebabkan pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha
dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti
multimedia super corridor (MSC) yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran
serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum
pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di
sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer
merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu
dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan komputer dalam pendidikan
membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang
pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori
pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta
kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996). Dalam era teknologi
maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik
dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup
seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank
( kad ATM), telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain. Jadi
rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi maklumat
sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari.
Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam
perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.

Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak

Dalam jurnal tersebut ia menyatakan seseorang guru dalam profesion


keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat mambawa isu-isu semasa
untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam
kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi,
pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh
kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang
selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan
pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan
harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi
pemandu kelak. Melaluai pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan
mengenai isu-isu semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan
komuniti, janayah: seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya;
ekonomi: urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya; politik:
hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah
negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan
dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan
dibincangkan dengan pelajar. Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang
semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan
amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat
rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam
pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar
menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama
juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam
kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.

3.3 Hubungkaitkan pengalaman peribadi anda ketika menjalani


praktikum dengan artikel / jurnal tersebut
Semasa menjalankan praktikum, saya mesti membuat perancangan
pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, termasuklah guru
berpengalaman, guru cemerlang dan guru pakar. Persediaan mengajar oleh guru
akan melibatkan masa yang berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan dan
kearifan individu guru. Objektif dan isi pelajaran disusun mengikut keutamaan atau
kefahaman murid, seperti bermula daripada aspek yang mudah kepada yang lebih
sukar, aspek yang berada dalam pengetahuan atau pengalaman murid kepada
perkara yang belum berada dalam pengetahuan dan pengalaman mereka. Setiap
perkembangan pelajaran diikuti pula oleh aktiviti murid secara terancang dan
sebahagainnya spontan. Pendekatan berasaskan spiral curriculum membolehkan
murid mengembangkan ilmu sedia ada dan memantapkan pengalaman tersedia.
Mereka akan mengikuti pengajaran peringkat demi peringkat, langkah demi langkah,
fakta demi fakta, yang keseluruhannya secara sistematik dan efektif.

Guru menerajui haluan perkembangan pengajaran dengan murid-murid


mengayuh bersama menuju ke destinasi yang diketahui bersama. Usaha dan
kebersamaan sedemikian boleh mempercepatkan perolehan kandungan
pembelajaran dan seterusnya peningkatan pencapaian.

Selain itu, untuk menjadi seorang guru yang efektif semestinya mempunyai
kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap
bidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam subjek diajar agar sentiasa kemaskini, menarik, bertenaga dan inspirasional.
Ada kalanya murid bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau kurikulum yang
tertera dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan tepat
bersama fakta dan bukti kukuh, pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan
kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan epistemologi disiplin tersebut. Lebih
menarik dan efektif sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan
mengaitkan dalam kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang
dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan datang.

Demikian sebaliknya, jika guru gagal untuk menjawab pertanyaan murid atau
sentiasa menangguhkan jawapan, menyebabkan murid kurang berkeyakinan kepada
guru tersebut dan hilang minat. Lebih-lebih lagi jika guru sentiasa menghalang
murid-murid daripada bertanya perkara yang di luar kurikulum, sedangkan berminat
untuk mengetahui, berkemungkinan mereka kehilangan kecenderungan untuk
bertanya dan hilang minat untuk mempelajari subjek yang diajar oleh guru
berkenaan. Jika halangan dan gangguan terhadap perkembangan murid-murid
berlanjutan, situasi ini akan mengakibatkan perencatan dan pembunuhan minat
mereka untuk belajar.

Melalui 3 kali praktikum, saya mendapati pembelajaran akan berjalan dengan


lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang
bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru
menggunakan pelbagai cara untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk
teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan
keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan
pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai
kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Kajian
saintifik perlu dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan.
Guru perlu berkemahiran dalam membuat kajian tindakan atau pemerhatian saintifik.
Kajian menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan amat berperanan penting
sebagai sumber kefahaman, minat dan komitmen murid dalam pengajaran dan
pembelajaran. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan
peralatan elektronik seperti komputer, internet, power point, dan video. Walau
bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya tingkahlaku dan intonasi suara,
bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid
mengikuti pengajaran secara efektif.

Tambahan pula, semasa berpraktikum, saya sentiasa berfikir dan merancang


aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan
interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-guru
menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa
pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu mengenali
di antara satu sama lain, saling berinterkasi dan menggunakan panggilan baik-baik.
Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya mempunyai pemikiran positif
dan bersangka-suka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan
hati terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humur.

Murid-murid boleh digalakkan untuk mengemukakan soalan, pendapat dan


menunjukcara perlakuan. Penglibatan murid-murid secara aktif akan menimbulkan
minat yang tinggi dan berazam untuk terus berada dalam pembelajaran. Guru perlu
mencari faktor-faktor yang boleh menimbulkan minat dalam pengajaran. Ada kalanya
faktor ini berbeza-beza di antara satu kumpulan atau kelas murid. Apabila guru
berjaya mencetuskan minat murid-murid, mereka bukan saja akan terlibat secara
aktif, bahkan sentiasa mengunggu-nunggu kedatangan guru berkenaan. Ramai
penyelidik psikologi mendapati bahawa minat atau kecenderungan merupakan faktor
utama penglibatan serius murid dalam sesuatu pembelajaran.

Akhirnya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat


dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang
bersuasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan.
Lantaran sedemikian akan membolehkan guru melaksanakan perancangan
pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran maksimum.

Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggung jawab dan amanah seseorang
guru dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan
sebagai efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif di
kalangan pelajar. Tahap efektif guru lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian
pelajar sama ada dalam perolehan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan
apresiasi. Semua ini menjadi key performance index terhadap keterampilan guru dan
guru efektif. Guru berkebolehan menjangkau perlakuan yang akan berlaku semasa
pengajaran, berjenaka deduktif, dan mengunakan kehadirannya dalam bilik darjah
dengan terbaik dan sepenuh kebaikan.

Aspek ini ditekankan oleh Levin dan Lockheed (1991) dalam sintesisnya
mengenai Effective Schools in Developing and Underdeveloped Countries
mengatakan faktor terpenting yang memberi input positif kepada pencapaian pelajar
di negara maju ialah proses pembelajaran di bilik darjah. Amat kurang bererti
kepada seseorang guru yang hebat di luar bilik darjah tetapi mengabaikan
akauntabiliti di dalam bilik darjah. Agak tidak relevan sekiranya guru kurang
kesungguhan semasa mengajar, motivasi rendah, mengajar dalam terpaksa,
menghukum pelajar lebih daripada memotivasi, tiada memberi pujian atau
menganugerahi pelajar, masam muka lebih banyak daripada senyum, dan paling
serius ialah ponteng tugas mengajar. Pemain bolasepak tidak dikategorikan sebagai
pemain jika tidak bermain di padang. Sekiranya di luar padang akan dikelaskan
sebagai pemain simpanan, penonton atau tukang sorak.
4.0 Kesimpulan

Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen
terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam
mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualitu
seperti yang dinyatakan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu,
pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif,
peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan mengamalkan kemahiran
profesional mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-
kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran
teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai
keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang
ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapannya, para pendidik
adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi
alaf baru, abad ke-21.
5.0 Rujukan

Buku

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2014). Guru dan Cabaran
Semasa. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Noriati A. Rashid & Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009).
Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Choong Lean Keow (2009). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Artikel

Mohamad Johdi Hj. Salleh, 2007, Institut Pendidikan International Islamic


University Malaya: Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif
Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar.

LAMAN WEB

Dipetik daripada http://peoplelearn.homestead.com/Bab1.Profesion_Guru.pdf


pada 21 September 2014

Dipetik daripada
http://epic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628
_Topik%202%20Guru%20Profesional.pdf pada 21 September 2014

Dipetik daripada http://3l1c.blogspot.com/2012/09/normal-0-false-false-false-


en-my-zh-cn_2.html pada 22 September 2014

Dipetik daripada
https://www.academia.edu/1470541/PERKEMBANGAN_PROFESIONAL_KE
_ARAH_PEMBANGUNAN_MODAL_INSAN_GURU pada 23 September
2014
6.0 Lampiran

Você também pode gostar