Você está na página 1de 3

1.

Dengan izin Puan/Tuan,

2. Nama saya_______________ dari Tetuan ____________, Peguam bagi pihak defenden

ke _____ .

3. Puan, saya difahamkan oleh rakan bijaksana saya bahawa hari ini telah ditetapkan untuk

pengurusan kes bagi menetapkan tarikh baru bagi melelong

____________________________(Title tanah)________________________ yang telah

dicagarkan bagi pinjaman yang diambil dari pihak plaintiff yang sekarang ini telahpun

tertunggak sebanyak RM157,000.00.

4. Walaubagaimanapun Puan, setelah berbincang dengan pihak Paintif, pihak Defendan

percaya bahawa satu settlement dapat dicapai bagi menyelesaikan kes ini.

5. Hal ini kerana pihak defenden bersedia mengemukakan satu pelan bayaran ansuran bagi

melangsaikan pinjaman tertunggak kepada pihak Plaintif.

6. Sejajar dengan itu Puan, Pihak Defenden telahpun mengambil beberapa tindakan seperti:

I.

II.
III.

IV.

Iaitu ke-semuanya dilakukan dengan tujuan untuk membayar balik pinjaman tertunggak

kepada pihak Plaintif.

7. Pihak defenden sesungguhnya percaya bahawa tunggakan pinjaman tersebut dapat

dilangsaikan tanpa perlu melelong rumah Pihak Defenden.

8. Tambahan daripada itu Puan, jika dilihat nilai rumah tersebut dengan jumlah tunggakan,

pihak Plaintif telah mengemukakan repot nilaian yang menyatakan rumah tersebut bernilai

RM800,000.00, manakala jumlah tunggakan bayaran pinjaman pihak defendan hanyalah

sebanyak RM 157,000.00.

9. Puan, pihak Defenden berhujah bahawa adalah tidak wajar rumah tersebut yang dinilaikan

sebanyak RM800,000.00 dilelong bagi melangsaikan tunggakkan sebanyak R157,000.00.

Ini kerana ;

i. Nilai rumah tersebut terlalu tinggi nilainya berbanding dengan nilai tunggakan

pinjaman;
ii. Defendan telah bersedia dengan satu cadangan atau pelan bayaran bagi melunaskan

tunggakan tersebut dan;

iii. Jika rumah tersebut dilelong, mahkamah yang mulia ini akan sekaligus merampas

hak Defendan dan keluarganya untuk mendiami rumah tersebut iaitu merupakan

satu-satunya tempat tinggal milik Defenden dan keluarga Defenden.

10. Pihak Defenden dengan rendah diri memohon mahkamah yang mulia ini untuk meberikan

peluang kepda kedua-dua pihak untuk berbincang melalui peguam masing-masing, dan

bersetuju dengan satu settlement plan dan disamping itu juga, menetapkan satu lagi tarikh

pengurusan kes yang seterusnya untuk pihak-pihak memaklumkan kepada mahkamah

outcome settlement tersebut.

11. Terima kasih, Puan/Tuan.

Você também pode gostar