Você está na página 1de 16

Asid Sulfurik

Penggunaan Asid Sulfurik dalam Kehidupan Seharian


* Asid Sulfurik merupakan suatu asid dwibes yang tidak
mudah meruap. Ia juga merupakan salah satu bahan kimia
yang paling penting dalam industry kimia

Proses Pembuatan Asid Sulfurik Secara Industri


Proses Sentuh (contact process) terdiri daripada tiga peringkat.

Peringkat I: Penghasilan sulfur dioksida

Pembakaran serbuk sulfur dalam udara (gas oksigen) untuk menghasilkan gas sulfur
dioksida.

Peringkat II: Penghasilan sulfur trioksida

Gas sulfur dioksida yang terhasil ditulenkan untuk menyingkirkan arsenik yang
meracuni mangkin dalam tindak balas. Gas sulfur dioksida kemudiannya dipanaskan
bersama-sama gas oksigen kering yang berlebihan. Pada suhu 450 C 500 C dan
tekanan 1 atmosfera, tindak balas berlaku dengan kehadiran mangkin vanadium (V)
oksida, V2O5, untuk menghasilkan sulfur trioksida. Persamaan kimia bagi tindak
balas yang berlaku adalah
Dibawah keadaan tindak balas yang optimum ini, 98% sulfur trioksida dihasilkan.
Sulfur dioksida yang tidak ditukarkan kepada sulfur trioksida dialir semula ke
menara untuk bertindak balas.

Peringkat III: Penghasilan asid sulfurik

Sulfur trioksida yang terhasil dialir melalui asid sulfurik pekat untuk membentuk
oleum, H2S2O7. Pencairan oleum dengan air menghasilkan asid sulfurik, H2SO4.
Persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku adalah:

Platinum dan vanadium (V) oksida bertindak sebagai mangkin dalam Proses Sentuh.
Vanadium (V) oksida lebih biasa digunakan daripada platinum walaupun vanadium
(V) oksida kurang berkesan. Ini disebabkan vanadium (V) oksida lebih murah dan
tidak mengalami keracunan arsenik.

Proses sentuh.
Pencemaran Alam Sekitar oleh Sulfur Dioksida

Gas sulfur dioksiada larut dalam air di atmosfera mengahasilkan asid


sulfurus dan menyebabkan hujan asid

Pencemaran Udara

Pembakaran Bahan Api Fosil


Pembakaran bahan api fosil merupakan bahan api yang terbentuk
daripada proses-proses semula jadi seperti pereputan anaerobic hidupan mati yang
tertanam. Bahan api fosil mengandungi kandungan karbon yang tinggi. Antara jenis
bahan api fosil ialah arang,petroleum dan gas asli. Sulfur dioksida terbebas di
udara apabila bahan api fosil dibakar yang menyebabkan pernafasan terjejas

AMMONIA DAN GARAMNYA


Ammonia digunakan untuk mengenal pasti kehadiran kation bagi
larutan akues dalam makmal. Selain itu, ammonia ialah bahan mentah penting
dalam beberapa proses kimia dan pembuatan pelbagai barangan

Ammonia
Kegunaan Ammonium:-

~Baja
~Bahan Letupa

~Pulpa Kertas

~Gentian Sintetik
~Cat
~Varnis
~Bahan Pengilat
~Bahan Api Roket

Berguna rupanya, ingatkan bahaya,,,,

AKTIVITI UNTUK MENYEDIAKAN BAJA AMMONIUM


SULFAT
Tujuan: Menyediakan baja ammonium sulfat

Bahan: Radas:
Kertas litmus merah Bikar 100cm3
Larutan ammonia 2mol dm-3 Rod kaca
Asid sulfurik cair 1mol dm-3 Tungku kaki tiga
Air suling Penunu Bunsen
Kertas turas Kasa dawai
Corong turas
Silinder penyukat
Mangkuk penyejat

Prosedur:

1. 25cm3 asid sulfurik disukat dengan silinder penyukat. Asid ini dituang ke dalam
bikar 100cm3.

2. Larutan ammonia dititis setitik demi setitik ke dalam bikar itu sementara
larutan dikacau dengan rod kaca.

3. Larutan yang terhasil diuji dengan kertas litmus merah dari semasa ke semasa.
Penitisan larutan ammonia dihentikan sekiranya kertas litmus bertukar kepada
biru (atau semasa larutan mengeluarkan bau ammonia).

4. Kemudian, larutan dituang ke dalam mangkuk penyejat.

5. Larutan dididihkan sehingga tepu.

6. Larutan tepu disejukkan pada suhu bilik. Hablur-hablur putih ammonium sulfat
akan terbentuk.

7. Hablur-hablur garam itu dituras dan dibilas dengan air suling yang sejuk.

8. Hablur-hablur yang terbentuk dikeringkan dengan kertas turas.

Analisis:
Larutan ammonia adalah berlebihan ketika kertas litmus merah mula bertukar warna.

Larutan tepu perlu disejukkan pada suhu bilik supaya penghabluran dapat berlaku.

Hablur-hablur garam dibilas dengan sedikit air suling yang sejuk untuk menyingkirkan
bendasing seperti larutan ammonia.

Kesimpulan:
Baja ammonium sulfat dapat disediakan melalui tindak balas antara larutan
dengan asid sulfurik cair, dan kemudiannya melalui penghabluran.
Keluli 99% - % 1 Karbon

Membuat jambatan,kenderaan,rangka bangunan dan


landasan keretaapi
Sifat Aloi : Kuat / Tahan Kakisan
Gangsa : - Kuprum 99%- 10% Timah

Membuat tungu,pingat, loceng


Sifat Aloi : Kuat , keras dan tahan kakisan

LOYANG : 70% Kuprum 30% Zink

Membuat kunci , alat muzik dan barang perhiasan


Sifat Aloi : Kuat dan Berkilat
PIUTER : 97 % Timah 2% Kuprum

Membuat perhiasan , cenderamata dan piala


Sifat Aloi : Tahan karat / permukaan licin dan berkilat

KELULI NIKIRAT : 74% Ferum 18 % Kamonium 8 % Karbon

Membuat barang dapur seperti sudu,garpu, periuk, kuali dan


pisau
Sifat Aloi : Kuat / tahan kakisan dan berkilat
DARALUMIN : 93 % Aluminium 3 % Magnesium

Membuat kapal terbang dan kapal


Sifat Aloi : Kuat / ringan dan tahan kakisan

KUPRONIKEL : 75 % Kuprum 25 % Nikel

Membuat duit syiling


Sifat Aloi : Tahan dan Bewarna perak berkilat
Hubungan antara Sifat-sifat Aloi dengan Susunan Zarahnya
Susunan zarah dalam logam tulen.
Saiz atom dalam logam tulen adalah sama dan disusun secara rapat membentuk lapisan-lapisan

atom, dan ini menyebabkan logam tulen lembut dan kurang kuat.

Lapisan-lapisan atom ini mudah menggelongsor atas satu sama lain apabila dikenakan daya.

Susunan zarah dalam aloi.


Apabila atom-atom logam lain dengan saiz yang berlainan ditambahkan kepada atom-atom logam tulen, hal ini
mengganggu susunan lapisan-lapisan atom dan menyukarkan atom-atom itu menggelongsor atas satu sama lain

Sedikit logam lain ditambahkan kepada logam tulen untuk menjadikannya lebih keras dan lebih kuat


Polimer Penggunaan sintetik

Jenis polimer Penggunaan

Politena Membuat baldi, beg plastic, baju


hujan, filem, mangkuk, dan tong
sampah.

Polivinil klorida Membuat paip air, kabel elektrik,


(PVC) tikar, piring hitam, dan penyangkut
baju.

Polipropena Membuat tali, botol, kerusi, bekas


minuman, dan permaidani.

Perspeks Membuat cermin kereta, cermin


tingkap kapal terbang dan kanta
cermin mata (alat optik)

Nilon Membuat tali, langsir, stoking, dan


baju.

polistirena Membuat kotak pembungkus,


butang dan papan kenyataan.

Terilena Membuat barangan tekstil-seperti


baju dan kain

Você também pode gostar