Você está na página 1de 17

1.

0 PENGENALAN

Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud
duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang
dimaksudkan.Di samping itu , Pentaksiran juga boleh didefinisikan sebagai satu proses
pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta
membuat keputusan. (Salvia danYseldyke, 1978) Pentaksiran juga dapat ditafsirkan sebagai
satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu
produk .

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia , 2000 , Pentaksiran didefinisikan sebagai


suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu
tujuan tertentu.Bahkan, pentaksiran juga dijalankan bagi tujuan mendapatkan maklumat
tentang tahap kebolehcapaian seseorang murid apabila telah selesai mengikuti satu-satu sesi
pembelajaran.Pentaksiran merangkumi di dalamnya proses pengujian,pengukuran dan
penilaian.

Menurut Kamus Dewan Edisi3 , Pentaksiran adalah berasal daripada kata dasar taksir.
Taksir membawa maksud kira ataupun menghitung. Pentaksiran adalah proses pengumpulan
maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.
Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan secara berterusan. Pentaksiran dapat dilaksanakan secara tidak formal selaras
dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550).

Pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pemerolehan bukti melalui hasil soalan
khusus seperti ujian dan tinjauan, dan digunakan untuk menentukan kesimpulan berdasarkan
segala penemuan daripada kaedah tersebut,(Tabatha Rayment, 2006).

7
3.0 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

Secara umumnya, terdapat sembilan jenis pentaksiran bagi mata pelajaran Dunia Seni Visual
iaitu pentaksiran autentik, pentaksiran Performance Based, pentaksiran dan hasil
pembelajaran, pentaksiran dan tindakan penambahbaikan, pentaksiran dan motivasi,
pentaksiran aspek nilai dan sahsiah, pentaksiran pembentukan watak serta pentaksiran
berbantukan komputer.

Pentaksiran
Autentik

Pentaksiran
Pentaksiran Kendiri
Perfomance Based

Pentaksiran
Pentaksiran dan
Berbantukan
Hasil Pembelajaran
Komputer
JENIS-JENIS
PENTAKSIRAN

Pentaksiran Pentaksiran dan


Pembentukan Tindakan Penambah
Watak baikan

Pentaksiran Aspek Pentaksiran dan


Nilai dan Sahsiah Motivasi

8
3.1 Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik bermaksud mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam


konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.Menurut
Rudner dan Boston (1994) Pentaksiran Autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak
mendemonstrasikan pengetahuan , kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan
atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.

Manakala menurut Hills(1993)Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai


aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,
kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan
pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,
kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan
kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan
pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma
yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of
Students).

Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk
dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni visual dengan
rasional lain seperti yang berikut:

a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan
kanak-kanak:
Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan
seterusnya melahirkan konsep.

Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika
melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis.

b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak

9
c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan
subjek.

3.1.1 Ciri-ciri Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan
kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Antara ciri-cirinya ialah:

I. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.


II. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
III. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
IV. Subjek membina maksud yang tersirat.
V. Berpusatkan kanak-kanak.

3.1.2 Contoh-contoh pentaksiran autentik:

I. Persembahan tarian
II. Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
III. Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains)
atau Art show ( pertunjukan Seni)
IV. Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.

3.1.3 Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;

I. Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka.


II. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan
masyarakat luas.
III. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.
IV. Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

10
3.1.4 Kesimpulan Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai
aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki
penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan
ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

Penilaian
Autentik

Evaluasi
pengetahuan
demontrasikan
atau keahlian
pengetahuan,
Meliputi aspek pelajar dalam
kemahiran, dan
konteks
strategi
mendekati
dunia sebenar

Pengetahuan Pemahaman Penyelesaian Kemahiran Sikap terhadap Simulasi


Pelajar mendalam Masalah Sosial persekitaran terhadap dunia

11
3.2 Pentaksiran Hasil Pembelajaran

Definisi kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses pengumpulan data yang
memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada
mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi
perubahan kepada individu yang terlibat.

Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang
diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja. Keputusan yang
diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada
sesorang individu sahaja. Pihak sekolah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk
menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu.
Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan. Pihak penilai mestilah berakauntabiliti
dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.

Pendektan yang yang dikemukan dikemukan oleh oleh MONTGOMERY tentang


pentaksiran berasaskan berasaskan hasil pembelajaran;

3.2.1 Kesimpulan

Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang sistematik. Murid


akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik. Pentaksiran ini memacu sekolah ke
arah yang lebih cemerlang. Pembelajaran yang berterusan akan berlaku kerana penilaian
bersifat berterusan. Pentaksiran lebih terarah kepada program yang afektif bukan bebentuk
individu.

12
3.3 Pentaksiran Performance Based

Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan subjek
penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki pelajar
menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir menggunakan
pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi
dan kemahiran berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan
melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh
kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran,
pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

3.3.1 Jenis- jenisnya

1. Portfolio (dapatan hasil kerja)


Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa.
Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara
keseluruhannya.

2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar).


Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan
penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.

3. Mengukur berdasarkan keupayaan.


Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :-
- Bahan penulisan
- Persembahan
- Gerak kerja projek

13
3.4 Pentaksiran dan Motivasi

Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri individu,
yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu
tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat menggerakkan manusia
untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan.

Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia.
Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi. Antaranya ialah:

I. sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama ada
secara negatif atau positif.
II. Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan.
III. Darjah Kesungguhan.
IV. Stimulator / semangat.

3.4.1 Tiga Kategori Motivasi

i. Motif Primer :
Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar.
Faali/psikologis.
Keinginan untuk makan & minum.

ii. Motif Umum:


Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar.
Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia.
Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan.

iii. Motif Sekunder:


Tumbuh sebagai hasil proses belajar
Tidak berhubungan dengan proses faali
Kebutuhan berprestasi & berkuasa

14
3.5 Pentaksiran Konsep kendiri

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap
tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga
menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam
sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan
harga dirinya.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap
pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar benar-benar tahu
atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal
keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian.
Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri. Carl
Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang
tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain
dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep
kendiri.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963),
berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:
tanggapan diri seseorang individu
proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi
seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal
tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.

3.5.1 Fungsi Penilaian Konsep Kendiri.

Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri;

I. Membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap


kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin
ilmu;

15
II. Memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan
bagi pembelajaran seterusnya;
III. Memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan
diri dan pencapaiannya;
IV. Mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan
kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran, dan
V. Membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

3.5.2 Kaedah Penilaian Konsep Kendiri:

1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati


matlamatnya guru hendaklah
Meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses
pembelajaran
Mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian
kendiri.
Melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan
instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik
Membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing, dan
kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya;

2. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur sendiri
segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam
bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya
(individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu kemudian
dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut. Proses menganalisis dan membuat
refleksi terhadap penilian mengenai dirinya sendiri itulah menjadi penilaian kendiri

3.5.3 Konsep Kendiri Positif

Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang
baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi
pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

16
3.5.4 Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif

I. Menghargai
II. Memuji orang lain
III. Puas hati dengan pencapaian
IV. Murah hati
V. Mudah berkawan
VI. Puas hati dengan dirinya
VII. Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
VIII. Peramah

3.5.5 Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif

I. Cenderung untuk merasa salah


II. Takut kepada kegagalan
III. Sering merasa bimbang
IV. Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil
V. Pencapaian akademik yang rendah
VI. Tidak gemar kerja mencabar
VII. Kurang keyakinan pada diri sendiri
VIII. Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas
IX. Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personality

17
4.0 PERATURAN MEMBERI MARKAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

4.1 Pemarkahan holistik

Skema yang disediakan secara umum sebagai panduan untuk member markah kepada
jawapan pelajar.
Sesuai untuk esei.

1. Memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan.


2. Mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian.
3. Menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan.

Pelajar bebas memberi jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan.
Memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau
mata pelajaran berkenaan.
Boleh dikelaskan kepada 6 kriteria berdasarkan markah 0 sehingga 5.

Markah Kriteria
5 Cemerlang menguasai semua objektif serta dapat berhujah dengan baik
dan berkesan
4 Baik menguasai kebanyakan objektif dan dapat memberikan hujah dengan
berkesan
3 Memuaskan hampir sebahagian objektif dan memberikan hujah dengan
memuaskan
2 Lemah menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah adalah lemah
1 Kurang memuaskan belum menguasai sebarang objektif dan hujah adalah
lemah
0 Gagal gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah amat lemah

4.1.1 Langkah-langkah yang terlibat :


1. Pemeriksa menentukan bilangan kategori gred atau prestasi yang hendak digunakan
dalam pemarkahan.
2. Menghuraikan kriteria yang menentukan tahap kualiti bagi setiap kategori atau gred
tersebut.
3. Baca setiap kertas jawapan dengan cepat dan berdasarkan criteria yang ditetapkan itu
pemeriksa akan mendapat gambaran keseluruhan kualiti jawapan pelajar.

18
4. Letakkan jawapan pada kategori prestasi (gred) yang sepadan dengan kualiti kertas
jawapan.

5. Selepas semua kertas jawapan telah diperiksa, baca semula kertas jawapan yang
diletak dalam setiap kategori prestasi untuk memastikan kedudukan jawapan tersebut
dalam kategori prestasi yang betul.

6. Kertas jawapan yang salah dikategorikan hendaklah dipindah ke kategori prestasi yang
betul.

4.1.2 Kaedah pemarkahan holistik


Kaedah lazim yang digunakan untuk pemarkahan holistik ialah kaedah ordinal dan nominal.

A. Kaedah Ordinal:
Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat menggunakan kaedah ordinal, pemeriksa perlu
mengikuti langkah-langkah berikut :

1. Memeriksa setiap skrip jawapan pelajar secara keseluruhan.


2. Menyusun skrip-skrip jawapan pelajar mengikut prestasi terbaik di bahagian paling atas
dan prestasi terburuk diletakkan di bahagian paling bawah.
3. Menentukan berapa peratus pelajar yang sepatutnya diberi gred A, B, C, D, dan E
4. Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan peratusan
pelajar yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.

B. Kaedah Nominal:

Dalam pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal, pemeriksa perlu mengikut langkah-
langkah yang berikut:

1. Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama ada menggunakan markah atau
gred. Misalnya, gred A = Cemerlang, B = Kepujian, C = Lulus, D = Gagal. Gred
berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.

o Kriteria kandungan : penguasaan pengetahuan


o Kriteria pengolahan : kemahiran menghuraikan idea secara logik dan
matang serta penguasaan bahasa yang tepat

19
o Kriteria proses :aspek
ketetapan,kemunasabahan,kelengkapan,ketekalan,keaslian dan kreativiti.

2. Para pemeriksa juga dikehendaki membaca skrip jawapan pelajar secra sekali lau bagi
mendapatan gambaran sejauk mana tahap jawapan pelajar berpandukan criteria
kandungan ,pengolahan dan proses.
3. Setelah itu para pemerisa juga dikehendaki membaca skrip but kali kedua bagi
menetapan gred yang difiiran sesuai diberian kepada skrip itu berpandukan skema
pemarkahan yang disediakan.
4. Pembacaan skrip kali ketiga diperlukan untuk membuat pengubahsuaian jika ada.

4.1.3 Kelebihan pemarkahan holistik

Pelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak


jawapan.
Waktu bagi pemeriksaan tidak memerlukan masa yang panjang.
Pemeriksaan bagi skrip jawapan boleh dibuat oleh lebih daripada seorang pemeriksa.
Pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan (pastikan setiap
pemeriksa member markah yang sama)
Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan
serta dapat menilai kemahiran lain seperti kemahiran aras tinggi.
Pemeriksa mengiktiraf dan memberikan ganjaran kepada jawapan pelajar yang member
jawapan secara kreatif dan inovatif.

4.1.4 Kelemahan pemarkahan holistik

Pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata


pelajaran diperlukan bagi dilantik sebagai pemeriksa.
Pemarkahan secara umum tanpa memberikan perhatian kepada aspek khusus
penulisan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain.
Terdapat kemungkinan percanggahan dalam memberikan markah di antara pemeriksa.
Pemeriksaan ini juga kurang objektif iaitu pemeriksa mudah dipengaruhi oleh factor lain
yang tidak berkaitan seperti bentuk tulisan dan kekemasan jawapan.

20
Kesan halo dan kesan horn akan terjadi apabila pemeriksa dipengaruhi
pengetahuannya latar belakang pelajar.

* Kesan Halo Pemeriksa memberikan markah tinggi untuk satu jawapan yang sederhana
atau kurang baik kerana calon dikenalinya sebagai pelajar yang cergas.

* Kesan Horn Keadaan satu jawapan baik diberi markah yang rendah kerana jawapan itu
datangnya daripada calon yang kurang berkebolehan.

4.2 Pemarkahan analitik

Pemarkahan analitik merupakan pemberian markah secara point iaitu memerlukan skema
permarkahan yang terperinci iaitu setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan.
Perhatian bukan sahaja diberi kepada unsure isi atau idea utama bahkan juga organisasi dan
kespaduan unsur-unsur berkenaan. Permarkahan cara ini paling sesuai digunakan untuk solan
esei jawapan terhad.

Pemarkahan analitik memerlukan penyediaan skema pemarkahan seperti berikut:


a. Kaedah penyediaan satu garis panduan / senarai unsur utama sebagai jawapan yang
paling baik bagi soalan itu serta kaedah penentuan bilangan point yang akan diberi
untuk setiap unsur utama.
b. Jawapan pelajar yang menepati pemarkahan akan diberi markah penuh manakala
jawapan yang tersasar tidak diberi sebarang markah.
c. Sebahagian markah akan diberi sekiranya jawapan tidak tepat sepenuhnya.
d. Keobjetifan pemarkahan dapat ditingkatkan dengan menentukan berapakah markah
yang perlu diberi kepada jenis jawapan yang kurang tepat.

4.2.1 Kelebihan pemarkahan analitik

1. Boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang berpengalaman dan tidak begitu
menguasai bidang berkenaan.
2. Pemarkahan diberi berdasarkan kepada skrip jawapan yang disediakan.
3. Pemeriksa tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menimbang jawapan pelajar
sama ada tepat, kurang tepat atau tidak betul.

21
4. Skrip jawapan diperiksa sekali sahaja oleh pemeriksa.
5. Cara pemarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian pelajar tinggi atau
rendah.
6. Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar dan
menyampaikan maklumat ini kepada pelajar.
7. Pelajar juga akan dapat melihat serta menilai di mana dan apa kelemahan merekan
dengan jelas.
8. Lebih objektif dan ketekalannya dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa menjalankan
tugas dengan teliti.

4.2.2 Kelemahan permarkahan analitik

1. Pengambilan masa yang agak lama untuk memeriksa setiap skrip jawapan terutamanya
apabila bilangan calon terlalu ramai.
2. Memerlukan pemeriksa untuk membandingkan jawapan pelajar dengan skrip jawapan
satu persatu.
3. Memerlukan pemeriksaan yang dilakukan secara fakta dan kurang member penekanan
pada kemahiran penulisan.
4. Apabila penekanan hanya diberikan kepada fakta semata-mata, secara tidak langsung
akan menyebabkan pelajar hanya terlalu bergantung kepada skema jawapan dalam
mengulangkaji pelajaran.
5. Mereka tidak mengambil kira aspek kemahiran apabila menjawab soalan berbentuk
asei.
6. Pemeriksaan boleh bersifat negatif kerana apabila pelajar membuat kesilapan dalam
sesuatu aspek, maka markah yang diperuntukkan untuk aspek tersebut ditolak.
7. Pelajar cenderung untuk mendapat skor yang rendah bagi soalan sesi atau subjektif.

22
4.3 Perbezaan pemarkahan antara holistik dan analitik

PERKARA HOLISTIK ANALITIK

SKEMA Sangat subjektif Terperinci berdasaran unsure-


PEMARKAHAN unsur yang terdapat dalam
jawapan
KRITERIA Guru berpengalaman dan Semua guru mampu menggunakan
PEMERIKSA menguasai bidang berkenaan teknik ini

UNSUR-UNSUR Apa sahaja aspek baik yang Kandungan , pengolahan dan


PENTING terdapat dalam jawapan proses
DALAM
JAWAPAN

PENYELARASAN Perlukan mesyuarat Skema permarkahan dihurai


PEMARKAHAN penyelarasan antara ketua secara terperinci dan boleh
pemeriksa dan pemeriksa disediakan secara bertulis

BENTUK Soalan karangan dan esei berstruktur


SOALAN

BENTUK Jawapan tidak semestinya Dijawab secara terperinci ,


JAWAPAN seragam seperti skema yang seragam dan berstruktur
diadakan.

BENTUK A,B,C,D,E atau pangkat 1-5 Secara pecahan : contoh 8/10


MARKAH ( cemerlang gagal )

MASA Bergantung kepada tahap panjang


kemahiran pemeriksa

23

Você também pode gostar