Você está na página 1de 14

Fokus kajian

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pengkaji semasa berpraktikum, pengkaji mendapati

bahawa murid bermasalah pembelajaran sering sahaja mengalami kesukaran dalam mengenal

huruf terutamanya huruf-huruf yang mengelirukan dan bentuk yang serupa seperti b, d, p, q,

n dan u. Selain itu, murid-murid pendidikan khas juga sangat tertarik dengan pengajaran yang

berunsurkan TMK dan Gajet seperti smartphone dan tablet. Oleh yang demikian, pengkaji ingin

memfokuskan kepada kemahiran mengenal huruf bagi murid pendidikan khas masalah

pembelajaran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran murid

mengenal huruf seterusnya meningkatkan lagi minat mereka terhadap pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah. Terdapat enam kriteria yang difokuskan dalam aspek

pemilihan fokus kajian ini. Antaranya ialah kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan,

kawalan, kolaborasi dan kerelevanan kepada sekolah.

Kebolehtadbiran

Kebolehtadbiran merujuk kepada aspek praktikal kajian, kemampuan pengkaji dan keupayaan

subjek kajian (Mertler, 2006). Aspek tersebut menyumbang kepada peningkatan

kebolehtadbiran dalam fokus kajian. Kajian Tindakan ini dijalankan mengikut tempoh dan

prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Pengkaji mempunyai masa selama sebulan untuk menjalankan kajian ini di sekolah bagi

program intership pada semester lapan nanti. Antara persiapan yang perlu dilakukan ialah

membuat perancangan yang teliti dan berstruktur agar kajian ini dapat dilaksanakan dengan

lancar dan teratur. Pengkaji juga perlu membuat kajian yang mendalam dalam menghasilkan

aplikasi android Bijak Huruf agar kaedah ini dapat mengatasi masalah murid mengenal huruf

dengan sepenuhnya. Sesungguhnya, kemahiran mengenal huruf sangat penting untuk dikuasai

oleh murid-murid agar mereka dapat membaca dengan lancar dan seterusnya turut
meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran lain. Menurut Zainora (2005),

kemahiran membaca merupakan kunci dalam P&P mata pelajaran lain.

Tambahan lagi, pengkaji juga perlu mengambil kira kekangan-kekangan yang mungkin dihadapi

semasa menjalankan kajian. Antaranya ialah kekangan masa seperti ketidakhadiran murid

semasa menjalankan intervensi mahupun program-porgram sekolah yang menyebabkan proses

intervensi tidak dapat dilaksanakan. Kekangan-kekangan tersebut perlu diambilkira semasa

merancang jadual pelaksanaan intervensi Namun demikian, kajian ini juga mudah dilaksanakan

memandangkan peserta kajian adalah murid dalam kelas pengkaji dan hanya melibatkan tiga

orang murid sahaja. Maka kajian yang dijalankan ini dilihat mampu dipraktikkan di sekolah.

Kepentingan

Chin Chiow Ming et.al. (2013) menyatakan bahawa kepentingan kajian tertumpu kepada aspek

kesignifikasian fokus kajian yang ingin diselidik dengan mengambil kira aspek desakan

(urgency) dan kepentingan (seriousness). Kepentingan kajian ini juga bermaksud data yang

diperolehi dapat memberi kesan dan kepentingan kepada murid, sekolah dan sosial. Kajian ini

dilaksanakan bertujian untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf bagi murid pendidikan

khas masalah pembelajaran melalui penggunaan aplikasi android Bijak Huruf. Penggunaan

kaedah ini sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran

mengenal huruf dan menulis murid-murid pendidikan khas. Penggunaan aplikasi android Bijak

Huruf ini juga dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta koordinasi

mata dan tangan bagi murid pendidikan khas.

Kebolehgunaan

Kajian ini diharapkan boleh digunakan dan memberi impak baru kepada dunia pendidikan

khususnya kepada guru-guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

mereka bagi kemahiran mengenal huruf murid-murid pendidikan khas. Bukan itu sahaja,
penggunaan aplikasi android dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan ikutan

kepada guru-guru untuk meningkatkan lagi amalan pedagogi pengajaran mereka dengan

mencipta aplikasi android bersesuaian dengan tajuk dan kemahiran yang ingin disampaikan

kepada murid. Ia juga turut memudahkan kerja guru dalam menyampaikan kandungan

pelajaran kepada murid-murid. Sesungguhnya, aplikasi android Bijak Huruf ini sangat sesuai

bagi murid-murid pendidikan khas dalam meningkatkan kemahiran mengenal huruf. Kaedah ini

juga sesuai digunakan bagi pengajaran secara individu mahupun kumpulan. Bukan itu sahaja,

kaedah ini dapat dilaksanakan pada bila-bila masa dan dimana jua kerana aplikasi Bijak Huruf

disimpan dalam smartphone, tablet mahupun laptop. Para ibu bapa juga dapat mengaplikasikan

kaedah intervensi ini di rumah mahupun sewaktu bercuti agar anak sentiasa ingat pembelajaran

mereka walaupun sedang bercuti.

Kawalan

Proses intervensi yang dijalankan senang untuk dikendalikan oleh pengkaji. Pengkaji berupaya

untuk mengawal murid dengan baik memandangkan murid yang dipilih hanya tiga orang dari

kelas yang sama. Malah pengkaji telah mengenali ciri-ciri serta tingkah laku murid. Dari segi

kawalan masa pula, pengkaji memanfaatkan sebaiknya masa yang terluang untuk

melaksanakan intervensi bersama murid. Bahan bantu mengajar yang dipilih amat bersesuaian

dengan tahap dan kebolehan murid serta mudah diaplikasikan sewaktu intervensi berlangsung.

Malah perlaksanaan kajian ini tidak melibatkan kos yang tinggi dan mudah di dapati. Antara

bahan yang digunakan hanyalah kertas A4 dan aplikasi android yang boleh dihasilkan secara

percuma. Semasa proses intervensi dijalankan, pengkaji memberikan arahan yang mudah dan

jelas kepada murid bagi memudahkan pemahamannya.

Kolaboratif
Dalam pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah menjalankan pelbagai usaha kolaboratif bersama-

sama dengan rakan-rakan pratikum, penyelia, serta para guru di sekolah tersebut. Usaha

kolaboratif bersama guru jelas apabila mereka tidak keberatan untuk berkongsi pendapat

berkaitan permasalahan murid serta sudi meluangkan masa untuk menjalankan sesi temubual

bersama pengkaji. Mereka turut menyumbang idea bagi cadangan penambahbaikan terhadap

aktiviti yang disediakan serta memberi pandangan terhadap sesi intervensi yang dijalankan oleh

pengkaji. Selain daripada itu, pengkaji turut meminta bantuan daripada rakanrakan pratikum

yang lain untuk bersama- sama membuat penilaian terhadap peserta kajian.

Kerelevanaan kepada Sekolah

Kajian ini, amat releven untuk dilaksanakan di sekolah. Pengkaji berpendapat bahawa

penggunaan aplikasi android Bijak huruf dalam pengajaran amat membantu semua pihak di

sekolah terutamanya guru pendidikan khas bagi mengatasi masalah mengenal huruf dalam

kalangan murid berkeperluan khas. Selain itu, ia juga akan dapat menentukan tahap

penguasaan bagi mata pelajaran bahasa Malaysia murid-murid berkeperluan khas. Bukan itu

sahaja, kajian ini juga dapat membantu meningkatkan mutu amalan pengajaran guru-guru untuk

masa yang akan datang. Diharapkan, melalui penggunaan aplikasi android Bijak Huruf ini, ia

akan menjadi pemangkin kepada guru-guru untuk mencipta dan menggunakan aplikasi android

dalam pengajaran mereka. Aplikasi android sebenarnya lebih memudahkan kerja guru dalam

menyampaikan kandungan pengajaran kerana ia dapat digunakan berulang kali dan boleh

disesuaikan dengan tajuk pembelajaran.

Tindakan

Model Penyelidikan Tindakan


Kajian Tindakan yang pengkaji akan laksanakan adalah berpandukan kepada Model

Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Model Reka Bentuk Kajian oleh

Laidlaw menyatakan bahawa reka bentuk ini menunjukkan kitaran-kitaran dalam kajian tindakan

yang mana setiap kitaran mempunyai lima bahagian iaitu rancangan, tindakan, pemerhatian

dan refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan

tindakan yang seterusnya.

Mengenal Pasti Masalah

MERANCANG tindakan
MEREFLEK kekuatan dan
bagi menghadapi
kelemahan P&P sendiri
masalah yang dihadapi

Model Laidlaw (1992)

MEMERHATI
Mengumpul dan BERTINDAK
menganalisis data bagi bagi mengatasi masalah
menilai keberkesanan yang menjadi fokus
tindakan

Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) mentafsirkan kajian tindakan adalah pembentukan refleksi

kendiri oleh penyelidikan dalam situasi sosial untuk mempertingkatkan secara rasional amalan

pendidikan. Kajian tindakan ini lebih berkesan sekiranya dilakukan secara kolaboratif namun ia
masih boleh dilakukan secara individu dan kadangkala kerjasama pihak luar. Dalam sistem

pendidikan, kajian tindakan dilakukan untuk perkembangan kurikulum sekolah, perkembangan

professional, perkembangan program sekolah dan perkembangan sistem perancangan dan

polisi.

Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) bermula dengan guru mengenal

pasti masalah yang dihadapi dalam PdP. Misalnya, pengkaji mendapati bahawa muridnya tidak

dapat mengenal dan keliru dengan bentuk huruf yang hampir sama iaitu bagi huruf b, d, p,

q, n, dan u. Masalah ini telah menjejaskan kualiti hasil bacaan murid dan PdP pengkaji itu

sendiri.

Seterusnya, pengkaji menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang

dihadapinya. Sebagai contoh, pengkaji menghasilkan sesuatu bahan pembelajaran yang

berpandukan TMK untuk meningkatkan lagi daya ingatan murid bagi membezakan huruf-huruf

yang hampir sama melalui aktiviti pengecaman bentuk huruf, tulisan dan nyanyian.

Akhir sekali, barulah pengkaji melaksanakan pelan yang dihasilkan. Dalam proses

pelaksanaannya, pengkaji memerhatikan kemajuan tindakan yang dijalankan. Keseluruhan

pelaksanaan itu disifatkan sebagai gelungan pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi,

maka guru memulakan semula proses ke gelungan kedua sehingga masalah itu diselesaikan.

Pada gelungan kedua, pengkaji mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakannya.

Aplikasi Android Bijak Huruf

Aplikasi Android Bijak Huruf merupakan aplikasi yang dihasilkan sendiri oleh pengkaji bagi

meningkatkan kemahiran murid mengenal bentuk dan bunyi huruf yang hampir sama dan

mengelirukan seperti b. d, p, q, u, dan n. Kaedah pembelajaran atau intervensi ini adalah

berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu menggunakan komputer, sistem
android pada smartphone atau tablet. Kajian oleh Faridah (2001) telah membuktikan bahawa

komputer mampu mempercepatkan proses pembelajaran dan berpotensi untuk meningkatkan

prestasi pencapaian akademik dalam kalangan pelajar-pelajar khas. Selain itu, hasil kajian Paul

dan Alyson (2009) mendapati bahawa pembelajaran berasaskan TMK memberi manfaat

kepada pelajar yang menghadiri kelas pemulihan membaca khasnya dengan meningkatkan lagi

kemahiran mereka untuk mengenali perkataan foniks.

Aplikasi android Bijak Huruf ini adalah bersifat interaktif dan sesuai dilaksanakan bagi

pembelajaran secara individu mahupun kumpulan. Dalamnya mengandungi tiga komponen

utama atau aktiviti dalam membantu meningkatkan kemahiran murid mengenal bentuk dan

bunyi-bunyi huruf. Dalam aplikasi ini juga, unsur-unsur seperti audio, visual dan animasi

digabung jalinkan agar aplikasi tersebut dapat menarik tumpuan murid serta mengoptimumkan

deria mereka iaitu dengar, lihat dan sentuh dalam membuat pengecaman huruf-huruf yang

mengelirukan seperti b. d, p, q, u, dan n. Tambahan lagi, unsur didik hibur juga turut

diterapkan dalam aplikasi Bijak Huruf ini. Antara komponen atau aktiviti intervensi yang

terdapat dalam aplikasi android Bijak Huruf tersebut adalah seperti berikut:

Aktiviti 1 : Mengenal Huruf b, d, p, q, n, dan u.

Dalam aktiviti ini, murid akan didedahkan dengan bentuk huruf menggunakan animasi.

Contohnya, jika murid ingin diperkenalkan huruf p, animasi tersebut pada mulanya berbentuk

pokok kemudian akan berubah kepada bentuk huruf p. Tujuan animasi ini digunakan adalah

untuk meningkatkan daya imaginasi murid terhadap bentuk huruf p yang seakan-akan bentuk

sebatang pokok. Pergerakan animasi tersebut akan disertai audio sebutan huruf p secara

berulang kali. Penggabungan animasi dan audio ini akan meningkatkan lagi pengecaman murid

terhadap huruf yang ingin diperkenalkan dan seterusnya mengurangkan masalah kekeliruan

mereka terhadap bentuk-bentuk huruf yang hampir sama.


Aktiviti 2 : Menulis Huruf b, d, p, q, n, dan u pada skrin sentuh smartphone.

Dalam aktiviti ini pula, murid terlebih dahulu ditunjukkan video cara atau tutorial menulis huruf

yang dipelajari dengan betul dan mengikut urutan. Sebagai contoh, jika murid menyentuh huruf

p pada aplikasi Bijak Huruf ini, secara automatik aplikasi ini akan menunjukkan video cara

menulis huruf p dengan betul dan mengikut urutan. Kemudian, murid akan meniru cara

menulis huruf tersebut pada skrin sentuh. Jika murid tidak mengikut bentuk atau urutan tulisan

huruf yang dipelajari, maka secara automatik aktiviti menulis huruf tersebut akan terulang

semula dan murid dikehendaki menulis semula huruf tersebut. Jika murid berjaya menulis

dengan betul pula, aplikasi ini akan mengeluarkan animasi yang berbentuk pujian seperti

thumbs up disertai bunyi tepukan. Aktiviti latihan menulis huruf ini akan memberikan

keseronokan dan motivasi kepada murid kerana ia seakan-akan suatu aplikasi permainan dan

murid akan terdorong untuk menyelesaikan tugasan aktiviti menulis tersebut dengan betul.

Aktiviti 3 : Menyanyi dan Berhibur.

Pada bahagian aktiviti ini, murid akan menyanyikan beberapa buah lagu-lagu huruf seperti lagu

ABC, Mari Belajar ABC dan Saya Bijak ABC. Murid akan diberi kebebasan untuk memilih

lagu yang mereka ingin nyanyikan. Murid hanya menekan pada butang tajuk lagu tersebut dan

secara automatik, aplikasi tersebut akan memainkan video lagu disertakan dengan lirik lagu

tersebut. Melalui teknik didik hibur ini, diharapkan dapat meningkatkan lagi tahap ingatan murid

terhadap huruf-huruf yang dipelajari.

Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan aplikasi android Bijak huruf dalam pengajaran

amat membantu bagi mengatasi masalah mengenal huruf dalam kalangan murid berkeperluan

khas. Selain itu, ia juga akan dapat menentukan tahap penguasaan bagi mata pelajaran bahasa

Malaysia murid-murid berkeperluan khas. Penghasilan bahan pembelajaran ini juga dapat

membantu meningkatkan mutu amalan pengajaran guru-guru untuk masa yang akan datang.
Diharapkan, melalui penggunaan aplikasi android Bijak Huruf ini, ia akan menjadi pemangkin

kepada guru-guru untuk mencipta dan menggunakan aplikasi android dalam pengajaran

mereka. Aplikasi android sebenarnya lebih memudahkan kerja guru dalam menyampaikan

kandungan pengajaran kerana ia dapat digunakan berulang kali dan boleh disesuaikan dengan

tajuk pembelajaran.

Teori Pembelajaran

Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua teori pembelajaran sebagai

rujukan utama iaitu teori kecerdasan pelbagai dan teori behavioris.

Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori kecerdasan Pelbagai yang dipelopori (Howard, 2006) telah memperkenalkan konsep

Kecerdasan Pelbagai (Multiple Interlilgence) yang mengemukakan analisis pencapaian manusia

dalam lapan domain iaitu kecerdasan linguistik, logik matematik, visual ruang (spatial) muzik,

kinestik, interpersonal, intrapersonal dan naturalist. Setengah murid mungkin mencapai tahap

yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada

murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini.

Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang

disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan

pengajaran adalah sesuai. Terdapat tiga peringkat bagi melaksanakan teori kecerdasan

pelbagai dalam kajian ini. Antara peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan,

percubaan dan peningkatan.

Pada peringkat pertama, pengkaji perlu memadankan kaedah intervensi dengan kecerdasan

pelbagai peserta kajian. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, peserta kajian mempunyai

kecerdasan dalam bidang visual ruang, kinestetik, muzik dan linguistik. Pengenal pastian ini
adalah menjadi kekuatan kepada intervensi yang dilaksanakan agar potensi peserta kajian

dapat dikembangkan sepenuhnya berdasarkan kebolehan dan kecenderungan minat mereka.

Selain itu juga, pengkaji dapat memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan

memadankan dengan kecerdasan peserta kajian.

Peringkat kedua bagi mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai dalam kajian ini ialah

percubaan. Pada peringkat ini, pengkaji perlu memikirkan bagaimana teori kecerdasan pelbagai

boleh diaplikasikan dalam pelaksaan intervensi terhadap peserta kajian. Terdapat persoalan-

persoalan yang membantu pengkaji bagi meyediakan rancangan pengajaran atau intervensi

kepada peserta kajian. Sebagai contoh, melalui visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah

saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun

grafik dalam menghasilkan aplikasi android Bijak Huruf yang dapat menarik tumpuan peserta

kajian. Pada peringkat kedua ini juga, pengkaji memikirkan cara memaksimumkan potensi

persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah.

Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, pengkaji perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai

dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan peserta kajian. Melalui peningkatan ini, peserta

kajian akan dapat mengaplikasikan apa yang diajar dalam hal tertentu. Sebagai contoh bagi

visual-ruang, peserta kajian dapat melakar huruf, membayangkan huruf dan seterusnya dapat

mengingat dan mengenal huruf yang diajar. Melalui kinestetik pula, peserta kajian boleh

memanipulasi atau menggunakan aplikasi android Bijak Huruf ini secara sendiri tanpa

bimbingan daripada pengkaji. Melalui muzik, peserta kajian dapat memahami ritma, harmoni,

dan menghafal lirik yang mengandungi isi pengajaran yang ingin disampaikan

Setiap insan di dunia dilahirkan dengan kecerdasan yang berbeza begitu juga dapat murid

berkeperluan khas ini. Walaupun mereka serba kekurangan dari segi fizikal, namun, ada

tersempunyi sedikit keistimewaan dalam diri mereka. Oleh itu, pengkaji memilih teori ini sebagai

panduan untuk melaksanakan kajian terhadap permasalahan yang dihadapi oleh peserta kajian.
Teori Behavioris

Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, di

mana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk

menghasilkan perubahan tingkahlaku yang tekal. (Sihes, 2013)Tokoh tokoh mazhab behavioris

seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu

tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Menurut Thorndike terdapat beberapa hukum iaitu, hukum kesiapan, hukum latihan dan

hukum akibat. Hukum Kesilapan adalah suatu organisme memperoleh suatu perubahan

tingkahlaku. Maka, pelaksanaan tingkahlaku tersebut akan menimpulkan kepuasan individu

sehingga asosiasi cenderung diperkuat. Hukum akibat merupakan hubungan stimulus dan

respon cenderung untuk diperkuat apabila akibat menyenangkan dan cenderung diperlemah

jika akibatnya tidak memuaskan. Hukum latihan ialah semakin sering tingkah laku diulang atau

dilatih, maka asosiasi tersebut akan semakin kuat.

Dalam kajian ini, menggunakan hukum latihan semasa intervensi dijalankan. Pengkaji

mengulang aktiviti bermain aplikasi android Bijak Huruf sebanyak dua kali dalam satu kitaran

dan setiap sesi pengkaji akan memastikan subjek melakukan ulangan setiap aktiviti yang

dijalankan. Selain itu, peneguhan positif juga telah digunakan bagi merangsang murid untuk

melakukan tugasan yang diberikan iaitu pemberian ganjaran jika murid dapat melakukan aktiviti

intervensi dengan betul.

Sorotan Literatur

Ramai Pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan. Seperti yang telah kita sedia

maklum, bidang penulisan ini merupakan bidang yang sangat luas. Pelbagai aspek dapat dikaji

melalui aspek penulisan. Begitu juga dengan kajian yang pengkaji akan laksanakan. Beberapa

tinjauan literatur telah dibuat supaya dapat menyokong kajian yang pengkaji ingin laksanakan.
Jumlah kanak-kanak yang tidak tahu membaca di Malaysia juga semakin membimbangkan

(Rahmalizah, 2009). Pada tahun 2006, seramai 138,271 orang pelajar atau 35.52% pelajar

tahun satu di Semenanjung tidak tahu membaca dan jumlah ini tidak termasuk kawasan-

kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak (Rahmalizah, 2009). Laporan kajian yang

dijalankan oleh Belize Development Trust (2000) di Amerika, menunjukkan bahawa 92%

daripada pelajar sekolah rendah boleh membaca tetapi 50% atau lebih adalah kurang

memahami apa yang mereka baca. Ini disokong pula oleh laporan Ingold (2002) yang

menyatakan salah satu masalah yang kini dihadapi dan dipandang serius di kalangan

penyelidik Amerika ialah pelajar sekolah rendah, menengah dan peringkat tinggi yang tidak

mempunyai kemahiran membaca dan juga tidak memahami bahan yang dibaca.

Whitehurst dan Lonigan (2001) berpendapat bahawwa jika kemahiran literasi membaca dan

menulis tidak diperoleh dan dikuasai dengan mahir, risiko kanak-kanak untuk gagal dalam

sistem persekolahan akan meningkat. Jika penguasaan huruf amat lemah dalam kalangan

murid, hal ini dikhuatiri akan menyukarkan murid dalam kemahiran membaca serta kemahiran

menulis bukan sahaja dalam mata pelajaran bahasa Malaysia tetapi mata pelajaran yang lain.

Oleh itu, hal ini jugalah mendorong pengkaji untuk melakukan satu inovasi bagi membantu

murid-murid pendidikan khas mengenal huruf b, d, p, q, n, dan u khususnya dan huruf

kecil a hingga z amnya dengan baik, dan seterusnya membantu meningkatkan kemahiran

membaca dan menulis mereka.

Malah, berdasarkan kajian Popp (1964), yang dinyatakan dalam Ai Hong Chen dan Noor

Suraini Mohamad (2002) juga, menekankan bahawa mengenal abjad dari segi bentuk dan

namanya adalah penting pada peringkat awal permulaan mengenal abjad sebagai peringkat

permulaan kanak-kanak belajar membaca. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Popp

(1964) terhadap kanak-kanak tadika, satu analisis telah menunjukkan bahawa kanak-kanak ini

mengalami memadankan bentuk huruf kecil seperti u, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k. Kajian Popp


(1964) juga menunjukkan bahawa kanak-kanak tadika ini mengalami kekeliruan abjad dalam

usaha memadankan bentuk-bentuk huruf kecil seperti huruf b dengan huruf d, huruf p

dengan huruf q dan sebagainya. Masalah ini sering berlaku di antara huruf-huruf yang lebih

kurang sama bentuknya dan masalah ini dinamakan sebagai masalah pembalikan huruf.

Berdasarkan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa murid-murid, selain peserta kajian juga turut

mengalami masalah mengenal, mengecam dan mengingat huruf-huruf b, d, p, q, n, dan u.

Tambahan lagi, menurut Ai Hong dan Noor Suriani Mohamad (2002), adalah penting bagi guru

membantu kanak-kanak pada peringkat awal membaca untuk membezakan huruf-huruf secara

visual dengan menggunakan alat bantu mengajar. Murut Bustam Kamri (2010), pengajaran

abjad atau huruf dalam bentuk kertas tugasan atau buku kerja dan apa jua jenis pengajaran

formal kepada kanak-kanak tidak memberi kebaikan.. Montessori yang dinyatakan oleh dalam

Nor Hashimah dan Yahya (2003) percaya bahawa pengalaman sangat penting dalam

pendidikan kanak-kanak.

Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan masalah ini pembelajaran berbantukan komputer

(PBK) adalah di antara kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah digunakan

untuk memperbaiki pencapaian membaca di sekolah. Program PBK di luar negara telah lama

dipraktikkan dalam P&P membaca (Soe et al., 2000). Selain itu, komputer juga didapati

berkesan terhadap kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kajian oleh Faridah (2001) telah

membuktikan bahawa komputer mampu mempercepatkan proses pembelajaran dan berpotensi

untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik dalam kalangan pelajar-pelajar khas. Selain

itu, hasil kajian Paul dan Alyson (2009) mendapati bahawa PBK memberi manfaat kepada

pelajar yang menghadiri kelas pemulihan membaca khasnya dengan meningkatkan lagi

kemahiran mereka untuk mengenali perkataan foniks. Menurut Paul dan Adelaide (2008), PBK

telah membantu meningkatkan kemahiran kesedaran fonologikal khasnya terhadap kanak-

kanak yang mencapai skor rendah dalam ujian pra secara signifikan. Suatu kajian telah
dilakukan terhadap 45 orang kanak-kanak pra sekolah dan hasil kajian mendapati bahawa

kanak-kanak yang terdedah kepada PBK mencapai keputusan yang lebih baik serta signifikan

dalam aspek rima dan kemahiran elisi (Lonigan et al., 2003).

Tidak dinafikan komputer berpotensi memberikan faedah jika digunakan dalam P&P kemahiran

membaca. Kajian yang dijalankan oleh Yahya dan Roselan (2007), mendapati penggunaan

komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar

dalam menguasai bahasa tersebut. Menurut Laporan yang dibuat oleh Azim (2004), PBK

memberi kesan yang berfaedah dan signifikan terhadap kanak-kanak yang bermasalah

pembelajaran.

Você também pode gostar