Você está na página 1de 3

Nama: Sharudin bin Damit

Kelas: PISMP sem 2 Pendidikan Khas

Refleksi

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, rahmat dan izin-Nya kami
telah selesai menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Piala Pengarah Peringkat Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj. Mohd Noor bin Hj.
Awang selaku penyarah pembimbing yang telah banyak mencurahkan ilmu, memberi
bimbingan dan dorongan sepanjang kami menganjurkan pertandingan tersebut. Terima kasih
juga diucapkan kepada penganjur bersama iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG
Kampus Kota Baharu yang telah banyak membantu dan bekerjasama semasa kami
mengelolakan pertandingan tersebut.

Pada 26 hingga 29 September 2014 yang lepas, kami PISMP semester 2 bersama JPP
IPG Kampus Kota Baharu telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Piala Pengarah
Peringkat IPGM. Tujuan utama kami menganjurkan pertandingan tersebut adalah untuk
memenuhi sukatan kursus yang terkandung dalam subjek Kokurikulum WAJ3091. Pertandingan
tersebut telah disertai oleh sembilan pasukan dari seluruh IPG di Malaysia. Semasa
mengelolakan pertandingan tersebut, banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang telah
saya perolehi.

Antaranya ialah saya telah mengetahui bagaimana membuat perancangan sebelum


mengelolakan suatu pertandingan. Saya sebagai AJK pertandingan telah ditugaskan untuk
menentukan sistem pertandingan yang digunakan dalam pertandingan ini. Adalah tidak menjadi
masalah bagi saya untuk menentukan sistem pertandingan kerana pada semester lepas, segala
sistem pertandingan dan kesesuaian penggunaannya telah kami pelajari dari subjek
pengurusan kokurikulum. Mengikut jumlah padang dan jumlah pasukan penyertaan serta
peruntukan masa yang diberi. Saya telah memilih sistem liga kumpulan diikuti sistem kalah mati
untuk menentukan pemenang. Selain itu, saya juga ditugaskan untuk membuat jadual
perlawanan yang berlangsung selama tiga hari tersebut. Saya bersama AJK-AJK lain yang
terlibat telah berkerjasama dan berkolaberasi untuk menentukan jadual perlawanan. Hasil
kesepakatan kami, kami telah membuat keputusan untuk mengadakan pertandingan tersebut
pada waktu pagi dan petang memandangkan jumlah pasukan yang menyertai agak ramai .
Pada hari akhir pertandingan pula, kami memilih untuk mengadakan perlawanan akhir pada
waktu pagi untuk memberi laluan kepada majlis penutup pertandingan tersebut pada waktu
petang.

Semasa mengelolakan pertandingan tersebut, saya telah ditugaskan di bahagian urus


setia. Saya bersama rakan-rakan yang lain bertugas untuk membuat pengunguman penting,
menentukan perlawanan dan mencatat keputusan perlawanan. Segala keputusan dan tindakan
yang kami lakukan dibuat dengan berhati-hati untuk memastikan pertandingan tersebut berjalan
dengan lancar. Semasa berada di urus setia, saya sempat memerhatikan perlawanan tersebut
berlangsung dan sedikit sebanyak telah meningkatkan pengetahuan saya berkaitan dengan
pengadilan bagi perlawanan bola sepak. Contohnya penentukan bagi pasukan yang melakukan
sepak mula, kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemain dan sebagainya.

Semasa penganjuran pertandingan tersebut juga, banyak kelebihan dan kelemahan


yang telah saya perhatikan. Antara kelebihan yang dapat saya perhatikan ialah pertandingan ini
berlangsung dengan lancar dan jayanya. Hal ini disebabkan oleh perancangan penganjuran
yang berkesan dan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh kami sebagai pihak penganjur
semasa melaksanakan tugas mengikut bidang masing-masing. Selain itu, setiap perlawanan
yang dijadualkan berlangsung juga tepat pada masanya. Hal ini mungkin disebabkan ketegasan
pihak penganjur dan disiplin yang tinggi yang ditunjukkan oleh para pemain. Dari segi
pengadilan pula, segala keputusan yang diambil oleh pengadil tidak mendapat sebarang
bantahan. Hal ini menunjukkan pengadil telah melakukan tugas dengan baik dan bersikap adil.

Antaranya kelemahan pertandingan yang kami anjurkan ini pula ialah jumlah tenaga
kerja Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang tidak mencukupi. Hanya satu orang sahaja
ahli PBSM yang bertugas bagi sesuatu perlawanan. PBSM sepatutnya menyediakan tenaga
kerja yang ramai untuk bersedia jika berlakunya sesuatu kecemasan seperti kecederaan. Selain
itu, pihak ambulans juga hanya bersedia di arena perlawanan ragbi sahaja yang agak jauh dari
area perlawanan bola sepak. Sepatutnya kenderaan ambulans tersebut diletakkan di tengah-
tengah antara arena perlawanan ragbi dan bola sepak kerana perlawanan bola sepak juga
berisiko tinggi untuk berlakunnya kecederaan. Diharapkan segala kelemahan yang telah dikenal
pasti ini akan diperbaiki bagi penganjuran pertandingan yang akan datang.

Sebagai seorang guru pelatih yang bakal menjadi seorang guru kelak, ilmu pengetahuan
dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang mengelolakan pertandingan ini sangat penting
untuk saya aplikasikan di sekolah kelak. Setiap guru pasti tidak akan terlepas dari tugas
menganjurkan pertandingan sebegini. Oleh itu, pengalaman sebegini telah menjadikan saya
bersedia untuk memikul tugas apabila begelar guru nanti.

Você também pode gostar

  • I Think Kaub
    I Think Kaub
    Documento14 páginas
    I Think Kaub
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Kertas Kerja Air
    Kertas Kerja Air
    Documento8 páginas
    Kertas Kerja Air
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Masalah Emosi Dalam Kalangan Guru Dan Murid
    Masalah Emosi Dalam Kalangan Guru Dan Murid
    Documento12 páginas
    Masalah Emosi Dalam Kalangan Guru Dan Murid
    John Putih
    100% (1)
  • Rujukan TDP
    Rujukan TDP
    Documento2 páginas
    Rujukan TDP
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Borang Nota Lapangan
    Borang Nota Lapangan
    Documento1 página
    Borang Nota Lapangan
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan
    Falsafah Pendidikan Kebangsaan
    Documento1 página
    Falsafah Pendidikan Kebangsaan
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • ABM Utk Siti
    ABM Utk Siti
    Documento15 páginas
    ABM Utk Siti
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Langkah Buat Kucing
    Langkah Buat Kucing
    Documento9 páginas
    Langkah Buat Kucing
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • PSV Jenis Pentaksiran
    PSV Jenis Pentaksiran
    Documento17 páginas
    PSV Jenis Pentaksiran
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Big 1
    Big 1
    Documento1 página
    Big 1
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Biodata Tokoh HE
    Biodata Tokoh HE
    Documento4 páginas
    Biodata Tokoh HE
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Falsafah Pendidikan GURU
    Falsafah Pendidikan GURU
    Documento1 página
    Falsafah Pendidikan GURU
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • KANDUNGA1
    KANDUNGA1
    Documento1 página
    KANDUNGA1
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • ABM Utk Siti
    ABM Utk Siti
    Documento15 páginas
    ABM Utk Siti
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Biodata Tokoh HE
    Biodata Tokoh HE
    Documento4 páginas
    Biodata Tokoh HE
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Buah
    Buah
    Documento4 páginas
    Buah
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Senarai Nama 3B
    Senarai Nama 3B
    Documento2 páginas
    Senarai Nama 3B
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Surat Jemputan Pemantau
    Surat Jemputan Pemantau
    Documento2 páginas
    Surat Jemputan Pemantau
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Diagnostik Tahun 4 BM
    Diagnostik Tahun 4 BM
    Documento4 páginas
    Diagnostik Tahun 4 BM
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Falsafah Pendidikan GURU
    Falsafah Pendidikan GURU
    Documento1 página
    Falsafah Pendidikan GURU
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Divider Minggu
    Divider Minggu
    Documento3 páginas
    Divider Minggu
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Big 3
    Big 3
    Documento2 páginas
    Big 3
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Template
    Template
    Documento12 páginas
    Template
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Bacaan
    Bacaan
    Documento2 páginas
    Bacaan
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Assay Math
    Assay Math
    Documento14 páginas
    Assay Math
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Assay Math
    Assay Math
    Documento14 páginas
    Assay Math
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Lembaran Kerja Sayur
    Lembaran Kerja Sayur
    Documento4 páginas
    Lembaran Kerja Sayur
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Asgnt Terapi Sem 5
    Asgnt Terapi Sem 5
    Documento17 páginas
    Asgnt Terapi Sem 5
    John Putih
    Ainda não há avaliações
  • Permainan Kanak-Kanak
    Permainan Kanak-Kanak
    Documento8 páginas
    Permainan Kanak-Kanak
    John Putih
    Ainda não há avaliações