Você está na página 1de 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : PIRIYANGA SAMBASEVAM

PROGRAM : PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR

NAMA PROJEK (INDIVIDU) : PROGRAM TARIAN ZUMBA (SENAMROBIK) 2017

TEMPOH PELAKSANAAN : 15/08/2017

OBJEKTIF:

1) Memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti gaya

hidup sihat
2) Mengamalkan dan mempraktikkan gaya hidup sihat dengan cara yang betul
3) Memperkembangkan potensi individu dan mencungkil bakat terpendam
4) Meningkatkan koordinasi tubuh badan murid
5) Meningkatkan semangat kesukanan dan kekitaan
6) Merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar guru, guru-guru

sekolah dan murid


7) Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
8) Meningkatkan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan komuniti sekolah
9) Melibatkan penyertaan semua murid dalam program kecergasan

STRATEGI PELAKSANAAN:

Saya dan rakan internship saya membincang untuk membuat program tarian
zumba (senamrobik) sebagai satu projek berkumpulan. Kami telah membuat
perancangan pelaksanaan projek dari segi kumpulan sasaran, tempat dan penyediaan
kertas cadangan. Kami juga membuat perbincangan bersama mentor mengenai
program kecergasan tarian zumba yang ingin dilaksanakan. Selepas itu, kami
menyediakan kertas kerja bagi projek ini. Kertas kerja kami telah dibetulkan beberapa
kali untuk menghasilkan satu kertas kerja yang lebih baik.

Seterusnya, kami membuat pemilihan muzik tarian zumba yang sesuai


digunakan sebagai panduan kepada kumpulan sasaran dalam melaksanakan program
kecergasan tarian ini. Kami memilih pelbagai lagu dari pelbagai bahasa untuk
memenuhi keperluan pelbagai kaum di sekolah. Kami juga memilih lagu yang sesuai
untuk kanak-kanak seperti lagu Madagascar.

Kami melaksanakan latihan awal tarian zumba sebagai persediaan untuk


program kecergasan tarian tersebut. Kami mengedit lagu dan memilih pergerakan
senamrobik yang sesuai untuk murid-murid dan guru-guru sekolah. Kami melatih
pergerakan tarian zumba setiap hari petang untuk melaksanakan di tapak perhimpunan
dengan sempurna. Kami berkolaborasi dengan guru yang mengurus siar raya bagi
menyediakan peralatan yang sesuai seperti alat pembesar suara dan sebagainya.

Pada 15 hari bulan Ogos, pada pukul 7.40 pagi Program Tarian Zumba
(Senamrobik) telah dimulakan di tapak perhimpunan. Semua murid disuruh berdiri
mengikut kelas masing-masing. Guru kelas telah disuruh mengawal disiplin murid
mereka. Semua warga sekolah telah sangat aktif dan gembira semasa membuat tarian
zumba ini. Kami juga sangat dimotivasi untuk mengendalikan program ini dengan lebih
baik.

REFLEKSI:

KEKUATAN:

Terdapat banyak kekuatan dalam program ini. Antaranya adalah


pergerakan tarian zumba yang telah dicipta amat sesuai dengan tahap murid-
murid yang terlibat dan mudah untuk dilakukan. Perancangan latihan juga telah
dirancang dengan rapi bagi memastikan perlaksanaan projek ini berjalan dengan
lancar. Guru-guru dan murid-murid juga telah memberikan kerjasama yang baik
semasa perlaksanaan program tarian zumba ini.

Tambahan lagi, pihak sekolah juga telah memberikan kerjasama bagi


memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Ia juga memberikan satu kelainan
dan mewujudkan satu aktiviti yang sihat untuk murid-murid untuk amalkan
sebagai gaya hidup sihat. Ia juga dapat memberi pendedahan kepada murid
untuk melakukan pergerakan diiringi muzik. Ia memberikan murid lebih meminati
aktiviti yang melibatkan pergerakan.

Selain itu, program ini juga dapat membina keyakinan diri murid agar tidak
malu dalam melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kecergasan seperti
senamrobik dan sukan. Tarian ini juga menggalakkan murid untuk
mempraktikkan gaya hidup sihat, mengeratkan silaturrahim antara murid dan
guru dan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan sosial.

Saya dan rakan-rakan saya dapat menimba pengalaman untuk


mengendalikan sesuatu program seperti ini. Banyak perkara yang perlu diambil
kira apabila mengendalikan sesuatu program di sesebuah sekolah. Selain itu,
faktor cuaca yang baik juga menjadi salah satu kekuatan. Saya bersyukur kerana
cuaca pada pagi hari Selasa itu amat baik. Oleh itu, program ini dapat dijalankan
di tapak perhimpunan dengan baik.

Kekuatan lain yang saya dapat lihat ialah pergerakan senamrobik yang
mudah diikuti. Semua murid dan guru dapat mengikut pergerakan yang
dilakukan di hadapan tapak perhimpunan. Saya dan rakan menjadi instruktor di
hadapan sewaktu tarian zumba berlangsung. Kami mengaplikasikan pergerakan
yang mudah agar semua dapat mengikuti pergerakan senamrobik tersebut.
Selain itu, faktor lagu yang digunakan juga merupakan satu kekuatan bagi saya.
Lagu yang digunakan ada yang perlahan dan rancak. Murid-murid rasa terhibur
dengan program senamrobik disamping melakukan aktiviti yang menyihatkan.

KELEMAHAN:

Ada juga beberapa kelemahan dalam program ini. Antaranya adalah ada
murid yang tidak memakai baju sukan pada hari tersebut. Ini mungkin
disebabkan oleh murid-murid tersebut tidak memberikan perhatian semasa
pengumuman yang diberikan pada perhimpunan. Mungkin setiap guru kelas
perlu mengulang pengumuman tersebut di kelas.

Selain itu, terdapat masalah PA sistem kadang-kadang. Ini menyebabkan


terdapat kekeliruan pada sesetengah masa dan kami terpaksa berhenti dan mula
tarian zumba kami. Ini juga mengganggu keaktifan murid-murid apabila tiba-tiba
berlaku masalah ini. Seterusnya, ada murid yang tidak melakukan tarian zumba
dan kacau rakan-rakan disebelahnya. Ini mengganggu proses tarian zumba ini.
Murid-murid ini tetap melakukan masalah disiplin walaupun ditegur oleh gurunya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Cadangan penambahbaikan yang saya boleh berikan adalah kami


haruslah memastikan maklumat yang hendak disampaikan perlu sampai kepada
murid-murid dengan sempurna dan terang. Oleh itu, guru kelas boleh mengingati
maklumat ini semasa di kelas. Mungkin ini akan menyebabkan mereka tidak lupa
untuk memakai atau membawa sebarang untuk program yang dianjurkan.

Selain itu, kami boleh menyemak keadaan PA sistem sebelum memulakan


tarian zumba untuk mengelakkan masalah PA sistem. Jika, mendapat tahu
bahawa terdapat masalah dalam PA sistem, pihak sekolah boleh tukar bahan PA
sistem kepada yang lain untuk memastikan pelancaran program yang baik. Ini
juga akan mewujudkan satu program yang aktif dan lancar.

Bagi mengatasi masalah disiplin murid-murid yang tidak membuat tarian


zumba, murid-murid tersebut perlu diberikan denda untuk memastikan tiada
murid yang diganggu semasa program ini. Murid-murid tersebut perlu
dikeluarkan dari barisan dan disuruh berdiri di atas pentas. Ini merupakan
peneguhan negatif yang terbaik untuk mengurangkan disiplin semasa sesuatu
program.

KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya, program tarian zumba ini dapat dilaksanakan dengan


jayanya di sekolah ini dan menjadi satu tapak bagi warga pendidik memulakan amalan
budaya bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Ini memberi peluang
kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti gaya hidup sihat. Mereka juga
dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar guru, guru-guru
sekolah dan murid-murid.

Bagi pihak guru pelatih pula, melalui program ini saya dapat memberikan
pengetahuan dan pengalaman yang bermakna sebagai bekalan ilmu ketika bergelar
guru kelak. Di samping itu, pelaksanaan program ini juga dapat memberi impak kepada
konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus, mengelola dan memimpin.

LAMPIRAN

Murid-murid pra-sekolah juga


terlibat dalam Program Tarian
Zumba ini.
Kami sedang membuat tarian
Zumba di tapak perhimpunan.

Murid-murid sedang membuat


pergerakan Zumba di tapak
perhimpunan.
Kami sedang membuat
pergerakan tarian Zumba.

Murid-murid sedang mengikut


pergerakan tarian Zumba yang
ditunjuk oleh kami.

Semua warga sekolah terlibat


dalam Program Tarian Zumba ini.

Você também pode gostar