Você está na página 1de 21

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

KES NO: 21(26)/4-1419/12

ANTARA

ZURAIDA BINTI ISMAIL

DAN

BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD

AWARD NO: 1022 TAHUN 2017

DI HADAPAN : Y.A. PUAN SITI SALWA BINTI MUSA


(Bersidang Berseorangan)

TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Malaysia


Kuala Lumpur

TARIKH RUJUKAN : 25.09.2012

TARIKH SEBUTAN : 05.12.2012, 07.01.2012, 07.02.2013,


04.03.2013, 28.03.2013, 30.04.2013,
02.08.2013, 12.12.2013, 26.05.2014, &
22.09.2014.

TARIKH PERBICARAAN : 09.12.2013, 10.12.2013, 08.12.2014,


09.12.2014, 10.12.2014, 08.04.2015,
23.06.2015, & 01.10.2015.

PERWAKILAN : Mejar (B) Ibrahim Bin Hashim dan Encik


Azman Bin Mustaffa dari Tetuan Ibrahim
Hashim & Co, Peguam Pihak Yang
Menuntut.

Encik Atan Mustaffa Bin Yusof dari Tetuan


Ainul Azam & Co, Peguam Pihak
Responden (Syarikat).

1
RUJUKAN:

Rujukan ini dibuat oleh YB Menteri Sumber Manusia pada 25 September 2012

berdasarkan subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Ianya

berpunca daripada pembuangan kerja Zuraida Binti Ismail oleh Bank Muamalat

Malaysia Berhad.

AWARD

Rujukan ini adalah berkaitan dengan pembuangan kerja Zuraida Binti Ismail

(Pihak Yang Menuntut-PYM) oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad.

(Syarikat) pada 09.01.2012.

Latar Belakang Kes

1. PYM mula bekerja di Syarikat sebagai Penolong Pengurus, Data

Management and Management of Information System Department, Finance Division

(selepas ini dirujuk sebagai MISD). Pada 11.01.2010. PYM menerima gaji pokok

sebanyak RM4,200.00 sebulan.

2. Selepas berkhidmat selama dua (2) tahun, PYM telah diberhentikan kerja

melalui surat bertarikh 09.01.2012 seperti yang ditunjukkan di lampiran CL-10

2
dalam Penyataan Kes. Gaji akhir yang diterima oleh PYM pada ketika

diberhentikan adalah sebanyak RM4,268.00 sebulan. PYM tidak berpuas hati

dengan penamatan perkhidmatannya dan telah membuat pengaduan kepada

Jabatan Perhubungan Perusahaan. Kes PYM telah dirujuk ke Mahkamah yang

mulia ini oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia pada 25.09.2012.

Undang-Undang

3. Fungsi Mahkamah Perusahaan telah dijelaskan dalam kes Goon Kwee

Phoy v. J&P Coats (M) Sdn. Bhd. [1982] 2 MLJ 129 di mana Raja Azlan Shah C.J

(Malaya) DYMM Tuanku pada masa itu bercakap bagi Pihak Mahkamah

Persekutuan di halaman 136 seperti berikut ;

Where represantation are made and are referred to the

industrial Court for enquriy, it is the duty of the court to determine

whether the termination or dismissal is with or without just cause

or exercuse. If the employer chooses to give a reason for the action

taken by him, the duty of the Industrial court will be to enquire

whether that excuse or reason has or has not been made out. If it

finds as a fact that it has not been proved, then the inevitable

3
conclusion be that the termination or dismissal was without just

couse or execuse. The proper enquiry of the court is the reason

advanced by it and the court or the High Court cannot go into

another reason not relied on by the employer or find one for it.

4. Peranan ini juga di jelaskan lagi di dalam kes Milan Auto Sdn. Bhd. v.

Wong Seh Yen [1995] 4 CLJ 449, di halaman 455, di mana Mahkamah Persekutuan

memutuskan;

As pointed out this Court recently in Syarikat Hong Leong

Assurance Sdn.Bhd. & Anor Appeal v. Wong Yuen Hock [1995] 3

CLJ 344, the function of the Industrial Court in dismissal cases on

reference under s.20 is twofold, firstly to determine whether the

misconduct complained of by the employer has been established and

secondly whether the pronen misconduct constitute just couse or execuse

for the dismissal.

Darjah Pembuktian

5. Adalah menjadi prinsip undang-undang dalam suatu kes pemecatan

4
kerja, majikan mesti mengemukakan bukti bahawa pekerja itu telah melakukan

salahlaku seperti yang didakwa sebelum pemecatannya. Beban pembuktian

terletak di bahu majikan iaitu Syarikat dalam kes ini. Syarikat harus membuktikan

kes mereka berdasarkan imbangan kebarangkalian dan mengemukakan

keterangan bahawa pemecatan itu adalah dengan sebab atau alasan yang adil.

Dalam kes Telekom Malaysia kawasan Utara v. Krishnan Kutty Sanguni Nair &

Anor [2002] 3 CLJ 314 diputuskan;

Thus, we can see that the preponderant view is that the Industrial

Court, when hearing a claim of unjust dismissal, even where the

ground is one of dishonest act , including theft, is not required to

be satisfied beyond reasonable doubt that the employee has

committed the offence, as in acriminal prosecution...In our view

the passage quoted from Administrative Law by H.W.R. Wade &

C.F. Forsyth offers the clearest statement on the standard of proof

required that is the civil standard base on balance of probabilities

which is flexible, so that the degree of probability required is

proportionate to the nature and gravity of the issues.

5
Kes Syarikat

6. Saksi Syarikat, COW-1 adalah Ketua Perhubungan Perusahaan di Jabatan

Sumber Manusia (selepas ini dirujuk sebagai HRMD) di Syarikat. COW-1 dalam

keterangannya menyatakan HRMD telah menerima laporan daripada COW-3

mengenai insiden yang melibatkan PYM yang didakwa telah membuat rakaman

secara rahsia, perbincangan yang berlaku di antara COW-3 dan PYM di pejabat

MISD pada 17.11.2011 di antara jam 3:56 petang dan jam 4:45 petang. Lanjutan

daripada laporan tersebut pada 21.11.2011, Syarikat telah mengeluarkan surat

tunjuk sebab terhadap PYM. Surat tunjuk sebab itu meminta PYM memberikan

penjelasan atas pertuduhan salah laku yang dinyatakan seperti berikut;

That you on 17 November 2011 between 3.56 pm and

4.45 pm had secretly recorded work-related discussion took place

between you and your immediate superior, Ms Nah Mei Lee which

was unprofessional, unethical and unbecoming of you as a staff of

the Bank and/or against the acceptable values expected of you as a

staff of the Bank. Your aforesaid act may have also breached Section

97 of the Banking and Financial Institutions Act(BAFIA) 1989

6
7. Menurut COW-1 perbuatan PYM itu adalah suatu pelanggaran ke atas

klausa 8 Code of Conduct Syarikat yang mengkhendaki kakitangan Syarikat

mematuhi prinsip undang-undang, bersikap profesional dan beretika. Menurut

COW-1 juga perbuatan PYM itu juga berkemungkinan melanggari seksyen 97,

Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) 1989. Selanjutnya COW-1

menyatakan bahawa PYM telah menjawab surat tunjuk sebab tersebut melalui

surat bertarikh 09.12.2011 di mana PYM mengakui telah merakam secara rahsia

perbincangan di antara COW-3 dengan beliau pada 17.11.2011. PYM juga

mengaku telah membuat rakaman secara rahsia percakapan di antara COW-3 dan

beliau sebelum ini iaitu dalam bulan Mei 2011.

8. Oleh itu berdasarkan pengakuan PYM tersebut COW-1 telah menasihati

Syarikat agar menamatkan perkhidmatan PYM. Pada 09.01.2012, Syarikat telah

mengeluarkan surat menamatkan perkhidmatan PYM. Menurut COW-1 siasatan

dalaman tidak dijalankan terhadap PYM memandangkan PYM telah pun

mengakui pertuduhan seperti yang dinyatakan di dalam surat tunjuk sebab

bertarikh 21.11.2011.

9. Menurut COW-1, PYM tidak boleh mengharap untuk meneruskan

perkhidmatannya dengan Syarikat setelah insiden tersebut kerana perbuatan PYM

7
itu telah menghilangkankan kepercayaan Pihak Syarikat terhadap PYM. Perbuatan

PYM itu juga telah meletakkan Syarikat dalam kedudukan yang bertentangan

dengan peruntukkan seksyen 7(1) BAFIA iaitu mengenai kerahsiaan dan

perlindungan maklumat pelanggan. Selanjutnya COW-1 menyatakan bahawa

alasan/penjelasan yang diberikan oleh PYM dalam surat jawapan kepada surat

tunjuk sebab tidak dapat diterima oleh Syarikat kerana PYM mempunyai cara lain

untuk mengemukakan sungutan/ketidakpuasan hatinya.

10. COW-3 adalah saksi Syarikat yang telah menangkap PYM merakam

secara rahsia perbincangan diantara beliau dan PYM. Menurut COW-3 semasa

beliau sedang berbincang dengan PYM mengenai kerja, secara tidak sengaja PYM

telah menjatuhkan suatu alat ke lantai. COW-3 telah meminta PYM meletakkan alat

tersebut di atas meja kerana menyangka ia adalah telefon bimbit PYM. Apabila

PYM meletakkan alat tersebut COW-3 terkejut kerana mendapati alat tersebut

adalah perakam suara yang masih terpasang. Pada masa itu COW-3 sedar bahawa

PYM telah merakam secara rahsia perbincangan di antara mereka berdua.

Lanjutan daripada itu pada 18.11.2011 COW-3 telah berjumpa COW-1 untuk

mendapatkan nasihat dan beliau telah dinasihati oleh COW-1 untuk membuat

laporan kepada HRMD. Seterusnya COW-3 telah membuat laporan mengenai

kejadian kepada HRMD.

8
11. COW-3 menafikan dakwaan-dakwaan PYM yang terdapat dalam surat

jawapan kepada surat tunjuk sebab. COW-3 menafikan telah mengherdik dan

menggunakan kata-kata kesat terhadap PYM. Mengenai dakwaan PYM bahawa

beliau kerap kali menghalang PYM daripada mengambil cuti tahunan, COW-3

menjelaskan bahawa bagi cuti yang melibatkan tempoh 1 (satu) minggu atau lebih,

kakitangan di bawah seliaan beliau telah dinasihatkan agar membuat permohonan

awal iaitu dua (2) minggu sebelum tarikh cuti yang akan diambil supaya

penugasan kerja dapat di rancang. COW-3 menafikan telah menolak permohonan

cuti tahunan yang dipohon oleh PYM kerana beliau hanya meminta PYM untuk

datang berbincang mengenai permohonan cuti tahunannya. COW-3 juga

menafikan telah menolak permohonan PYM untuk membawa kehadapan baki

cutinya untuk dikumpulkan bagi tujuan mengerjakan haji/umrah. Menurut COW-

3 pengumpulan cuti untuk haji/umrah hendaklah dibuat melalui permohonan

dalam borang yang ditetapkan dan perlu diluluskan terlebih dahulu oleh HRMD.

Merujuk kepada dakwaan PYM bahawa COW-3 menghalangnya daripada

bertukar ke Jabatan Teknologi Maklumat (selepas ini dirujuk sebagai IT), COW-3

menjelaskan bahawa beliau tidak menyokong permohanan pertukaran PYM

kerana prestasi dan pencapaian kerja PYM yang rendah di MISD. COW-3 juga

menafikan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab pada 21.03.2011 dan

menjelaskan bahawa dokumen tersebut hanyalah memo yang dihantar kepada

9
PYM meminta penjelasan mengapa tidak menyempurnakan tugasan mengikut

tempoh yang diberikan. Berikutan penjelasan yang diberikan oleh PYM, COW-3

telah memberi kaunseling kepada PYM.

12. Merujuk kepada dakwaan PYM bahawa COW-3 telah membantah

perpindahannya ke IT pada 30.05.2011, COW-3 menyatakan bahawa PYM tidak

dipindahkan ke IT tetapi diletakkan secara sementara ke jabatan itu oleh COW-2

kerana pada masa itu COW-3 sedang cuti sakit dan PYM tiada tugasan khusus

untuk dilaksanakan ketika itu. Oleh itu selepas kembali bertugas, COW-3 telah

mengarahkan PYM untuk kembali bertugas semula di MISD. Dakwaan PYM

bahawa beliau telah ditukarkan ke IT adalah disebabkan kesilapfahaman PYM

tentang arahan COW-2. Keterangan ini disokong oleh COW-2 yang menyatakan

silap faham tersebut terbit daripada emel bertarikh 26.05.2011 yang dihantar

kepada PYM yang mana kandungan emel tersebut tidak menyatakan bahawa

penempatan PYM ke IT adalah secara sementara. Menurut COW-2 beliau tiada

kuasa untuk menukarkan kakitangan secara kekal kerana adalah menjadi polisi

Syarikat bahawa sebarang pertukaran kakitangan perlu diluluskan oleh Ketua

Pegawai Eksekutif dan surat pertukaran pula akan dikeluarkan oleh HRMD.

Menurut COW-2 walaupun beliau adalah seorang Ketua Bahagian apa-apa

tindakan beliau juga tidak boleh melangkahi COW-3 selaku Ketua Jabatan. COW-2

10
dan COW-3 masing-masing berpendapat bahawa aduan-aduan PYM mengenai

COW-3 dan permohonannya untuk bertukar jabatan adalah berkait dengan

prestasi kerja PYM yang rendah.

Kes PYM

13. Dalam keterangannya, PYM menyatakan bahawa COW-3 adalah pegawai

penyelia beliau di MISD. PYM mendakwa perhubungan diantara beliau dengan

COW-3 disepanjang tempoh bekerja dua (2) tahun sentiasa tidak baik. Menurut

PYM, COW-3 kerapkali mengherdik beliau dengan kata-kata kesat dan hina yang

menjatuhkan maruah beliau. PYM telah memanggil CLW-2 dan CLW-3 untuk

menyokong keterangannya itu. Seterusnya menurut PYM tindakan COW-3 itu

telah menjatuhkan semangat dan memberi tekanan mental kepada PYM. COW-3

juga didakwa telah beberapa kali menghalang PYM daripada mengambil cuti

tahunannya. PYM juga mendakwa COW-3 tidak membenarkan beliau membawa

ke hadapan baki cutinya untuk dikumpulkan bagi tujuan untuk mengerjakan

haji/umrah. PYM mendakwa layanan buruk COW-3 terhadapnya yang dilakukan

secara berterusan adalah bertujuan untuk memberi tekanan kepada PYM supaya

beliau berhenti kerja. Tidak tahan dengan tindakan COW-3, PYM telah membuat

permohonan untuk bertukar ke IT tetapi permohonan PYM telah di halang oleh

11
COW-3. Menurut PYM, COW-3 mahukan PYM terus bekerja di bawah beliau atau

di bawah suaminya En. Lim Teck Gum yang merupakan Timbalan Presiden di

Jabatan CSRD di Syarikat yang sama. PYM juga mendakwa COW-3 sentiasa

memberi tekanan dengan apa cara terhadapnya. Menurut PYM pada 21.03.2011,

beliau telah diberikan surat tunjuk sebab oleh COW-3 mengarahkan PYM

menjawab surat tersebut dalam tempoh 24 jam. Walaubagaimanapun selepas PYM

menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh seperti yang diarahkan, tiada apa-apa

jawapan atau tindakan disiplin yang diambil terhadap PYM oleh Pihak Syarikat.

Seterusnya PYM telah memohon bagi kali kedua untuk bertukar ke IT melalui

COW-2. Pertukaran itu telah diluluskan semasa COW-3 cuti bersalin

Walaubagaimanapun menurut PYM pertukaran itu telah dibatalkan oleh COW-3

dan beliau diarahkan balik bertugas semula di bawah COW-3 di MISD. Oleh

kerana tidak tertahan lagi dengan tekanan yang dialaminya PYM telah

menceritakan masalahnya kepada dua orang rakan sekerjanya iaitu CLW-2 dan

CLW-3 untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. PYM telah dinasihati agar

merakamkan percakapan COW-3 sebagai bukti yang perlu dikemukakan kepada

HRMD. Ini kerana Pihak Syarikat tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas

laporan bertulis mengenai COW-3 sebelum ini yang dibuat oleh PYM pada bulan

Jun 2011 kepada pihak atasan Syarikat. Dengan itu pada 17.11.2011, jam diantara

3:56 petang dan 4:45 petang, PYM telah membawa pita rakaman lalu merakam

12
percakapan beliau dengan COW-3 di pejabat MISD. Tetapi tindakan merakamkan

sesi itu telah disedari oleh COW-3 apabila alat perakam suara itu telah terjatuh ke

lantai. Pada 21.11.2011 Pihak Syarikat telah mengeluarkan surat tunjuk sebab

kepada PYM dan juga telah menggantung tugas beliau. Surat tunjuk sebab adalah

seperti ditunjukkan di eksibit CL 8 yang dilampirkan dalam Penyataan Kes. Dalam

surat tunjuk sebab tersebut Pihak Syarikat telah mengemukakan satu pertuduhan

salah laku terhadap PYM.

14. Menurut PYM pada 09.12.2011 beliau telah menghantar surat penjelasan

sebagaimana yang di arahkan di dalam surat tunjuk sebab tersebut. Dalam surat

penjelasan tersebut PYM mengakui bahawa pada 17.11.2011 telah membawa pita

rakaman semasa mengadakan perbincangan mengenai kerja dengan COW-3. PYM

juga mengakui bahawa beliau juga telah merakam percakapan COW-3 pada sekitar

bulan Mei 2011. PYM telah menjelaskan bahawa beliau telah merakamkan

percakapan COW-3 pada kedua-dua masa tersebut sebagai langkah

mempertahankan diri kerana tidak tahan dengan penderaan psikologi yang

dilakukan oleh COW-3 terhadapnya. Menurut PYM, tujuan rakaman itu adalah

untuk dikemukakan sebagai bukti kepada HRMD bagi menunjukkan tindakan

seorang Ketua Jabatan yang telah mengeluarkan kenyatan-kenyataan yang

menghina dan mencemuh pegawai bawahannya.

13
15. Menurut PYM selepas beliau memberikan jawapan kepada surat tunjuk

sebab itu tiada siasatan dalaman yang dijalankan terhadapnya.

Walaubagaimanapun pada 09.01.2012 Pihak Syarikat telah mengeluarkan surat

menamatkan perkhidmatannya dengan Syarikat berkuat kuasa pada 09.01.2012

iaitu seperti di eksibit CL-10.

ISU

16. Kedua-dua pihak tidak mempertikaikan penamatan kerja PYM. Oleh itu

isu yang perlu diputuskan adalah samada Pihak Syarikat berjaya membuktikan

salah laku PYM dan jika salah laku itu berjaya dibuktikan samada pemecatan PYM

adalah atas sebab atau alasan yang adil.

Penilaian Dan Dapatan

17. PYM menyatakan di perenggan 6 Penyataan Kesnya bahawa Responden

telah memecatnya tanpa mengadakan suatu siasatan dalaman terlebih dahulu.

Perkara yang sama juga dihujahkan oleh Peguam bijaksana PYM seperti

dinyatakan di halaman 9, 25, 32 dan halaman 54 penghujahan bertulis PYM.

Peguam Responden dalam hujah balasnya menyatakan bahawa ketiadaan siasatan

14
dalaman bukanlah sesuatu yang fatal yang menjejaskan kes Syarikat. Dalam kes

Dreamland Corp (M) Sdn Bhd v. Choong Chin Sooi & Industrial Court of Malaysia

[1988} 1 MLJ 1 Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa ketiadaan siasatan

dalaman atau siasatan dalaman yang dijalankan tetapi catat bukanlah sesuatu yang

fatal kepada kes. Terpulanglah kepada Pihak Majikan untuk mengemukakan

keterangan-keterangan yang relevan di hadapan Mahkamah Perusahaan untuk

membuktikan salahlaku yang didakwa itu.

18. Mahkamah bersetuju dengan penghujahan Peguam bijaksana Syarikat

itu. Oleh kerana kes ini telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan adalah menjadi

tugas Mahkamah yang mulia ini untuk memutuskan sama ada salah laku yang

didakwa itu dibuktikan dilakukan oleh PYM dan seterusnya jika dibuktikan

sedemikian, sama ada pemecatan kerja yang dibuat itu adalah atas sebab atau

alasan yang adil. Dalam kes Wong Yuen Hock v Syarikat Hong Leong Assurance

Sdn.Bhd. & Another Appeal [1995] 3 CLJ 344 YAA Hakim Mahkamah Persekutuan,

Mohd Azmi Bin Hj Kamaruddin di halaman 354 menyatakan:

we held the view that once a case of wrongful dismissal had

been properly referred by the Minister under s.20(3) , the

industrial Court was seised with jurisdiction and was obliged

15
under the Act to determine the dispute on its merit. Thus even

where there was a breach of contractual or statutory obligation

to hold an inquiry , the Industrial Court should proceed to

determine on the merits firstly, whether the misconducts

complained was in fact committed by the employee, and secondly

whether the nature and extent of the misconduct could

constitute just cause or excuse for the dismissal .

19. Berhubung pertuduhan salah laku yang dikenakan terhadap PYM seperti

yang dinyatakan di dalam surat tunjuk sebab, Mahkamah ini dimaklumkan

melalui keterangan COW-3 bahawa PYM telah ditangkap ketika sedang

merakam percakapan secara rahsia perbincangan yang berlaku di antara COW-3

dan PYM di pejabat di MISD. Insiden ini disedari oleh COW-3 kerana alat

perakam yang digunakan oleh PYM telah secara tak sengaja terjatuh di lantai dan

apabila alat tersebut diambil dan diletakkan di meja PYM, COW-3 yang

menyangka ia adalah telefon bimbit terkejut apabila mendapati ia adalah alat

perakam suara yang masih lagi terpasang. Lanjutan daripada itu COW-3 telah

membuat laporan ke HRMD. Keterangan COW-3 disokong oleh keterangan COW-

1 yang mengesahkan telah menerima laporan COW-3. Berdasarkan Laporan

COW-3 itu pada 21.11.2011 Syarikat telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada

16
PYM. COW-1 menyatakan bahawa PYM telah mengakui melakukan rakaman

secara rahsia pada tarikh dan masa yang dinyatakan dalam surat tunjuk sebab

tersebut. Menurut COW-1 dalam surat jawapannya kepada surat tunjuk sebab itu

juga PYM juga telah mengakui bahawa beliau juga telah melakukan rakaman

secara rahsia percakapan COW-1 dalam bulan Mei 2011. Mahkamah ini telah

meneliti surat penjelasan PYM seperti dilampiran CL-9 dan mendapati ia

mengandungi pengakuan PYM sepertimana yang dinyatakan oleh COW-1.

20. Semasa perbicaraan di Mahkamah ini, PYM juga mengakui telah

melakukan rakaman secara rahsia percakapan diantaranya dan COW-3. Seperti di

dalam surat penjelasannya, PYM juga memberikan justifikasi mengapa telah

melakukan perbuatan tersebut. Menurut PYM beliau tiada jalan lain melainkan

merakam percakapan COW-3 agar dapat digunakan sebagai bukti untuk

menunjukkan perbuatan dan tingkah laku COW-3 terhadapnya bagi dikemukakan

kepada HRMD. PYM juga telah memanggil rakan sekerjanya iaitu CLW-2 dan

CLW-3 untuk menyokong keterangannya mengenai tingkahlaku COW-3.

21. Mahkamah ini telah menilai dan menimbangkan semua keterangan dan

penghujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Mahkamah ini mendapati

bahawa PYM tidak mempertikaikan pertuduhan salahlaku yang dihadapinya

17
seperti yang dinyatakan dalam surat tunjuk sebab. Sebaliknya PYM cuba

mempertahankan salahlakunya itu dengan memberikan justifikasi bahawa

perbuatannya itu adalah cara yang terbaik untuk mendedahkan ketidakadilan

yang beliau dakwa dilakukan oleh pegawai atasannya terhadapnya. Mahkamah

ini bersetuju dengan penghujahan Pihak Syarikat bahawa justifikasi yang cuba

digunakan oleh PYM tidak boleh diterima kerana terdapat peraturan yang boleh

digunakan oleh PYM untuk mengemukakan aduannya. Lagi pun aduan-aduan

PYM mengenai COW-3 adalah tidak berasas sebagaimana yang telah dijelaskan

oleh COW-3 dan COW-2 dalam keterangan mereka di Mahkamah ini. Mahkamah

ini bersetuju dengan kes Rachel Mathews & Anor v. BASF (Malaysia) Sdn Bhd

[2008] 3 ILR 709 yang menyatakan seperti berikut:

What is fundamental is that the Claimant by her conduct

had contravened the implied term of trust and confidence in the

contract of employment. The claimant as a senior executive, should

have known what was expected of her by the company. In this

regard, the claimant should have risen above her feelings for a

difficult boss and she owed it to the company to act professionally.

Unfortunately, she failed to live up to the standard expected of an

employee in her position. The court can understand the fury which

was created in the managing Director when he learned of spiked

drinks and disparaging emails. This certainly had destroyed his

18
trust and confidence in the claimant.

22. Mahkamah ini tidak dapat menerima penghujahan Peguam PYM bahawa

tiada pelanggaran terhadap seksyen 97 BAFIA oleh PYM kerana PYM tidak

memiliki maklumat mengenai pelanggan Syarikat untuk didedahkan. Peguam

PYM juga berhujah bahawa tiada bukti yang telah dikemukakan oleh Pihak

Syarikat untuk menunjukkan bahawa PYM telah menyebarkan butir-butir sulit

mengenai pelanggan Syarikat yang didakwa telah menyalahi BAFIA. Mahkamah

ini berpandangan bahawa adalah mencukupi untuk Pihak Syarikat membuktikan

bahawa perbuatan PYM itu berpontensi meletakkan Syarikat dalam kedudukan

melanggar undang-undang berkaitan perlindungan dan kerahsiaan pelanggan.

Mahkamah ini menerima keterangan saksi-saksi Syarikat bahawa rakaman secara

rahsia perbincangan kerja yang berlaku di antara COW-3 dan PYM itu berlaku di

pejabat MISD yang mengendalikan pengurusan data dan maklumat pelanggan

yang bersifat rahsia. Oleh itu Pihak Syarikat adalah bertanggungjawab untuk

melindungi data dan maklumat pelanggan dan perbuatan merakam perbincangan

secara rahsia dan tanpa kuasa adalah merupakan sesuatu kesalahan seperti yang

diperuntukkan di bawah seksyen 34 Akta Perbankan Islam 1983 dan juga seksyen

97 BAFIA. Dengan itu perbuatan PYM membuat rakaman secara rahsia itu boleh

mendedahkan Syarikat kepada tindakan undang-undang. Lihat kes MBF Finance

19
Berhad v. Ho Wai Leong [1999} 3 ILR 459 , John Joseph Fernandeze v. Mestari

Adjusters Sdn Bhd [2016] 1 ILR 521 dan kes Tamilselvi Letchumanan v. Malaysian

Airline System [2015] 3 ILR 595.

23. Mahkamah juga mendapati bahawa perbuatan PYM itu adalah suatu

pelanggaran klausa 8 Code of Conduct Syarikat yang mengkhendaki pekerja Syarikat

mematuhi prinsip-prinsip Syarikat iaitu berintegriti, profesional dan beretika.

Dengan itu Mahkamah ini mendapati bahawa Pihak Syarikat atas imbangan

kebarangkalian telah berjaya membuktikan salahlaku terhadap PYM sebagaimana

pertuduhan. Mahkamah ini juga mendapati salahlaku PYM adalah salahlaku yang

serious yang mana selain telah memusnahkan hubungan kerja antara Syarikat dan

pekerja, ia juga boleh menjejaskan reputasi Syarikat di mata pelanggan dan orang

awam serta boleh mendedahkan Syarikat kepada tindakan undang-undang. Pihak

Syarikat telah menimbangkan keseluruhan fakta dan keseriusan kes dan dengan

itu telah memutuskan untuk memecat PYM. Hak untuk menghukum adalah

prerogatif majikan dan Mahkamah dalam kes ini, tidak akan campur tangan ke atas

hukuman yang dikenakan ke atas PYM.

20
Kesimpulan

24. Sebagai kesimpulan, setelah mengambil kira keseluruhan keterangan

yang dikemukakan oleh PYM dan Syarikat dengan mengambil kira subseksyen

30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk bertindak mengikut ekuiti,

perasan hati nurani dan merit kes yang substantial tanpa memikirkan kepada

perkara-perkara teknikal dan berbentuk undang-undang, Mahkamah ini membuat

dapatan bahawa pemecatan kerja PYM adalah dengan sebab atau alasan yang adil.

Oleh yang demikian, kes PYM adalah ditolak.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 21 JULAI 2017

-t.t-

( SITI SALWA BINTI MUSA )


PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR.

21

Você também pode gostar