Você está na página 1de 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BERIS KUBOR

BESAR
16350 BACHOK KELANTAN
TEL : 09-7649606 FAKS: 09-7649969

KERTAS KERJA

PROJEK KECERIAAN DAN MURAL

MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS


INTEGRASI (PPKI)

PROJEK INTERNSHIP

TARIKH: BERMULA 1 OGOS 2017 HINGGA 24 OGOS 2017

TEMPAT : PPKI SK BERIS KUBOR BESAR

INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA


1.0 NAMA PROJEK
Projek Mural dan Keceriaan

2.0 PENGENALAN PROJEK


Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah
kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif
dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang
menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian.
Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan
dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara untuk mewujudkan persekitaran ini adalah
dengan menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah. Unsur ini adalah amat penting
bagi murid-murid berkeperluan khas yang sukar untuk menumpukan perhatian terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, guru-guru pelatih
mengambil peluang ini bagi menceriakan dan mewujudkan suasana yang kondusif di
kawasan PPKI SK Beris Kubor Besar.

3.0 OBJEKTIF PROJEK

Projek ini diadakan untuk mencapai beberapa objektif iaitu :

3.1 Menjadikan kawasan PPKI SK Beris Kubor Besar sebagai satu tumpuan yang
menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.

3.2 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik secara


tidak langsung di sekolah.

3.3 Menjadikan kawasan PPKI SK Beris Kubor Besar sebagai kawasan yang cantik
dan indah.

4.0 PENUTUP

Diharapkan Projek Mural dan Keceriaan ini mampu meningkatkan lagi keceriaan dan
keindahan kawasan Program Pendidikan Khas Integrasi SK Beris Kubor Besar di samping
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif bagi murid-murid.
Segala kerjasama dan jasa baik semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek ini
terlaksana kami alu-alukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

..............................................
(MUHAMAD FAZRI HASSAN) (NUR HANANI BT MOHD AMIN)
Penyelaras Projek, Penyelaras PPKI,
Program Keceriaan dan Mural PPKI, SK Beris Kubor Besar.
SK Beris Kubor Besar.

Diluluskan oleh,

.........................................

(MAT NAWANG BIN JAAIH)


Guru Besar,
Sk Beris Kubor Besar.

BAJET KECERIAN DAN MURAL


1. PERBELANJAAN PROGRAM INTERNSHIP BERSAMA (BELANJAWAN
TANGGUNGAN SENDIRI)

NO PERKARA KUANTITI ANGGARAN HARGA JUMLAH

1 Pagar Mini Hiasan 2 unit RM 15 RM 30

2 BatuPerhiasan 2 Bungkus RM 10 RM 20

3 Pasu 9 biji - RM 30

4 Tanah Kompos 5 beg RM 10 RM 50

5 PokokBunga 10 - RM 50

6 CendawanBatu 1 - RM 20

RM 200

2. PERBELANJAAN SEKOLAH DAN PPKI

NO PERKARA KUANTITI ANGGARAN HARGA JUMLAH

1 Putih 2 RM 110

Hitam 1 RM100

Merah 1 RM120

Biru 1 RM120

Kuning 1 RM120

Berus 5 Rm 20

Bekas letak cat 1 RM 10

RM600

GAMBAR CADANGAN IDEA

Cadangan 1: Tangga Staff Sekolah


Cadangan 2: Dinding Bangunan PPKI SKBKB

Cadangan 3: Laluan PPKI

Você também pode gostar