Você está na página 1de 2

APAKAH ITU NBOS ?

NBOS merujuk kepada National Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan
Biru Kebangsaan. Blue Ocean Strategy, yang diilhamkan oleh Profesor W.
Chan Kim dan Profesor Rene Mauborgne, membekalkan satu cara yang
kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah.
Pendekatan baru ini telah diambil oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri
Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak untuk diadaptasi dan dilaksanakan oleh
kerajaan.
Melalui NBOS, lebih 80 kementerian dan agensi berkolaborasi dalam
merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif Strategi Lautan Biru yang kreatif
dan bersifat transformatif kepada negara.
Sebagai contoh, prasarana luar bandar dibina dengan lebih pantas,
sukarelawan belia digerakkan untuk usaha-usaha pembangunan bangsa dan
negara dan masyarakat bandar serta luar bandar mendapat manfaat daripada
akses yang lebih luas kepada peluang ekonomi, sosial dan pendidikan.
NBOS kini merupakan titik fokus kepada usaha-usaha transformasi kerajaan
dan berfungsi sebagai tunjang integrasi dan sintesis program-program lain
seperti Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Program Transformasi
Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Kejayaan NBOS
membantu merangsang pertumbuhan yang pesat dan mampan di Malaysia
serta mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan harmoni.

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN


Lautan: merujuk kepada perkhidmatan awam
Lautan biru: peluang baru untuk diterokai bagi menambah baik perkhidmatan awam
untuk rakyat.

NBOS diperkenalkan pada tahun 2009 oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.
"Kita berlayar dari lautan merah ke lautan biru" - maaf bebanyak, saya tak tahu apa
maksudnya tu
dengan bekalan PRODUKTIVITI, KREATIVITI, INOVASI.

dilaksanakan antara kementerian dan agensi kerajaan merentasi kerajaan


persekutuan, negeri dan tempatan. (penting untuk korang faham apa beza ketiga-
tiga bidang kuasa ini, soalan favourite panel)

Dalam Lautan Biru, PERMINTAAN adalah direka dan bukannya direbut.


Lautan Merah: strategi yang berkisar kepada konfrantasi dan perebutan dengan
pesaing dan diharap dapat menyingkirkan pesaing setelah ianya tewas.
perumpamaan yang diberikan kepada dunia koperat/perniagaan yang penuh
dengan perebutan pelanggan, permintaan dan juga status. Oleh itu, pesaing yang
berdarah (tewas) akan tidak dapat bangun kembali jika ia masih dalam lautan yang
sama

Tiga prinsip proses saksama

1. Penglibatan semua pihak iaitu menteri, penjawat awam dan rakyat


2. Penerangan kepentingan program NBOS agar semua pihak faham
3. Penjelasan tanggungjawab agar semua pihak dapat menjalankan tanggungjawab
masing-masing
PROGRAM NBOS YANG BERJAYA DILAKSANAKAN IALAH:

Kerjasama kreatif antara polis dan tentera untuk kurangkan kadar jenayah.
UTC untuk mengintegrasikan pelbagai agensi kerajaan dan perkhidmatan
masyarakat di bawah satu bumbung.
RTC untuk tingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.
IM4U untuk semarakkan semangat kesukarelaan di kalangan belia demi kemajuan
negara.
Memperkasakan GTP dan ETP dengan tujuan mengoptimumkan penggunaan
sumber agar proses dapat dijalankan bagi mencapai impak yang tinggi dengan kos
yang rensah dan dilaksanakan dengan pantas.

UTC - Urban Transformation Centre


RTC - Rural Transformation Centre
GTP - Government Transformation Program
ETP - Economy Transformation Program

Você também pode gostar