Você está na página 1de 12

Adab Jiran Tetangga Menurut Islam

Pendahuluan
Islam menggariskan dengan jelas mengenai tatacara hidup dengan meletakkan akhlak dan adab
sebagai panduan. Tanpa akhlak yang baik, kehidupan manusia menjadi kucar-kacir. Allah SWT
telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai model terbaik dan contoh akhlak yang terpuji
kepada seluruh umat Islam. Dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama
iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sepotong hadith yang bermaksud :

:
:
...

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Sabda Rasulullah SAW Orang mukmin yang
paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik.

Allah SWT telah memuji Rasulullah SAW kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat
dalam al-Quran, firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Maksudnya: "Sesungguhnya engkau seorang memiliki peribadi yang agung (mulia)."

Rasulullah SAW adalah insan yang mempunyai akhlak yang terbaik dikalangan kaumnya dan
paling menjauhi kejahatan dan akhlak yang rendah. Baginda SAW adalah orang yang paling
menjaga maruah, paling baik pergaulan, sebaik-baik jiran, paling lemah lembut, paling bercakap

1
benar dan paling amanah. Oleh itu, Baginda SAW digelar oleh kaumnya dengan gelaran Al-
Amin. Gelaran tersebut diberikan kerana Baginda SAW memiliki sifat lemah lembut, sabar,
bersyukur, adil tawadhu, menjaga kesucian diri, permurah, berani dan pemalu.

Akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran
dan penelitian. Imam Ghazali r.a mengatakan:

Akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-
perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang
terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang
mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

Maka dengan itu, pendekatan yang diguna pakai di dalam esei ini ialah pendekatan yang telah
digariskan oleh Islam dengan menggunakan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Al-Sunnah supaya
kita sama-sama dapat menghayati tuntutan akhlak supaya kita berbuat baik terhadap jiran
tetangga sebagaimana yang dituntut oleh agama.

Definisi Jiran

Berdasarkan kamus dewan, jiran ialah orang yang berada dekat dengan rumah kita manakala
mengikut tesarus bahasa dewan jiran ialah jiran: tetangga, orang sebelah, orang sekampung,
teman; berjiran: bertetangga, berhampiran, sebelah-menyebelah, berdekatan, sekampung, sedesa,
setempat; kejiranan: kemuafakatan, kerjasama, kesepakatan.

Jiran Menurut Syarak

Berdasarkan syarak, jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan,
kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap
sudut.

Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau
tetangga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan membawa erti satu suasana

2
dan perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan. Ini menunjukkan bahawa
Islam menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan agama
Islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama
manusia.

Menetapkan lingkungan jiran dan had jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut
keadaan tertentu dan suasana. Bahkan menurut Al-Alusi dalam Kitabnya Ruhul Maani Fi tafsiril
Quran Al-Azim Wa Sabul Masani bahawa penetapan jiran ini dan lingkunganya secara zahir
kembali kepada uruf (adat setempat). Ini pendapat yang agak tepat kerana dalam kaedah syarak
menyebutkan setiap yang datang dari perintah syarak ialah mutlak dan sekiranya tidak ada
penerangan jelas dari kaedah melaksanakannya juga tidak dapat dijelaskan dari pemahaman
zahir bahasa maka dikembalikan kepada adat kebiasaan dalam melaksanakannya.

Konsep Jiran Di Dalam Islam

Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling
memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak mungkin seorang
manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal
dalam sebuah masyarakat. Memiliki tempat tinggal termasuk di antara salah satu rezeki dan
nikmat kerana padanya manusia tinggal dan huni serta menetap untuk melindungi diri dan
meneruskan kehidupan dengan teratur dan selesa.

Tempat tinggal itu berbeza-beza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu
memiliki rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni rumah
teres dan rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan. Walaubagaimana sekalipun
keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi lumrah dia tidak akan berseorangan
sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan rumah penempatannya.

Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas daripada
bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda Rasulullah SAW:

3
Maksudnya: Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat
tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda
daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak
baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.

Jiran muncul apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal
berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita. Maka Islam dalam memelihara hak sesama
manusia serta memandu manusia untuk mencapai harmoni dan bahagia di dunia dan akhirat turut
memasukkan aspek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan supaya manusia dapat
hidup dalam keadaan aman dan selesa serta mendapat kebahagiaan seperti yang disebut di dalam
hadith tadi.

Untuk mengupas esei ini dengan lebih lanjut, selain merujuk kepada beberapa buku yang
berkaitan dengan tema perbincangan di dalam kertas kerja ini, penulis akan menghuraikan adab-
adab dan hak jiran dari perspektif Islam sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Al-Ghazali di
dalam kitabnya Ihya Ulumuddin.

Jiran Tetangga Di Dalam Islam

Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah
merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan
sentiasa menghormati dan menimbulkan perasan ihsan apabila berinterasi sesama jiran. Islam
banyak menggariskan agar umatnya sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran.

Kategori Jiran

Jiran mendapat tempat yang tinggi di dalam strata kedudukan bermasyarakat di dalam ajaran
Islam. Islam mengangkat peranan jiran dan sumbangan bakti mereka adalah sangat penting
dalam kehidupan kemanusiaan sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran;

4
Maksudnya; Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun
dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin yang terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu
as-sabil.

Allah menghimpunkan sekali dalam ayat di atas perintah untuk beribadah kepada Allah dengan
perintah untuk berlaku baik kepada hamba-hamba-Nya sebagai tanda Islam ini bukan sahaja
menjalin hubungan dengan pencipta sebaliknya juga menyatukan manusia di dalam satu
kewajipan untuk berlaku baik sesama manusia sebagai termasuk menunaikan ketaatan kepada
Allah SWT.

Allah menyebut () : iaitu yang bermaksud jiran yang padanya terdapat hubungan
kekeluargaan atau pertalian darah. Ini merupakan pendapat yang disebut oleh Ali Ibn Talhah
daripada Ibn Abbas ra manakala yang disebut dari riwayat Ikrimah dan Mujahid dan selain
mereka yang mengatakan ianya ialah jiran muslim yang satu agama. Juga ada yang mengatakan
dimaksudkan dengan ayat ini ialah jiran yang rumahnya berdekatan.

)) : iaitu yang bermaksud lawan kepada ayat sebelumnya yang


Allah menyebut juga ((
sebahagian ulama tafsir menyebut ianya ialah jiran yang tidak memiliki hubungan darah atau
kekeluargaan seperti pendapat Ali ibn Talhah dari Ibn Abbas ra, juga yang mengatakan ianya
bukan muslim seperti jiran yahudi dan nasrani seperti yang disebut dalam riwayat dari Ikrimah
dan Mujahid dan yang lain mengatakan yang dimaksudkan ialah jiran yang berjauhan rumahnya.

Hadith Rasulullah SAW juga ada menyebut bahawa terdapat beberapa kategori jiran di dalam
hadith Baginda SAW iaitu:

Maksudnya: Jiran itu ada tiga golongan, ada jiran yang hanya mempunyai satu hak dan ada jiran
yang mempunyai dua hak dan ada jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga
hak itu ialah jiran yang Muslim dan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Maka ia
mempunyai hak sebagai jiran, hak sebagai Muslim dan hak sebagai keluarga. Jiran yang
mempunyai dua hak ialah jiran yang Muslim. Ia mempunyai hak sebagai seorang Muslim. Jiran
yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik

Merujuk kepada hadith yang sama, berkata Syeikh Dr Abd Aziz Ibn Fauzan ibn Soleh Al-Fauzan
dalam kitabnya Fiqh Taamul Maan Nas bahawa kedudukan jiran itu terbahagi 3 jenis iaitu:

a. jiran yang muslim dan memiliki hubungan darah,

b. jiran yang muslim yang tidak ada hubungan darah; dan

c. jiran yang kafir.

Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa kewajiban kita sebagai
anggota masyarakat untuk memberi hak-hak yang sewajarnya terhadap jiran. Malahan jika jiran
kita seorang yang bukan Islam sekalipun, kita wajib menghormati dan menjaga hak-hak tersebut.

Hak-Hak Jiran Di Dalam Islam

Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam
bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak
patut fahami, malah mengamalkannya:

1. Jangan menyakiti jiran

6
Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan
mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran atau membuang perut ikan di dalam longkang
ketika proses memasak sehingga bau busuk melepasi hingga ke rumah jiran, lalat dan langau
yang datang menghurung sampah sarap dan perut ikan juga boleh menggangu ketenteraman jiran
. Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Leih dasyat lagi apabilan terdapat
jiran yang sanggup melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali
ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain. Hingga terdapat sebuah hadith
Rasulullah SAW dalam riwayat Muslim r.a. mengatakan bahawa:

Maksudnya: Di dalam riwayat Muslim dikatakan : Tidaklah masuk syurga orang yang
tetangganya tidak aman kerana gangguannya.

Betapa rugilah kita menjadi mukmin yang beriman dan taat kepada Allah SWT dan RasulNya
untuk memasuki syurga ganjaran yang paling hebat yang tidak tergambar oleh fikiran kita, tetapi
kita gagal menjalankan KPI (Key Performance Indicator) kerana hanya semata-mata menyakiti
hati jiran.

2. Memelihara jiran

Setiap daripada kita wajib memelihara kepentingan jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih.
Sekali lagi Nabi SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa




Maksudnya: Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin, maka Allah akan
memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat.

Jika kita menjaga kepentingan mereka umpamanya memantau rumahnya ketika jiran tetangga
pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti panjang daripada diceroboh oleh
pencuri dengan memaklumkan jiran tersebut lalu terus melaporkan kejadian tersebut kepada

7
pihak polis, kita sebenarnya telah berbuat baik kepada jiran dengan menjaga kepentingan
mereka. Bayangkan situasi ketika hari kiamat, tiada siapa yang boleh membantu kita kecuali
Allah SWT. Dunia menjadi kelam kabut, manusia dan alam seluruhnya menjadi seperti debu-
debu yang berterbangan. Pada saat itulah kita mengharapkan pertolongan Allah. Penulis sangat
yakin dan percaya bahawa Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya

3. Berbuat baik kepada jiran

Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam
peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka
kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka
ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya,
jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi
Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang
beriman.

Maksudnya: Barang siapa yang melapangkan seorang Mukmin yang dalam kesusahan atau
menolong orang yang dianiaya, maka dosanya akan diampunkan Allah.

Mengulas perkara yang sama Nabi Muhammad SAW mengingatkan umat Islam supaya memulia
dan menghormati jiran termasuk memualiakan mereka sebagaimana layanan kita terhadap kaum
kerabat kita sendiri. Ini selaras dengan sabda Baginda SAW:




Maksudnya: Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran
sehinggalah aku merasakan jiran itu kerabatku.
Oleh itu, adalah satu kerugian besar kepada umat Islam dan masyarakat jika kita mengabaikan
dan tidak mempedulikan jiran yang di anggap sebagai harta yang bernilai tinggi itu.
Berbuat baik kepada jiran tidak terhad dengan hanya perkara-perkara yang disebutkan di atas.
Malahan hak jiran ke atas kita juga ialah mengurus dan mengiringi jiran kita yang meninggal
dunia hingga ke tanah perkuburan. Ini selari dengan hadith Rasulullah SAW:

Maksudnya: sesungguhnya Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang
menyaksikan jenazah sehinggalah jenazah disembahyangkan maka baginya qirat dan sesiapa
yang menyaksikan sehingga dikebumikan maka baginya 2 qirat. Dikatakan apakah yang
dimaksudkan dengan dua qirat. Rasulullah menjawab seumpama dua buah bukit yang besar.

Adab Jiran Tetangga Menurut Imam Al-Ghazali

Dewasa ini, kesuntukkan waktu demi mengisi keperluan hidup membuatkan antara kita tidak
mengamalkan semangat kejiranan kerana tidak sempat untuk bertegur sapa sesama jiran. Hal ini
akan membuatkan perhubungan sesama ahli masyarakat menjadi kurang mesra. Selain itu,
kegagalan sesetengah individu memahami konsep kejiranan dengan baik juga akan membuatkan
berlakunya perselisihan faham dan akan mewujudkan aura perhubungan yang negatif. Keadaan
ini pasti akan memperlahankan proses perpaduan dan boleh menimbulkan perasaan kekok
apabila sesakali bersua muka ditempat awam sama ada di pasar malam, surau atau masjid bahkan
ketika di kenduri perkahwinan dikawasan kejiranan.

Kepentingan adab berjiran amat penting dan dititik beratkan di dalam agama Islam. Adab semasa
pergaulan sesama jiran bermaksud segala sikap, percakapan di dalam perbualan, senyuman, budi,
pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan
ianya mestilah bersendikan Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam telah menggariskan beberapa adab
yang perlu dipatuhi di dalam kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika
berbicara sesama jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia
menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim,
semasa bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.

9
Imam Al-Ghazali menukilkan kisah di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin bahawa hak jiran
bukanlah sekadar mencegah diri kita daripada menyakiti atau perbuatan yang tidak
menyenangkan hati jiran sahaja, tetapi hendaklah bersabar menahan perasaan jika disakiti
bahkan lebih daripada itu. Hendaklah kita memberi pertolongan kepada jiran dan menunjukkan
rasa kasih sayang.

Diceritakan bahawa Ibnu Muqaffa pada suatu hari mendengar bahawa jirannya akan menjual
rumah yang didiaminya kerana hendak membayar hutang yang sudah banyak ditanggungnya.
Pada waktu itu, Ibnu Muqaffa berkata Sekiranya dijual, tentu saya tidak memperolehi
kerhormatan bernaung di bawah rumahnya. Tidak lama kemudian, dia menemui jirannya itu dan
memberikan wang mengikut kadar rumah itu sebagai sedekah dan berkata, Janganlah saudara
menjual rumah saudara ini.

Imam Al-Ghazali juha telah turut menyenaraikan hak-hak seseorang muslim terhadap jirannya
untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna sebagai panduan bersama
ketika berinteraksi dengan jiran tetangga iaitu:

1. Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu


2. Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya tentang keadaannya sehari-hari
3. Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah
4. Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah
dan bersegera memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa diminta
5. Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan
Allah SWT
6. Ampunilah segala kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa-apa cara
sekalipun
7. Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan jiran kita umpamanya meletakkan
batang kayu di dinding rumahnya
8. Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya
9. Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya
10. Tutuplah kecacatan atau kekurangan yang nampak di matamu dan jangan hebohkan
kepada sesiapapun
11. Berikanlah dia semangat untuk terus berusaha menghadapi kesukaran apabila kesukaran
menimpanya
10
12. Jangan lalai menjaga rumahnya pada waktu dia tiada atau sedang bermusafir
13. Jangan mendengar kata-kata orang lain yang mengeji dirinya, yang berupa umpatan atau
berita-berita yang tidak menyenangkan
14. Tundukkan matamu sewaktu melihat isteri/suaminya
15. Jangan selalu memandang hamba/pembantu rumahnya
16. Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya baik dalam percakapan atau lain-lain
17. Tunjukkan sesuatu yang tidak diketahui oleh saudaranya, baik yang dalam urusan
keduniaan atau keakhiratan.

Rumusan bagi bab ini ialah hendaklah kita sedar bahawa jiran tetangga itu mempunyai hak-hak
yang tertentu sesuai dengan status mereka di dalam strata masyarakat seperti yang telah kita
bincangkan di halaman 10 di atas. Ini termasuklah dengan berlemah-lembut dengan mereka iaitu
menegur sapa dengan ucapan salam, senyum, tidak berlebih-lebihan ketika bertanya khabar
mereka sehingga boleh menimbulkan rasa tidak senang jiran terhadap soalan yang kita ajukan,
tidak meninggikan suara sehingga menyakiti hati jiran, menerima teguran jiran terhadap
kesilapan kita dengan bersikap berlapang dada, sentiasa berfikiran positif dengan sentiasa
bersangka baik terhadap jiran, memberi buah tangan atau hadiah dengan tujuan untuk
mengeratkan perhubungan sesama jiran tetangga.

11
Kesimpulan

Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa
perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup
dalam aman damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai
dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk
semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya ini
diabaikan maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang
akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.

Kesimpulannya ialah, ajaran Islam menuntut kita bercampur gaul dan bermesra dengan
masyarakat. Salah satu kumpulan manusia yang memainkan peranan besar meningkatkan
kebahagiaan keluarga ialah jiran. Jiran yang tinggal dalam lingkungan rumah kita adalah orang
yang paling hampir dan yang paling layak untuk memberi bantuan dan pertolongan. Berdasarkan
besar peranan jiran ini, maka suka penulis cadangkan agar kita kembali kepada Al-Quran dan Al-
Sunnah dalam menjaga silaturarahim dan adab-adab terhadap jiran tetangga. Dalam hal ini Islam
memberi penghargaan yang tinggi kepada jiran.

12

Você também pode gostar