Você está na página 1de 5

Apa itu lukisan pelan

Kali ini saya akan perkatakan berkenaan apa itu Lukisan Pelan. Dalam blog ini saya mengkhususkan
kepada Pelan Arkitek atau Lukisan Senibina yg amat mudah utk pembaca memahaminya.

Lukisan Pelan atau Senibina selalunya mengandungi eleman-eleman yg menyatakan dgn jelas segala
bentuk ruang serta saiz bagi sesuatu rekabentuk bangunan itu. Ianya diterjemahkan pula dgn
rupabentuk bangunan tersebut yg di panggil sebagai Pandangan Pelan.

Disini saya secara ringkas menyenaraikan keperluan asas bagi sesuatu Lukisan Pelan yg lengkap.

Pelan harus la mengandungi eleman2 berikut:-

1: Pelan - menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau tapak pembinan yg selalunya dalam
radius 5km dari tapak projek.

2. Pelan Lokasi - menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek didalam lingkungan taman
perumahan atau kawasan kediaman berhampiran di mana pelan akan ditunjukkan dalam skala 1: 1200,
1:1300, 1:1500 dan sebagainya.*

3. Pelan Tapak - mengandungi perincian yg lebih jelas berkenaan tapak rumah serta bangunan
berhampiran dengan skala kebiasaan 1:200, 1:300.*

4. Pelan Lantai - mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas dan seterusnya serta Pelan Bumbung.

5. Pandangan - menunjukkan dengan jelas pandangan rupabentuk bangunan yg dilukis seperti


Pandangan Hadapan, Belakang, Kiri & Kanan.

6. Keratan - menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi menunjukkan ruang dalaman sesebuah
bangunan yang di bina,

7. Sanitari - Lukisan Susunatur kelengkapan dapur serta bilik air dan sistem kumbahan.

8. Sistem Bekalan Air - menunjukkan kan susun atur sistem bekalan air paip.

9. Lukisan Terperinci - Lukisan yang menunjukan kan rekabentuk yg lebih terperinci bagi bahagian atau
keperluan yang di kehendaki oleh pihak PBT atau agensi berkaitan.
Pelan Tambahan & Ubahsuai

Pelan Tambahan & Ubahsuai adalah pelan yang perlu di lakukan oleh pihak pemilik kediaman yang ingin
mengubahsuai kediaman mereka yang sediada. Ini termasuk lah untuk membesarkan ruang atau
merobohkan ruang. Kerja-kerja yang melibatkan perobohan serta menambah ruang ini lah di panggil
ubahsuai rumah@kediaman.

Permohonan perlu di lakukan ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mendapatkan kelulusan bagi
pelan tersebut. Kerja-kerja pengubahsuaian tidak boleh dilakukan selagi kelulusan pelan belum
dikeluarkan. Ini kerana kerja-kerja ubahsuai tertakluk kepada Undang-Undang kecil Bangunan pada
setiap PBT terlibat.

Selain itu, kerja-kerja pengubahansuaian serta tambahan hendaklah mengikuti garisan panduan yang
telah ditetapkan oleh setiap PBT. Pemilik tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan tambahan
hingga melangkau had yang telah ditetapkan oleh pihak PBT.

Penyedian Melukis Pelan Tambahan

Bagi pemilik yang ingin melakukan ubahsuai rumah, elok lah terlebih dahulu mendapatkan maklumat
lanjut daripada Arkitek, Pelukis Pelan atau dari Jabatan Bangunan PBT berkenaan syarat-syarat
melakukan ubahsuai kediaman. Setiap PBT mempunyai undang-undang yang agak berbeza antara satu
sama lain.

Disini di sertakan serba sedikit penyedian dokumen bagi pihak pemilik.

1). Sediakan salinan Pejanjian Jual Beli kediaman tersebut (S&P)

2). Sesalinan Cukai Pintu Terkini (Jan-Jun) atau (Julai-Disember)

3). Sesalinan Cukai Tanah Terkini

4). Sijil Layak Menduduki (CF)

5). Sesalinan Geran Tanah (mengikut PBT)

6). Salinan Kad Pengenalan Pemilik ( mengikut PBT)

7). Rajah ringkas kerja-kerja tambahan yang ingin dilakukan.

Setelah dokumen tersebut siap boleh lah pemilik mencari perunding yang bersedia untuk menyediakan
segala keperluan permohonan pelan tuan dari peringkat penyedian pelan hingga kelulusan pelan.
Akitek, Pelukis Pelan atau Perunding harus dilantik bagi membuat permohonan pelan kerana pihak PBT
tidak mengambil permohona secara terus dari pihak pemilik, HANYA kelulusan strata atau yang
mengunakan 'Standart Book' saja yang diterima secara terus dari pemilik berdasarkan syarat-syarat
yang tertakluk.
Bayaran Kos Bagi Pelan Tambahan & Ubahsuai

Seringkali Kos bagi penyediaan pelan memainkan peranan penting sebelum sesuatu pelan dapat
disiapkan dan seterusnya di buat permohonan kepada pihak PBT. Mengelakkan kekeliruan berkenaan
bayaran, pihak Arkitek atau Pelukis Pelan Berdaftar akan mengasingkan bayaran tersebut. Disini
dimaklumkan bayaran yang akan atau bakal di kenakan kepada pemilik rumah.

1. Bayaran Penyedian pelan - Anggaran harga akan di tetapkan oleh pihak arkitek setelah
perbincangan dan kata putus berkenaan skop kerja dan rekabentuk pelan yang hendak di
pinda di muktamadkan bersama pemilik. Harga berdasarkan rekabentuk serta keluasan
tambahan yang akan pemilik lakukan. Selalunya bayaran ini akan dibuat dalam 2 kali
bayaran. Sebelum permohonan dibuat ke PBT dan setelah kelulusan dikeluarkan.

2. Bayaran Proses Pelan - Bayaran memproses pelan akan dikenakan kepada setiap
permohonan. Bil ini akan ditanggung oleh pihak pemilik kediaman. Bayaran ini termasuk lah
fee bagi memproses plan, cagaran atau deposit berkaitan dan deposit tong sampah
kepada Alam Flora atau agensi berkenaan. Jumlah Bayaran ini juga tidak sama pada
setiap PBT. Ia akan dikira berdasarkan keluasan tambahan yang dibina.

3. Bayaran Untuk CCC@CF - Bayaran ini sering dikenakan secara berasingan oleh pihak
Akitek atau pelukis Pelan. Ini kerana terdapat kecenderungan pemilik untuk mengubah
rekabentuk rumah semasa pembinaan sedang dilakukan. Jika ini berlaku, dan pemilik
masih tetap untuk mendapatkan CF@CCC, permohonan pindaan kepada pelan kelulusan
yang terdahulu harus dikemukan dan mendapat kelulusan PBT.

4. Denda - Denda akan dikenakan kepada pemilik rumah yang telah melakukan pembinaan
sebelum permohonan pelan dibuat atau melakukan pembinaan sebelum kelulusan diberi.
Denda akan dikira kepada 10 kali ganda dari fee memproses pelan. Bayaran ini juga akan
di tanggung oleh pihak pemilik.

Makluman ini adalah berdasarkan permohonan pelan yang mengikut Undang-Undang kecil bangunan
setiap PBT. Jika tambahan dilakukan diluar syarat-syarat yang ditetapkan, kemungkinan pelan tidak akan
diluluskan.
Contoh penyediaan pelan lakaran (banglo)

Figure 1 Pelan Pandangan

Figure 2 Pelan Lantai Atas


Figure 3 Pelan Lantai Bawah

Você também pode gostar