Você está na página 1de 1

Perkara pertama sekali yang kami lakukan ialah mengeluarkan barang-barang yang berada di

ruangan tengah stor yang menyekat pergerakan kami semasa mengemas stor tersebut. Contoh
barang-barang yang berada di tengah ruangan stor tersebut ialah beberapa unit kereta sorong,
kerusi, meja, batang tiang, dan khemah. Kami agak terkilan melihat barang-barang yang ada di
stor tersebut kerana kesemuanya telah bercampur aduk. Kami terpaksa membahagikan
barang-barang tersebut mengikut kumpulannya terlebih dahulu agar kami mampu merancang
sususan barang yang sesuai untuk diletakkan sama ada dirak ataupun di ruangan lantai stor.
Hasil daripada kerjasama kumpulan kami, kami berjaya juga mengumpul dan membahagikan
barang-barang tersebut mengikut kumpulannya walaupun kerja tersebut mengambil masa yang
agak lama.

Selepas itu, kami mula menyusun kumpulan barang-barang tersebut dirak yang
disediakan. Antara contoh barang-barang tersebut ialah khemah, jaket keselamatan, ground
sheet, diving fins, pelampung dan sebagainya. Agak mencabar juga bagi kami untuk menyusun
barang-barang tersebut disebabkan oleh rak yang terdapat di stor tersebut terlalu tinggi. Ada
diantara ahli kumpulan kami yang terpaksa memanjat di rak untuk menyusun barang-barang
tersebut. Namun demikian, faktor-faktor keselamatan kami tidak pernah abaikan. Selepas itu,
kami membersihkan lantai stor dan akhir sekali ialah kami memasukkan semula barang-barang
yang telah kami keluarkan daripada stor dan meletakkannya di ruangan yang disediakan.

Você também pode gostar