Você está na página 1de 15

1

PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

JENIS-JENIS
BAHAGIAN-
KAMERA
BAHAGIAN DAN
FUNGSI KAMERA
VIDEO
Kamera video Kamera
1.BUTANG ZOOM digital video analog
2. GELANG FOKUS

3. SENSOR DEDAHAN (EXPOSURE)


JENIS-JENIS SYOT
4. SHUTTER

5. BUTANG WHITE BALANCE

6. ALAT RAKAM SUARA

MERANCANG
PENERBITAN BAHAN
VIDEO UNTUK
PENGAJARAN;

PERGERAKAN KAMERA
VIDEO
PENGHASILAN BAHAN
PENERBITAN VIDEO

PANNING
Windows PERGERAKAN TILTING
movie maker,
PERGERAKAN DOLLY
Adobe
Premier, Ulead PERGERAKAN TRUCK
media studio,
Ulead video
studio,
Penicles,
2
Edius,Lets
Edit, Vegas
dan Avi
RUMUSAN

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah


mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi
pendidikan sebagai wadah terpenting bagi mencapai matlamat tersebut. Potensi dan
kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Untuk mancapai matlamat pendidikan di
Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi (
Wan Zahid, 1996 ). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan
sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri,
tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf pengguna, selagi itulah
kita tidak mampu merubah apa-apa.

Oleh itu, sebagai guru haruslah menguasai kemahiran teknik asas merakam movie
menggunakan kamera video, sama ada analog mahupun digital membolehkan penghasilan
bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Kerja-kerja penyuntingan rakaman
menggunakan aplikasi seperti WMM, VCD Cutter dan penyuntingan video dengan menggunakan
Ulead VideoStudio 8, Pinnacle 11, Adobe Premier akan menghasilkan kerja bagaikan seorang
profesional. Jika guru dapat kuasai kemahiran ini pasti isu murid bosan dalam kelas dapat di atasi
dan tiada lagi murid yang ponteng kelas kerana tidak berminat dengan pengajaran yang dilakukan
oleh guru. Selain itu, melalui kemahiran ini guru dapat merealisasikan anjakan ke-7 yang
terkandung dalam Pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM)

Untuk menerbitkan sesuatu video perlulah mengikut proses berikut. Antaranya


membuat pelan cerita, menentukan kadar pencahayaan, kawalan perimbangan cahaya putih,
kesesuaian adegan, penggunaan grafik dan yang terakhir proses produksi. Semasa proses
produksi, perlu dilakukan penyuntingan dan rakaman. Jika guru dapat menguasai proses tersebut
pastinya hasil video yang di diterbitkan pastinya menarik minat murid dan memotivasikan mereka
untuk terus berada di bilik darjah.

Oleh itu, video merupakan antara elemen multimedia yang paling dinamik dan realistik
berbanding elemen multimedia yang lain. Video boleh mempengaruhi motivasi seseorang
terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para
pengguna dengan lebih nyata.

3
4
ESEI BAHAGIAN B (INDVIDU)

Dunia pendidikan hari ini haruslah seiring dengan kemajuan dunia yang serba canggih
kerana semua maklumat di hujung jari. Ini bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran
haruslah mengintegrasikan elemen teknologi maklumat agar murid tidak berasa bosan dan lebih
menyeronokan murid. Tambahan pula, sebagai guru haruslah lebih tahu menggunakan elemen
teknologi maklumat kerana dalam pengajaran dan pembelajaran hari ini haruslah berkonsepkan
abad ke-21. Oleh itu guru haruslah menguasai kemahrin yang perlu digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran di abad ke-21 ini agar murid lebih seronok untuk belajar.

Dalam pengajaran dan pembelajaran yang kumpulan saya rancang, kami


mengintegrasikan elemen teknologi maklumat. Hal ini kerana dalam set induksi kami
menggunakan video, agar murid lebih tertarik dalam pengajaran dan pembalajaran yang
dilaksanakan. Selain itu, kami memilih mengunakan video kerana menpunyai pergerakan objek,
grafik dan suara muzik yang mampu menarik minat murid untuk belajar. Oleh itu, dengan
menggunakan video dalam set induksi, bermakna kami mengintegrasikan teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, dalam langkah satu iaitu penerangan, kumpulan saya menggunakan slide
share sebagai medium yang menunjukan beberapa contoh objek. Secara logiknya kami
menggunakan gambar dalam slide share kerana ia berwarna-warni selain dapat menarik minat
murid melihat gambar tersebut. Oleh itu ini akan memberikan motivasi dalam diri murid untuk
belajar.

Dalam langkah dua iaitu aktiviti, kami juga menggunakan slide share yang di hyperlink.
Tujuan kami menggunakan kaedah ini agar murid dapat menggunakan tetikus untuk menekan
jawapan yang di pilih berdasarkan soalan dalam slide share. Selain itu, melalui cara ini kami
dapat mengubati kebosanan yang ada dalam diri murid di bilik darjah. Oleh itu, pentingnya
sebagai guru mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran agar
murid lebih berminat untuk belajar dan berada di bilik darjah.

Kesimpulannya, pengajaran da pembelajaran yang berkonsepkan abad ke-21 perlulah di


lakukan oleh guru-guru di seluruh Malaysia. Selain itu juga, guru-guru haruslah sedar bahawa
murid pada zaman kini lebih berminat dengan berkonsepkan teknologi maklumat. Oleh itu,
konsep pengajaran dan pembelajaran di abad ke-21 perlu di lakukan di bilik darjah di seluruh
Malaysia agar tiada isu yang timbul murid bosan dengan pengajaran dan pembelajaran guru di
bilik darja

5
6
PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan pada abad ke-21 sering kali dibualkan
dan tidak lupa juga terdapat banyak bahan-bahan penulisan yang mengulas mengenai
pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa
depan. Tambahan pula, tokoh-tokoh pendidikan negara bersetuju bahawa konsep pengajaran
dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses
kepada internet yang semakin canggih. Konsep pengajaran konvensional seperti chalk and talk
semata-mata kurang menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik
dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.

Oleh itu, semua pihak perlu menyedari bahawa tiada alasan untuk tidak ikut sama
melaksanakan transformasi pendidikan. Hal ini kerana, sangat penting perubahan dalam
pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Jadi, warga
pendidik haruslah bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan
cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi
keperluan murid. Amanah ini merupakan tanggungjawab besar yang perlu dihayati oleh semua
warga pendidik terutama guru-guru di bilik darjah. Peranan dan komitmen mereka amat
diperlukan dan malah tugas menjadi sangat mencabar dengan keperluan pembelajaran Abad ke-
21. Guru yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran menjadi sandaran Kementerian
Pendidikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti dihasrat melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025.

7
ESEI BAHAGIAN C (SAOALAN 1)

STRATEGI, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BERDASARKAN VIDEO

Melalui video yang saya pilih, saya dapati bahawa teknologi yang digunakan oleh guru
ialah komputer, speaker dan LCD. Ini bermakna guru tersebut mengamalkan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang berkonsepkan abad ke-21. Jika kita renungkan bahawa dalam konteks
pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem
rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses,
menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti internet atau
multimedia atau hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia


berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih
sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Oleh itu, murid dalam abad ke 21 pasti berada
dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana
komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer
menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah.

Selain itu juga, pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh
guru dalam video tersebut ialah berpusatkan murid. Hal ini kerana guru banyak bertanyakan
soalan kepada murid dan tidak menjelaskan kepada murid terlebih dahulu. Selain itu juga, guru
memainkan peranan kepada muridr dengan melibatkan murid sepenuhnya secara aktif dalam
semua aktiviti sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru tersebut juga
bertindak sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal
maklumat.

Selain itu, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru bagi
membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran.Contohnya berjual beli di dalam
kelas sesama. Melalui aktiviti tersebut murid dapat dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri
dan meningkatkan rasa tanggungjawab. Oleh itu, saya pasti melalui cara pembelajaran dan
pengajaran yang di lakukan oleh guru ini dapat mengelakan murid berasa bosan di dalam kelas.
Malah berasa seronok untk belajar dan mudah faham dalam topik tersebut.

8
ISU-ISU YANG BERLAKU DALAM MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI

Melalui mengintegrasi teknologi maklumat dalam pedidikan untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran terdapat beberapa isu yang timbul. Antara isu utama ialah kepakaran guru yang
terhad. Ini bermaksud guru yang mempunyai komputer mempunyai kaitan dengan tahap
penggunaan internet. Menurut Zoraini (2000), dalam proses mengimplementasikan program
berasaskan komputer di sekolah, seorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya masih terhad.
Selain dari itu, kerja-kerja membaikpulih komputer ini dibebankan kepada guru yang mempunyai
kemahiran tentang komputer. Bagi mengatasi masalah ini setiap sekolah perlu diwujudkan unit
sokongan teknikal bagi komputer yang khusus bukan sahaja dalam pemasangan komputer malah
dalam kerja baik pulih dan penyelenggaraan komputer (Scribid.Inc, 2012). Dengan adanya unit
khas untuk mengendalikan urusan pemasangan dan kerosakkan komputer di setiap sekolah
secara langsung mengurangkan beban guru untuk mengendalikan semua kerja dalam masa yang
terhad. Oleh itu, guru hanya perlu menumpukan perhatian dalam pengajaran dan ini
menghasilkan kerja yang lebih berkualiti dan guru yang lebih bermotivasi.

Isu yang timbul seterusnya ialah masalah hakcipta. Seperti mana yang kita tahu bahawa
teknologi komputer telah menjadi kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang iaitu
dengan hanya menggunakan arahan save pada pemapar web. kebiasanya maklumat yang
terdapat di internet diperolehi secara percuma. Jika kita lihat dari sudut undang-undang, adalah
menjadi kesalahan apabila sesorang menyiarkan semula sesuatu maklumat di web tanpa
kebenaran bertulis daripada penulis asalnya. Namun demikian, apa yag menyedihkan terdapat
ramai orang yang menyalin dan mempergunakan maklumat dan gambar grafik dari internet tanpa
menghiraukan masalah hakcipta (Warren, 1998). Masalah ini dapat diatasi dengan guru
memainkan peranan dari awal mengajar pelajar tentang plagiarism di mana meraka tidak boleh
mengambil sebarang maklumat tanpa membuat rujukan yang betul. Oleh itu, penulisan rujukan
serta rujukan dalam teks patut diajar dari awal lagi supaya pelajar tidak terlibat dengan masalah
hakcipta.

Disamping itu, kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996), mendapati masalah utama
penggunaan internet dalam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses internet supaya
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Dalam kajian menunjukkan
bahawa guru memerlukan kemudahan mengakses internet di dalam kelas. Untuk mencapai

9
tahap yang optima, ini bermakna beberapa komputer diperlukan di dalam bilik darjah. Namum
demikian, amatlah menyedihkan bahawa kemudahan ini sukar diperolehi kerana kebanyakan
sekolah hanya menawarkan akses internet untuk satu komputer atau komputer yang terletak di
perpustakaan atau makmal komputer sahaja. Penyusunan demikian akan menyebabkan tahap
penggunaan internet masih rendah dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet
menjadi sukar kerana tidak terdapat komputer dalam kelas. Jika kita lihat faktor dalam hal ini ialah
kekurangan peruntukan kewangan untuk membeli komputer dan membuat penyelengaraan
komputer.

Seterusnya melalui penggunaan internet saya dapati bahawa terdapat beberapa


kekurangan dimana murid yang selalunya mengakses internet lebih tertarik untuk duduk di
hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada keluarga dan masyarakat.
Senario ini menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila berhadapan
dengan orang ramai sedangkan untuk menjadi seorang pelajar yang berdaya saing, mereka
berkeupayaan untuk memberi idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya
dan pembangunan kerjaya mereka kelak (Scibid.Inc, 2012). Oleh itu, peranan guru amatlah
penting dalam menekankan aspek di kepada murid di dalam kelas.

10
ESEI BAHAGIAN C (SOALAN 2)

MERUMUSKAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN ANDA SEBAGAI BAKAL PENDIDIK


ABAD KE-21

Paparan berita yang bertajuk saya bosan dengan cara cikgu mengajar yang disiarkan
dalam akhbar sinar pada 9 mac 2014 lalu begitu menyentuh hati nurani para pendidik yang
begitu banyak menabur bakti dalam dunia keguruan. Tidak kurang juga dengan pembaca setia
akhbar itu yang semestinya ibu bapa murid terbabit mungkin turut sama berasa terkilan. Apa
yang menyedihkan lagi, fokus utama ialah pengajaran guru yang tidak menarik menyebabkan
murid tersebut tekad ponteng sekolah. Oleh itu, sebagai guru perlu berkonsepkan pembelajaran
dan pengajaran abad ke -21 agar murid begitu seronok untuk belajar di dalam kelas.

Dalam hal ini, amalan pengajaran konvensional melalui cara 'chalk and talk' tidak
relevan lagi.Hal ini kerana, mewujudkan perasaan berasa bosan dalam kalangan murid apabila
pengajaran sehala oleh guru yang tidak memberikan peluang kepada murid untuk menyuarakan
pendapat mereka. Pengajaran yang pasif tanpa berbantukan teknologi maklumat tentulah
membosankan murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ada murid yang terlebih celik
komputer hingga dapat pula mereka membantu guru dalam dunia pengkomputeran. Oleh itu,
guru boleh menggunakan modal ASSURE sebagai teori dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas agar dapat menrik minat murid untuk belajar.
Selain itu, penggunaan komputer dan 'smart board' amatlah penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas oleh para guru untuk menarik minat murid-murid
selain susun atur kerusi meja murid yang bercirikan kelas abad ke-21 yang boleh diubah suai
setiap minggu. Tambahan lagi, penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang
bersumberkan internet amat disukai oleh murid. Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsuang. .

Guru juga haruslah menggunakan pembelajaran dan pengajaran yang berbantukan


laman sosial seperti facebook, whatsapp atau instagram selain penggunaan mel elektronik atau
google chrome secara komprehensif. Guru perlu mengalakan murid untuk melayari internet
untuk mencari maklumat terbaharu tentang sesuatu topik pengajaran semasa. Seterusnya,

11
aktiviti kumpulan sewajarnya diamalkan setiap masa meskipun guru bahasa melayu atau guru
geografi telah diamanahkan mengajar murid yang akan menduduki peperiksaan awam baik
upsr, pt3, spm atau stpm. Dengan kata lain, pengajaran guru yang memberi muridnya peluang
untuk kolaboratif antara satu sama lain sememangnya dinanti-nantikan oleh murid
pascamerdeka ini.

Penggunaan teknologi terkini amatlah penting kepada guru. Hal ini kerana, seseorang
guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri
dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan
penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan
sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga
bagi menyelesaikan urusan harian. Oleh itu, isu murid bosan di dalam kelas dapat di atasi
dengan mengunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama, iaitu
pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum.
Penyampaian guru bahasa melayu secara aktif, komunikatif dan kolaboratif sememangnya
menjadi impian setiap pelajar pada arus perdana ini kerana rangkuman tiga komponen inilah
yang merupakan faktor penentu peningkatan peratusan kehadiran pelajar di sekolah setiap hari.

12
13
RUJUKAN

Abdul Rahim Mohd Saad .(2001). Teknologi maklumat dan komunikasi:


Keperluanpertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja
dibentang diSeminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K
pada 20 & 21September 2001.

A.Razak Ahmad.(2011). Kepentingan Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi .


(Daripada)
http://www.flashkitech.com/?p=501 20 March 2016

Haliza bt Sainan, Nenly Marudi &Aidah bt Sulaimah. (2012). Teknologi Maklumat ICT.
(Daripada) http://www.kumpulan/kawan.blogspot.com/p/test.html 22 March 2016

Rosenberg.J.M. (2001). E-Learning: Strategies for Delevering Knowledge in the Digital Age.
USA: McGraw-Hill

Rusmini Ku Ahmad. (2012). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. (Daripada)
http://www.iab.academia.edu/RusminiKuAhmad/Papers/524734/Integrasi_Teknologi_
M aklumat_dan_Komunikasi_Dalam_Pengajaran_dan Pembelajaran 23 March 2016

Scrbid.Inc. (2012). Teknologi Internet dalam Pendidikan: Ciri-ciri, Penggunaan, Aplikasi dan
Multimedia Interaktif. (Daripada) http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-
ICTDALAM-PENDIDIKAN 24 March 20126

Sunal, Cyntia, S. Smith. (1998). Using Internet To Create Meaningful Instruction, Social
Studies,Jan/Feb 98 Vol. 89 Issue 1

Zalina Yahaya.(15 Julai 2002). IT dan Komputer: Nadi Sekolah Bestari. Utusan Malaysia

Zoraini Wati Abad. (2000). Computer Use In School Still Lacking. Computimes: New Starits
Times.

14
15

Você também pode gostar