Você está na página 1de 21

ari Deepavali (Bahasa Hindi: , Bahasa Tamil: ) juga dikenali

sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua
penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti diMalaysia. Perkataan
Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang
beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar
Tamil (antara bulan Oktober dan November) Tamil Nadu dan Malaysia, [1] dan juga dikenali sebagai
pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan
dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar
mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang
godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi
daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan
Deepavali.

alaupun Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang
terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman".

Yang penting dalam falsafah Hindu ialah penegasan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui
jasad dan minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, iaitu Atman. Seperti mana kita
menyambut kelahiran jasmani kita, Deepavali ialah sambutan Cahaya Dalaman, khususnya
kesedaran akan cahaya ini yang mengatasi segala kegelapan (menanggalkan segala halangan dan
melenyapkan segala kejahilan), menyedarkan individu akan sifat sejati dirinya, bukan dalam bentuk
jasmani, sebaliknya dalm kenyataan yang abadi, tidak terhingga dan unggul. Dengan realisasi
Atman, datangnya belas kasihan, kasih sayang sejagat, dad kesedaran seseorang akan segalanya
(peningkatan pengetahuan), lalu membawa kepada Ananda (Kebahagiaan atau Keamanan
Kedalaman).

Deepavali meraikannya melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula, dan sembahyang.
Walaupun cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat, namun intipatinya tetap
sama - untuk bergembira dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau the realiti yang mendasari
segalanya (Brahman).

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti
umum persekutuan di seluruh Malaysia.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan
penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang
baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan
kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di
atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam"
atau juga dikenali sebagai "Rangoli" ini bukan sekadar hiasan sahaja, tetapi memiliki maksud sosial,
kerohanian, dan simbolik padanya. Ia merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi
Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan
"kolam" di pintu masuk rumah mereka.[3], [4]

Melakar "Kolam" merupakan cara bagi wanita Tamil bagi berdoa pada Lakshmi, dewi kekayaan,
kecantikan dan tuah dan merupakan upacara keagamaan bagi penganutHindu[5] dan
orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober
dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.

Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa
kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman
dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Sambutan Perayaan di Malaysia

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama
Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih dikenali
sebagai pesta cahaya disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di
negara kita.

Mitos Hari Deepavali


Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan
perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura. Seterusnya penduduk
kampong telah meraikan kemenangan Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan menyalakan
lampu serta berpesta. Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah
berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan
Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya.
Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan
berpesta. Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana
satu yang menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India beragama Hindu yang
menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol kebaikan atau Cahaya menumpaskan
Kejahatan atau Kegelapan adalah menjadi pegangan utama mereka .

Malam Sebelum Perayaan Deepavali


Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli
keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun
beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu.
Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka
untuk tujuan menghias diri.

Memasang Vilakku
Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh
ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu vilakku. Lampu vilakku adalah sejenis pelita
tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah
dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan
kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu.
Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.

Kolam atau Rangoli

Rangoli lambang penyembahan Dewa Lakshmini

Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan kolam atau rangoli iaitu hiasan
lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya kolam
ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah
mendapat kesejahteraan.

Kemahiran membuat kolam ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak
susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang
kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti
kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di
dunia
Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang
dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu
masuk rumah mereka.

Persiapan Di Pagi Hari Deepavali


Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu
sebelum matahari terbit.
Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf
dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut
dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu akan menjalankan upacara
mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan
disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.

Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan
membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan
memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk
menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. Kemudian mereka
bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke
rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu
akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Manisan dan Juadah Deepavali


Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum
India tetapi juga masyarakat lain di negara ini termasuk pelancong asing. Dalam masyarakat
India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau
hari perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan
kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap
dianggap lebih baik dan dialu-alukan.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan
laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali.
Antaranya ialah aloogobi iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, paneer campuran
masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti
maruku dan adivasam dan payasam. Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan
kuih-muih tradisional orang India.

Pakaian Tradisional Deepavali


Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah
Sari untuk kaum wanita dan Dhoti untuk kaum lelaki.

Upacara Sembahyang
Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara
penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga
untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang
telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai
manisan yang dinamakan Prasad sebelum pulang ke rumah.

Sambutan Deepavali Masyarakat Sikh


Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di
atas sebab yang berbeza.
Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah
dipenjarakan oleh seorang Raja. Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan
berpuasa. Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar
penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskannya. Akhirnya,
Raja itu sedar akan kesilapannya. Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru
Nanak. Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.

Rumusan
Kehadiran perayaan ini bukan sahaja membuka ruang sanak-saudara merapatkan hubungan,
malah kunjungan rakan daripada bangsa dan agama lain juga dialu-alukan. Mereka percaya ia
mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang
berpanjangan di antara pelbagai kaum.

Perayaan Deepavali yang membawa maksud 'cahaya' memberi pengertian yang bermakna
kepada kaum India seluruh negara. Cahaya yang bermaksud 'harapan', 'kemenangan' dan
'kebahagiaan' ini tentunya dinanti-nantikan oleh setiap daripada mereka.

Lebih bermakna lagi jika Deepavali dapat dirayakan bersama ibu bapa dan seluruh ahli keluarga
yang lain sambil menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Di negara ini Deepavali tidak hanya disambut oleh kaum India sahaja sebaliknya turut dirayakan
oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina sebagai tanda muhibah dan perpaduan.

Ia disambut oleh kaum India di seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai etnik, termasuklah
Punjabi, Benggali, Marathi dan Telegu.

Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kegembiraan serta


kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan sebagai jahat dan sering
menindas rakyat pada satu masa dahulu. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa
setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan.

Ini sekali gus bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan
kejahatan.

Menyentuh mengenai sambutan Deepavali, segala persiapan termasuk dari segi menyediakan
pakaian, kuih-muih dan menghias rumah dilakukan lebih awal terutama seminggu sebelum
perayaan.

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam
bersama dengan pelbagai jenis makanan yang enak termasuklah hidangan tradisi kaum India.

Kebiasaannya makanan yang dihidangkan lebih kepada makanan yang agak berat seperti nasi
dan dalca.

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga.
Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau
hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu.

Upacara ini membawa maksud yang amat dalam di mana perayaan ini tidak hanya dirayakan
oleh mereka tetapi juga makhluk kecil lain di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap
selamat datang kepada para tetamu. Tidak ketinggalan juga, pada malam itu kalangan kaum
wanita akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu
sebelum matahari terbit.

Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf
dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Pada pagi perayaan satu perkara wajib yang dilakukan ialah menjalankan upacara mandi dengan
minyak bijan.

Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua
seperti ibu atau nenek sebelum membersihkan diri dan mengenakan pakaian baru.
Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan adalah upacara yang diwajibkan.
Kebaikannya bagaikan mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala
kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali. Ini
bertujuan menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang seperti hasad
dengki dan tamak.

Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India, selain sari, 'lengha' iaitu baju yang
dipadankan dengan kain serta 'dupata' sejenis selendang turut menjadi pilihan utama kepada
kaum wanita India.

Bagi yang inginkan kelainan, mereka juga gemar memakai Salwar Kamez iaitu baju labuh yang
dikenakan dengan seluar. Kaum lelaki pula kebanyakan mereka lebih gemar memilih 'kurta' dan
'dhoti' iaitu sejenis pakaian ala Punjabi.

Dengan memakai pakaian dan perhiasan baru, seseorang itu umpama telah memulakan
kehidupan yang baru.

Dari segi pemilihan warna, warna-warna yang agak garang seperti merah, biru dan oren lebih
digalakkan berbanding pakaian berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan.

Tanpa menjamah sedikit pun makanan pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga akan ke kuil
untuk menjalankan upacara sembahyang. Ini bertujuan bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan
keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Selepas bersembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan
'Prasad' sebelum pulang ke rumah untuk menikmati juadah.

Mengenai juadah tradisional kaum India yang terkenal, selain manisan seperti halwa dan laddu,
sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah
'aloogobi' iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga', 'paneer' campuran masala bersama
yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam
selain payasam.

PEMBUNUHAN NARAGASURA
Perayaan Deepavali disambut pada hari yang dimana salah seorang dewa Hindu,
Krishna membunuh makluk jahat Naragasura sehari sebelum perayaan Deepavali.

Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan mengatasi

kejahatan.- Foto THE STAR oleh RAYMOND OOI

Untuk meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kuasa kejahatan perayaan Deepavali


diraikan.

KISAH RAMA BALIK KE AYODHYA


Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama
pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun.

Rama pulang ke negaranya dengan isterinya Sita dan Lakshamana selepas membunuh
Ravana, seorang yang jahat.

Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke


arah utara India dari selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minyak sapi
yang menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana.

Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah


jajahannya.

SAMBUTAN DEEPAVALI OLEH KAUM SIKH


Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan
mereka di atas sebab yang berbeza.

Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu
telah dipenjarakan oleh seorang Raja.

Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa.

Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar
penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskan Guru
Nanak.

Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya.

Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai


seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak.

Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.

PERSIAPAN UNTUK HARI DEEPAVALI


Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih,
membersihkan rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut.

Muruku, Neiurundai dan Atherasam merupakan kuih-muih tradisional orang India.

Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan
tradisional mereka.

Ronggoli Kolam adalah lukisan diatas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna.

Kolam yang dihasilkan daripada beras berwarna. Adalah tradisi masyarakarat India yang beragama Hindu untuk

membuat Kolam dihadapan rumah mereka untuk sambutan hari Deepavali. - Foto THE STAR oleh AHMAD AZMAIL

AWANG

Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini
adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut.

Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam
tersebut.
Lampu-lampu pelita dinyalakan pada malam Deepavali.

PAGI DEEPAVALI
Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum
mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri.

Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang.

Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam
rumah mereka untuk meminta restu.

Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah
vegetarian hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak galakkan).

Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.

SEHARI SEBELUM DEEPAVALI


Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat
upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selam-
lamanya.

Makananan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk


santapan mereka.

Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang


kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.

Saturday, 29 December 2012


Contoh Ringkas Kajian Mengenai Perayaan Deepavali
1. Pengenalan

Perayaan yang dipilih adalah perayaan Deepavali. Perkataan Deepavali merupakan


gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti
barisan. Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan
gelap bernama Aippasi pada bulan Oktober dan November dan juga dikenali sebagai
pesta Cahaya. Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang pelita,
mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi
kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Sambutan Perayaan di Malaysia

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang
beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau
lebih dikenali sebagai pesta cahaya disambut oleh masyarakat India yang beragama
Hindu dan Sikh di negara kita.

Mitos Hari Deepavali

Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan
perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura.Seterusnya
penduduk kampung telah meraikan kemenangan Kebaikan menewaskan Kejahatan
dengan menyalakan lampu serta berpesta. Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua
Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh
Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersama-sama Sita
pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para
penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta. Memandangkan kedua-duanya
hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan dan
turutan di kalangan kaum India beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang
penting, simbol kebaikan atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan
adalah menjadi pegangan utama mereka .

Sambutan Deepavali Masyarakat Sikh

Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan
mereka di atas sebab yang berbeza.Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas
agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja. Raja itu
memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa. Sejurus itu, barulah Guru
Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang
lampu sebagai tanda protes untuk membebaskannya.
Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya. Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia
membebaskan Guru Nanak. Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai
hari Deepavali.

2. Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:


1. Melihat sejauh mana kefahaman masyarakat india terhadap perayaan
Deepavali
2. Menilai penglibatan masyarakat lain dalam perayaan Deepavali
3. Menerima dan menghormati perayaan kaum lain seperti perayaan
Deepavali
4. Menerapkan nilai patriotisme dalam kehidupan seharian.
5. Melahirkan rasa bangga terhadap Negara Malaysia yang mempunyai
pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai.
6. Mengetahui tentang latar belakang, adat, pantang larang dan lain-lain
tentang perayaan yang dipilih iaitu Deepavali.

3. Sejarah dan Latar Belakang

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah
dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta
semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada
yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada
mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan
sesama manusia.Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah
penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang
dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Tersebut kisah seorang pemusnah yang bernama Ahsuran yang tidur selama tiga
hingga enam bulan. Dia suka makan semua benda termasuk manusia. Apabila dia
masuk ke dalam kampung, semua orang akan memadamkan lampu. Hal ini kerana dia
tidak suka lampu dan cahaya. Dia hanya suka tidur. Dia juga akan membunuh sesiapa
sahaja yang mengganggunya tidur. Satu hari, seorang Dewa yang bernama Krishnan
muncul dan melawan pemusnah tadi. Mereka berlawan sehingga pemusnah dikalahkan
oleh Dewa yang suci. Maka semua penduduk kampung mula memasang lampu.
Berikutan dengan peristiwa tersebut, Deepavali disambut berdasarkan cerita ini.

Cerita berkaitan Deepavali


Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan
Deepavali:
1. Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan
kembalinya Rama, Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan
adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan,
disusuli satu perang yang menyaksikan Rama membunuh raja
syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita
sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab
Rama pergi dari India Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka baginda
merentasi bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini
disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India Utara, perayaan ini
disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan
tahun baru India Utara yang bergelar Annakut.
2. Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua
hari sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati
pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil), seekor syaitan
durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama, isteri
Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini
dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia
meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu
avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa semua orang patut menyambut
kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.
3. Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21
hari kezahidan bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh
pencerahan bulan) untuk memperoleh separuh jasad Raja
Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali ialah
hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima Shakti ke
dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma sebagai Ardhanarishvara.
Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari ini
dengan melakukan kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis
persembahan selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara
gauri vrata.
4. Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas
Deepavali. Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan
hujan. Alkisah, Krishna memantau persediaan besar-besaran untuk
persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda
mengenai ini. Krishna berbincang dengan para penduduk kampung mengenai
apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah golongan petani, maka
mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu perhatian kepada
pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus mengatakan
bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan
sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para
penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja
(prayer) istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna
kemudiannya mengangkat Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai
perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari hujan. Indra
akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna. Aspek riwayat
Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai, namun sebenarnya
menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara terperinci
dalam Bhagavad Gita.
5. Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta
Purana, Deepavali dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan
kembali ke bumi setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam'
disambut. Perayaan 'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.

4. Persediaan Sambutan Perayaan

Sebelum Perayaan

Sehari Sebelum Deepavali

Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat
upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selama-
lamanya.
Makanan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan
mereka.Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang
kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.

Malam Sebelum Perayaan Deepavali

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli
keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara
menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di
hadapan pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari
tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

Memasang Vilakku

Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai
oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu vilakku. Lampu vilakku
adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali
juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama
Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan
datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang lampu tersebut
dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.
Kolam atau Rangoli

Rangoli lambang penyembahan Dewa Lakshmini

Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan kolam atau rangoli iaitu
hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari.
Biasanya kolam ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat
supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.

Kemahiran membuat kolam ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun


nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan
menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud
yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu
tetapi juga makhluk lain di dunia

Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan
yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan
"kolam" di pintu masuk rumah mereka.

Semasa Perayaan

Persiapan Di Pagi Perayaan Deepavali

Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih
awal iaitu sebelum matahari terbit. Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri
sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang
lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum
matahari terbit. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan
bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke
atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.

Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan
membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi
dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan
untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. Kemudian
mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka
berkunjung ke rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana
patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.Di pagi hari, masyarakat
Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan
mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.

Upacara Sembahyang
Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan
upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan
kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka
akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan Prasad sebelum pulang
ke rumah.

Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya,


surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama
apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, rangoli
iaitu lukisan yang dibuat tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di
hadapan rumah.

5. Pakaian Tradisional Deepavali

Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali
adalah Sari untuk kaum wanita dan Dhoti untuk kaum lelaki.

a. Sari

Gambar : Sari

Sari merupakan pakaian untuk kaum wanita yang sering dipakai semasa perayaan
Deepavali. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua
meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz
pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Oleh itu, sebelum memakai
sari, si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat di dalamnya.
Kemudian kain sati akan dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan
pinggang perlulah dibuat sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan
supaya tidak terurai. Semasa perayaan Deepavali, biasanya pemilihan warna untuk
baju sari yang dipakai adalah lebih gelap atau garang seperti merah, biru, hijau dan
ungu. Pemilihan corak pula adalah bergantung kepada cita rasa si pemakai. Ada
sesetengah lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan dan ada juga lebih suka corak
haiwan. Selain itu, untuk menjadikan si pemakai Nampak lebih menarik, kebanyakan
mereka akan memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat dan
cantik. Ini akan lebih menyerlahkan kecantikan si pemakainya. Walaubagaimanapun,
pemilihan warna biasanya akan dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai
dengan si pemakainya.

b. Dhoti
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki india. Pakaian ini diperbuat daripada kain
empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan disangkutkan pada bahu. Kemudian kain
tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan lebih menarik. Ada juga
dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu.

Gambar : Dhoti

6. Kuih muih dan Juadah utama/khas

Manisan dan Juadah Deepavali

Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja diminati oleh
kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini termasuk pelancong asing. Dalam
masyarakat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan
sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa
kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah
juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-
alukan.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti
halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada
pagi Deepavali. Antaranya ialah aloogobi iaitu campuran ubi kentang dan kobis
bunga, paneer campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan
kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam dan payasam. Muruku,
Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India.

7. Hiasan

Kebanyakan periuk tanah liat disapukan dengan warna-warna terang untuk


menonjolkan keindahannya. Ada periuk tanah liat yang dicat dengan warna merah,
hijau, kuning dan merah jambu.Bahkan, ada juga yang diselang-seli campuran warna
untuk menambahkan lagi tarikannya. Mengikut kepercayaan masyarakat India periuk
dan pelita tanah liat adalah sebagai menghargai elemen alam iaitu tanah itu
sendiri.Menjadi tradisi bagi mereka untuk menggunakan periuk tanah liat dalam rutin
memasak setiap hari, manakala pelita tanah liat bagi tujuan penyembahan. Bukan itu
sahaja, pelita tersebut memberi makna simbolik cahaya kemenangan daripada
kejahatan iaitu kemenangan Dewa Rama menentang Dewa Ravana.Periuk berwarna
pula digunakan sebagai dekorasi menjelang Deepavali dengan kelapa dan daun
mangga diletakkan di atas periuk sebagai tanda menarik aura positif. Ia akan diletakkan
di depan pintu atau kolam (hiasan menggunakan beras berwarna) untuk mengalu-
alukan kedatangan tetamu.

Gambar : Periuk Tanah

8. Amalan-amalan Perayaan Deepavali

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan
dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut
Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan
semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,
penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan
dengan kalungan bunga.Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam",
hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada
bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang
penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan
mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah
mereka.

Kolam

Kolam atau juga dikenali sebagai Rangoli adalah satu seni hiasan pintu masuk
kediaman semasa Deepavali.Ia dihasilkan dengan pelbagai rekaan, berwarna-warni
dan tanpa ada had dari segi saiz. Bahkan berdasarkan catatan, kolam terbesar di dunia
yang pernah dihasilkan ialah pada 22 Mei tahun lalu bersaiz 4,900 meter persegi dan
dihasilkan oleh Nilesh Rajaram Naik di Dataran Murda, Tiswadi, Goa, India. Lazimnya
saiz kolam di rumah agak kecil namun kolum memberi kuasa besar dalam menyambut
Deepavali.Kolam umpama 'tiang seri' yang bertindak memeriahkan lagi perayaan
cahaya itu. Dengan menyediakan kolam, ia memberi penyatuan serta kemeriahan
kepada keluarga tersebut.Ia juga sebagai simbol penyatuan keluarga kerana proses
menyiapkan kolam biasanya dibuat beramai-ramai bersama ahli keluarga,

9. Pantang Larang
Pantang Larang Semasa Deepavali
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan
malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada
waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga.
Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan.
Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan
dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang
mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya
semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit
untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang
akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti
ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi
di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat
dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru
dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih
bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan
kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil
bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga
yang telah meninggal dunia.

10. Kesan Perayaan

Kesan perayaan kepada masyarakat.

Perayaan Deepavali menjadikan masyarakat malaysia yang terdiri daripada pelbagai


bangsa bersatu dalam meraikan perayaan ini. Sebagai contohnya, kita menyambut
perayaan ini, kami akan diziarahi oleh masyarakat lain khususnya jiran-jiran
berdekatan, teman-teman keluarga, dan sahabat keluarga kami.Dengan berkongsi
juadah dan sambutan perayaan ini, kami juga dapat merealisasikan Motto negara yang
dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Konsep Satu
Malaysia.Perayaan ini juga membuktikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat
hidup dan rukun serta damai dalam satu negara.

Kesan Perayaan kepada Negara.

Berdasarkan kajian terhadap kedatangan perlancong ke Malaysia, menunjukkan antara


faktor kedatangan pelancong luar ke Melaysia selain daripada faktor keamanan adalah,
faktor keharmonian rakyat Malaysia yang dapat hidupo berkongsi perayaan mereka.
Perayaan yang berbilang juga memberi pengukuhan kepada ekonomi negara kerana
setiap kali menjelang perayaan, rakyat Malaysia akan membeli belah untuk memenuhi
kehendak dan sambutan kepada perayaan mereka. Contohnya dalam menyambut
perayaan ini Deepavali masyarakat lainnya akan turut berbelanja kerana potongan
harga murah yang ditawarkan daripada pusat membeli belah.Perayaan ini juga
memberi kesan sosial yang lebih utuh kerana masyarakat yang berbilang kaum dapat
mengeratkan silaturrahim sesama ahli masyarakat.
Pengekalan tradisi

Dengan menyambut perayaan-perayaan tradisi, ini dapat mengekalkan tradisi keluarga yang diwarisi
sejak turun-temurun dari keluarga. Selain itu, masyarakat \india juga menghormati moyang mereka
yang sudah meninggal dunia dengan mengekalkan tradisi yang diwarisi oleh mereka

Adat Resam dan Kepercayaan Perayaan Deepavali


Setiap perayaan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat pelbagai adat
resam dankepercayaan dalam sesebuah perayaan. Deepavali adalah antara sebuah perayaan
yang mengikut adatresam dan kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.
Mengikut kepercayaan Hindu,Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut
atas kematian seorang raja yangdisifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat
pada suatu masa dahulu.Disebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap
kebaikan akan mengatasi kejahatan. Halini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada
setiap individu agar tidak melakukan kejahatan.Pada malam perayaan Deepavali, upacara
memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli
keluarga. Mereka akan memasang lampu vilakku. Lampu vilakku adalah sejenis pelita
tradisi yang
diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan
adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan
kemakmuran iaitu Dewi Laksmiakan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan
tersebut dilakukan untuk menyambutkedatangan Dewi Laksmi.Pada pagi hari perayaan
Deepavali, penganut Hindu akan menghiasi rumah mere
ka dengan kolamsatau rangoli iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang
diwarnakan sebelum tertibmatahari. Biasanya kolamsini dibuat di depan pintu rumah
sebagai tanda selamat dan rahmat supaya
setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.
Kemahiran membuat kolams ini biasanya diwarisi secara
turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan
cantik,unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa
maksud yangamat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu
tetapi juga makhluk lain didunia ini seperti semut sebagai tanda ucapan selamat datang
kepada para tetamu.Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi
sebelum matahari tertib.Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan
bertujuan untuk penyucian badan dansemangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas
kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebihtua seperti ibu atau nenek. Kebaikan
mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang sucibertujuan membersihkan diri
daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikanmemakai pakaian dan
perhiasaan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkansegala sifat
buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.Penganut Hindu akan mengunjungi kuil
untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian.Penganut Hindu akan
mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkankesejahteraan
diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas
sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan Prasad
sebelum
pulang ke rumah.Setelah itu, penganut Hindu akan berkunjung ke rumah saudara mara dan
sahabat handai. Mereka akandihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang
terkenal seperti halwa dan laddu. Malahsembilan jenis hidangan sayur-
sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah aloogobi

iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, paneer campuran masala bersama yourgart
dan kari dal.
Kuih-muih tradisional juga tidak ketinggalan seperti maruku, adivasam, payasam dan
sebagainya.
Pakaian Semasa Perayaan Deepavali
Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavaliadalah
Sari
untukkaum wanita dan
Dhoti
untuk kaum lelaki. Di bawah adalah sedikit maklumat
tentang pakaian yang dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali
Sari merupakan pakaian untuk kaum wanita yang sering dipakai semasa perayaan Deepavali.
Sari terdiridaripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan
panjangnya pula antaralima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain
sati adalah jarang dan lembut.Oleh itu, sebelum memakai sari, si pemakai perlu memakai
anak baju yang ketat dan singkat didalamnya. Kemudian kain sati akan dililit dari pinggang
dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggan

Você também pode gostar