Você está na página 1de 8

PSV 1034 (SEJARAH SENI ORIENTAL DAN SENI BARAT) 2015

TUGASAN 1

PENGENALAN

Seni moden sedunia, Asia dan Asia Tenggara adalah dibentuk dan dipengaruhi oleh
seni lukis barat.. Antara aliran aliran seni di barat seperti seni neo klasik, seni romantic, seni
medivel, zaman renaissance, impresionisme, pos-impressionisme, kiubisme dan lain-lain. Aliran
seni barat yang akan dibincangkan pada esei ini ialah aliran ekspresonisme. Ekspresionisme
boleh didapati di dalam karya lukisan, sastera, filem, seni bina, dan muzik. Istilah emosi ini
biasanya lebih menuju kepada jenis emosi kemarahan dan kemurungan daripada emosi
bahagia.Aliran ekspresionisme berkembang sepanjang akhir abad 19 dan awal abad 20.

Terdapat empat seni oriental yang boleh di dapati antaranya seni islam, seni china, seni
jepun, seni india. Pada esei ini kita akan kupaskan tentang seni china. Seni Cina ialah seni
tampak yang, sama ada kuno atau moden, berasal dari atau diamalkan di China atau oleh artis
atau penghibur Cina. "Seni zaman batu" awal berasal sehingga 10,000 SM awalnya,
sebahagian besarnya terdiri daripada tembikar dan arca ringkas. Zaman awal ini diikuti oleh
satu siri dinasti berseni, kebanyakannya bertahan beberapa ratus tahun lamanya. Seni Cina di
Republik China di Taiwan dan oleh orang Cina seberang laut juga boleh dianggap sebahagian
daripada seni Cina di mana ia berdasarkan atau mengambil sumber warisan Cina dan
kebudayaan Cina.

1
PSV 1034 (SEJARAH SENI ORIENTAL DAN SENI BARAT) 2015

1.1 ALIRAN BARAT ( EKSPRESONISME)

Pelukis ekspresionis berusaha menghadirkan pengalaman emosional, mereka tidak


berminat pada realiti seperti yang terlihat. Subjek lukisan seringkali mengalami gangguan
bentuk, dibesar-besarkan atau diubah untuk menekankan aspek pengalaman emosional.Istilah
ekspresionisme mula diterapkan untuk menggelarkan lukisan sejak tahun 1911 ketika lukisan
corak ini semakin banyak dicipta oleh para seniman di sejumlah negara. Pada akhir abad 19
dan awal abad 20 pelukis Vincent Van Gogh dari Belanda melukis dengan menggunakan warna
garang dan garis berlebihan untuk mendedahkan aspek emosi dalam lukisan.

Corak lukisan ekspresionisme ada yang kiasan hingga abstrak. Kaedah berkaryanya
ada yang menggunakan berus, titisan cat, hingga menggunakan tubuh sebagai alat
mengekspresikan warna. Dalam teori, lukisan ekspresionisme berusaha menggambarkan atau
melukiskan kenyataannya yang kearah suasana bentuk dan warna dengan melahirkan emosi
ataupun sensasi dari dalam berupa gambaran tragedi, kekerasan serta pelbagai dinamik dan
peristiwa yang dirakam pelukis untuk membayangkan ke permukaan kanvas. Namun pada
hakikatnya semua karya seni termasuk ekspresionisme , kerana ia memang merupakan
ekspresi seniman . Karya bersifat subjektif dan ungkapan sebebasnya dari seniman biasanya
digolongkan ekspresionisme . Kemudian pelukis tidak menggambarkan pandangan mata
melainkan perasaan hati , bukan lahiriah tetapi kejiwaan . Baik warna mahupun bentuk banyak
yang diubah sedemikian rupa sehingga mendorong pelukisan suasana warna dan bentuk
.Bahkan Worringer pernah mengatakan bahawa karya - karya ekspresionisme kebanyakan
terdapat suatu kecenderungan kearah individualistik peribadi - peribadi yang tidak menunjukkan
nilai sosialnya , tetapi yang hadir kesedaran terhadap pengasingan orang lain disekitar kita .

Penganut paham ekspresionisme mempunyai dalil bahawa "Art is an expression of


human feeling" atau seni adalah suatu pendedahan dari perasaan manusia. Aliran ini bertalian
dengan apa yang dialami oleh seseorang seniman ketika mencipta suatu karya seni. Perintis
aliran ini Benedetto Croce (1866-1952) menyatakan bahawa seni adalah pendedahan dari
kesan-kesan (art is expression of impresion). Menurut Croce ekspresi sama dengan gerak hati.
Gerak hati adalah pengetahuan intitif yang diperoleh melalui pengkhayalan tentang hal-hal
individu yang menghasilkan gambaran angan-angan Pada tahun 1990-an, para pelukis mulai

2
PSV 1034 (SEJARAH SENI ORIENTAL DAN SENI BARAT) 2015
tidak puas dengan karya yang hanya menonjolkan bentuk-bentuk objek. Mereka mulai menggali
hal-hal yang berhubungan dengan batin, sehingga muncullah aliran ekspresionisme. Vincent
Van Gogh (1850) adalah tokoh yang menjadi tonggak kemunculan aliran ekspresionisme dan
tokoh lain yang mengikuti adalah Paul Cezanne, Paul Gauguin, Emil Nolde dan di In Pada
tahun 1888, hasil karyanya mencurah-curah. Dari tempoh Van Gogh mula menjadi masyhur
pada bulan Februari sehingga kemasukannya ke hospital selepas fikirannya terganggu pada
bulan Disember, Van Gogh telah menghasilkan sekurang- kurangnya 90 lakaran dan 100
lukisan. Salah satu daripada hasil karya Van Gogh yang paling terkenal, "Bunga Matahari"
(bahasa Inggeris: Sunflowers) menonjolkan kegemilangan warna yang mula digunakan oleh
Van Gogh di Arles. Beliau menjadikan penelitian bunga matahari sebagai perhiasan di biliknya,
dan setiap satunya memancarkan kegemarannya kepada cahaya, warna dan cara mudah.
Telah dikatakan bahawa kuning keemasan dan jangka hayat bunga matahari yang pendek itu
menarik minat Van Gogh

Di selatan, Van Gogh merupakan seorang lelaki yang sunyi. Banyak dari lukisannya,
seperti gambar bilik tidurnya, mencerminkan keinginannya untuk berteman. Lukisan itu ceria,
tetapi terdapat tanda daripada perasaan terkongkong dan kesepiannya yang terpendam.
Perasaan Van Gogh ini digambarkan dalam lukisannya melalui gambaran bilik yang sempit dan
setiap benda yang dilukisnya secara berpasangan dua bantal, dua kerusi dan sehinggakan
kepada lukisan yang digantung juga berpasangan. Gaya sapuan berani dan penggunaan warna
dinamik menjadi ciri khas van Gogh yang mudah dikenali oleh kebanyakan orang yang akrab
dengan seni Barat .

Antara ciri - ciri aliran lukisan ekspressionisme ialah pendedahan ketara pelbagai
gambaran angan - angan contohnya warna , garis , dan kata , mendedahkan bagi seseorang
sama dengan mencipta seni dalam dirinya dan merupakan aliran yang melukiskan
kenyataannya yang sudah menuju ke arah suasana kesedihan , kekerasan ataupun tekanan
batin . Ekspresionisme juga menolak ciri-ciri klasik. Ia berpendapat bahawa seni adalah
manifestasi perasaan atau emosi pelukis. Mereka juga menyikir subjek dan objek serta menolak
peniruan alam. Karya karya yang dihasilkan menggunakan warna yang terang dan dramatik
bagi menyampaikan mesej. Kadangkala tiada imej yang jelas dan bersifat organik. Karya yang
dihasilkan kebanyakan menggunakan kesan berus yang kasar. Ciri - ciri seni bina
ekspresionisme yang pertama ialah mempunyai kebebasan untuk berkhayal,mempunyai
kebebasan untuk mewujudkan suatu seni dalam seni bina. Selain itu gambarnya tidak bersifat

3
PSV 1034 (SEJARAH SENI ORIENTAL DAN SENI BARAT) 2015
kaku dan membosankan. Seterusnya ia tiada batasan dalam mendedahkan ekspres bentuk
ungkapan yang biasa terdapat pada emosi kemarahan dan kemurungan serta bahagia .

1.2 ALIRAN ORIENTAL ( ZAMAN CHINA)

Aliran seni barat yang akan dibincangkan ialah seni china. Seni Cina ialah seni tampak
yang, sama ada kuno atau moden, berasal dari atau diamalkan di China atau oleh artis atau
penghibur Cina. "Seni zaman batu" awal berasal sehingga 10,000 SM awalnya, sebahagian
besarnya terdiri daripada tembikar dan arca ringkas. Zaman awal ini diikuti oleh satu siri dinasti
berseni, kebanyakannya bertahan beberapa ratus tahun lamanya.. Kesenian pada zaman china
dapat dilihat menerusi pembuatan tembikar, catan dan seni khat, tukisan-tulisan, muzik, kaligrafi
dan lain-lain

Seni tembikar China merupakan salah satu seni yang telah lama wujud sejakpada akhir
zaman batu lagi. Tetapi, pada zaman Neolitik, negeri china merupakan tempat yang yang
popular dengan pembuatan tembikar. Kebanyakan tembikar di merata dunia hampir datang
daripada negeri tersebut. Jelasnya,negeri China kaya dengan ilmu seni tembikar cina yang
merupakan antara yang terbaik di dunia.Pada awalnya, kebanyakan tembikar China berbentuk
pasu mulut besar dan berbadan kecil. Apabila beralih daripada dinasti ke dinasti lain, bentuk
pasu masih kekal tetapi ciri-ciri perhiasan luaran pasu adalah berlainan. Sebagai contoh,
tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam.
Manakala, tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada permukaan
tembikarnya. Seterusnya, tembikar Zaman Wangsa Han, menggunakan glaze kelabu
kekuningan yang diperbuat dari timah hitam dan copper oxide

Seni lukis Cina sememangnya dipandang tinggi oleh masyarakat Cina. Ia dikatakan
berkait rapat dengan falsafah, nilai-nilai dan citarasa masyarakat Cina. Kesenian ini telah
mendapat perhatian daripada pihak istana terutamanya pada zaman Dinasti Tang dan Sung di
mana golongan pemerintah dan kelas elit bertindak sebagai penaung kepada seni lukis Cina ini.
Dinasti Tang dikenali sebagai era lukisan bercorak agama terutamanya agama Buddha yang
berasal dari India. Ini adalah kerana ia bersifat terbuka dan bersedia untuk menerima
kemasukan 7 pengaruh agama di dunia pada ketika itu: Buddha, Hindu, Islam, Kristian,
Zoroastrian, Manichaean dan Yahudi. Empayar Dinasti Tang pada awal abad ke-8 adalah

4
PSV 1034 (SEJARAH SENI ORIENTAL DAN SENI BARAT) 2015
merangkumi Laut Kaspia ke Laut China dan dari Korea ke Annam. Hubungan perdagangan
yang erat dengan Asia Tengah menjadi salah satu faktor perkembangan kesenian tamadun
China pada ketika itu. Lukisan-lukisan yang dihasilkan pada zaman Dinasti Tang ini
memperlihatkan kuasa dan kehebatan empayar Tang. Salah satu hasil lukisan hidup yang
terbaik ialah 'Scroll of the Emperors' oleh Yan Liben yang digelar sebagai hero artis lukisan. Ia
dihasilkan dalam dekad-dekad terawal Dinasti Tang. Corak lakaran dan komposisi lukisan yang
dihasilkan memperlihatkan perubahan kepada seni lukisan Cina. Aspek 3-dimensi yang
diimplikasikan adalah berbeza sama sekali dengan stail linear pada lukisan-lukisan era
sebelumnya. Teknik yang digunakan lebih sistematik dengan penggunaan bayangan yang
dipercayai dipengaruhi dari Asia Tengah dan lukisan India. Pada zaman Dinasti Tang juga,
selain munculnya era lukisan bercorak agama, ia juga menjadi penyumbang besar kepada
lukisan lanskap. Wang Wei adalah merupakan salah seorang pelukis lanskap yang hebat dan
juga pengasas kepada lukisam lanskap monokrom.

Lanskap Cina yang pertama dihasilkan olehnya ialah lanskap kampung halamannya
sendiri iaitu 'Wangchuan Villa'. Lukisan lanskap ini memberikan gambaran lanskap yang
sebenarnya dengan suasana perkampungan, beberapa buah bangunan, para petani yang
bekerja dan perahu memancing di sungai. Selain mempunyai cerita yang tersirat, lukisan ini
juga dihasilkan dengan topografi semulajadi. Kemuncak perkembangan bidang seni lukis Cina
boleh dikatakan berlaku pada zaman Dinasti Sung di mana telah tertubuhnya akademi seni
lukis yang pertama di Asia Timur dan disusuli dengan beberapa yang lain untuk melatih artis-
artis lukisan. Salah ditubuhkan dan dinaungi oleh Maharaja Hui Zong. Beliau sendiri seorang
pelukis dan amat mencintai kesenian dan lukisan. Pada zaman ini, lukisan mural diteruskan di
samping tiga format utama lukisan Cina diperkenalkan iaitu skrol gantung ('hanging scroll'),
skrol tangan ('handscroll') dan helaian ('single sheet)'. Ketiga-tiga format lukisan tersebut amat
penting kepada tradisi lukisan professional dan formal. Di samping itu, cara-cara tradisi lukisan
dinding di atas permukaaan kayu, plaster atau sebagainya diteruskan sehingga kegunaan ini
akhirnya merosot. Dalam abad ke-10 dan 11, perkembangan lukisan lanskap adalah begitu
pesat sekali. Bagi masyarakat Cina, lanskap bukan sahaja sekadar satu gambaran yang cantik
dan menarik, tetapi ia juga mempunyai falsafah dan pengertian yang mendalam. Stail lukisan
lanskap Dinasti Sung terbahagi kepada 5 stail atau 'mode' berikut iaitu Courtly mode'. Mod ini
adalah kesinambungan tradisi ceritera dan seni istana Dinasti Tang dan ia selalunya berwarna
'Monumental mode'

5
PSV 1034 (SEJARAH SENI ORIENTAL DAN SENI BARAT) 2015
Pada zaman Dinasti Sung Utara dan meliputi beberapa sekolah lukisan lanskap yang
terawal. 'Literal mode' (mod formal). Mod ini adalah satu peralihan daripada 2 mod yang
pertama kepada 2 mod yang akhir atau dengan kata lain peralihan daripada zaman Dinasti
Sung Utara kepada zaman Sung Selatan. 'Lyric mode' (mod berlirik. Mod ini diadaptasikan
daripada beberapa ciri mod ke-2 dan ke -3 untuk menghasilkan lukisan yang lebih berkesan.
'Spontaneous mode' (mod spontan). Mod ini menghasilkan lakaran yang lebih radikal dan
spontan. Seorang pelukis mungkin menggunakan satu, dua, atau tiga mod pada satu masa
untuk menghasilkan sesebuah lukisan lanskap. Sungguhpun seni lukis Cina seringkali menjadi
kritikan Barat dan seniman Cina dikatakan tidak mempunyai pengetahuan dalam seni lukisan,
lukisan tetap dipandang tinggi di dalam masyarakat Cina. Lukisan bagi mereka sememangnya
tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan mereka. Setiap lukisan mempunyai maksud tersendiri
dan mampu memberi ketenangan kepada mereka. Inilah yang membezakan lukisan Cina
dengan lukisan bangsa lain di mana makna sesebuah lukisan itu adalah lebih penting daripada
rupanya. Karya-karya Cina amat kuat dipengaruhi fahaman Taoisme yang mengajar kehidupan
ringkas dan spontan, serta mengikut kehendak alam semulajadi. Oleh yang demikian, lukisan
Cina dilukis ringkas dengan tidak menggunakan banyak warna. Peralatan yang digunakan juga
agak mudah seperti dakwat hitam dan berus yang diperbuat dari buluh berbulu kambing.
Lukisan-lukisan dihasilkan pada kain sutera atau kertas serap yang diperbuat dari pulpa buluh.
Pada zaman klasik, lukisan-lukisan Cina boleh didapati di dinding-dinding istana. Dakwat hitam
yang berair membolehkan tangan bergerak dengan bebas dan pantas menghasilkan lukisan
secara spontan. Lukisan Cina biasanya mempunyai satu subjek sahaja. Pelukis-pelukis Cina
akan terlebih dahulu menghayati semangat subjek sebelum melukis. Pemandangan semulajadi,
binatang seperti ikan, bunga dan manusia adalah di antara tema-tema utama dalam lukisan
Cina. Kuda, contohnya, selain berperanan penting di dalam ketenteraan Dinasti Tang dan
sukan-sukan rekreasi seperti polo dan memburu, ia juga popular sebagai salah satu subjek
lukisan.
.

Zhang Chongren adalah seorang seniman dan pematung China yang terkenal di
Eropah sebagai teman Herg, seorang Belgia pencipta, penulis dan penggambar buku komik.
Pada usia tujuh tahun ia masuk Sekolah Seni Tushanwan , sebuah institusi keagamaan
Perancis , di mana ia belajar Bahasa Perancis , menggambar dan didedahkan secara
sistematik akan kesenian Barat . Ia lulus sekolah pada tahun 1928 , kemudian bekerja di
bahagian seni perancangan untuk industri filem dan surat khabar tempatan

6
PSV 1034 (SEJARAH SENI ORIENTAL DAN SENI BARAT) 2015
Di akhir masa belajarnya di Brussels pada tahun 1935, Zhang menyempatkan diri
melakukan perjalanan ke Perancis, Inggris, Belanda, Jerman, Austria dan Italia sebelum pulang
kembali ke China. Sekembalinya di Shanghai pada tahun 1936, Zhang mengadakan pameran
yang menampilkan berbagai lukisan dan ukirannya. Ia juga mendirikan Chongren Studio untuk
mengembangkan keterampilan seninya dan untuk tempat mengajar. Akibat Revolusi
Kebudayaan, status Zhang diturunkan menjadi tukang sapu jalanan sebelum akhirnya menjadi
kepala Akademi Seni Rupa di Shanghai pada tahun 1970an. Setelah China menerapkan
liberalisasi ekonomi pada tahun 1979, Zhang menerima penghargaan yang luas dari komunitas
seni China. Koleksi lukisan minyak dan ukirannya dipublikasikan. Dan, pada tahun-tahun
berikutnya, Zhang bekerja sebagai editor dan penerjemah beberapa buku seni. Beberapa
lukisannya adalah lukisan wajah orang-orang terkenal, seperti Pemimpin Besar China Deng
Xiaoping dan Presiden Perancis Franois Mitterrand. Zhang kembali ke Eropa untuk sebuah
reuni dengan Herg pada tahun 1981 atas undangan Pemerintah Perancis. Pada tahun 1985 ia
menerima kewarganegaraan Perancis dan tinggal di Paris untuk mengajar. Ia meninggal
di Paris pada tahun 1998. Tak lama setelah kematiannya, sebuah museum peringatan yang
didedikasikan untuk Zhang didirikan di Shanghai. Beberapa lukisan dan ukirannya kini disimpan
di Museum Seni Rupa China di Beijing dan Museum Perang Revolusi China.

Fahaman Daoisme mempunyai pengaruh kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina


terutama seni catan dan kaligrafi dan ia menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam
kesenian tersebut.Ini jelas kerana seorang seniman Cina bertujuan menyelaraskan kegiatan
penghasilan sesebuah hasil seni catan dengan prinsip-prinsip atau proses alam semesta.
Menurut fahaman ini, manusia boleh melakukan perbuatan dan kegiatan yang bersifat
semulajadi dan spontan melalui proses pelukisan gambar kerana ianya satu cara bagi
mengharmonikan diri dengan proses alam semesta. Dalam catan lanskap Cina tradisional,
elemen-elemen yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi
pokok-pokok , bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik
dan lain-lain lagi. Manusia boleh timbul dalam catan lanskap tersebut tetapi merupakan bentuk-
bentuk yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen yang kecil dalam
dunia alam semesta yang amat luas dan besar ini.

7
PSV 1034 (SEJARAH SENI ORIENTAL DAN SENI BARAT) 2015

RUMUSAN

Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa aliran ekspresionisme adalah kecenderungan


seorang seniman untuk mencurahkan kenyataan dengan kesan - kesan emosional . Emosi
disini cenderung menuju kepada emosi marah atau tertekan daripada emosi gembira. Gerakan
seni juga menolak tradisi klasik yang mementingkan proportion dari ikonografi kerana seni
adalah manifetasi langsung tentang emosi seseorang dan bertentangan dengan sifat
semulajadi alam

Kesenian cina pula ditonjolkan dari dinasti ke dinasti lain. Selain dari tembikar, seni
tembaga, ukiran, catan arca dan seni bina turut mendapat perhatian. Ini menunjukkan bahawa
seni telah wujud sejak berabad dari zaman china lagi.

Você também pode gostar