Você está na página 1de 3

Salam perpaduan dan salam 1 Malaysia dihulurkan untuk semua.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang saya hormati, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, warga pendidik yang budiman seterusnya hadirin hadirat yang saya kasihi.

Jiran Sepakat Membawa Berkat begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.

Jiran Sepakat merujuk Kamus Dewan edisi keempat, membawa maksud hubungan erat
dikalangan masyarakat yang hidup berbaik-baik dan berkerjasama dengan jiran tetangga.
Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Manakala membawa
berkat pula bermaksud mendatangkan kebaikan atau faedah bersama.

Hendak belayar ke Teluk Betung,


Sambil belayar labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Hujan saya yang pertama,

Dato Seri Najib Razak, perdana menteri Malaysia telah mengadakan kempen penyatuan
Nasional berasaskan Gagasan 1 Malaysia. Pada zaman dahulu, dikawasan luar Bandar
semangat kejiranan sangatlah tinggi. Sekiranya ada berita baik maka riuhlah dikampung.
Kalau ada kenduri satu kampung juga akan bergotong-royong memasak, melakukan
persiapan, mengemas dan sebagainya. Jalinan silaturrahim mereka sangatlah erat,
semangat kejiranan dikalangan rakyat kian runtuh terutama bagi mereka yang tinggal
dikawasan luar Bandar.

Jiran orang yang terdekat yang boleh membantu kita di dalam kesusahan contohnya apa
yang berlaku di Kepala Batas pada 8 Julai 2017. Seorang guru Bahasa Inggeris yang
tinggal keseorangan didalam rumah telah meninggal dunia dan mayatnya hampir reput.
Tindakan seorang jiran yang menghubungi polis setelah tidak melihat kelibat jirannya
beberapa hari. Jiran adalah orang yang paling dekat untuk meminta pertolongan pada
saat kita ditimpa bencana seperti kebakaran, kecurian, kemalangan dan kematian.
Pertolongan seperti ini amat diperlukan pada masa kecemasan.
Kita biasa membaca di media cetak bagaimana jira tidak tahu apa yang berlaku disebelah
rumah daripada kes rompakan, kes buang bayi hinggalah kes anak istimewa diabai.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.


Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Hujah saya yang kedua,

Kita juga haruslah mengamalkan amalan bertegur sapa sesama jiran adalah titik
permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra. Membiasakan diri bertanya
khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran. Contohnya Program Komuniti yang
dilaksanakan di Pangsapuri Garnet Puchong iaitu mendidik amalan berkebun secara
berkesan mampu meningkatkan semangat kejiranan. Mereka menjalankan aktiviti
berkebun bersama-sama. Ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan dengan bertukar-
tukar hasil tanaman. Mereka berjumpa dan berinteraksi ketika berkebun.

Hujan saya yang ketiga,

Kita sepatutnya meluangkan masa untuk berkunjung kerumah jiran. Ini dapat
mengeratkan lagi semangat hidup berjiran. Kita akan lebih mengenali jiran apabila
berkunjung atau menziarahinya. Saya tertarik dengan satu renca yang bertajuk
Ramadhan Jalin Keakrabab Hidup Berjiran iaitu sebuah keluarga India yang tinggal di
Taman Rowthew Kuala Lumpur iaitu kawasan kejiranan yang didiami kebanyakan orang
Islam, walaupun Rawi dan keluarnya bukan beragama Islam tetapi atas dasar dan
semangat kejiranan, beliau masih menerima juadah berbuka puasa daripada jirannya
yang beragama islam.

Beliau juga akan membeli juadah untuk diberi kepada jirannya bak kata peribahasa
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Mulan dengan menghulur
sepiring kuih, sebungkus makanan atau buah-buahan dengan iringan senyuman. Bukan
besar sangat pun modalnya!.Semangat kejiranan beginilah yang sebenarnya perlu
dipupuk dalam kalangan masyarakat di dalam Negara ini yang berbilan bangsa untuk
meninggkatka mutu kehidupan yang haromni sesuai dengan slogan 1 Malaysia.
Hadirin yang saya hormati,

Gunung Tahan sama didaki,


Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau kita bersatu hati,
Kerja yang susah menjadi senang.

Dalam hidup berjiran kita perlu mewjudkan masyarat yang saling mengambil berat
antara satu dengan yang lain tanpa memikirkan budaya dan agama. Yang buta dipimpin,
yang sakit diziarahi. Susah senang sesame jiran ditangani bersama-sama. Bersikap bagai
enau didalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dipinggirkan daripada
sanubari.

Justeru, marilah kita sama-sama mengutamakan hal-hal kekeluargaan dan


kemasyarakatan dan mendasari semangat kejiranan Jiran sepakat membawa berkat.
Warga dewan yang setia,

Akhirnya, marilah kita bersama-sama bersatu mengekal dan mengukuhkan


permuafakatan. Sekian, terima kasih.

Você também pode gostar