Você está na página 1de 14

MASALAH KAJIAN &

PERNYATAAN
MASALAH
KAMARUL SHUKRI MAT TEH
MASALAH KAJIAN

Istilah:
Masalah kajian (Research problem) adalah
isu, kontroversi atau keprihatinan yang
ingin dikaji (Creswell 2005: 61).
Pernyataan masalah (Problem statement)
adalah satu deskripsi penulisan yang
mempersembahkan atau mengetengahkan
masalah kajian dalam bentuk huraian
(writing up).
Penyelidikan bermula dengan adanya
masalah, kes atau fenomena yang hendak
dikaji. Justeru, masalah kajian merupakan
isu yang menarik perhatian atau menjadi
pendorong untuk dilakukan sesebuah
kajian.
Masalah timbul apabila penyelidik
merasakan wujud jurang yang jelas antara
apa yang diketahui dengan realiti sebenar,
atau jurang antara teori dan praktis.
Masalah kajian dalam penyelidikan
adalah amat penting kerana ia
merupakan faktor penentu sama ada
sesebuah kajian perlu dilakukan atau
tidak.
Kebiasaannya masalah kajian dapat
difahami melalui tajuk kajian dan ia
diletakkan di bawah sub topik dalam bab
pendahuluan.
Masalah Kajian boleh dibentuk mengikut
soalan berikut (Creswell 2005):
Apakah kontroversi atau isu yang khusus
hendak dikaji?
Mengapa masalah ini penting?
Bagaimana kajian dapat menambah
kepada apa yang telah diketahui mengenai
masalah yang hendak dikaji?
Siapakah yang akan dapat manfaat
daripada kajian ini?
SUMBER MASALAH KAJIAN
Minat dan pengalaman. Pengkaji ingin
mengetahui lebih lanjut tentang aspek
yang diminati.
Teori yang dipraktikkan. Timbul
ketidakpastian dan menguji teori.
Kajian lepas. Hasil kajian yang berbeza,
kekurangan kajian, pemboleh ubah atau
konteks yang berbeza dan cadangan
kajian lanjutan.
PERNYATAAN MASALAH

Pernyataan masalah adalah satu


deskripsi penulisan yang
mempersembahkan atau
mengetengahkan masalah kajian
dalam bentuk huraian (writing up).
Five Elements of a
Problem Statement
Topic - Subject area

- A concern
Research Problem - A problem
- Something that needs a solution

Justification For The - Evidence from the literature


- Evidence from practical
Research Problem experiences
- In this body of evidence, what is
Deficiencies In missing?
- What do we need to know more
The Evidence about?
- How will addressing what we
What Remedying the need to know help
Deficiencies Will Do researchers, educators, policy
makers and individuals like
For Select Audiences those in the study?
ASPEK PENTING PERNYATAAN
MASALAH

Masalah kajian hendaklah praktikal.


Masalah kajian hendaklah penting dan
bermakna.
Masalah kajian hendaklah menyatakan
pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat
dan bentuk hubungan yang hendak dikaji.
Masalah kajian menyatakan sasaran
kajian dengan tepat.
Masalah kajian perlu dinyatakan dengan
jelas dan tepat.
Latihan
Tentukan Tajuk Kajian Bagi:
Masalah kajian: Tiada maklumat tentang
tahap penguasaan Bahasa Melayu para
pelajar dalam aliran sekolah kebangsaan
dan sekolah jenis kebangsaan Cina.
Masalah kajian: Kurang pasti tentang
pengaruh stail pemikiran pelajar universiti
ke atas pencapaian akademik.
Tentukan Masalah Kajian Bagi:
Tajuk kajian: Satu kajian deskriptif
mengenai latar belakang pendidikan
pengurus wanita di badan-badan bukan
kerajaan.
Tajuk kajian: Hubungan penggunaan
strategi pembelajaran bahasa dengan
tahap pencapaian bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar sekolah menengah
kebangsaan.
AKTIVITI.

Kumpulan mengenal pasti bidang kajian


yang hendak dilakukan.
Kumpulan membina tajuk kajian.
Kumpulan mengenal pasti masalah
kajian dan menulis pernyataan masalah
dengan mengambil kira elemen dan aspek
yang telah dipelajari.

Você também pode gostar