Você está na página 1de 4

SOALAN SPONTAN

1. NYATAKAN NILAI MURNI YANG TERDAPAT DI DALAM KISAH PERANG UHUD.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Terima kasih tuan yang bertanya


Barisan hakim bijak berkarisma
Guru-guru dan rakan semua
Mari hayati jawapan saya

Nilai murni yang terdapat di dalam kisah perang uhud ini ialah ;

1. Kita perlulah sabar dan tabah dalam menghadapi kesukaran yang berlaku.
Seperti firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 46.



Bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah
berserta orang-orang yang sabar.

2. Berbaik sangka atau husnu zon dengan musibah yang melanda. Seperti kata
pepatah Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya

3. Bekerjasama dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjwabkan. Kalau


kawan-kawan hendak tahu, bekerjasama merupakan amalan yang mulia. Ianya
amat dituntut di dalam Islam. Apa yang penting? Kerjasama!!!. X2

Burung punai burung kenari,


Berkicau merdu diawal pagi,
Izinkan saya mengundur diri,
Ada rezeki bertemu lagi.

Sekian terima kasih


SOALAN SPONTAN

2. NYATAKAN PENGAJARAN YANG TERDAPAT DALAM KISAH INI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Terima kasih tuan yang bertanya


Barisan hakim bijak berkarisma
Guru-guru dan rakan semua
Mari hayati jawapan saya
Pengajaran yang terdapat dalam kisah perang uhud ini ialah :
1. Tetap taat dan patuh kepada perintah Allah, Rasulullah dan pemimpin yang
baik. Seperti firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 46.


.

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-
bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan

2. Sikap tamak haloba boleh menjerumus kita kepada kehancuran. Seperti tentera
muslimin apabila melihat harta rampasan yang banyak,mereka terus menjadi
rambang mata. Bak kata pepatah orang yang tamak selalu rugi.

3. Bermesyuarat adalah sangat penting mendapatkan keputusan yang baik.


Walaupun Baginda saw mempunyai pendapat sendiri, namun keputusan
mesyuarat adalah lebih utama.

Sekian terima kasih

SOALAN SPONTAN
3. APAKAH AKIBAT BURUK JIKA TIDAK MENGIKUT ARAHAN PEMIMPIN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Terima kasih tuan yang bertanya


Barisan hakim bijak berkarisma
Guru-guru dan rakan semua
Mari hayati jawapan saya

Akibat buruk jika tidak mengikut arahan pemimpin ialah ;

1. Segala perancangan yang hendak dilakukan tidak akan berjaya kerana tidak
mendapat kata sepakat. Bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh.

2. Wujudnya masyarakat yang kucar-kacir dan berpecah belah akibat daripada


tidak menghormati pemimpin. Seperti Sabda Rasulullah s.a.w


Setiap diantara kamu adalah pemimpin dan bertanggungjwab atas yang dipimpinya.
Hadis Riwayat Bukhari.

3. Akibat daripada masyarakat yang berpecah belah, ekonomi akan turut terjejas.
Sekaligus melahirkan generasi yang mundur dan tidak berjaya. Renung-renungkan
dan selamat beramal.

Burung punai burung kenari,


Berkicau merdu diawal pagi,
Izinkan saya mengundur diri,
Ada rezeki bertemu lagi.
Sekian wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh
SOALAN SPONTAN

1. NYATAKAN NILAI MURNI YANG TERDAPAT DI DALAM KISAH QARUN YANG HALOBA.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Terima kasih tuan yang mengajukan soalan, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-
guru dan hadirin sekalian. Inilah jawapan saya Nilai murni yang terdapat di dalam kisah Qrun yang
haloba ini ialah ;

i. Sabar dan tabah dalam melaksanakan perintah Allah seperti Nabi Musa.
ii. Bersedekah dan sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan.
iii. Tidak jemu berusaha untuk terus berjaya.

2. NYATAKAN PENGAJARAN YANG TERDAPAT DALAM KISAH INI


4. Sentiasalah taat dan patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah.
5. Bahayanya sifat sombong, tamak haloba dan cinakan dunia.
6. Sentiasalah membelanjakan harta dijalan Allah seperti mengeluarkan zakat, sedekah dan
infak.

3. APAKAH AKIBAT JIKA TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT


7. Melahirkan manusia yang sombong dan angkuh terhadap nikmat yang deberi Allah
8. Mewujudkan jurang antara yang kaya dan miskin.
9. Ekonomi umat Islam tidak dapat berkembang maju kerana terdapat golongan yang tamak.

Você também pode gostar