Você está na página 1de 4

1.

1Pengenalan
Amerika Syarikat kini dikenali sebagai sebuah negara yang memiliki pengaruh
besar di dunia.
Bangsa Amerika sendiri sesungguhnya merupakan kumpulan bangsa-bangsa
pendatang yang berasal dari berbagai negara Eropah yang mencari kehidupan
baru di tanah Amerika. Pada abad ke-17, kedatangan orang-orang Eropah yang
didominasi oleh Bangsa Inggeris ke benua baru iaitu Amerika.
Amerika mempunyai 13 koloni iaitu virginnia, Maryland, massachussetts bay, new
England, new York, Pennsylvania, north Carolina, south Carolina, Rhode island,
Connecticut, new jersey, Delaware dan Georgia
2.1 Asal-usul Carolina Selatan
Carolina berasal dari perkataan Latin iaitu"Charles", yang membawa maksud
sebuah lagi koloni baru, terbentuk daripada geran asal Virginia.
Carolina Selatan merupakan negeri yang membentuk Amerika Syarikat di hujung
selatan yang bersempadan dengan Georgia di selatan dan Carolina Utara di
utara.
Carolina Selatan merupakan sebahagain daripada Provinsi Carolina pada masa
dahulu yang merupakan salah satu daripada 13 Koloni yang mendapat
kemerdekaan daripada British semasa Revolusi Amerika.
Koloni tersebut dinamakan oleh Raja Charles II England dalam penghargaan
kepada ayahanda baginda Charles I England sebagai Carolus yang merupakan
Latin untuk Charles.
Charleston adalah kota tertua dan terbesar kedua Carolina Selatan.
Awalnya kota ini bernama Charles Towne.
Koloni Carolina Selatan adalah salah satu daripada asal 13 koloni yang terletak di
pantai Atlantik Amerika Utara.
Pada awalnya, 13 koloni ini telah dibahagikan kepada tiga kawasan geografi yang
terdiri daripada New England, Tengah dan Koloni Selatan.
Carolina Selatan diklasifikasikan sebagai salah satu daripada Koloni Selatan.
Wilayah Carolina Selatan merupakan tanah jajahan Inggeris di Amerika Utara
yang wujud dari tahun 1663 sehingga 1776.
Koloni Carolina Selatan ditubuhkan pada 1633 oleh lapan bangsawan Inggeris
( Lords Proprietors of Carolina) dengan Piagam Diraja daripada Raja Charles II
dengan merujuk kepada Piagam Carolina.
Namun, pemerintahan oleh lapan bangsawan Inggeris ini gagal.
Hal ini kerana, pada tahun 1715 golongan peneroka Carolina Selatan telah
diserang oleh Yamasee yang marah akan pengeskploitasian pedagang di Carolina
Selatan.
Tetapi, pemberontakan ini akhirnya berjaya dipatahkan setelah kehilangan
banyak nyawa dan kerugian harta benda.
Situasi ini menunjukkan golongan tuan tanah ini lemah dalam melindungi para
kolonis di Carolina Selatan.
Oleh itu, Carolina Selatan telah menghantar petisyen kepada England untuk
menggantikan tuan tanah kepada pemerintahan diraja.
Pada tahun 1720, England telah menghantar Francis Nicholson sebagai gabenor
wilayah diraja.
Pada tahun 1729, Carolina Selatan secara rasminya menjadi wilayah diraja
apabila tuan tanah akhirnya menerima syarat yang telah diberikan.
3. 1 Perkembangan Carolina Selatan
3.1.1 Perkembangan dari segi pentadbiran ( politik )
menerima hak kuasa mutlak ke atas geran mereka sebagaimana yang dimiliki oleh
Lord Baltimore di Maryland.
Selepas kematian Lord Shaftesbury, pemerintah seterusnya tidak dapat mengekalkan
kuasanya menyebabkan penduduk koloni berjaya mengambil-alih kuasa pemerintah
di Carolina pada tahun 1719. Pada 10 tahun kemudian, raja England telah
membahagikan wilayah Carolina kepada dua koloni, iaitu North Carolina dan South
Carolina.
seorang ahli falsafah Inggeris yang terkenal, Cooper (ketika itu bergelar Earl of
Shaftesbury) telah mendrafkan sebuah perlembagaan baru, Fundamental
Constitution untuk koloni Carolina pada tahun 1669, iaitu dalam usahanya untuk
membentuk sebuah masyarakat yang tersusun rapi.
Perlembagaan ini membahagikan kawasan koloni kepada beberapa daerah (County)
dengan keluasan yang sama dan membahagikan daerah kepada lot-lot kawasan.
Kebanyakan lot kawasan akan diperuntukkan kepada golongan yang menjadi tuan-
tuan tanah (menurut piagam asal) bergelar seigneur, golongan aristokrat tempatan
(terdiri daripada lapisan sederhana bergelar landgrave atau cacique) akan mendapat
beberapa lot dan golongan orang biasa (digelar leet-men) akan menerima jumlah lot
yang sedikit.
Mereka menyimpan kawasan tanah yang luas untuk menjadi milik sendiri dan yang
lain-lain diagih-agihkan mengikut satu sistem headright (hak setiap individu), iaitu
satu sistem yang mirip dengan sistem yang diamalkan di Virginia dan Maryland,
dengan syarat para pemilik (penduduknya) akan membayar cukai tahunan yang
ditetapkan.

3.1.2 Perkembangan dari segi Ekonomi

Masyarakat di Carolina Selatan merupakan masyarakat yang berasaskan kepada


pertanian.
Di samping itu, perladangan dan perkebunan juga merupakan kegiatan perindustrian
masyarakat di Carolina Selatan.
Beras merupakan sumber utama kepada Carolina Selatan.
Terdapat juga sumber semulajadi yang lain seperti ikan, kayu balak dan tanah
pertanian yang baik.
Carolina Selatan juga memainkan peranan dengan mengeksport hasil pertanian
kepada koloni-koloni yang lain serta mengembangkan lagi industri perladangan
terutamanya dalam mengeksport tembakau, kapas, jagung, sayur-sayuran, bijirin
dan buah-buahan.
Carolina Selatan mempunyai populasi penduduk yang terbesar dan bekerja di lading
iaitu lading penanaman kapas, tembakau, beras, gula, indigo ( pencelup ) dan lain-
lain tanaman.
3.1.3 Perkembangan dari segi perundangan

a) Undang-undang Tanah
Raja merupakan Tuan Tanah bagi wilayah manakala peneroka atau rakyat adalah
penyewa.
Pemilikan hak tanah ini terletak pada kekuasaan Raja
Pada 1663- 1665 telah memberi kelonggaran kepada penyewa untuk menentukan
tempoh sewaan.
Satu perlembagaan telah dibentuk khas bagi tanah untuk mengasingkan kawasan
tanah antara golongan atasan (Baron) dan rakyat.
Sebanyak 3/5 daripada kawasan diberikan untuk disewakan kepada penduduk.
Baron yang ditempatkan di setiap kawasan mereka juga merupakan wakil di
Parlimen.
Pada 1682 pembayaran sewa bukan lagi berbentuk hasil keluaran tetapi ditukarkan
dengan wang setiap 6 bulan.
b) Badan Eksekutif.
Raja memiliki kekuasaan yang tertinggi dalam badan esekutif.
Terdiri daripada gabenor dan majlis yang dipilih oleh Raja, beserta pegawai yang
turut dipilih oleh Raja daripada wilayah.
Kedudukan dan kekuasaan pegawai berdasarkan keinginan Raja.
Raja boleh mengambil sebarang tindakan terhadap pegawai bawahannya.
Gabenor menjadi penghubung antara kerajaan dan masyarakat dengan menjalankan
hal-hal seperti perkhawinan, minuman keras dan geran tanah.
c) Badan Kehakiman
Gabenor merupakan penggerak kepada badan kehakiman, dengan kuasa yang
diberikan kepadanya yang disokong oleh majlis bagi mendirikan sebuah mahkamah
sivil dan jenayah.
Namun arahan yang dijalankan adalah daripada raja, gabenor hanya menerima
arahan untuk menjalankan arahan dan kuasa gabenor juga terbatas.
Badan kehakiman yang dipilih terbentuk hanya boleh dibubarkan oleh arahan Raja.
Keadilan yang sebenar-benarnya ditekankan dalam menjalankan tugas dalam badan
kehakiman.
3.1.4 Perkembangan dari segi Sosial
Masyarakat Carolina Selatan berbentuk feudal yang terdiri daripada golongan yang
memerintah dan diperintah.
Golongan yang teratas dalam wilayah adalah Raja dan diikuti oleh gabenor dan
pegawai-pegawai yang menjalankan tugas.
Rakyat mempunyi kebergantungan kepada Raja sebagai pemerintah untuk
mendapatkan tanah.
Raja menjaga kebajikan rakyatnya dengan memberikan peluang kepada rakyat
mengusahakan tanah.
Rakyat menghormati Raja dan mematuhi pemerintah berdasarkan undang-undang
yang diperkenalkan.
Dari segi keagamaan, Carolina Selatan tidak mempunyai satu agama yang utama.
Carolina selatan mempunyai tiga kumpulan agama iaitu Huguenots, Anglican dan
non-conformist
Namun, pada awal tahun 1700, Carolina Selatan bebas dalam beragama di kalangan
koloni.
4.1 Kesimpulan

Kesimpulannya, Carolina Selatan merupakan sebuah wilayah diraja yang telah


ditadbir oleh England setelah lapan orang bangsawan Inggeris atau lebih dikenali
sebagai Lords of Proprietors gagal dalam memberikan perlindungan yang baik untuk
kolonis di Carolina Selatan.
Kesannya, pemerintahan tuan tanah atau Lords of proprietors telah digantikan
dengan pemerintahan diraja England.

RUJUKAN

BUKU

W. Roy Smith. 1903. South Carolina as a Royal Province 1719-1776 . New York : The
Macmillan Company.