Você está na página 1de 27

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya yang


dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya amat berbangga kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan usaha
saya sendiri.

Pertamanya, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya, Encik Tajip
bin Tassan yang sentiasa memberi ingatan, dorongan dan prihatin dengan perjalanan
penulisan kerja kursus saya. Kedua ibu bapa, Encik Mohmad Ayob bin Samani dan
Puan Normah binti Sambang yang sering memberi dorongan, sokongan dan kasih
sayang yang tidak bertepi. Keluarga yang sentiasa menyokong tanpa jemu.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dari
segi sokongan moral. Mereka telah banyak membantu dalam melakukan sesi
perbincangan di dalam kelas. Kami saling bertukar-tukar pendapat bagi mendapat
jalan solusi untuk menjayakan kerja kursus ini.

Akhir sekali untuk semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung dalam pengumpulan maklumat dan data untuk penyiapan kerja kursus
ini. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalas semua jasa-jasa baik kalian ini.
Moga Allah S.W.T. sentiasa melindungi kalian.

1
CONTOH RENCANA ISU SOSIAL - REMAJA DAN MASALAH SOSIAL

Masyarakat Malaysia hari ini cukup terganggu secara fizikal, mental, emosi dan
spiritual dengan pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku hampir setiap hari.
Kebanyakannya memfokuskan kepada remaja dan masalah sosial itu tiada hentinya
untuk dibicarakan. Remaja mengandung luar nikah semakin mengancam
keharmonian masyarakat, semakin banyak ditegur, dipapar dan disiarkan
gambar-gambar bayi yang dibuang macam sampah oleh pelaku tidak bermoral itu,
semakin bertambah pula bilangan bayi-bayi yang dibuang.

Mengapa anak-anak remaja kita semakin runtuh akhlaknya dan hilang sikap
malu dan adab sopan sebagai manusia? Tiada siapa mampu memberi jawapannya
kerana yang pasti akhlak remaja semakin rosak dan liar.

Apabila kita renung kembali dengan ikhlas sebagai ahli masyarakat, ibu bapa
dan juga pemimpin, mengapa masalah sosial ini terus berlaku? Ini kerana kita terlupa
atau buat-buat lupa tentang punca akar umbi masalah sosial tersebut. Berikut sedikit
sebanyak punca masalah sosial remaja kita.

1. Kendiri

Remaja hari ini kurang mampu dan mapan mengurus diri sendiri kerana
semua keperluan diri disediakan oleh ibu bapa yang tidak mahu anak-anak merasa
susah dalam kehidupan mereka. Kesan daripada sikap ibu bapa yang memanjakan
anak-anak dengan material dan perhatian berlebih-lebihan itu menjadikan anak-anak
kurang berdikari dan tidak mahu susah dalam kehidupan mereka.

Akibatnya anak-anak remaja sukar mengendalikan emosi semasa berhadapan


dengan masalah hidup dan tekanan daripada rakan-rakan. Kebanyakan remaja tidak
tahu mengendalikan emosi marah, bahagia, derita atau cinta yang melingkari
kehidupan seharian mereka. Jika mereka berhadapan dengan tekanan dan pujukan
rakan-rakan yang mengajak melakukan jenayah atau kehidupan sosial negatif yang
lain seperti minum arak, dadah, seks bebas dan sebagainya, mereka tidak mampu
menepis dan menolak pujukan tersebut kerana tidak mempunyai jati diri yang kukuh.

2
2. Keluarga

Nilai murni kekeluargaan hari ini juga sudah banyak punah dek kerana ibu bapa
sibuk bekerja mencari rezeki dan tidak menumpukan perhatian terhadap kualiti
kehidupan berkeluarga dan anak-anak. Walaupun usaha murni ibu bapa adalah untuk
memberi kesenangan kepada anak-anak dan keluarga, namun pembentukan sahsiah
diri anak-anak perlu diberi perhatian. Jika ibu bapa sibuk bekerja, anak-anak yang
ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan tidak bimbang untuk melakukan jenayah
dan kegiatan tidak sihat di rumah sendiri atau di kawasan persekitaran rumah seperti
menagih dadah, menonton video lucah dan mencuri sebagainya.

Masalah yang berlaku dalam rumah juga memberi kesan kepada jiwa
anak-anak seperti ibu bapa yang bercakaran di hadapan mereka. Anak-anak akan
merasakan diri kurang kasih sayang dan pembesaran yang tidak sihat itu akan
membentuk kerapuhan diri dan jiwa anak-anak akan mudah terdedah dengan tarikan
sosial negatif di luar.

3. Kewangan

Banyak jenayah dan masalah sosial yang dilakukan remaja hari ini disebabkan
oleh soal kewangan kerana keinginan anak-anak muda hari ini semakin meningkat
untuk menggunakan barangan mewah bagi menunjukkan status diri mereka di
kalangan rakan-rakan sebaya. Tidak semua anak-anak remaja ini lahir dari keluarga
berada dan mampu menikmati kemewahan hidup. Bagi remaja dari keluarga susah,
mereka mudah terikut-ikut rakan-rakan yang mewah tetapi soalnya bagaimana
mereka mendapatkan sumber kewangan tersebut. Sudah tentu dengan melakukan
jenayah dan kegiatan tidak bermoral seperti mencuri, merempit, melacur, mengedar
dadah dan menyimpan barangan curi untuk mendapatkan sumber kewangan bagi
menampung kehendak hidup mereka yang mewah.

3
4. Kemasyarakatan

Masyarakat hari ini sudah kurang peka dan banyak buat 'pekak' terhadap nilai
hidup kejiranan dan bermasyarakat. Struktur pembinaan perumahan hari ini juga
banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat yang negatif. Kondominium dan
pangsapuri mewah mementingkan gaya hidup individualistik. Rumah-rumah banglo
pula diiklankan dengan gaya hidup berfokuskan keselamatan yang berlebihan seperti
guarded and gated agar tidak diganggu penjenayah. Sedar atau tidak, masyarakat
kita telah membina jurang hidup secara manual dengan jiran dan masyarakat
setempat.

5. Rakan-rakan

Faktor ini telah diketahui ramai sebagai punca utama remaja hari ini terjebak
dalam masalah sosial yang negatif. Pengaruh rakan sebaya umpama tarikan magnet
yang menjadikan remaja lebih gemar melepak dan mengikut rentak dan gaya hidup
mereka. Jika rakan-rakan itu buruk perangai dan aktif dalam kegiatan jenayah dan
masalah sosial, maka mereka akan mengikutnya kerana remaja hari ini lemah jati diri
dan tiada tujuan hidup.

6. Keagamaan

Iman dan amal yang lemah terhadap agama menjadikan remaja hari ini
tidak mampu berfikir mengenai perbuatan buruk yang mereka lakukan. Pegangan
agama yang longgar dan tiada tunjuk ajar yang baik daripada ibu bapa menjadi punca
masalah sosial ini berterusan.

Dengan itu, ibu bapa, ahli masyarakat, guru dan pemimpin perlu berusaha
membantu anak-anak remaja hari ini daripada terus menerus melakukan kegiatan
yang tidak bermoral.

Sumber : Utusan Online

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0803&sec=Rencana&pg=re_09.htm

4
1 . 2 Pengenalan rencana :

Rencana Remaja dan Masalah Sosial di atas adalah merupakan rencana yang
ditulis oleh Prof Madya Rusinah Siron yang merupakan pensyarah di Kolej
Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Tenaga Nasional. Rencana ini
diterbitkan pada 3 Ogos 2010 di Utusan Online. Dalam rencana ini menerangkan
tentang persoalan mengapa akhlak dan sahsiah golongan remaja masa kini semakin
luntur. Pelbagai punca atau faktor yang telah cuba dikenalpasti dalam masalah gejala
sosial masa kini. Antaranya ialah dari segi kendiri, keluarga, kewangan,
kemasyarakatan, rakan-rakan dan dari segi keagamaan. Gejala sosial juga boleh
diketahui dalam pelbagai kategori atau jenis. Contoh gejala sosial yang diketahui
umum masa kini yang semakin menjadi-jadi permasalahannya ialah kes pembuangan
bayi yang semakin berleluasa. Selain itu juga seperti kes buli, penyalahgunaan dadah,
lumba haram, ponteng sekolah dan sebagainya. Oleh yang demikian, permasalahan
ini perlulah dibendung dengan lebih awal daripada berlaku dengan lebih serius
kerana memudaratkan negara kita sendiri juga.

Berdasarkan contoh rencana di atas, penulis telah menyatakan beberapa punca


masalah sosial kini kian berlaku. Antaranya, sifat kendiri, keluarga, kewangan,
kemasyarakatan, rakan-rakan dan keagamaan. Sifat kendiri remaja itu sendiri yang
tidak mampu untuk berdikari dan membantu diri sendiri. Ini juga kerana faktor terlalu
dimanjakan oleh ibu bapa yang hanya menurut segala kehendak dan permintaan
anak-anak sehingga mereka sukar untuk berdiri sendiri apabila berhadapan dengan
masalah hidup dan tekanan daripada rakan-rakan. Apabila mereka tidak mampu
mengendalikan emosi mereka sendiri, maka mereka akan mengambil langkah yang
salah iaitu menjurus ke arah masalah sosial remaja masa kini.

Seterusnya punca dari keluarga itu sendiri. Seringkali kita mendengar,


segalanya bermula dari rumah, maka ini membuktikan keluarga memainkan peranan
yang penting dalam usaha membanteras masalah sosial remaja masa kini. Tiada lagi
nilai murni dalam sebuah keluarga tersebut menyebakan remaja bebas untuk
melakukan apa sahaja tanpa pemantauan yang ketat dari ibu bapa. Ibu bapa yang
hanya sibuk untuk mencari rezeki di luar, anak-anak di rumah terabai tanpa dorongan
dan bimbingan yang betul. Masalah yang berlaku di rumah juga boleh memberi kesan
negatif terhadap perkembangan anak-anak apabila melihat keluarganya yang porak
peranda. Maka ini lah antara penyebab remaja mudah terdedah dengan tarikan sosial
negatif di luar untuk melarikan dirinya dari melihat keluarga yang tidak bahagia.

5
Dalam penulisan ini juga menyatakan, kewangan juga antara menjadi punca
masalah sosial remaja kini. Ini kerana, golongan remaja kini yang terikut-ikut dengan
trend zaman sekarang terasa tercabar untuk memiliki segalanya. Oleh itu, mereka
akan melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak dan keperluan mereka,
contohnya sehingga sanggup mencuri, merompak, mengedar dadah dan sebagainya
demi mendapatkan sumber kewangan dengan cara yang mudah dan cepat.
Tambahan lagi lebih mencabar apabila remaja tersebut meruapakn bukan golongan
berkemampuan yang menyebabkan dia mula terjerumus ke kancah masalah sosial.

Seterusnya, punca lain adalah dari segi kemasyarakat itu sendiri yang
kurang peka dan mengambil berat tentang masalah sekeliling terutamanya yang
berkaitan dengan remaja. Semangat kejiranan dan ambil peduli tentang masyarakat
lain ridak lagi diutamakan. Contoh yang dapat dilihat melalui, kawasan perumahan,
kondominium dan pangsapuri itu sendiri yang mementingkan gaya hidup
individualistik.ini sebenarnya tanpa sedar telah membina jurang hidup antara
masyarakat setempat seterusnya inilah menjadi punca remaja tidak takut untuk
melibatkan diri dalam mana-mana gejala sosial kerana tiada masyarakat yang peduli
tentang masalah mereka atau akan berani menegur kesilapan mereka.

Dalam rencana dia atas juga menekankan punca pengaruh rakan-rakan


mulai menjadi punca yang lebih kuat berbanding punca-punca sebelumnya. Semua
juga sedia maklum, pengaruh rakan sebaya masa kini amat memberikan impak yang
besar kerana jiwa remaja sedia yang sememangnya lebih percaya akan teman
berbanding ibu,bapa mahupun keluarga sendiri. Ini mungkin kerana faktor pemikiran
yang sama, umur yang sama mengeratkan lagi persahabatan tersebut tanpa rasa
ragu-ragu. Semakin membimbankan apabila salah memilih kawan sehinggakan
terjebak ke dalam masalah sosial kerana sememangnya remaja hari ini lemah jati diri
dan tiada tujuan hidup lebih suka untuk berseronok semata-mata.

Akhir sekali, dari segi keagamaan, iaitu hidup seorang manusia di dunia ini
apabila hidup tanpa agama tidak bererti lah kerana kita telah diciptakan bukan untuk
hidup semata-mata tetapi juga mengabdikan diri kepada pencipta. Iman dan amal
yang lemah terhadap agama menjadikan remaja hari ini tidak mampu membezakan
yang mana baik dan yang mana buruk. Tiada agama yang mengajar kejahatan, oleh
itu apabila kurangnya penekanan pentingnya nilai-nilai murni dan didikan dalam diri
remaja kini akan menyebakan iman ereka mudah goyah tanpa pendirian yang tegak
terhadap sesuatu perkara. Kecenderungan dalam melakukan apa sahaja tanpa
memikirkan keburukkannya seperti masalah sosial akan terus berleluasa.

6
Konklusinya, semua pihak perlulah memainkan peranan yang penting
dalam usaha menangani masalah gejala sosial masa kini yang semakin menjadi-jadi.
Sekiranya tidak dibendung dan dicegah lebih awal, bagaimanalah dunia dan negara
kita pada masa beberapa tahun akan datang. Adakah generasi kita yang seterusnya
akan dapat membimbing negara ini dengan baik? Tidak kira individu, masyarakat,
guru mahupun pemimpin perlu bekerjasama memikirkan langkah-langkah yang perlu
dilakukan demi membendung masalah gejala sosial semakin berbahaya.

Kritikan wacana

1 . 2 Ciri-ciri wacana :

Wacana mempunyai tujuh ciri utama, iaitu tautan, runtutan, khalayak, maklumat,
keadaan dan interfeks. Berdasarkan rencana yang telah dikaji, sesebuah teks akan
menjadi lebih sempurna dengan adanya wacana yang utuh daripada pelbagai ciri
seperti yang telah dinyatakan. Pada dasarnya, wacana ini mempunyai beberapa ciri
dan ciri-ciri tersebut perlu diteliti secara lebih mendalam. Sesebuah wacana atau teks
yang baik seharusnya memiliki ciri atau kriteria tertentu. Kriteria yang terdapat dalam
rencana tersebut meliputi aspek berkesinambungan, berpautan, bertujuan, terima
dan menerima, bermaklumat, mempunyai konteks atau mempunyai situasi,
mempunyai tekstur dan mempunyai kebenaran.

Kesimpulannya, ciri-ciri wacana tersebut perlu ada untuk memastikan wacana


yang baik terhasil. Kelima-lima ciri wacana memainkan peranannya yang tersendiri
dalam membentuk dan menghasilakn wacana. Namun, ciri yang paling penting dan
asas bagi sesebuah wacana ialah berkesinambungan dan berpautan.

Dalam rencana tersebut jelas menunjukkan aspek kohesi iaitu tautan terkandung
dalam rencana tersebut. Tautan yang merujuk kepada aspek formal bahasa dalam
wacana. Tautan juga berhubung rapat dengan organisasi sintetik wacana yang
berhubungan dengan ayat-ayat yang digembleng secara sepadu dan berkaitan
dengan memanfaatkan alat-alat kebahasaan untuk menghasilkan wacana lisan atau
tulisan. Contoh yang boleh didapati dalam rencana di atas ialah seperti berikut :

7
Akibatnya anak-anak remaja sukar mengendalikan emosi semasa berhadapan
dengan masalah hidup dan tekanan daripada rakan-rakan. Kebanyakan remaja tidak
tahu mengendalikan emosi marah, bahagia, derita atau cinta yang melingkari
kehidupan seharian mereka. Jika mereka berhadapan dengan tekanan dan pujukan
rakan-rakan yang mengajak melakukan jenayah atau kehidupan sosial negatif yang
lain seperti minum arak, dadah, seks bebas dan sebagainya, mereka tidak mampu
menepis dan menolak pujukan tersebut kerana tidak mempunyai jati diri yang kukuh.

Berdasarkan ayat di atas pula dapat dilihat tautan antara ayat-ayat tersebut, iaitu
perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada anak-anak remaja. ayat-ayat
tersebut dianggap memiliki wacana kerana dapat difahami dan bermakna. Oleh yang
demikian, kohesi juga merupakan ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga
padat. Hal ini menunjukkan bahawa kohesi merupakan hubungan antara ayat dalam
sesebuah wacana, tidak kira sama ada dari segi gramatikal mahupun lekstikal.

Seterusnya, unsur kesinambungan adalah berkenaan dengan aliran idea secara


berterusan dalam wacana. Secara dasarnya, setiap wacana mempunyai satu idea
teras yang menjadi inti patinya. Aliran idea teras dalam ujaran, ayat atau bahagian
wacana yanh secara sistematik, lancar, bertalian dan logik itulah yang dikatakan
berkesinambungan. Tidak ada sebarang idea baharu yang tidak bertalian
dimasukkan ke dalam wacana tersebut.

Banyak jenayah dan masalah sosial yang dilakukan remaja hari ini disebabkan oleh
soal kewangan kerana keinginan anak-anak muda hari ini semakin meningkat untuk
menggunakan barangan mewah bagi menunjukkan status diri mereka di kalangan
rakan-rakan sebaya. Tidak semua anak-anak remaja ini lahir dari keluarga berada
dan mampu menikmati kemewahan hidup. Bagi remaja dari keluarga susah, mereka
mudah terikut-ikut rakan-rakan yang mewah tetapi soalnya bagaimana mereka

8
mendapatkan sumber kewangan tersebut. Sudah tentu dengan melakukan jenayah
dan kegiatan tidak bermoral seperti mencuri, merempit, melacur, mengedar dadah
dan menyimpan barangan curi untuk mendapatkan sumber kewangan bagi
menampung kehendak hidup mereka yang mewah

Contoh tersebut jelas menunjukkan idea melalui jenayah, kewangan, dan


mewah yang merupakan kesinambungannya. Kesinambungan idea ini telah
menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut perkataan satu dengan yang lain untuk
membentuk wacana yang bermakna. Kebanyakkan wacana mempunyai tautan untuk
menjadikannya sesuai. Walau bagaimanapun, teks yang bertaut tidak semestinya
sesuai.

1. 3 Laras bahasa yang digunakan :

Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut
bidang sesuatu wacana digunakan. Contohnya ialah laras bahasa doa, khutbah
mahupun upacara lain-lain. Laras bahasa dipengaruhi oleh beberapa unsur latar
seperti penutur, peserta dan tujuan.

Rencana ini mempunyai laras bahasa yang sesuai untuk semua lapisan
masyarakat kerana bahasa yang digunakan adalah mudah ditafsir dan difahami.
Struktur ayatnya juga mudah, ringkas tetapi padat. Mesej yang terkandung dapat
disampaikan dengan berkesan melalui rencana tersebut. Terdapat juga istilah
pinjaman bahasa Inggeris seperti ayat Rumah-rumah banglo pula diiklankan dengan
gaya hidup berfokuskan keselamatan yang berlebihan seperti guarded and gated
agar tidak diganggu penjenayah. Penggunaan istilah Inggeris ini sedikit sebanyak
dapat menjana pengetahuan dan sejurus mencapai matlamat Kementerian Pelajaran
malaysia iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa
Inggeris.

9
1 . 4 Sistem Ejaan dan Tatabahasa

Terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dalam rencana tersebut sama
ada dari segi ejaan dan juga tatabahasa yang digunakan. Antara kekurangan yang
dapat dikenalpasti dalam rencana tersebut ialah seperti penggunaan tanda koma (,)
masih kurang tepat. Contohnya, Dengan itu, ibu bapa, ahli masyarakat, guru dan
pemimpin perlu berusaha membantu anak-anak remaja hari ini daripada terus
menerus melakukan kegiatan yang tidak bermoral. Penulis seharusnya meletakkan
tanda koma selepas perkataan guru berdasarkan hukum tatabahasa Melayu.

Seterusnya, penggunaan huruf besar. Penggunaan huruf besar sememangnya


harus digunakan pada setia perkataan contohnya seperti judul rencana iaitu Remaja
dan masalah sosial. Menurut buku Pedoman Umum Penggunaan Bahasa Melayu,
huruf besar digunakan sebagai huruf pertama semua perkataan dalam mana-mana
tajuk kecuali kata partikel seperti di, ke, dari, untuk, dan yang , yang tidak terletak
pada kedudukan awal. Jadi tajuk rencana ini sepatutnya ditulis seperti Remaja dan
Masalah Sosial.

Kesimpulannya, penggunaan sistem ejaan dan tatabahasa yang sesuai perlu


dikenalpasti terlebih dahulu sebelum membuat penulisan kerana aspek ini amat
penting kerana pembaca akan meniru kaedah penulisan yang dibaca oleh mereka.

10
1 . 5 Rumusan keseluruhan rencana

Rencana hasil karya Prof Madya Dr Rusainah Siron ini banyak memberikan
maklumat dan ilmu untuk menangani masalah sosial remaja masa kini. Rencana
seperti ini sepatutnya dapat memberi impak positif kepada pembaca kerana
memberikan ilmu pengetahuan tentang masalah remaja masa kini selain membantu
untuk mencegah masalah sosial semakin berleluasa tanpa pencegahan awal.
Penulisan rencana merupakan penulisan berilmiah yang akan menjadi rujukan semua
lapisan masyarakat terutama para siswazah. Ini sekaligus membuktikan bahawa
pentingnya penulisan rencana mengikut ciri-ciri yang tepat tanpa sebarang kesalahan
dan kemusykilan untuk dijadikan sebagai panduan pembaca atau penulis lain.

Pada pendapat saya, penulisan rencana sememangnya perlu diperbanyakkan


lagi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pembaca agar ilmu pengetahuan akan
dapat disampaikan dengan cara yang berkesan. Penulisan rencana yang menepati
ciri akan dapat mempengaruhi pembaca serta mampu memberi impak yang positif
daripada pembacaan tersebut. Saya juga merasakan rencana tulisan Prof madya dr
Rusinah Siron sangat baik apabila dilihat pada dari pendahuluan, isi-isi dan penutup.
Setiap isi dihurai menggunakan bahasa yang ringkas tetapi mudah difahami.
Disebalik isi yang hendak disampaikan, diselitkan juga bersama keterangan yang
kukuh, sesuai serta mudah difahami pembaca.

Konklusinya, saya merasakan bahawa penulisan rencana sangat penting


kerana rencana mampu mempengaruhi pembaca dengan cara yang mudah didekati
iaitu melalui rencana. Maklumat dan ilmu pengetahuan dapat disampaikan contohnya
seperti isu masalah sosial kini yang semakin berleluasa. Maka melalui rencana ini
jelas menyampaikan isi rencana yang amat bernas dan mampu mempengaruhi
pembaca.

11
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Dan Pelaksanaannya Di
Dalam Sistem Pendidikan Masa Kini

1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan merupakan tunjang kepada pembangunan negara. Sistem ini telah
menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan
sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara. Dalam
usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang
semakin sengit, pelbagai pelaksanaan perubahan dalam sistem pendidikan masa kini.
Bagi meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan di Malaysia, kerajaan Malaysia
telah mengambil beberapa inisiatif dan salah satu daripadanya ialah Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Usaha ini adalah untuk melonjakkan
sistem pendidikan negara suapay setaraf dengan negara-negara luar yang lain
terutamanya dalam bidang pendidikan. PPPM ini dirangka atas tujuan untuk
mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan di Malaysia secara keseluruhan
yang merangkumi aspek akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

2.0 LIMA ASPEK DI DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


(PPPM)

Aspek yang pertama ialah peningkatan akses kepasa pendidikan berkualiti iaitu
menerangkan bahawa setiap kanak-kanak warganegara Malaysia adalah berhak
untuk mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka
mencapai potensi masing-masing. Kementerian juga berhasrat memastikan kadar
akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke
peringkat menengah atas menjelang tahun 2020. Dalam aspek ini, pelbagai
transformasi pendidikan melalui PPPM telah meluaskan peluang kepada murid untuk
mendapatkan pendidikan yang relevan dengan keperluan serta minat mereka,
sekaligus membolehkan mereka membangunkan bakat dan mencapai potensi
mereka. Kementerian telah melaksanakan beberapa usaha ke arah peluasan akses
pada semua peringkat pendidikan contohnya seperti peningkatan enrolmen
prasekolah, transformasi pendidikan vokasional (TPV), penawaran pelbagai aliran
pendidikan, penerusan akses kepada pendidikan bagi kumpulan khusus, transformasi
tingkatan enam dan peluasan pengiktirafan program Matrikulasi untuk meningkatkan
lagi mutu dan taraf pendidikan di Malaysia.

12
Seterusnya, aspek kedua ialah peningkatan kualiti pendidikan iaitu di mana
semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berddasarkan
keunikan sistem pendidikan di Malaysia setanding dengan pendidikan antarabangsa.
Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam
kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran
TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang. Pengukuran TIMSS
(Trends in Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme For International
Student Assessment) adalah untuk menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja
dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pentaksiran tambahan yang menangani
dimensi kualiti yang lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan
apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima pada peringkat antarabangsa. Dalam
usaha merealisasikan aspirasi ini pula, kementerian telah mengenal pasti dan
memberikan keutamaan kepada lima kelompok inisiatif dalam Gelombang 1 PPPM
iaitu dari aspek kurikulum dan pentaksiran, bahasa, guru, pemimpin sekolah dan
penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta.

Aspek yang ketiga dalam PPPM pula ialah ekuiti dalam pendidikan yang
bermaksud sistem pendidikan yang berprestasi tinggi akan menyediakan pendidikan
terbaik kepada setiap kanak-kanak, tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau
latar belakang sosioekonomi. Kementerian juga berhasrat untuk meraptkan lagi
jurang pencapaian antara murid bandar dengan murid luar bandar, tahap
sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang tahun 2020.
kementerian bertanggungjawab untuk memberikan peluang pendidikan yang
saksama kepada semua murid. Oleh itu, terdapat perkaitan yang ketara antara kualiti
pendidikan dan ekuiti dalam pendidikan. Usaha yang telah dilakukan oleh
kementerian dalam membina asas bagi mengurangkan jurang pencapaian antara
sekolah bandar dengan luar bandar dan mengatasi cabaran yang dihadapi oleh
kumpulan murid berkeperluan khusus ialah melalui Program Transformasi Daerah
(DTP), Pelan Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Program Pendidikan Inklusif
kumpulan murid Berkeperluan Khas (MBK).

Berikutnya, aspek yang keempat ialah pemantapan perpaduan di sekolah.


Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat
daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada
pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami,
meneriam dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian
pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian
berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid

13
berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh lagi asas
perpaduan rakyat Malaysia. Bagi memastikan perpaduan dapat dipupuk dalam
kalangan murid, kementerian telah melaksanakan dua inisiatif utama dalam
Gelombang 1 iaitu merombak dan memperkukuh konsep dan pelaksanaan
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan menjalankan kajian untuk
menentukan indeks perpaduan dalam kalangan murid dan guru sekolah. Aspirasi
negara memang mengutamakan perpaduan dia dalam kepelbagaian kaum yang ada
di Malaysia kerana sebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan
mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamerkan perpaduan
yang lebih kuat.

Akhir sekali, aspek yang kelima bagi PPPM ialah kecekapan. Sistem
pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan
keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke
dalam sistem. Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid
mengikut tahap peruntukan semasa. Bagi aspirasi ini pula, kejayaan transformasi
pendidikan bergantung pada kecekapan pengurusan sumber kewangan dan sumber
manusia. Antara perkara yang diberi tumpuan oleh kementerian dalam aspek ini ialah
mentransformasikan kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian,
mengiptimakan perbelanjaan bagi memaksikan keberhasilan murid, menyediakan
infrastruktur asas dan menyediakn teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). oleh
itu, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di sekolah untuk
memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk setiap
ringgit yang dibelanjakan. Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih
bertanggungjawab dan menggunakan sumber yang ada secara cekap, berkesan dan
memberi impak yang memuaskan.

3.0 PELAKSANAAN PPPM DI DALAM SISTEM PENDIDIKAN MASA KINI

Pada Julai 2015 yang lepas, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin ada membuktikan tentang kejayaan-kejayaan PPPM yang telah dicapai dalam
sistem pendidikan Malaysia sejak dua tahun pelaksanaannya. Antaranya,
peningkatan enrolemn prasekolah daripada 81,7% kepada 84.2% hasil daripada
usaha kementerian menyediakan insiatif dan insentif. Seterusnya, perubahan yang
ketara juga dilihat dalam pendidikan dimana pelaksanaan program LINUS 2.1
(program saringan literasi dan numerasi) dengan 98.7% murid tahun tiga berjaya
menguasai literasi asas bahasa Melayu, 99 peratus menguasai numerasi asas dan

14
78.3% murid tahun dua menguasai literasi asas bahasa Inggeris, daripada lebih
sejuta murid yang melalui proses saringan. Manakala ekuiti daln pendidikan pula,
salah satu usaha kementerian dalam merapatkan jurang anatar sekolah bandar dan
luar bandar ialah melalui Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
melibatkan 3011 sekiolah di seluruh negara. 87.2% murid berinteraksi dengan
rakan-rakan daripada bangsa lain dalam kelas semasa menjalankan kokurikulum dan
sukan.

4.0 CADANGAN

Dalam meningkatkan keberkesanan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM), usaha yang boleh dilakukan oleh kementerian ialah dengan memastikan
guru sentiasa memberi kerjasama dan dedikasi dalam menjalankan tugas dengan
berlandaskan PPPM sebagai panduan. Manakala perkaitan tentang pemilihan guru
yang seusia perlulah ditapis terlebih dahulu dengan lebih teliti agar pengeluaran
seorang guru itu merupakan guru yang berkualiti yang dapat membimbing dan
membentuk generasi akan datang. Ini adalah agar guru yang bertapi adalah guru
yang berani menyahut cabaran merealisasikan objektif PPPm akan menjadi
kenyataan. Komitmen seorang guru itu memainkan peranan penting dalam sistem
pendidikan negara kerana merupakan tonggak utama dalam membangunkan
pendidikan negara bertaraf antarabangsa.

5.0 KESIMPULAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan suatu aspirasi


yang pastinya membawa kebaikan demi meraih kejayaan untuk bangsa dan negara
Malaysia. Menjelang tahun 2025, sudah pastinya bahawa pelan sistem pendidikan ini
akan merubah perspektif negara luar terhadap pendidikan negara kita ke alaf yang
baru. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha
membengunkan dan membentuk negara maju agar dapat merealisasikan cita-cita
yang telah dirangka sempurna dalam PPPM.

15
6.0 LAMPIRAN

16
17
18
Permainan tradisional merupakan warisan budaya masyarakat Melayu yang tidak ternilai harganya. Hal
ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita pada zaman dahulu yang
melambangkan adat, budaya dan identiti satu-satu bangsa. Jika permainan tradisional ini tidak dikekalkan
atau dipertahankan pastinya generasi muda tidak tahu tentang warisan bangsa mereka sendiri seperti
permainan wau atau layang-layang, gasing, tangkap ibu dan datuk harimau. Dengan itu akan lenyaplah
warisan berzaman ini. Kita mahu warisan kita tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.

Permainan tradisional juga dimainkan untuk mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang memberi
hiburan dan menyeronokkan. Tamsilannya,permainan ayam dan musang yang mana si ibu ayam akan
menjaga anak-anak yang berada di belakangnya supaya tidak terlepas dan dimakan oleh musang. Musang
akan bergerak ke kiri dan kanan untuk menangkap anak ayam kerana usaha tangga kejayaan sementara
si ibu ayam akan mendepangkan tangan untuk menghalang tindakan si musang yang ingin mengambil
anaknya. Anak-anak ayam akan memaut pinggang ibu dan adik-beradik masing-masing secara berantai
supaya tidak terlepas dan bekerjasama bagai aur dengan tebing. Di sini timbul keseronokan apabila anak-
anak ayam menjerit-jerit untuk mengelakkan diri daripada ditangkap oleh musang. Timbul suasana yang
riuh rendah apabila musang berjaya menangkap salah seekor anak ayam. Permainan yang mengeluarkan
peluh ini akan menyihatkan badan dan dapat menghilangkan tekanan.

Hubungan silaturrahim di antara mereka dapat dieratkan. Ini bermaksud bukan sahaja hubungan
sesama ahli dalam kumpulan sahaja menjadi erat malah hubungan dengan pihak lawan juga menjadi
erat seperti isi dengan kuku kerana mereka hanya berlawan dalam permainan. Ini berlaku apabila mereka
kerap kali bertemu untuk bermain dan mereka boleh bertukar-tukar ahli dalam pasukan contohnya ahli
pasukan A, ada yang akan menjadi ahli pasukan B apabila diadakan perlawanan seterusnya pada hari yang
lain pula. Bukan itu sahaja, jika di sebuah kampung, akan diadakan pertandingan bermain wau,
masyarakat setempat akan keluar sama ada untuk menyertai pertandingan tersebut ataupun sebagai
penonton. Apabila berjumpa, secara tidak langsung, perhubungan mereka menjadi lebih erat.

Teks yang telah kami analisis daripada Blog Cikgu Rusniza


Bertarikh 30 April 2013
Ditulis oleh Rusniza bt Ghazali
Tajuk artikel : Permainan Tradisional Masyarakat Melayu.
Artikel ini mengandungi 1103 patah perkataan .

19
Skop Topik

Tempoh
Kandungan
Penulisan

Ciri
Penulisan
Akademik

Golongan Tujuan/Objektif
Pembaca Penulisan

Jumlah
Perkataan/Muka
Surat

20
KERTAS
PROJEK/TESIS/ ESEI ILMIAH
DESERTASI

LAPORAN JENIS PENULISAN ARTIKEL


AKADEMIK

KERTAS
ABSTRAK KERJA/KERTAS
KAJIAN

Jenis penulisan Gaya penulisan

Tujuan penulisan Menggunakan


yang serius kata-kata yang
jelas dan tepat.

Organisasi yang Nyata dan dapat


logik difahami dengan
mudah.

Mempunyai Pengolahan ayat


kewibawaan yang mempunyai
unsur kejelasan.

Ukuran Maklumat
kepanjangan disampaikan secara
tertentu teratur dan
tersusun.

21
Teks yang telah dianalisis tergolong dalam jenis
esei ilmiah.
Esei tersebut merupakan penulisan esei yang
formal.
Esei ilmiah ialah merujuk kepada karangan
ilmiah yang pendek tentang topik
permasalahan berdasarkan data yang
diperoleh melalui rujukan perpustakaan.

Permainan tradisional merupakan warisan


budaya masyarakat Melayu yang tidak
ternilai harganya. Hal ini adalah kerana
permainan tradisional merupakan warisan
nenek moyang kita pada zaman dahulu
yang melambangkan adat, budaya dan
identiti satu-satu bangsa..

22
Hubungan silaturrahim di antara mereka
dapat dieratkan. Ini bermaksud bukan sahaja
hubungan sesama ahli dalam kumpulan
sahaja menjadi erat malah hubungan
dengan pihak lawan juga menjadi
erat seperti isi dengan kuku kerana mereka
hanya berlawan dalam permainan

Di sini timbul keseronokan apabila anak-anak


ayam menjerit-jerit untuk mengelakkan diri
daripada ditangkap oleh musang. Timbul
suasana yang riuh rendah apabila musang
berjaya menangkap salah seekor anak
ayam. Permainan yang mengeluarkan peluh
ini akan menyihatkan badan dan dapat
menghilangkan tekanan.

23
Hal ini adalah kerana permainan tradisional
merupakan warisan nenek moyang kita
pada zaman dahulu yang melambangkan
adat, budaya dan identiti satu-satu bangsa.

Jika permainan tradisional ini tidak dikekalkan


atau dipertahankan pastinya generasi muda
tidak tahu tentang warisan bangsa mereka
sendiri seperti permainan wau atau layang-
layang, gasing, tangkap ibu dan datuk
harimau. Dengan itu akan lenyaplah warisan
berzaman ini. Kita mahu warisan kita tidak
lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
.

24
Musang akan bergerak ke kiri dan kanan
untuk menangkap anak ayam kerana usaha
tangga kejayaan sementara si ibu ayam
akan mendepangkan tangan untuk
menghalang tindakan si musang yang ingin
mengambil anaknya. Anak-anak ayam akan
memaut pinggang ibu dan adik-beradik
masing-masing secara berantai supaya tidak
terlepas dan bekerjasama bagai aur dengan
tebing.

Asmah Haji Omar (2009) Panduan wacana akademik teori dan penerapan

Asraf (2012) Tatabahasa. Petaling Jaya, Sasbadi

Azlinda Mohd Masri (2012) Pembinaan ayat & kesilapan umum tatabahasa. Selangor, Penerbit
Prisma

Idris Aman (2010) Analisis Wacana. Selangor, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd. Noor Yazid (2011) Persoalan tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur, Utusan Publications &
Distributors

MUS Chairil Samani (1997) Penulisan rencana berkesan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka

Rusniza bt Ghazali (2013) Permainan Tradisional Masyarakat Melayu di akses pada 3 Mac 2017
daripada https://rusnizabrghazali.wordpress.com/2013/04/30/permainan-tradisional/

Sabaruddin Abdul Rahman (2003) Tatabahasa. Selangor, Info-Didik

25
RUJUKAN

Anwar, K. (2012, September 3). Isu 2: Cabaran Profesion Keguruan. Diakses pada 26

Mac 2017 daripada

http://murabbiumat.blogspot.my/2012/09/isu-2-cabaran-profesion-keguruan.html

Astro Awani (2015, Julai 27) PPPM 2013-2025 telah capai lima inisiatif utama

Muhyiddin. Diakses pada 26 Mac 2017 daripada

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pppm-2013-2025-telah-capai-lima-inisiatif
-utama-muhyiddin-67448

Astro Awani (2013, September 6) Aspirasi dan perubahan sistem pendidikan dengan

pelaksanaan PPPM. Diakses pada 26 Mac 2017 daripada

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/aspirasi-dan-perubahan-sistem-pendidika
n-dengan-pelaksanaan-pppm-21727

Darsan, J. (2013, July 16) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sejauh mana

pelaksanaan di sekolah? Diakses pada 26 Mac 2017 daripada

http://skserichedingbba1015.blogspot.my/2013/07/pelan-pembangunan-pendidikan-
malaysia.html

Din,H,F. (2016) Wacana Penulisan. Petaling jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.

Foy, F.S. (2005). Etika Perguruan : Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Selangor :


Universiti Putra Malaysia

26
Mohd Noor, D. & Mohd Juman, Z. (2014, July 20) Enam Aspirasi Murid & Lima

Aspirasi Sistem Pendidikan. Diakses pada 26 Mac 2017 daripada

http://pibgsmala.blogspot.my/2014/07/enam-aspirasi-murid-lima-aspirasi.html

Omar, H,O. (2009). Panduan Wacana Akademik Teori dan Penerapan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tamarai,M,S. (2014,October 6) Contoh Tugasan Kritikan Jurnal (Hanya sebagai

Panduan) Hak Cipta Terpelihara. Diakses pada 26 Mac 2017 daripada

http://worldeducator.blogspot.my/2014/10/contoh-tugasan-kritikan-jurnal-hanya.html

27

Você também pode gostar

  • 800m Camp
    800m Camp
    Documento8 páginas
    800m Camp
    Epol Md Hamdan
    67% (3)
  • Buku Cerita Kanak2
    Buku Cerita Kanak2
    Documento8 páginas
    Buku Cerita Kanak2
    az_miena
    Ainda não há avaliações
  • Cabaran Dan Isu Semasa
    Cabaran Dan Isu Semasa
    Documento8 páginas
    Cabaran Dan Isu Semasa
    az_miena
    Ainda não há avaliações
  • Soal Selidik
    Soal Selidik
    Documento3 páginas
    Soal Selidik
    az_miena
    Ainda não há avaliações
  • CG Vasu
    CG Vasu
    Documento49 páginas
    CG Vasu
    az_miena
    Ainda não há avaliações
  • Cikgu
    Cikgu
    Documento12 páginas
    Cikgu
    az_miena
    Ainda não há avaliações
  • Teks Ucapan
    Teks Ucapan
    Documento6 páginas
    Teks Ucapan
    az_miena
    Ainda não há avaliações
  • Cikgu
    Cikgu
    Documento15 páginas
    Cikgu
    az_miena
    Ainda não há avaliações
  • Cikgu
    Cikgu
    Documento20 páginas
    Cikgu
    az_miena
    Ainda não há avaliações
  • KOMUNIKASI DALAM UCAPAN
    KOMUNIKASI DALAM UCAPAN
    Documento49 páginas
    KOMUNIKASI DALAM UCAPAN
    az_miena
    Ainda não há avaliações
  • SEJ Perkembangan
    SEJ Perkembangan
    Documento28 páginas
    SEJ Perkembangan
    az_miena
    Ainda não há avaliações