Você está na página 1de 28

PENGHARGAAN

Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya yang


dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya amat berbangga kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan usaha
saya sendiri.

Pertamanya, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya, Encik Ismail
Ag Piut yang sentiasa memberi ingatan, dorongan dan prihatin dengan perjalanan
penulisan kerja kursus saya. Kedua ibu bapa, Encik Mohmad Ayob bin Samani dan
Puan Normah binti Sambang yang sering memberi dorongan, sokongan dan kasih
sayang yang tidak bertepi. Keluarga yang sentiasa menyokong tanpa jemu.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dari
segi sokongan moral. Mereka telah banyak membantu dalam melakukan sesi
perbincangan di dalam kelas. Kami saling bertukar-tukar pendapat bagi mendapat
jalan solusi untuk menjayakan kerja kursus ini.

Akhir sekali untuk semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung dalam pengumpulan maklumat dan data untuk penyiapan kerja kursus
ini. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalas semua jasa-jasa baik kalian ini.
Moga Allah S.W.T. sentiasa melindungi kalian.

1
SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI DI MALAYSIA

Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan
manusia yang secara arbitrari melambangkan maknanya dan digunakan oleh satu
masyarakat bahasa untuk perhubungan. Tulisan pula lahir apabila manusia
mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui
tanda-tanda tampak atau visual dalm bentuk yang difahami sendiri serta orang lain
juga. Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali
juga sebagai ejaan jawi. Tulisan ini sampai ke alam Melayu bersama-sama dengan
kedatangan agama Islam. Sebelum munculnya tulisan Jawi di alam Melayu, telah pun
wujud tulisan yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada ketika itu. Tulisan Jawi
digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang
Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada
zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia,
sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek
dalam pengajaran di sekolah.

Sebelum bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah


mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna.
Sebelum munculnya tulisan Jawi di alam Melayu, telah pun wujud tulisan yang
digunakan oleh orang-orang melayu ketika itu ialah satu bentuk tulisan pengaruh dari
India yang digunakan oleh orang Palava atau Devanagari. Daripada tulisan ini lahirlah
tulisan-tulisan yang lain di Asia tenggara seperti tulisan Jawa, Bali dan Thai. Justeru,
prasasti berbahasa Melayu tertua yang terdapat di Asia Tenggara sama ada di
Sumatera Selatan seperti di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Karang Brahi dan kota
Kapur atau di Pulau Jawa seperti Gunung Sundoro, Sajamerta dan kebon Kopi serta
prasasti yang terdapat di Pagaruyung, Minye Tujuh, Acheh, Ligor, Champa dan bali
semuanya menggunakan huruf-huruf dari India. Terdapat juga tulisan yang dikenali
sebagai tulisan rencong yang terdapat di daerah pedalaman Bengkulu dan digunakan
secara meluas di Pulau Sumatera.

Pada akhir abad ke-18, pengaruh tulisan ini semakin berkurangan apabila
tulisan Melayu huruf Arab atau tulisan Jawi mula berkembang. Menerusi tulisan inilah
bahasa Melayu terus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan
golongan cendekiawan Melayu mengenal pasti bunyi bahasa Melayu yang tidak

2
terdapat dalam bahasa Arab. Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka
memilih huruf Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah
tanda pada huruf Arab yang sedia ada.

Rajah 1 : Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu

Batu bersurat (Rajah 1) membuktikan kewujudan pengaruh Islam di tanah Melayu


iaitu bahasa Arab yang mula masuk ke dalam bahasa Melayu. Batu bersurat di Kuala
Berang menunjukkan satu perubahan radikal terhadap bahasa Melayu. Tulisan pada
batu bersurat tersebut jelas memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan
tulisan Jawi. Tulisan Jawi te;ah mengalami evolusi dari segi sistem ejaan dan bentuk
huruf yang membinanya. Tulisan ini telah mengalami berbagai-bagai perubahan dan
perkembangan dalam mencapai tahap pemantapannya. Perkembangan sistem ejaan
Jawi (SEJ) berlaku dalam banyak peringkat. Namun secara umumnya perkembangan
SEJ dapat dibahagikan kepada dua peringkat utama.

3
1.1 PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT 1

Perkembangan ejaan Jawi peringkat pertama ini telah melalui empat tahap, seperti
yang tersenarai dalam Rajah 2 di atas.

PERKEMBANGAN EJAAN JAWI


PERINGKAT I

MENGGUNAKAN TULISAN ARAB

MENGHILANGKAN BARIS

MENGGUNAKAN HURUF SAKSI

HURUF SAKSI PADA SUKU KATA PERTAMA DAN KEDUA

4
1.1 (a) Menggunakan Tulisan Arab

Tulisan ini menggunakan sistem ejaan Arab sepenuhnya. Ejaannya menggunakan


tulisan Arab yang lengkap dengan tanda-tanda baris bagi mengeja perkataan Melayu
asli atau kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab.banyak perkataan Melayu dan
perkataan Arab telah diserap ke dalam bahasa Melayu. Contohnya :

Penggunaan baris ini bertujuan mendapatkan bunyi yang betul tetapi mengambil
masa yang lama untuk menulisnya kerana terlalu banyak tanda diakritik yang
digunakan disamping terdapat tanda-tanda baris yang tidak lengkap. Oleh itu wujud
tahap kedua dalam sistem ejaan Jawi yang menghilangkan tanda-tanda baris
tersebut.

5
1.1 (b) Menghilangkan Baris

Pada tahap ini, tulisan Jawi masih dipengaruhi oleh sistem ejaan Arab, tetapi
tanda-tanda baris telah dihapuskan dan disebut sebagai tulisan Arab Gundul (sistem
ejaan Arab tanpa baris). ejaan bagi perkataan masih sama cuma tanda-tanda baris
tidak lagi diletakkan seperti contoh yang berikut :

Sistem ejaan ini timbul setelah sistem ejaan tahap pertama mantap digunakan,
iaitu penggunanya telah mahir dengan huruf-huruf yang digunakan dan dengan itu
bantuan tanpa baris sudah tidak diperlukan lagi. Walau bagaimanapun, bentuk ini
sukar dibaca oleh mereka yang baharu belajar jawi kerana memerlukan masa untuk
menguasai dan menggunakannya. Kedua-dua sistem tersebut didapati mengelirukan
pera pembaca. Kesukaran ini bukan sahaja dihadapi oleh mereka yang kurang mahir
dalam ejaan Jawi, malah mereka yang telah mahir juga menghadapi masalah yang
sama. Oleh itu, tidak lama kemudian lahirlah huruf Jawi versi Melayu yang
merupakan ejaan yang menggunakan huruf saksi atau huruf vokal, iaitu Alif, Wau dan
Ya.

1.1 (c) Menggunakan Huruf Saksi

SEJ pengaruh Melayu pada tahap awal adalah membubuh huruf saksi pada suku
kata pertama sahaja. Ada tiga huruf Arab yang dijadikan huruf saksi selain
mengekalkannya sebagai huruf benar iaitu Alif, Wau dan Ya. Contohnya :

6
Sistem ejaan ini walaupun dapat mengatasi beberapa masalah pada tahap
sebelumnya, namun hal yang demikian sistem ini juga masih ada kelemahan. Bentuk
homograf masih wujud walaupun tidak sebanyak SEJ pada tahap sebelumnya. Hal ini
bermakna terdapat perkataan yang boleh dilafazkan dengan beberapa bunyi sebutan
yang membawa makna yang berbeza pula. Perbezaan tanggapan dan kekeliruan
pemahaman masih berlaku. Seperti contoh di atas, ejaan jawi ini boleh juga disebut
ina, ejaan jawi buta boleh disebut butu dan ejaan jawi tiga boleh disebut tigu.
Hal ini bermakna, masih wujud kelemahan pada SEJ tahap ini. Justeru, sistem ini
telah diubah suai menjadi tahap yang keempat, iaitu menambahkan huruf saksi pada
suku kata pertama dan kedua.

1.1 (d) Huruf Saksi pada Suku Kata Pertama dan Kedua

Pada tahap ini pula, huruf saksi atau vokal telah diletakkan pada kedua-dua suku kata
pertama dan kedua, memandangkan kebanyakkan perkataan dalam bahasa Melayu
terdiri daripada dua suku kata. Perubahan ini dikatakan mengurangkan kekeliruan, di
samping menghasilakn sebutan perkataan yang lebih tepat. Contohnya :

7
Sistem ini sedikit sebanyak menyelesaikan banyak kecelaruan oada SEJ yang
terdahulu. Walaubagaimanapun, ternyata huruf-huruf vokal yang kurang dalam
tulisan Jawi sukar untuk melambangkan fonem-fonem vokal bahasa Melayu. Dalam
huruf Jawi, hanya terdapat tiga huruf vokal iaitu Alif, Wau dan Ya. Manakala dalam
bahasa Melayu, terdapat lima vokal yang dilambangkan oleh enam fonem iaitu a, e, i,
o dan u.

Perkembangan ejaan Jawi peringkat pertama yang dijelaskan di atas


menunjukkan bahawa SEJ mengalami perubahan secara bertahap. Perkembangan
ini tidak berlak secara serentak, sebaliknya secara berasingan dan bergantung pada
perkataan yang dieja.

8
1.2 PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT 2

Pada zaman awal perkembangannya, SEJ hanya mengikut kelaziman yang berlaku
tanpa ada peraturan dan panduan. Jika perubahan dilakukan oleh seseorang penulis,
maka ia dengan mudah akan diikuti oleh penulis yang lain. Keadaan ini berterusan
hingga beberapa lama. Menjelang abad ke-20, perkembangan SEJ telah dibahagikan
kepada beberapa pedoman dan pansuan yang telah disusun atau digunakan oleh
orang perseorangan atau pertubuhan tertentu seperti dalam Rajah 3.

PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT II

HEJAAN P.Bm.P.B. DIRAJA

EJAAN JAWI ZABA

SISTEM EJAAN DIAN

PEDOMAN EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN

9
1.2 (a) Ejaan P.Bm.P.B. Diraja

Panduan ejaan ini telah disusun oleh Mejar Dato Mohd Said Sulaiman, seorang
pegawai kanan kerajaan Johor yang sangat mencintai bahasa Melayu. Panduan
ejaan ini digunakan secara rasmi oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku
DIraja Johor (P.Bm.P.B. Diraja Johor). Panduan ini telah diterbitkan oleh Pakatan
pada tahun 1937. dalam panduan ejaan ini diterangkan beberapa kaedah mengeja
perkataan bahasa Melayu dengan huruf Jawi, iaitu bermula dengan penggunaan
huruf saksi Alif, Wau dan Ya, cara mengeja perkataan berimbuhan, penggunaan
huruf hamzah, penggunaan dan perbezaan huruf dan dan sebagainya.

Sistem ejaan ini disusun dalam bentuk risalah yang berjudul Risalah Bagi
Helaian P.B.Diraja yang mengandungi 25 halaman dan diterbitkan pada tahun 1937
dengan menggunakan huruf Jawi. Sistem ini gaka ringkas dan kata diejan mengikut
bagaimana satu-satu suku kata dibunyikan. Kaedah ini juga mewujudkan huruf Alif ke
belakang apabila wujud imbuhan pada kata dasar. Terdapat juga peraturan ejaan
kata dalam bentuk gabungan kata yang digunakan dalam surat rasmi kerajaan Johor
dan juga dalam Buku Katan Melayu.

Sistem ejaan Pakatan juga menyentuh penggunaan ta simpul ( ) dan ta


marmutah (). ta marmutah yang digunakan pada akhir perkataan menunjukkan
bunyi itu hidup, misalnya (mata) dan ( rata). sebaliknya ta simpul pada akhir
perkataan menunjukkan bunyi itu mati, misalnya (sebat) dan (sesat).
walaupun ada kekurangannya, ejaan ini telah digunakan secara rasmi oleh Kerajaan
Johor dalam urusan surat-menyurat dan penerbitan.

1.2 (b) Ejaan Zaba

Sejak tahun 1918, ZaBa telah berusaha untuk mengumpulkan kata Melayu sehingga
terbit buku Daftar Ejaan Melayu: Jawi - Rumi pada tahun 1949. Dalam buku tersebut,
ZaBa telah memberikan panduan ejaan yang lengkap dan terperinci. Beliau telah
mengetengahkan sekurang-kurangnya 20 peraturan atau hukum ejaan Jawi bagi
katasa dasar dan 20 peraturan bagi kata berimbuhan. Sistem ini mempunyai
persamaan dengan Sistem Ejaan P.Bm.P.B.Diraja Johor. Bezanya keterangan yang
diberikan agak panjang. Sistem ini juga digunakan oleh guru pelatih di MPSI.

Penggunaannya juga kemudian agak meluas dan sebahagiannya digunakan dalam


penerbitan Utusan Melayu pada tahun 1939. Sistem ejaan ini diolah semula oleh

10
Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melahirkan Sistem Ejaan Jawi yang
Disempurnakan untuk mewujudkan satu sistem tuylisan dan ejaan Jawi yang
dikemaskini. Seterusnya, membaiki dan membetulkan beberapa kelemahan dan
kekurangan yang ada. Kemudian juga untuk memodenkan sistem ejaan jawi itu
sendiri selaras dengan perkembangan ejaan Rumi.

1.2 ( c ) Sistem Ejaan Dian

Pada tahun 1970, pengarang majalah Dian di Kelantan telah memperkenalkan SEJ
yang berdasarkan sistem fonetik, iaitu mengeja perkataan berdasarkan sebagaimana
perkataan itu dilafazkan.

Sistem ini dikatakan sangat praktikal, kerana tambahan pula kata-kata bahasa
Melayu bersifat fonemik dan memang sesuai dieja mengikut fonetik. Dalam sistem ini
juga memperkenalkan kaedah dalam membezakan ejaan antara o dengan u dan
e dengan i.

1.2 (d) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan

Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang


dilantik oleh Y. B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan
Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku
Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan
segera". Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah
melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan
Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP).
Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar ejaan Jawi.

Satu bengkel ejaan Jawi telah diadakan. Bengkel ini menggunakan SEJ ZaBa
sebagai panduan asas. Hasilnya satu kertas kerja telah dibentangkan dalam
Konvesyen Kebangsaan Tulisan Jawi yang diadakan di Kuala Terengganu pada
bulan April 1984.Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi,
termasuk mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri
daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan
sukarela di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia,
Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand. Pada tahun 1986, sebuah buku

11
pedoman ejaan Jawi telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan judul
Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD) dan diikuti oleh penerbitan buku
Daftar Ejaan Rumi-Jawi pada tahun 1988. PEJYD ini sebenarnya adalah hasil
pembaikan dan penambahan daripada SEJ ZaBa. Pada tahun 1987, Jawatankuasa
Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan menerima pandangan daripada
beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit pembaikan ke atas rumusan
yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu. Kemudian, naskhah pedoman
tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD yang
sama pada tahun 1987.
PEJYD ini juga merupakan satu usaha bagi penyelarasan, penyeragaman,
penambahan, pengubahsuaian dan pelengkap SEJ yang telah diperkenalkan oleh
ZaBa. Namun begitu, masih ada pengguna bahasa melayu yang memberikan
komentar dan memperkatakan tentangnya.

Demikianlah sejarah dan perkembangan SEJ dalam bahasa Melayu yang


bermula sejak tahun 1930-an. Kesimpulannya PEJYD merupakan SEJ yang lebih
baik daripada sistem-sistem ejaan jawi yang terdahulu.

12
MENGANALISIS TEKS

Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis diperkatakan. Tidak
kurang juga berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah lekang di
dada-dada akhbar tempatan hampir pada setiap hari. Remaja sebenarnya bolehlah
dianalogikan sebagai batu permata yang bakal mencorakkan masa depan negara. Namun,
mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang
melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan perkataan
vandalisme. Menyedari tentang hal ini, tiadakah usaha-usaha dari pihak tertentu untuk
menangani masalah ini?

Sumber : Karangan Isu Vandalisme

Pola Keselarasan Vokal

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua
suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir
dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan huruf vokal ini
berlaku dengan syarat-syarat yang berikut

Syarat-syarat keselarasan vokal

Antara dua huruf Kata dasar berakhir


vokal pada kata dengan suku kata
dasar. tertutup.

Kata yang mengandungi


lebih daripada dua suku
kata, kata yang terlibat
dengan keselarasan vokal
hanyalah dua suku kata yang
terakhir sahaja.

13
BIL SUKU SUKU KATA CONTOH KEKERAPAN PERATUS
KATA AKHIR PERKATAAN (*/82) (%)
AWAL BERDASAR
KAN TEKS
1 a a saban, 10 12
salah, ,
akhbar,
bakal, akan,
harta, awam,
masalah,
tempatan,
salah,
2 a i habis, 3 4
hampir, sedar
3 a u namun, 1 1
4 e pepet a dengar, 9 11
pernah,
lekang,
depan, sedar,
benda,
dengan,
tentang,
sebenar,
5 e pepet i sering 1 1
6 e pepet u tersebut, 2 2
tertentu
7 e taling a - 0 0
8 e taling e taling - 0 0
9 e taling o - 0 0
10 i a tidak, pihak, 6 7
hakikat,
setiap,
ringkas, libat
11 i i - 0 0
12 i u - 0 0

14
13 o a corak 1 1
14 o e taling oleh, boleh, 2 2
15 o o - 0 0
16 u a kurang, 2 2
musnah
17 u i - 0 0
18 u u untuk 1 1

15
Pola Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal

Kekecualian kepada peraturan keselarasan huruf vokal berlaku pada beberapa


perkataan pinjaman daripada bahasa Nusantara dan bahasa Inggeris. Pola
kekecualian yang menyimpang daripada keselarasan tersebut, iaitu sebanyak 16 pola
diperlihatkan.

BIL POLA CONTOH KEKERAPAN PERATUS


PERKATAAN (%)
BERDASARKAN
TEKS
1 a- - 0 0
e-taling
2 a-o - 0 0
3 e-pepet - - 0 0
e-taling
4 e-pepet - - 0 0
o
5 i- - 0 0
e-taling
6 i-o - 0 0
7 u- - 0 0
e-taling
8 u-o - 0 0
9 a- - 0 0
e-pepet
10 e-taling - - 0 0
i
11 e-taling - - 0 0
u
12 e pepet - - 0 0
e pepet
13 i-e - 0 0
pepet

16
14 o-i - 0 0
15 o-u - 0 0
16 u-e - 0 0
pepet

17
12
10
Pola Keselarasan Huruf Vokal
10 9

8
6
6

4 3
2 2 2
2 1 1 1 1
0 0 0 0 0 0 0
0

Kekerapan
Total

Rajah : Carta Palang Jumlah Kekerapan Pola keselarasan Huruf Vokal

Rumusan yang dapat disimpulkan melalui teks yang telah dianalisis dari segi pola
keselarasan huruf vokal dan pola kekecualian keselarasan huruf vokal, ialah jelas
dapat dilihat bahawa pola bagi keselarasan huruf vokal yang paling kerap berlaku
ialah pola suku kata awal a dan suku kata akhir a iaitu sebanyak 10 kekerapan yang
berlaku darpada 82 patah perkataan. Manakala pada tahap yang sederhana
kekerapannya pula ialah pola suku kata awal e pepet dan suku kata akhir a.
Seterusnya diikuti dengan pola yang jarang digunakan ialah pola suku kata awal i
dan suku kata akhir a sebanyak 9 kekerapan. Begitu juga dengan pola keselarasan
huruf vokal lain yang juga ada digunakan tetapi hanya perkataan tertentu sahajadan
pada jumlah kekerapan yang paling rendah.

Manakala bagi pola kekecualian keselarasan huruf vokal pula juga hanya
perkataan tertentu yang menggunakan pola-pola tersebut. Berdasarkan teks yang
dikaji, jelas menunjukkan tiada perkataan yang memenuhi pola kekecualian di atas.
Jadual di atas juga telah menunjukkan banyak pola yang kosong. Pola kekecualian
keselarasan vokal ini kebanyakkannya digunakan khas untuk perkataan-perkataan
khas daripada bahasa Inggeris atau bahasa Nusantara yang tertentu sahaja.

18
Penukaran Teks Rumi ke Jawi

Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis diperkatakan.
Tidak kurang juga berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah
lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada setiap hari. Remaja sebenarnya
bolehlah dianalogikan sebagai batu permata yang bakal mencorakkan masa depan
negara. Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan
kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan
dengan perkataan vandalisme. Menyedari tentang hal ini, tiadakah usaha-usaha dari
pihak tertentu untuk menangani masalah ini?

JAWI

19
20
21
PEMBENTANGAN TUGASAN DUA

Bahasa Arab
Diubahsuai
al Jawah
daripada
tulisan arab

Diaplikasikan
Tulisan Jawi
oleh orang
Melayu Di Indonesia :
tulisan Arab-
Melayu

bahasa jawi atau


bahasa sumatera

22
Digunakan
Ditemui pada untuk
akhir abad mengeja
ke-12 bahasa
Melayu
Tulisan Jawi
Semua abjad pada Zaman
berhuruf Kesultanan Sistem
konsonan Melayu Islam tulisan Arab
dan tidak Samudera - yang dikenal
mempunyai Pasai sebagai
huruf vokal sistem irab

Sistem Ditemui pada Menggunakan


pervokalannya Makam tanda baris
dilambangkan Sultan Malik (termasuklah
oleh tanda Al- Salleh tanda tasydid)
baris

Digunakan
Ditemui pada untuk
akhir abad mengeja
ke-12 bahasa
Melayu
Tulisan Jawi
Semua abjad pada Zaman
berhuruf Kesultanan Sistem
konsonan Melayu Islam tulisan Arab
dan tidak Samudera - yang dikenal
mempunyai Pasai sebagai
huruf vokal sistem irab

Sistem
Ditemui pada Menggunakan
pervokalannya
Makam tanda baris
dilambangkan
Sultan Malik (termasuklah
oleh tanda
Al- Salleh tanda tasydid)
baris

23
Muncul di
Pada akhir Nusantara
abad ke 15M bersama
hingga abad dengan
ke-17M kedatangan
agama islam
Tulisan Jawi
Wujud pada pada Zaman
Manuskrip Kesultanan Proses ejaan
Hikayat Melayu Melaka Jawi yang
Bayan dan Johor lebih baku
Budiman

Abjad (alif) Tanda baris


kadang- Abjad (shin) tidak
kadang menduduki digunakan,
menduduki tempat (sin) tidak wujud
tempat (ha), tanda tasydid

Muncul di
Pada akhir Nusantara
abad ke 15M bersama
hingga abad dengan
ke-17M kedatangan
agama islam
Tulisan Jawi
Wujud pada pada Zaman
Manuskrip Kesultanan Proses ejaan
Hikayat Melayu Melaka Jawi yang
Bayan dan Johor lebih baku
Budiman

Abjad (alif) Tanda baris


kadang- Abjad (shin) tidak
kadang menduduki digunakan,
menduduki tempat (sin) tidak wujud
tempat (ha), tanda tasydid

24
Mempunyai
Islam sampai ukiran paling
ke tua dan
Terengganu tulisan Jawi
sebelum pertama
1303M ditemui di
Malaysia
Ditemui
separuh
Pemvokalan Tulisan Jawi di tenggelam
sistem baris Batu Bersurat selepas banjir
(sistem irab) Terengganu surut di
tebing Sungai
Tersat (1887)

Penambahan
5 konsonan
Pemvokalan
baharu iaitu
sistem abjad
(cha,nga,pa,
ga,nya)

Mempunyai
Islam sampai ukiran paling
ke tua dan
Terengganu tulisan Jawi
sebelum pertama
1303M ditemui di
Malaysia
Ditemui
separuh
Pemvokalan Tulisan Jawi di tenggelam
sistem baris Batu Bersurat selepas banjir
(sistem irab) Terengganu surut di
tebing Sungai
Tersat (1887)

Penambahan
5 konsonan
Pemvokalan
baharu iaitu
sistem abjad
(cha,nga,pa,
ga,nya)

25
Din Senu. (2010). Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu.
Diperolehi pada 20 Mac 2017 daripada
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.my/2010/07/sejarah-perkembangan-sistem-ejaan-
jawi.html.

Linda Zakaria. (2011). Sejarah Tulisan Jawi. Diperolehi pada 20 Mas 2017 daripada
http://pi2ipda.blogspot.my/2013/04/sejarah-perkembangan-tulisan-jawi-di.html.

Khairuddin Mohammad, Ghazali Ismail & Mastura Mohamed. (2014).


Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumur : penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.

Ismail Dahaman. (2008). Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan Jawi). Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Dahman & Manshoor Haji Ahmad. (2000). Pedoman Ejaan Jawi Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Selangor Darul Ehsan : Oxforf Fajar
Sdn Bhd.

26
RUJUKAN

Amri. (2013). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi di Malaysia. Diperolehi pada 20

Mac 2017 daripada


http://pi2ipda.blogspot.my/2013/04/sejarah-perkembangan-tulisan-jawi-di.html

Din Senu. (2010). Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu.

Diperolehi pada 20 Mac 2017 daripada

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.my/2010/07/sejarah-perkembangan-sistem-eja
an-jawi.html.

Linda Zakaria. (2011). Sejarah Tulisan Jawi. Diperolehi pada 20 Mas 2017 daripada

http://pi2ipda.blogspot.my/2013/04/sejarah-perkembangan-tulisan-jawi-di.html.

Khairuddin Mohammad, Ghazali Ismail & Mastura Mohamed. (2014). Sejarah

Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumur : penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Mardhiah, Suriyati, Nor Hafiza & Nur Afiqah. (2015). Kemahiran Jawi dan Khat.

Diperolehi pada 20 Mac 2017 daripada

https://www.slideshare.net/LaoshiAfiqah/jawi-dankhatpresent.

Ismail Dahaman. (2008). Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan Jawi). Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

27
Ismail Dahman & Manshoor Haji Ahmad. (2000). Pedoman Ejaan Jawi Bahasa

Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Selangor Darul Ehsan : Oxforf Fajar

Sdn Bhd.

28

Você também pode gostar