Você está na página 1de 20

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya yang


dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya amat berbangga kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan usaha
saya sendiri.

Pertamanya, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya, Encik


Razali yang sentiasa memberi ingatan, dorongan dan prihatin dengan perjalanan
penulisan kerja kursus saya. Kedua ibu bapa, Encik Mohmad Ayob bin Samani dan
Puan Normah binti Sambang yang sering memberi dorongan, sokongan dan kasih
sayang yang tidak bertepi. Keluarga yang sentiasa menyokong tanpa jemu.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dari
segi sokongan moral. Mereka telah banyak membantu dalam melakukan sesi
perbincangan di dalam kelas. Kami saling bertukar-tukar pendapat bagi mendapat
jalan solusi untuk menjayakan kerja kursus ini.

Akhir sekali untuk semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung dalam pengumpulan maklumat dan data untuk penyiapan kerja kursus
ini. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalas semua jasa-jasa baik kalian ini.

1
ESEI 1

1. 1 PENGENALAN SINTAKSIS

Asal-usul perkataan sintaksis, kata ini berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun
yang bererti 'dengan' dan tattein yang bererti 'menempatkan kata-kata secara
bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat'. Kata suntattein ini kemudian
menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda, dan synta dalam bahasa Inggeris.
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sintaksis didefinisikan sebagai pengetahuan
iaitu cabang ilmu linguistik, peraturan dan sebagainya serta tentang susunan kata
dalam ayat. Manakala menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga pula mentakrifkan
sintaksis sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat. Seterusnya bidang sintaksis juga sebagai kajian tentang hukum atau
rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana
morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.
Daripada pelbagai definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa sintaksis sebagai
kajian tentang bagaimana ayat-ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan
untuk membentuk frasa, klausa, dan ayat. Dalam pembahasan sintaksis, yang
dibincangkan ialah struktur frasa, klausa dan ayat. Hal ini bermakna bahawa satuan
yang paling kecil dikaji dalam sintaksis ialah frasa manakala satuan yang paling besar
ialah ayat.

Frasa Klausa Ayat

Rajah 1.1 : Proses Pembentukan Kata

2
1. 2 PENGENALAN FRASA

Takrif dan konsep frasa ada pelbagai, bergantung kepada teori yang
dijadikan dasar. Frasa ialah suatu unit tatabahasa dalam tata tingkat sintaksis suatu
bahasa. Frasa merupakan komponen terpenting dalam sintaksis. Hal ini demikian
kerana frasa memainkan peranan atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaa ayat.
Terdapat beberapa pandangan dan tafsiran tersendiri tentang frasa.

Takrif yang diberikan oleh seorang sarjana Melayu tersohor iaitu Zaba
(1965),yang menyatakan frasa sebagai rangkai kata. Takrifan yang ringkas ini
berasaskan teori tradisional yang lebioh menekankan aspek semantik. Ini juga
pengertian frasa dalam fahaman linguistik am. Manakala menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat, frasa didefinisikan sebagai kumpulan kata yang membentuk unit
sintaksis sesuatu klausa. Mengikut Tatabahasa Dewan (2010) pula, frasa ialah
binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi
untuk menjadi unit yang lebih besar. Secara mendalamnya, frasa ialah unit yang
boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua
patah perkataan ataupun satu patah perkataan yang berpotensi untuk diperluas
menjadi dua patah perkataan atau lebih. Perbezaan frasa dan klausa ialah frasa tidak
mengandungi subjek dan predikat. Dalam satu susunan tatabahasa, frasa boleh
menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.

Frasa juga dikenali sebagai rangkai kata. Namun begitu, frasa tidak
semestinya suatu rangkaian yang terdiri daripada dua patah kata atau lebih. Sepatah
perkataan yang berpotensi untuk diperluas juga boleh disebut sebagai frasa. Contoh
penggunaan frasa ialah seperti berikut :

Rumah

Rumah abang

Rumah abang saya

Rumah abang saya itu

Daripada contoh yang diberikan dia atas, kata rumah walaupun satu kata
sahaja, kata tersebut boleh dianggap sebagai frasa jika ia berpotensi untuk menjadi
dua kata atau lebih, seperti rumah abang, rumah abang saya, dan rumah abang saya
itu.

3
Daripada ayat contoh yang berikut, ternyata bahawa sepatah kata boleh
berfungsi sebagai subjek atau predikat, dua patah kata pun boleh berfungsi sebagai
subjek atau predikat, malah tiga patah kata juga boleh berfungsi sebagai subjek dan
predikat. Dengan ini, frasa ialah sepatah kata atau beberapa patah kata yang
berkelompok sebagai satu kesatuan dan dapat berfungsi sebagai subjek atau
predikat.

Subjek Predikat

1. Itu buku

2. Buku itu buku sejarah.

3. Buku tebal itu buku sejarah Malaysia.

Binaan Frasa :

Binaan frasa juga dikenali sebagai struktur frasa. Yang dimaksudkan dengan binaan
frasa ialah urutan penempatan jenis kata dalam pembentukan frasa. Binaan frasa
yang biasa dalam bahasa Melayu islah initi diikuti oleh penerang.

Inti ialah unsur wajib dalam frasa dan merupakan fokus dalam sesuatu frasa.
Inti ialah unsur yang diberikan penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu.
Oleh itu, inti tidak boleh digugurkan dalam binaan frasa.

Penerang pula terdiri daripada satu perkataan atau sekumpulan perkataan


yang memberikan maklumat lanjut tentang initi. Penerang merupakan unsur yang
menerangkan makna inti frasa. Penerang merupakan unsur pilihan dalam binaan
frasa. Contohnya :

Inti Penerang

Baju hijau

Beg plastik

Tidur lena

Kuning langsat

4
Frasa Nama (FN)

Frasa Kerja (FK)

Jenis Frasa

Frasa Adjektif (FA)

Frasa Sendi Nama (FSN)

1. Frasa Nama (FN)

Frasa nama ialah frasa yang intinya terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama
terbitan atau kata ganti nama. Contohnya :

Inti terdiri daripada

Baju putih kata nama tunggal

Pemandangan di tempat itu kata nama terbitan

Kamu semua kata ganti nama

Frasa nama dengan kata nama sebagai inti dapat diperluas dengan
menambahkan satu atau lebih kata yang menerangkannya. Kata tersebut boleh
mendahului kata inti atau mengikuti kata inti. Contohnya :

Tiga ekor lembu

Lembu jantan itu

Segelas air

Air suam

5
2. Frasa kerja (FK)

Frasa kerja ialah frasa yang intinya terdiri daripada kata kerja. Kata kerja tersebut
boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, kata kerja transitif atau kata kerja pasif.
Contohnya :

Inti terdiri daripada

Bermain di padang kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

Menjadi guru kata kerja tak transitif berpelengkap

Berbaju batik kata kerja tak transitif berpenerang

Menerima hadiah kata kerja transitif

Disampaikan oleh Pengetua Kata kerja pasif

Frasa kerja yang terbina daripada satu kata kerja dapat diperluas dengan menambah
satu atau lebih kata yang menerangkan frasa kerja itu. Kata tersebut boleh hadir
sama ada pada awal, iaitu mendahului kata kerja inti atau pada akhir, iaitu mengikuti
kata kerja inti. Contohnya :

Belum boleh berjalan

Berjalan dengan cepat

Telah mengalir

Mengalir dengan tenang

3. Frasa Adjektif (FA)

Frasa adjektif ialah frasa yang intinya ialah kata adjektif. Frasa adjektif yang terbina
daripada satu kata adjektif dapat diperluas dengan cara menambah satu atau lebih
kata yang menerangkan frasa adjektif itu. Kata tersebut boleh hadir pada awal iaitu
mendahului kata adjektif inti, pada akhir, iaitu mengikuti kata adjektif inti, atau secara
serentak ( pada awal dan pada akhir ). Contohnya :

6
Pintar

Pintar sungguh

Sungguh pintar

Amat pintar sekali

4. Frasa Sendi Nama (FSN)

Frasa sendi nama ialah satu binaan yang terdiri daripada satu kata sendi nama yang
diikuti oleh frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Antara
kata sendi nama dengan kata nama atau frasa nama dapat disisipkan kata arah.
Contohnya :

Di rumah

Di dalam rumah

Di belakang rumah

Dalam contoh di atas, dalam dan belakang merupakan kata arah yang hadir selepas
kata sendi nama di.

7
1.3 PENGENALAN KLAUSA

Berdasarkan hierarki tatabahasa, klausa ialah unsur bahasa yang terletak di atas
frasa dan di bawah ayat. Klausa juga dikenali sebagai ayat kecil. Klausa ialah satu
unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. Unit tersebut
menjadi konstituen kepada ayat dan berpotensi untuk menjadi ayat. Contohnya :

1. Kakak cantik

Binaan dalam (1) boleh menjadi klausa atau ayat. Jika rangkaian perkataan itu tidak
diucapkan dengan intonasi ayat, maka rangkaian perkataan itu menjadi klausa.
Apabila klausa itu diucapkan dengan intonasi ayat dan mengandungi mekna yang
lengkap, maka klausa itu akan menjadi ayat.

2. Saya sedang menulis surat semasa dia datang.

(a) Saya sedang menulis surat

(b) semasa dia datang

Konsep klausa penting apabila kita membincangkan ayat majmuk. Ayat (2)
mengandungi dua klausa, iaitu (a) dan (b). Klausa (a) dapat berdiri sendiri dan ia
adalah ayat. Sebaliknya klausa (b) tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang
sempurna walaupun mengandungi subjek (dia) dan predikat (datang) kerana
kehadiran kata hunumh semasa. Oleh itu, klausa (b) memerlukan klausa (a) untuk
berfungsi sebagai ayat yang sempurna.

Ayat (2) terdiri daripada dua klausa, iaitu sayan sedang menulis surat dan
dia datang. Kedua-dua klausa itu dihubungkan oleh kata hubung keterangan
semasa. Dalam ayat majmuk yang terhasil daripada gabungan itu, saya sedang
menulis surat ialah klausa bebas, manakala semasa dia datang sebagai klausa tak
bebas.

8
Sesuatu ayat boleh mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas. Contohnya :

Subjek Predikat

3. Lelaki itu membasuh kereta setelah tetamunya pulang.

Ayat (3) dia atas merupakan ayat yang mengandungi dua klausa, iaitu :

(a) lelaki itu membasuh kereta (klausa bebas)

(b) setelah tetamunya pulang (klausa tak bebas)

Klausa setelah tetamunya pulang menjadi sebahagian daripada klausa lelaki itu
membasuh kereta, yang berfungsi dalam predikat ayat.

Klausa Bebas

JENIS KLAUSA

Klausa Tak Bebas

Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang
maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila
diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa bebas tidak bergantung pada
unsur lain dalam ayat. Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama.

Manakala klausa tak bebas dikenali juga sebagai klausa terikat., ayat kecil, atau
klausa subordinat. Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak boleh berdiri sendiri
sebagai ayat yang sempurna. Klausa tak bebas memerlukan klausa lain untuk
melengkapkannya. Ertinya, klausa tak bebas terikat pada klausa bebas dalam binaan
ayat majmuk dan menjadi konstituen kepada binaan ayat yang lebih besar.

9
Contoh :

klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas)

klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas)

Ayat sempurna:

klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.

Berdasarkan contoh :

Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.

[klausa bebas / utama] [ klausa tak bebas]

Oleh itu, pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu
mendokong makna lengkap serta mendokong ciriciri ayat yang sempurna.

10
ANALISIS JENIS DAN RAGAM AYAT

JENIS AYAT :

Ayat dikategorikan kepada jenis-jenis yang tertentu berdasarkan intonasi ayat itu.
Berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya, ayat-ayat bahasa Melayu dapat
dibahagikan kepada empat jenis iaitu :

JENIS AYAT

AYAT PENYATA AYAT TANYA AYAT PERINTAH AYAT SURUHAN

KATA TANYA AYAT


SURUHAN

TANPA KATA AYAT


TANYA LARANGAN

FRASA SENDI AYAT SILAAN


NAMA TANYA

AYAT
PERMINTAAN

11
a) Ayat penyata ialah ayat yang bertujuan untuk memberikan keterangan atau
menyatakan sesuatu perkara, benda atau orang. Ayat penyata sering disebut
ayat keterangan atau ayat berita. Justeru, ayat ini biasanya diujarkan dengan
intonasi yang sederhana dan diakhiri dengan nada penutup turun. Bentuk
asas ayat penyata terdiri daripada unsur subjek dan predikat. Subjek ialah
unsur yang hadir pada bahagian awal ayat atau bahagian yang diterankan.
Predikat pula ialah unsur yang hadir selepas subjek atau bahagian yang
menerangkan subjek. Struktur bentuk ayat penyata boleh terdiri daripada ayat
tunggal atau ayt majmuk. Dalam ayat penyata tidak terdapat penggunaan kata
tanya siapa, apa mengapa dan sebagainya. Namun hal demikian, dalam
perbualan terdapat ayat penyata yang mengandungi kata nafi tidak dan bukan.

b) Ayat tanya ialah ayat yang bertujuan untuk menanyakan seseorang, sesuatu
perkara atau benda. Intonasi ayat tanya berbeza daripada ayat penyata dari
segi nada akhirnya, iaitu nada yang menaik. Namun demikian, dalam ujaran
sebenar ada penutur yang menggunakan intonasi bentuk ayat penyata bagi
tujuan untuk menanyakan soalan atau mendapatkan respons daripada
pendengar. Ayat tanya boleh terbahagi kepada tiga sama ada ayat tanya
tanpa kata tanya, dengan kata tanya dan dengan frasa sendi nama tanya.

c) Ayat perintah ialah ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan
yang kuat oleh penutur terhadap pendengar. Ayat ini diujarkan dengan tujuan
untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua
seperti kamu, awak dan engkau yang biasanya digugurkan. Ayat perintah
terdiri daripada ayat yang bertujuan untuk menyuruh, melarang, mempelawa
dan meminta. Ayat perintah perlu diujarkan dengan intonasi perintah, iaitu
intonasi yang menurun dengan nada yang keras pada mana-mana perkataan
yang hendak ditekankan maksudnya. Terdapat beberapa ayat perintah iaitu
ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan.

d) Ayat seruan ialah ayat yang bertujuan untuk melahirkan berbagai-bagai


perasaan yang gembira, sedih, kagum, terkejut, geram dan sebagainya.
Gambaran perasaan penutur dapat dilihat dengan berdasarkan jenis kata seru
yang digunakan. Ayat seruan menggunakan kata seru yang khusus bagi
menzahirkan perasaan seperti wah, amboi,ah, eh, aduh, cis, oh , wahai, dan
sebaganya. Kata seru ini dapat berdiri sebagai satu ujaran. Namun demikian,
ayat seruan biasanya terdiri daripada susunan kata seru + ayat keterangan
untuk memperlihatkan perasaan yang dimaksudkan. Ayat seruan biasanya

12
menggunakan intonasi naik atau turun pada akhir ayat bergantung pada
ragam perasaan yang hendak disampaikan.

Berdasarkan teks :

a. Ayat penyata :

Orang yang menghadiri parti sambutan hangat biasanya mengambil kuantiti


besar alkohol dan dadah.

Parti rave bermula secara eksklusif anjuran kelab-kelab Eropah pada 1980-an.

Di United Kingdom, 1988 pertas budaya ini dikenali sebagai Summer Kedua
Cinta.

Kehadiran terhad kepada jemputan sahaja.

Hari ini, antara ciri-ciri konsert rave adalah yuran kemasukan yang tinggi.

Ia juga boleh menjadi lebih beberapa hari.

b. Ayat tanya :

i) Dengan kata tanya :

Juga bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan


kepada jenama minuman keras?

Adakah Malaysia yang berteraskan konsep 1 Malaysia akan membenarkan


menularnya pengaruh sosial bebas ini?

Apakah kerana hiburan ianya dibenarkan lalu membelakangi dan mengabaikan


lunas asas sebuah negara Islam malah mana-mana jua amalan ajaran agama
yang menentang budaya hidup negatif sedemikian?

Bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan kepada


jenama minuman keras?

Inginkah pihak yang meluluskan konsert terbuka ini menjadi pencetus budaya
tidak sihat di kalangan muda-mudi generasi 1 Malaysia yang akan datang?

13
ii) Tanpa kata tanya :

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan perkembangan muda mudi masa
kini saya hairan kenapa dibenarkan berlangsungnya konsert parti rave
berkonsepkan konsert terbuka dengan persembahan utama ialah DJ
memutarkan lagu untuk pesta tarian sambil di selang seli dengan persembahan
artis yang melibatkan budaya muzik house dan techno yang membawa budaya
arak, dadah, dan pergaulan bebas.

Untuk memahami kenapa harus negara kita mengharamkan konsert EDM dan
rave haruslah kita mendalami pengertian dan konsepnya.

Ia tidak sukar untuk memahami mengapa.

c. Ayat perintah :

i) Ayat suruhan :

ii) Ayat larangan :

Tempat dan lokasi parti adalah menjadi rahsia dan maklumat akan dikawal
dengan rapi yang mana hanya jemputan dan rakan-rakan terdekat akan
diberitahu hanya beberapa jam sebelum bermula bagi melindungi daripada
kehadiran pelawat yang tidak diingini.

iii) Ayat silaan :

14
iv) Ayat permintaan :

Untuk memahami kenapa harus negara kita mengharamkan konsert EDM dan
rave haruslah kita mendalami pengertian dan konsepnya.

RAGAM AYAT

Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif.
Pembahagian ayat sedemikian adalah dengan melihat kedudukan unsur-unsur yang
berkaitan dengan konstituen subjek dan predikat.

RAGAM AYAT

AYAT AKTIF AYAT PASIF

a) Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan sebjek
asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terbahagi kepada ayat
aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. ayat aktif transitif ialah ayat yang
mengutamakan subjek asal sebagai judul dan ayat ini mengandungi kata kerja
transitif yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Ayat aktif tak
transitif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja tal transitif iaitu kata kerja
yang tidak diikuti oleh sebarang frasa nama sebagai objek atau penyambut.

b) Ayat pasif ialah ayat yang asalnya terbentuk daripada ayat aktif transitif, iaitu ayat
yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Oleh
itu, objek dalam ayat aktif menjadi subjek dalam ayat pasif.

15
Berdasarkan teks :

a. Ayat aktif :

i) Ayat aktif transitif :

Penaja dan tema utama sebegini melibatkan pihak syarikat arak.

Elemen penuh kerahsiaan parti memberikannya status underground di


kalangan pengunjung konsert.

Pemilik kelab dan penganjur di negara barat tampil untuk menggalakkan


penggunaan ubat-ubatan terutamanya MDMA.

ii) Ayat aktif tak transitif :

Menjelang lewat 80-an, istilah "rave" yang berasal dari Perancis, menunjukkan
tanda-tanda kecelaruan dan Ecstasy menyemarakkan satu budaya dadah dan
muzik.

Selalunya secara bersembunyi, lewat malam ke hening pagi bagi memastikan


gangguan minimum daripada pegawai undang-undang.

Tempat dan lokasi parti adalah menjadi rahsia dan maklumat akan dikawal
dengan rapi yang mana hanya jemputan dan rakan-rakan terdekat akan
diberitahu hanya beberapa jam sebelum bermula bagi melindungi daripada
kehadiran pelawat yang tidak diingini.

b. Ayat pasif :

Di United Kingdom, 1988 pesta budaya ini dikenali sebagai Summer Kedua
Cinta.

Dilengkapi dengan MDMA, syurga kelab Ibiza menjadi tumpuan.

.Festival Future Music Asia March 2014 menyaksikan peristiwa yang meragut
nyawa penonton yang didapati mengalami overdose arak dan dadah rekreasi.

16
CONTOH TEKS GRAMATIS

LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan
sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia. Pelbagai polemik telah
dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia. Bahasa
Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang disifatkan
berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan Gagasan 1 Malaysia. Namun
begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi memartabatkan bahasa
Malaysia dalam kalangan masyarakat?

Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan


rasmi dan surat-menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam
bahasa ibunda. Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih bahasa
Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding bahasa Malaysia untuk digunakan
dalam urusan syarikat mereka. Sifat nafsi yang menggunung dalam jiwa mereka
wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana mereka persis mengenepikan
sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak
ini haruslah menjaga martabat bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.

Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris
dalam kehidupan kita tidak harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi
memadamkan kegemilangan bahasa Malaysia di peringkat lokal. Jika teras
pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu era
nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan 'Melayu'. Ironinya, usaha
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang efektif demi membejat kemelut bahasa
yang sedang dihadapi Malaysia kini.

Sementelahan pula, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan


Tamil juga tidak harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan
memperkasakan bahasa Cina dan bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa
ibunda di sekolah-sekolah berkenaan. Jika dilihat dari perspektif berbeza, hal ini
dapat menimbulkan nafsi perkauman bahkan tidak sejajar dengan penerapan
1Malaysia dalam kalangan masyarakat. Maka, polemik ini mungkin tidak dapat
mencapai objektif kemenjadian bahasa sebagai agen perpaduan yang utuh bagi

17
semua rakyat di negara ini. Tuntasnya, pihak-pihak yang berwajib seperti Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berfikir secara kreatif dan kritis demi menaikkan
imej bahasa ibunda secara holistik.

Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam


sanubari rakyat rencaman golongan, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang
menggapai minat umum terhadap keindahan bahasa Malaysia. Aktiviti seperti
Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian,
Warisan dan Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM)
baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang berpotensi memperkenalkan
bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah yang sama harus
diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan rakyat.

Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang


sudah dilaksanakan terhadap bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa rojak.
Lihat sahaja di kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunan pencakar langit,
banyak papan tanda memaparkan penggunaan bahasa rojak. Perkara ini tidak patut
dibiarkan berlarutan kerana keupayaannya untuk mencemarkan bahasa adalah tinggi.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak harus berpeluk tubuh dan mendiamkan diri,
sebaliknya perlu mengambil tindakan Undang-undang bagi menyedarkan pihak
berkenaan bahawa bahasa Malaysia bukanlah sebuah wadah mainan komersial.
Oleh itu, 'pidana bahasa' ini perlu dibejat bagi mewujudkan rakyat kontemporari yang
berpegang teguh dengan bahasa ibunda.

Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng sinergi untuk meledakkan


darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain
status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang
khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing
sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata
dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,
yang baik itu budi, yang indah itu bahasa". Oleh hal yang demikian, marilah kita
berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal
nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'.

18
RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Sintaksis. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Ahmad Khair, Raminah, Nawi Ismail & Ton Ibrahim. (2015). Tatabahasa Asas Edisi

Kedua. Kuala Lumpur : Percetakan Salam Sdn Bhd.

Faridah Nazir. (2014). Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor : Penerbitan Multimedia.

Fairose Shamsudin. (2010). Definisi, Jenis dan Contoh Frasa. Diakses pada 21

Mac 2017 daripada http://fairosesmkbtkbm.blogspot.my/

Kamus Dewan Bahasa Edisi Empat. (2010). Sintaksis. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008).

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor. (2010). Pengenalan Sintaksis. Diakses pada 21 Mac 2017 daripada

http://cikgunoorsgi.blogspot.my/2010/10/sintaksis.html

Paan Zainudin. (2014). Pengenalan Sintaksis. Diakses pada 21 Mac daripada

http://ekspresbm.blogspot.my/2014/01/pengenalan-sintaksis.html

19
Siti Maisara. (2014). Sintaksis - Ragam Ayat. Diakses pada 27 Mac 2017 daripada

http://sintaksisbahasamelayu.blogspot.my/2014/02/nota-tajuk-2-ragam-ayat.html.

Wan Amin. (2013). Jenis-jenis Ayat. Diakses pada 26 Mac 2017 daripada

http://fuyohadil.blogspot.my/2013/02/bm-jenis-jenis-ayat.html.

20

Você também pode gostar