Você está na página 1de 8

Pada zaman dahulu, tinggal seekor arnab yang berwarna kelabu dan

mempunyai parut pada bahagian pipinya yang bernama Bubu. Bubu


mempunyai penampilan yang agak ganas berbanding arnab-arnab lain
yang tinggal di hutan tersebut. Dia tinggal bersama arnab-arnab lain di
dalam hutan tersebut.
Disebabkan oleh penampilan Bubu yang kelihatan ganas dan bengis itu,
dia disishkan oleh rakan-rakan arnabnya yang lain. Bubu sentiasa
disishkan dan sering bersendirian. Jauh di dalam hati Bubu dia ingin
berkawan dengan semua arnab yang tinggal di hutan tersebut. Tetapi Bubu
terus sabar menjalani kehidupannya.
Salah satu lagi sebab mengapa Bubu sering disisihkan adalah kerana dia
selalu saja dilihat oleh arnab-arnab lain keluar berjalan bersendirian pada
waktu malam sambil membawa kayu-kayu yang besar. Arnab-arnab lain
berfikiran bahawa Bubu sedang melakukan pekerjaan yang jahat di luar
sana.
Pada satu hari, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Keadaan hutan
itu yang aman damai dan makmur tiba-tiba berubah menjadi kelam-kabut
dan kucar-kacir. Ianya disebabkan oleh Sang Harimau yang telah berjaya
menceroboh masuk ke dalam hutan tersebut. Sang Harimau membuat
kacau dan menyerang arnab-arnab yang berada di hutan tersebut.
Mendengar kekecohan yang sedang berlaku, Bubu bergegas ke tempat
kejadian untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bubu berbincang dengan
Sang Harimau, mengarahkan Sang Harimau untuk keluar daripada hutan
tersebut. Akan tetapi Sang Harimau berkeras untuk terus berada di sana.
Disebabkan tidak ada cara lain lagi, Bubu terpaksa menggunakan cara
yang sedikit kasar untuk mengalahkan Sang Harimau dan seterusnya
menghalang dia keluar.
Selepas Kejadian itu, semua arnab-arnab menganggap Bubu sebagai wira
mereka dan mereka kini sudah sedar bahawa Bubu sebenarnya seekor
arnab yang baik hati, berani dan juga kuat. Bubu tidak lagi tesisih dan
bersendirian, mereka semua pun tinggal bersama-sama bahagia hingga ke
akhirnya.
Akan tetapi mereka tidak mengetahui bahawa Bubu sebenarnya keluar
setiap malam membawa kayu yang besar bagi membina pagar di sekeliling
hutan mereka bagi mengelakkan pencerobohan haiwan-haiwan yang jahat.

Nilai Murni: Kita hendaklah mengelakkan diri daripada menilai orang lain
dari penampilannya sahaja, seperti kata peribahasa jangan menilai buku
daripada kulitnya, Kita hendaklah menilai seseorang melalui dalamannya.