Você está na página 1de 30

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


MATEMATIK
TINGKATAN 3

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 1


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 2


MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK
Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan
pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya
menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.

OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK


Kurikulum matematik sekolah menengah membolehkan murid:
1. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.
2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.
3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:
Membuat anggaran dan penghampiran
Mengukur dan membina
Memungut dan mengendali data
Mewakilkan dan mentafsir data
Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik
Menggunakan algoritma dan perkaitan
Menyelesaikan masalah
Membuat keputusan
4. Berkomunikasi secara matematik.
5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.
7. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu
matematik.
8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.
9. Bersikap positif terhadap matematik.
10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 3


PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru
menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai
apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 4


TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan
individu.

o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran
holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di
mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua
iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih
qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan
dicapai.

o Evidens

Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat
berdasarkan deskriptor.
Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 5


TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap
1 TAHU
perkara yang asas.

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta
2 TAHU DAN FAHAM
menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara
4
DENGAN BERADAB sistematik.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau
5
DENGAN BERADAB TERPUJI secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh
6
DENGAN BERADAB MITHALI berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai
secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 6


BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Tahu pengetahuan asas matematik.

2 Tahu dan faham konsep dalam matematik.

3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik.

4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.

Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan
5
pelbagai kaedah.

6 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 7


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
1 B1D3 B1D3E1
Tahu B1 BULATAN II Mengenal pasti sudut pada pusat dan lilitan bulatan
Tahu pengetahuan asas yang dicangkum oleh suatu lengkok.
matematik

B1D10 B1D10E1
PENJELMAAN II Mengenal pasti sama ada bentuk yang diberi adalah
serupa.

B1D10E2
Mengenal pasti suatu pembesaran.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 8


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B2D1 B2D1E1
SUDUT DAN GARIS II Menentukan bahawa bagi garis selari:
(a) sudut sepadan adalah sama atau
(b) sudut berselang-seli adalah sama atau
(c) hasil tambah sudut pedalaman ialah 180.

B2D2 B2D2E1
POLIGON II Menentukan sama ada poligon yang diberi adalah
poligon sekata.

B2D3 B2D3E1
BULATAN II Menentukan bahawa:
(a) jejari yang berserenjang dengan perentas
membahagi dua sama perentas tersebut dan
begitu juga sebaliknya atau

2 B2 (b) pembahagi dua sama serenjang bagi dua


perentas bersilang pada pusat bulatan atau
Tahu Tahu dan faham konsep dalam
dan faham matematik (c) dua perentas yang sama panjang adalah sama
jarak dari pusat bulatan dan begitu juga
sebaliknya atau

(d) perentas yang sama panjang apabila memotong


suatu bulatan menghasilkan lengkok yang sama
panjang.

B2D3E2
Mengenal pasti sudut pedalaman bertentang sisi
empat kitaran.

B2D3E3
Mengenal pasti sudut peluaran dan sudut
pedalaman bertentang yang sepadan bagi sisi
empat kitaran.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 9


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B2D4 B2D4E1
STATISTIK II Menentukan mod bagi:
(a) set data.
(b) data dalam jadual kekerapan.
(c) piktograf atau carta palang atau graf garis atau
carta pai.

B2D7 B2D7E1
RUMUS ALGEBRA Mengenal pasti perkara rumus.

B2D12 B2D12E1
2 B2 KETAKSAMAAN LINEAR Mengenal pasti hubungan:
Tahu dan Tahu dan faham konsep dalam (a) lebih besar daripada
faham matematik (b) kurang daripada berdasarkan situasi yang diberi.

Menulis hubungan antara dua nombor yang diberi


menggunakan simbol > atau < .

Mengenal pasti hubungan:


(a) lebih besar daripada atau sama dengan
(b) kurang daripada atau sama dengan berdasarkan
situasi yang diberi.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 10


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D1 B3D1E1
SUDUT DAN GARIS II Menentukan nilai:
(a) sudut sepadan
(b) sudut berselang-seli
(c) sudut pedalaman
yang berkaitan dengan garis selari.

B3D2 B3D2E1
POLIGON II Menentukan
(a) paksi simetri
(b) bilangan paksi simetri
suatu poligon.

B3D2E2
3 B3 Menentukan nilai sudut peluaran apabila nilai
Tahu, faham Tahu, faham dan boleh sudut pedalaman poligon diberi dan begitu juga
sebaliknya.
dan boleh menggunakan kemahiran asas
buat matematik
B3D2E3
Menentukan hasil tambah sudut pedalaman dan
hasil tambah sudut peluaran poligon.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 11


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D3 B3D3E1
BULATAN II Menentukan bahawa sudut pada lilitan yang
dicangkum oleh lengkok yang sama adalah
sama besar.

Menentukan bahawa sudut pada


(a) lilitan
(b) pusat
yang dicangkum oleh lengkok yang sama panjang
adalah sama besar.
Menentukan hubungan antara sudut pada pusat
dengan sudut pada lilitan yang dicangkum oleh
suatu lengkok yang sama panjang.

B3D3E2
3 B3 Menentukan nilai sudut pada lilitan yang
Tahu, faham Tahu, faham dan boleh dicangkum oleh semibulatan.
dan boleh menggunakan kemahiran asas
matematik B3D3E3
buat
Menentukan hubungan antara sudut pedalaman
bertentang bagi sisi empat kitaran.

Menentukan hubungan antara sudut peluaran dan


sudut pedalaman bertentang yang sepadan bagi
sisi empat kitaran.
B3D4 B3D4E1
STATISTIK II Memperoleh dan mentafsir maklumat
daripada carta pai.

B3D4E2
Menentukan median bagi set data.

Menentukan median bagi data dalam jadual


kekerapan.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 12


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D5 B3D5E1
INDEKS Mempermudah pendaraban bagi:
(a) nombor
(b) sebutan algebra
yang diungkapkan dalam tatatanda indeks dengan
asas yang sama.
Mempermudah pendaraban bagi:
(a) nombor
(b) sebutan algebra
yang diungkapkan dalam tatatanda indeks
dengan asas yang berlainan.

B3D5E2
Mempermudah pembahagian bagi:
(a) nombor
3 B3 (b) sebutan algebra
Tahu, faham Tahu, faham dan boleh yang diungkapkan dalam tatatanda indeks dengan
dan boleh menggunakan kemahiran asas asas yang sama.
buat matematik
B3D5E3
Mempermudah:
(a) nombor
(b) sebutan algebra
yang diungkapkan dalam tatatanda indeks yang
dikuasakan.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 13


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D5E4
1
Menyatakan a n sebagai
an
begitu juga sebaliknya

B3D5E5
1
n
Menyatakan a n sebagai a dan begitu juga
sebaliknya.

B3D6 B3D6E1
UNGKAPAN ALGEBRA III Menentukan kembangan yang melibatkan ungkapan
algebra dalam dua tanda kurung.

B3D6E2
3 B3 Mendarab dua pecahan algebra yang melibatkan
Tahu, faham Tahu, faham dan boleh penyebut dengan:
menggunakan kemahiran asas (a) satu sebutan.
dan boleh
(b) dua sebutan.
buat matematik
Membahagi dua pecahan algebra yang
melibatkan penyebut dengan:
(a) satu sebutan.
(b) dua sebutan.

B3D8 B3D8E1
PEPEJAL GEOMETRI III Menerbitkan rumus isipadu bagi:
(a) prisma.
(b) silinder.
(c) piramid.
(d) kon

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 14


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D8 B3D8E2
Mengira isipadu prisma tegak dan isipadu
PEPEJAL GEOMETRI III
piramid dalam unit padu apabila diberi tinggi
dan
(a) luas tapak.
(b) dimensi tapak.

B3D8E3
Mengira isipadu silinder dan isipadu kon dalam unit
padu apabila diberi tinggi dan
(a) luas tapak.
(b) jejari tapak.

3 B3D8E4
B3 Menukarkan isipadu dalam satu unit metrik
Tahu, faham Tahu, faham dan boleh kepada unit yang lain:
dan boleh menggunakan kemahiran (a) mm3 , cm 3 dan m 3 .
buat asas matematik (b) cm 3 , ml dan l.

B3D8E5
Mengira isipadu sfera apabila jejari diberi.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 15


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D9 B3D9E1
LUKISAN BERSKALA Melakarkan bentuk yang
(a) sama saiz dengan objek
(b) lebih kecil daripada objek
(c) lebih besar daripada objek
menggunakan kertas grid.

B3D10 B3D10E1
PENJELMAAN II Mengira panjang sisi yang tidak diketahui bagi dua
bentuk yang serupa.

B3D10E2
Menentukan faktor skala, diberi objek dan imej
3 pembesaran apabila:
B3
(a) faktor skala > 0
Tahu, faham Tahu, faham dan boleh (b) faktor skala < 0
dan boleh menggunakan kemahiran asas
buat matematik B3D10E3
Menentukan pusat pembesaran apabila objek
dan imej diberi.

Menentukan imej objek apabila pusat pembesaran


dan faktor skala diberi.

B3D10E4
Mengira:
(a) faktor skala
(b) panjang sisi imej
(c) panjang sisi objek
suatu pembesaran.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 16


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D11 B3D11E1
PERSAMAAN LINEAR II Menulis persamaan linear dalam dua
pembolehubah daripada maklumat yang diberi.

B3D12 B3D12E1
KETAKSAMAAN LINEAR Mewakilkan ketaksamaan linear:
(a) x > h
(b) x < h
(c) x h
(d) x h
pada garis nombor dan begitu juga sebaliknya.

Mewakilkan nilai sepunya bagi dua ketaksamaan


linear serentak pada garis nombor.

3 B3D14 B3D14E1
B3
NISBAH, KADAR DAN KADARAN II Mengira dan mentafsirkan laju.
Tahu, faham Tahu, faham dan boleh
dan boleh menggunakan kemahiran asas Mengira:
buat matematik (a) jarak, apabila laju dan masa diberi.
(b) masa, apabila laju dan jarak diberi.

Mengira laju purata dalam pelbagai situasi.


Mengira:
(a) jarak, apabila laju purata dan masa diberi.
(b) masa, apabila laju purata dan jarak diberi.

B3D14E2
Mengira dan mentafsirkan pecutan.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 17


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D15 B3D15E1
TRIGONOMETRI Mengira:
(a) tangen
(b) sinus
(c) kosinus
bagi suatu sudut apabila panjang sisi segitiga diberi.

B3D15E2
Menukar unit sudut daripada:
(a) darjah kepada darjah dan minit.
(b) darjah dan minit kepada darjah.

B3D15E3
Menentukan nilai:
3 B3 (a) tangen
Tahu, faham Tahu, faham dan boleh (b) sinus
dan boleh menggunakan kemahiran asas (c) kosinus
buat matematik menggunakan kalkulator saintifik.

Menentukan saiz sudut apabila diberi nilai:


(a) tangen
(b) sinus
(c) kosinus
menggunakan kalkulator saintifik.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 18


PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B4D1 B4D1E1
SUDUT DAN GARIS II Menentukan sama ada dua garis yang diberi adalah
selari berdasarkan ciri-ciri sudut yang berkaitan
dengan garis rentas lintang.

B4D2 B4D2E1
POLIGON II Melukis poligon sekata dengan membahagi sama
sudut pada pusat.

B4D2E2
Membina segitiga sama sisi, segiempat sama dan
heksagon sekata.

B4D2E3
4 B4 Menentukan:
Tahu, faham Tahu, faham dan boleh (a) nilai sudut pedalaman poligon sekata apabila
dan boleh menyelesaikan masalah bilangan sisi diberi.
buat dengan matematik secara sistematik. (b) nilai sudut peluaran poligon sekata apabila
beradab bilangan sisi diberi.
(c) bilangan sisi poligon sekata apabila nilai sudut
pedalaman atau sudut peluaran diberi.

B4D3 B4D3E1
BULATAN II Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudut sisi
empat kitaran.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 19


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B4D4 B4D4E1
STATISTIK II Membina carta pai untuk mewakilkan data.

B4D4E2
Mengira min bagi:
(a) set data.
(b) data dalam jadual kekerapan.

B4D5 B4D5E1
INDEKS Mempermudah pendaraban dan pembahagian bagi:
(a) nombor
(b) sebutan algebra
yang diungkapkan dalam tatatanda indeks yang
4 dikuasakan dengan asas berlainan.
B4
Tahu, faham
Tahu, faham dan boleh
dan boleh B4D5E2
menyelesaikan masalah 1
buat dengan
matematik secara sistematik. Menentukan nilai a n .
beradab
m
Menyatakan sebagai a n sebagai:

a
1
atau a n .
m
m n
(a)

(b) n
a m atau a .
n
m

m
Menentukan nilai a n .

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 20


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B4D6 B4D6E1
UNGKAPAN ALGEBRA III Memfaktorkan ungkapan algebra menggunakan
(a) faktor sepunya.
(b) beza antara dua sebutan kuasa dua.

B4D6E2
Menambah atau menolak dua pecahan algebra
yang penyebut satu pecahan adalah gandaan bagi
penyebut pecahan yang lain.

B4D6E3
Menambah atau menolak dua pecahan algebra
yang penyebut pecahan tersebut
(a) tidak mempunyai faktor sepunya.
4 B4 (b) mempunyai faktor sepunya.
Tahu, faham Tahu, faham dan boleh
dan boleh menyelesaikan masalah B4D6E4
buat dengan matematik secara sistematik. Melakukan pendaraban dan pembahagian bagi dua
beradab pecahan algebra menggunakan pemfaktoran yang
melibatkan faktor sepunya dan beza antara dua
sebutan kuasa dua.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 21


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4D7 B4D7E1
RUMUS ALGEBRA Menulis rumus berdasarkan:
(a) pernyataan
(b) situasi
yang diberi.

B4D7E2
Mengungkapkan pembolehubah tertentu sebagai
perkara rumus dengan melibatkan:
(a) satu daripada operasi asas: +, , ,
(b) kuasa atau punca kuasa.
(c) gabungan operasi asas dan kuasa atau punca
kuasa.

B4D7E3
4 B4 Menentukan nilai suatu pembolehubah apabila
Tahu, faham Tahu, faham dan boleh pembolehubah tersebut ialah:
dan boleh menyelesaikan masalah (a) perkara rumus.
buat dengan matematik secara sistematik. (b) bukan perkara rumus.
beradab

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 22


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4D8 B4D8E1
PEPEJAL GEOMETRI III Mengira tinggi prisma atau tinggi piramid apabila
isipadu dan luas tapak diberi.

Mengira luas tapak prisma atau luas tapak piramid


apabila isipadu dan tinggi diberi.

B4D8E2
Mengira tinggi silinder atau tinggi kon apabila
isipadu dan jejari tapak diberi.

Mengira jejari tapak silinder atau jejari tapak kon


apabila isipadu dan tinggi diberi.

B4D8E3
4 B4 Mengira isipadu cecair dalam suatu bekas.
Tahu, faham Tahu, faham dan boleh
dan boleh menyelesaikan masalah B4D8E4
buat dengan matematik secara sistematik. Mengira jejari sfera apabila isipadu diberi.
beradab
B4D8E5
Mengira isipadu pepejal gubahan.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 23


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B4D9 B4D9E1
LUKISAN BERSKALA Melukis bentuk geometri mengikut skala 1 : n ,
1 1
apabila n=1, 2, 3, 4, 5, ,
2 10

Melukis bentuk gabungan mengikut skala yang


diberi menggunakan:
(a) kertas grid.
(b) kertas kosong.

Melukis semula bentuk pada kertas grid yang


berlainan saiz.

B4D10 B4D10E1
4 B4 PENJELMAAN II Mengira:
Tahu, faham Tahu, faham dan boleh (a) luas imej
dan boleh menyelesaikan masalah (b) luas objek
buat dengan matematik secara sistematik. (c) faktor skala
beradab di bawah suatu pembesaran.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 24


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B4D11 B4D11E1
PERSAMAAN LINEAR II Menentukan nilai satu pembolehubah apabila diberi
nilai pembolehubah yang lain.

Menentukan penyelesaian yang mungkin bagi


persamaan linear dalam dua pembolehubah.

B4D11E2
Menyelesaikan dua persamaan linear serentak
dalam dua pembolehubah dengan :
(a) kaedah penggantian atau
(b) kaedah penghapusan.

B4D12 B4D12E1
KETAKSAMAAN LINEAR Membina ketaksamaan linear menggunakan simbol:
4 (a) > atau <
B4 (b) atau
Tahu, faham
Tahu, faham dan boleh daripada maklumat yang diberi.
dan boleh
menyelesaikan masalah
buat dengan
matematik secara sistematik.
beradab

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 25


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B4D13 B4D13E1
GRAF FUNGSI Mengira nilai pembolehubah bersandar, apabila nilai
pembolehubah tidak bersandar diberi.

B4D13E2
Membina jadual nilai bagi fungsi yang diberi.

B4D13E3
Menentukan nilai y daripada graf apabila nilai x
diberi dan begitu juga sebaliknya.

B4D14 B4D14E1
NISBAH, KADAR DAN KADARAN II Menukar daripada satu unit laju kepada unit laju
yang lain.
4
B4
Tahu, faham B4D15 B4D15E1
Tahu, faham dan boleh
dan boleh TRIGONOMETRI Mengira panjang sisi pada suatu segitiga apabila
menyelesaikan masalah
buat dengan nilai:
matematik secara sistematik.
beradab (a) tangen
(b) sinus
(c) kosinus
dan panjang sisi yang lain diberi.

B4D15E2
Mengira nilai nisbah trigonometri yang lain apabila
nilai suatu nisbah trigonometri diberi.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 26


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B5D1 B5D1E1
SUDUT DAN GARIS II Menyelesaikan masalah yang melibatkan ciri-ciri
sudut yang berkaitan dengan garis rentas lintang.

B5D2 B5D2E1
POLIGON II Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudut dan
sisi poligon.

B5D3 B5D3E1
BULATAN II Menyelesaikan masalah yang melibatkan simetri,
perentas dan lengkok bulatan.

B5D3E2
Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudut
5 B5
pada pusat bulatan dan sudut pada lilitan bulatan.
Tahu, faham Menggunakan pengetahuan
dan boleh dan kemahiran matematik B5D3E3
buat dengan dalam menyelesaikan masalah Menyelesaikan masalah yang melibatkan bulatan.
beradab yang kompleks dengan
terpuji menggunakan pelbagai kaedah B5D4 B5D4E1
STATISTIK II Menyelesaikan masalah yang melibatkan carta pai.

B5D4E2
Menyelesaikan masalah yang melibatkan mod,
median dan min.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 27


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B5D5 B5D5E1
INDEKS Melakukan pendaraban, pembahagian yang
dikuasakan atau gabungan operasi tersebut ke atas
beberapa nombor yang diungkapkan dalam
tatatanda indeks.

B5D5E2
Melakukan gabungan operasi darab, bahagi dan
yang dikuasakan yang melibatkan indeks positif,
negatif dan pecahan bagi:
(a) nombor.
(b) sebutan algebra.

B5D7 B5D7E1
RUMUS ALGEBRA Menyelesaikan masalah yang melibatkan rumus.
5 B5
Tahu, faham Menggunakan pengetahuan B5D8 B5D8E1
PEPEJAL GEOMETRI III Menyelesaikan masalah yang melibatkan:
dan boleh dan kemahiran matematik
(a) isipadu prisma atau silinder.
buat dengan dalam menyelesaikan masalah (b) isipadu piramid atau kon.
beradab yang kompleks dengan
terpuji menggunakan pelbagai kaedah B5D8E2
Menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu
sfera.

B5D8E3
Menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu
pepejal gubahan.

B5D9 B5D9E1
LUKISAN BERSKALA Menyelesaikan masalah yang melibatkan lukisan
berskala.

B5D10 B5D10E1
PENJELMAAN II Menyelesaikan masalah yang melibatkan
pembesaran.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 28


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B5D11 B5D11E1
PERSAMAAN LINEAR II Menyelesaikan masalah yang melibatkan dua
persamaan linear serentak dalam dua
pembolehubah.

B5D12 B5D12E1
KETAKSAMAAN LINEAR Membina ketaksamaan
(a) x k m k atau x k m k
x m
(b) kx km atau
k k
daripada maklumat yang diberi.

B5 B5D12E2
Menggunakan Menyelesaikan ketaksamaan linear dalam satu
pengetahuan dan pembolehubah menggunakan gabungan operasi.
5
kemahiran matematik
Tahu, faham dan B5D12E3
dalam menyelesaikan
boleh buat dengan Menyelesaikan dua ketaksamaan linear serentak.
masalah yang
beradab terpuji
kompleks dengan
menggunakan B5D13 B5D13E1
GRAF FUNGSI Melukis graf fungsi dengan skala yang diberi.
pelbagai kaedah
B5D13E2
Menyelesaikan masalah yang melibatkan graf
fungsi.

B5D14 B5D14E1
NISBAH, KADAR DAN KADARAN II Menyelesaikan masalah yang melibatkan laju dan
laju purata.

B5D15 B5D15E1
TRIGONOMETRI Menyelesaikan masalah yang melibatkan nisbah
trigonometri.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 29


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B6 B6E1
Penyelesaian masalah matematik Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk
6 dalam suatu situasi secara kreatif dan menyelesaikan masalah matematik dalam suatu
B6 inovatif situasi yang melibatkan gabungan pengetahuan dan
Tahu, faham Menguasai dan mengaplikasi kemahiran matematik
dan boleh atau
pengetahuan dan kemahiran
buat dengan Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk
matematik secara kreatif, persembahan, penulisan , projek atau permainan
beradab inovatif dan berkesan.
mithali yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran
matematik secara kreatif.

DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 30

Você também pode gostar