Você está na página 1de 8

1

ISU KEGANASAN ANTARABANGSA

PENDAHULUAN

Dalam setiap kelompok masyarakat sama ada berbentuk agama dan kepercayaan
mahupun ideologi dan kebudayaan, selalu sahaja ada sebahagian daripada mereka
yang cenderung mendominasi sesebuah kelompok yang lain. Tidak jarang keinginan
tersebut diwujudkan secara paksa dan kadang kadang dengan menggunakan
kekerasan. Persaingan antara kelompok sudah mewarnai sejarah kehidupan manusia
sejak dahulu hingga ke hari ini.
Sejarah keganasan antarabangsa dirancakkan dengan munculnya kelompok
kelompok yang fundmental pelampau dari berbagai agama. Kelompok pelampau
agama seperti Yahudi dan Zealot terlibat dalam pembunuhan pegawai tinggi
pemerintahan Rom yang dikenali sebagai kegiatan Sicarii sekitar tahun 1966 1973 M.
Assassin yang dilakukan oleh sebahagian kelompok Sylah Ismailiyyah Nizariyyah pada
abad ke 11 M. Malahan sejarah terorisme moden diawali pada zaman revolusi
Perancis tahun (1793 1794) oleh kelompok Jacobin yang dipimpin oleh Robespierre
sehinggalah kea bad 21 ini. Gerakan terorisme tidak sepi daripada kumpulan
kumpulan agama, akan tetapi ia berpaksikan kepada permasalahan politik yang
merupakan faktor utama di sebalik kemunculan gerakan keganasan ini.Ramai pengkaji
di Barat lupa bahawa kekerasan yang timbul dalam kalangan umat Islam secara tidak
langsung disebabkan langkah dan tindakan tindakan yang dilakukan oleh pihak luar
iaitu negara negara Barat sendiri. Mereka kemudiannya mencari akar dan
fundamentalisme sejarah kepercayaan agama Islam sebagai akar kepada kekerasan
dalam Islam. Jihad dipandang sebagai punca berlakunya keganasan dan pada sudut
pandangan yang lain ia memperlihatkan bahawa kelompok kelompok Muslim yang
melakukan tindakan keganasan sering dipanggil kelompok Islamis fundamentalis,
radikal, ekstrimis, militant dan lain lagi. Sehinggakan istilah istilah ini disebut maka
yang terbayang dalam fikiran pendengarnya adalah sama dengan teroris. Wal hal istilah
istilah tersebut mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Seseorang mungkin sahaja
seorang yang fundamentalisme tetapi belum tentu ia seorang teroris. Walaupun
kelompok kelompok tersebut sering dikaitkan dengan kekerasan, namun tidak bererti
semuanya megamalkan terorisme. Hal ini mempersamakan mereka secara keseluruhan
dengan teroris adalah sesuatu pengeliruan (Zulkifli Haji Mohd & Yusoff Fikri Mahmud:
2005: 39 40).
2

Menurut tokoh ulama terkemuka dunia Prof. Dr. Yusuf Al Qardhawi mendefinisikan
pengganas adalah orang yang membunuh manusia tanpa membezakan orang awam
atau tentera, tanpa mengira mangsanya bersalah atau tidak bersalah, tidak melihat
sama ada ia adalah pihak yang dizalimi atau pelaku kezaliman tersebut (Yusuf Al
Qardhawi: 2004: 20 21). Bagi memudahkan pemahaman secara universal untuk isu
kegansan antarabangsa,beberapa tokoh Barat seperti Joseph Kechichian yang
merupakan seorang pakar strategik Amerika Syarikat dan James M. Poland didalam
buku The Understanding Of Terorisme menyatakan bahawa Terorisme ini adalah
sesuatu perkara yang dirancang dan sengaja dilakukan dengan niat untuk menakutkan
orang awam dengan rasa ketakutan, bentuk keganasan terhadap orang yang tidak
bersalah, dan matlamat pelaku terror ini ialah untuk membentuk satu ruang lingkup
politik dalam satu masyrakat itu.Hal ini memberi maksud bahawa bagaimana mereka
hendak menyuarakan sesuatu perkara dengan bertindak secara ganas dan berharap
hak dan suara mereka didengari walaupun perbuatan dan tindakan mereka melibatkan
orang-orang awam yang tidak bersalah.
Kesimpulan bagi definisi isu keganasan antararabangsa selepas mengutip
beberapa pendapat tokoh ialah penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti
pengeboman pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada
sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan penentangan terhadap ideologi
politik , kegawatan ekonomi , atau penentangan terhadap pihak kerajaan. Keganasan
tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke lembah
kehancuran. .
3

PUNCA-PUNCA ISU KEGANASAN ANTARABANGSA

Isu keganasan antarabangsa menjadi bualan hangat di mata dunia. Terkadang


punca keganasan mudah disalaherti oleh sesetengah pihak kerana media barat
mengolah punca sebenar berlakunya konflik yang kononnya mereka ingin
menghapuskan keganasan antarabangsa dan menjadi pahlawan di mata dunia. Di
antara punca keganasan antarabangsa ialah dalam politik. Percubaan rampasan kuasa
atau gila kuasa sehingga berlakunya keganasan. Perkara ini telah terjadi apabila
pergolakan politik yang terjadi kerana masing-masing individu gila akan kuasa dan harta
sehingga sanggup mengorbankan nyawa orang lain. Seperti yang berlaku di Algeria,
Barisan Penyelamat Islam telah memenangi pilihan raya tetapi dibatalkan oleh pihak
tentera dan secara automatik Barisan Penyelamat Islam bangkit dan menyerang secara
senjata dan pengeboman. Selain itu,kurangnya sifat demokratik dan toleransi dalam
pemerintahan menyebabkan rakyat tempatan bangkit secara radikal. Contohnya,
Chechnya di bawah pimpinan Dzokhtar Dudayev telah menuntut kemerdekaan tetapi
malah diserang oleh Rusia menyebabkan warga sipil bangkit menentang penjajah
kerana tiada sikap toleransi walaupun kebanyakkan negara kini sudah merdeka serta
tiada kesalahan bagi Chechnya ingin menuntut kemerdekaan demi kebaikkan
negaranya dan warganya yang kebanyakkannya Islam.

Selain itu,punca keganasan antarabangsa juga berkaitan dengan agama. Media AS


sering menyalahtafsirkan konsep jihad dalam Islam sehingga masyarakat menganggap
jihad adalah pengganas. Menurut media AS, jihad dalam Islam didefinisikan sebagai
galakan agama Islam untuk melakukan keganasan. Dengan semangat jihad yang salah
inilah Taliban ditubuhkan oleh ejen CIA dan perisikan Pakistan untuk menentang
Mujahidin Afghanistan yang mempertahankan negara dan agama. Serangan 9/11 di AS
menyebabkan menyebabkan dunia memandang serong Islam dan eksploitasi jihad
secara silap oleh gerakan yang mudah terperangkap dengan muslihat musuh
menyebabkan jihad disalahtafsir. Di samping itu, sifat benci-menbenci dan rasis antara
agama juga berlaku masyarakat antarabangsa. Seperti yang berlaku pada etnik
Rohingya di Burma,diskriminasi agama berlaku kerana kebanyakkan penduduk Burma
beragama Buddha dan pegangan agama Buddha disana amat kuat. Etnik Rohingya
tidak diakui kewarganegaraan mereka dan sejarawan Burma telah memadam sejarah
4

sebenar kedatangan etnik Rohingya di Myanmar pada kurun ke-19 menyebabkan


mereka dianggap orang asing di tanah air sendiri. Masjid-masjid di Myanmar di barat
Myanmar tidak pernah diambil perhatian dan kedudukan tempat beribadah bagi umat
Islam di sana sangatlah rendah sehingga sewenang-wenangnya digantikan dengan
pagoda Buddha. Segala aktiviti perkahwinan dan pergerakan umat Islam disana telah
dihadkan. Lebih menyedihkan lagi wanita-wanita Islam disana turut
ditindas,didiskriminasi,dirogol sesuka hati dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa hak
asasi wanita Islam disana tidak dijaga dan boleh dilakukan sesuka hati serta dianggap
sebagai hamba.

Di samping itu,punca berikutnya ialah kesempitan hidup dan tertindas. Keganasan


juga boleh berlaku apabila hidup manusia itu terlalu dihimpit dan tertindas serta tidak
mendapat pembelaan yang sewajarnya. Bagi mereka yang tiada jalan lain yang dapat
dilakukan selain membalas balik apa yang telah dilakukan oleh pihak yang menindas
mereka. Sebagai contoh,kita boleh lihat keadaan yang berlaku di Palestin dimana
rakyatnya daripada semua lapisan umur sama ada kanak-kanak,remaja mahupun
dewasa bangkit melakukan tindak balas ke atas keganasan Israel dengan membaling
batu ke arah tentera Israel,membaling bom buatan sendiri dan sebagainya sebagai
tanda protes terhadap mereka. Keadaan yang sama juga boleh dilihat di Iraq yang mana
terdapat siri-siri keganasan dilakukan bagi menghalau keluar tentera bersekutu daripada
tanah mereka dan mengembalikan kedaulatan negara mereka. Justeru itu,punca-punca
keganasan ini dilakukan bukan semata-mata datangnya dari satu pihak sahaja tetapi
sebenarnya ia adalah daripada suatu tindakan dua hala. Satu pihak menyerang dan
satu pihak lagi akan membalas serangan. Untuk mengatasinya AS haruslah
mengurangkan sifat angkuh mereka dan kembali ke landasan sebenar bagi mengatasi
masalah keganasan ini. PBB juga seharusnya lebih telus dsn tidak menutup mata
dengan perbuatan AS dan dunia Barat yang rata-rata menindas orang Islam dan
negara-negara Islam jika mahu masalah ini diatasi dengan baik.
Seterusnya, sebagai almbang kemegahan, penaklukan sesebuah negara membawa
maksud yang besar kepada seseorang yang mementingkan diri sendiri. Itu membawa
lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk
menakluk sesebuah negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat memerangi Iraq
demi untuk membalas dendam. Dengan itu, Amerika Syarikat akan mendapat kembali
namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan peperangan
5

tersebut menyebabkan Amerika Syarikat berasa megah dan meletakkan negara mereka
sebagai negara yang paling kuat di dunia.
Akhir sekali,kegagalan badan-badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu(PBB),Pertubuhan Negara-Negara Islam(OIC), dan sebagainya memainkan
peranan mereka sebagai suatu badan yang efisyen dalam menangani isu-isu
antarabangsa dilihat menjadi salah satu faktor kepada masalah keganasan ini.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) dilihat berperanan seperti Liga Bangsa yang
sebelum ini telah dibubarkan kerana tidak mampu mengelakkan peperangan terjadi.
PBB pada masa ini masih lagi gagal memainkan peranannya secara produktif terhadap
keganasan dan lebih bersikap mendiamkan diri apabila Amerika Syarikat menindas
orang Islam dan menceroboh negara mereka. Demikian juga,lebih-lebih lagi, ibu pejabat
PBB terletak di New York,Amerika Syarikat,memudahkan bagi mereka untuk
mengeksploitasi PPB,menyebabkan PBB hanya mampu mendiamkan diri tanpa
memberi sebarang tindakan. Sementara itu,Pertubuhan Negara-Negara Islam(OIC)
dilihat semakin hilang taring dalam menghadapi masalah-masalah yang menimpa
ahlinya seperti Iraq,Afghanistan,Mesir,Syria dan Yaman.
6

KESAN-KESAN KEGANASAN ANTARABANGSA


Isu keganasan antarabangsa menimbulkan pelbagai kesan yang mendalam.
Kesakitan,kematian,kemiskinan dan kebuluran merupakan kesan yang boleh kita lihat
berlaku kepada mangsa keganasan masa kini. Menang jadi arang,kalah jadi abu
merupakan peribahasa yang amat sesuai kerana perbalahan atau peperangan tidak
mendatangkan keuntungan melainkan kerugian yang amat besar. Bermula dari
politik,keganasan dan tindakan kekerasan mengakibatkan sistem dan struktur politik
sesebuah negara yang bergelut akan terbantut. Sebagai contoh,cuba kita lihat sistem
politik Afghanistan kucar-kacir akibat tiada pemerintahan berpusat selepas kejatuhan
kerajaan pro-Rusia pimpinan Najbullah. Afghanistan dibahagikan dan ditadbir oleh
panglima tentera perang. Begitu juga dengan Somalia dan Iraq. Tindakan kekerasan
oleh pejuang terutamnya pengebom berani mati dan peperangan gerila di bandar
menggugat pilihan raya dan kerajaan baru di Iraq.

Selain itu,ketidakadilan ekonomi dan sosial menyebabkan permusuhan antara kaum


akan berlaku secara berpanjangan. Tuntutan Gerakan Pemuda Acheh Merdeka ,Barisan
Pembebasan Mindanao dan Pertubuhan Perbebasan Rakyat Patani juga menyatakan
hak-hak sosial dan ekonomi ke atas wilayah tuntutan mereka.Tuntutan sukar diterima
oleh pihak pemerintah menyebabkan peperangan berlaku. Walaubagaimanapun,kes
Timor Leste antara contoh kejayaan pihak pemberontak dengan bantuan kuasa asing
menuntut hak mereka daripada Indonesia. Disebabkan itu,ekonomi negara akan jatuh
menjunam sebagai akibat pergolakkan politik tersebut. Keadaan politik yang tidak stabil
menyebabkan para pelabur tidak berani melabur disana,malah ada pelabur yang menarik
diri dan pelaburan mereka keluar dari negara tersebut. Keganasan yang berlaku di
sesebuah negara juga sememangnya akan menjejaskan ekonomi dunia apatah lagi
negara yang terlibat merupakan negara yang besar. Sebagai contoh, serangan
pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia(WTC) di Amerika Syarikat pada tahun
2001 menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Akibatnya,banyak negara yang
terjejas teruk sehinggakan terdapat negara yang terpaksa meminta bantuan kewangan
daripada agensi antarabangsa untuk memulihkan ekonomi negara.
7

Seterusnya,kesan keganasan antarabangsa adalah berkaitan agama Islam. Agama


Islam menghadapi kesan paling teruk dikala keganasan global semakin membiak pesat.
Islam melalui seruan jihadnya dianggap punca radikalisme. Media massa Barat selalu
menuding jari dan menuduh bahawa setiap keganasan didalangi oleh pejuang Islam.
Perkara ini boleh menyebabkan kredibiliti Islam terjejas di mata dunia. Pada masa yang
sama, wujud satu istilah dalam masyarakat dunia iaitu islamophobhia. Sejarah istilah
islamophobia telah bermula sejak tahun 1996,dimana pada masa itu,diperkenalkan oleh
Comission on British Muslim and Islamophobia . Suruhanjaya ini telah mengeluarkan
satu laporan mengenai islamophobia iaitu telah menginstitusikan kosa kata
islamophobia sebagai prejudis terhadap Islam. Istilah islamophobia ini menjadi satu
istilah yang dipakai oleh orang anti Islam. Mereka menganggap bahawa islam itu sangat
berbahaya dan mereka menganggap orang Islam sebagai pengganas sehingga terlalu
takut kepada orang yang beragama Islam. Biarpun jelas aktiviti kegansan tidak
dianjurkan dalam Islam,realitinya hari ini setiap kali berlaku kes terbabit masyarakat
bukan Islam seperti Barat segera melemparkan tohmahan kepada golongan
Islam,biarpun bukti untuk mengaitkannya amat tipis. Tindakan memburukkan imej Islan
dan anti Muslim oleh Barat bukan sahaja melebarkan lagi jurang perkauman,malah
ditambah dengan perasaan buruk dan curiga mereka ,layanan yang diterima
masyarakarat Islam juga semakin mendukacitakan. Dimulai dengan Osama Bin Laden di
Afghanistan,kemudiannya Saddam Hussien di Iraq, dan ramai lagi pejuang Islam yang
dibunuh dengan kejam,tetapi disebabkan media massa dan media elektronik dikawal
oleh Barat,semua dilaporkan sebaliknya dan mereka sengaja memutar belitkan fakta
iaitu menyatakan bahawa mereka telah menyelamatkan dunia daripada rangkaian-
rangkaian pengganas sedunia.
Akhir sekali, keselamatan masyarakat terancam. Pergolakkan politik dalam negara
menyebabkan keganasan berlaku secara berleluasa. Bagi pemimpin yang gilakan
kuasa, mereka akan menyemarakkan api keganasan serta kemarahan yang membara
serta menghasut penyokong untuk melakukan apa cara sekalipun walaupun nyawa
menjadi taruhan untuk mendapat sesuatu yang dingini yakni harta dan kuasa. Pemimpin
yang gilakan kuasa akan mempengaruhi penyokongnya untuk tunjuk perasaan dan
bertindak secara liar. Hal ini boleh menyebabkan keselamatan masyarakat awam
8

tergugat,seterusnya meningkat kadar jenayah serta kematian di negara yang bergolak.

KESIMPULAN
Keganasan global adalah isu paling hangat pada ketika ini. Secara umunnya, kita
menganggap tindakan kekerasan adalah tidak relevan dan di luar lingkaran sifat
kemanusiaan. pihak tertindas tidak dipernah diberi ruang atau alternatif secara aman
dan selalu dikotak-katik dan dikhianati. seperti menyerang Iraq dan melakukan
pembunuhan pelarian Palestin di Shatila dan Sabra, Lebonan. Penilaian tindakan moral
tentang kekerasan dan keganasan terlalu subjektif dan bergantung kepada persepsi
seseorang yang menilai. Jalan penyelesaian yang palling penting ialah menjaga
keharmonian serta tolong-menolong antara satu sama lain. Buang sifat angkuh dan
tamak supaya tiada isu yang menyebabkan keganasan antara bangsa. Hormati
pendapat,pendirian dan agama orang lain serta menjaga tatsusila dan adab ketika
berdepan dengan orang lain. Kukuhkan hunbungan diplomatik supaya terjalin
persahabatan yang erat antara negara serta dapat membantu antara satu sama lain
dalam keadaan senang ataupun susah. Seluruh warga dunia mengharapkan
keharmonian dan kedamaian dapat dicapai supaya kehidupan menjadi lebih baik.

Você também pode gostar