Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
Mengapa tajuk ini keluar dari kepala otak aku malam malam begini? Hah ini gara gara aku berborak
dengan kawan aku yang bekerja di TNB Petaling Bahagian Protection... Keje dia wat maintenance
PMU yang besar-besar bervoltan tinggi dari 33KV area2 subang membawa sampai 500kV kat
kapar... Beliau amat pakar dalam menganalisa fault current... Maka aku pun luahkan lah dalam blog
ni selepas mendengar pengalaman dia...
Beliau: Ko bayangkan Ji... aku tak tahu lah nak kate ape dengan bahagian Distribution... ade ke bila
fault dia punye relay tak trip!!! Diorang kat distribution tu tak wat maintenance betul2 ke?? Ko
bayangkan lah transformer 132KV aku carry fault current dekat satu minit tu... bahaya tu... nasib baik
tak meletup... Keluh beliau kepada aku...
Aku pun terbayang bayang gak lah dengar luahan dia walaupun malam malam borak mana lah ade
bayang bayang...
Hasil luahan dia malam tu dapat lah aku membuat kesimpulan bahawa fault current dalam bahasa
melayu adalah arus gagal... maknanye jika ko tak mampu nak hadapi cabaran arus dunia ni ko
adalah gagal hahaha... sory2 main2 plak... Arus gagal ni kalo ko nak paham lagi senang adalah arus
kerosakan... bende ni terjadi macam contoh kabel underground putus sebab jalan retak
menyebabkan insulation cable tu koyak dan bersetuhan dengan bumi... nak lagi senang paham
bayangkan ade pokok kelapa hempap kabel overhead yang tinggi-tinggi tanpa ade insulation
menyebabkan bersentuhan antara fasa fasa lain dan menghasilkan lintar pintas yang berganda
ganda arusnye dari arus kadaran...Arus Rosak juga diukur dalam unit MVA...
Amat penting kita perlu mengenalpasti nilai arus rosak ni kerana kita perlu memastikan ACB, MCCB,
VCB, ABB, BGT, BKD atau ape2 CB (Circuit Breaker) yang dipasang dapat menampung arus
kerosakan ni... Sebelum kita mengira nilai kerosakan sesuatu litar kita perlu kenal terlebih dahulu
julat-julat arus kerosakan dari DB rumah kita sampailah ke Transformer TNB besar2 tu... Supaya
diskriminasi dapat ditentukan dan Overdesign tak berlaku... serta nilai PU (perunit) dapat dijadikan
rujukan...
2) 25kA @ 17 MVA 1s
Yang ni dah kene up sket... piun dah tak bole masuk campur... level ni T.A, wireman, chargeman dah
mula kene tengok... Egnr tak payah tengok lagi sebab dia selalu minum atau borak kosong dulu... ade
masalah baru datang... level ni dah sampai kat SSB... selalu SSB kene sorok kat dalam riser...
Adapun Ulama JKR berpendapat keperluan memasang Circuit Breaker yang bole tahan 35kA... rujuk
kitab mereka LS 1 S13/2 of 4...
3) 50kA @ 35MVA 1s
Level ni Egnr memang kene tengok... diorang dah tak bole nak sambung minum atau borak kosong
lagi... part ni kene ambik serius... Kali ni giliran TA, Chargeman dan Piun pulak minum dan lepak
sambil hisap rokok kat tangga ofis sambil mengumpat Egnr dia... Egnr kene pastikan Switchboard
dan segala isi perut dalam switchboard tu bole tahan 50kA punye fault... kalo tak comply, maka orang
JKR tu akan tangkap ko letak dalam switchboard tu biar rasa 50kA punye penangan haha...
Contoh pengiraan yang aku tunjuk ni adalah untuk jarak diantara transformer 11kv/415v sehingga
MSB... Banyak parameter aku telah abaikan untuk memudahkan perkiraan dengan menganggap
kerosakan berlaku adalah ultimate fault iaitu kerosakan tiga fasa seimbang dengan sambungan jenis
Y pada beban...
Isc = In x 100/Z
dimana : Isc = short current... inilah nilai kita nak cari
In = arus kadaran transformer ( anggap full load)
Z = nilai p.u (perunit)... ko bole tengok kat impedance transformer) selalu 5%...
tapi Makkah pakai 4%....
lepas tu bole lah cari Isc = 1393 A x 100/5 = 27860A @ 27.9 kA...
so, kita tahulah nilai ACB atau MCCB atau BKD yang nak dipasang pada MSB jangan dibawah
27.9kA... tapi jangan pulak ko pasang MCCB yang tahan 35kA sebab kat MSB ko mesti kene design
50 kA...
so ape lagi...korang pegi lah kedai sparepart elektrik tanye kat tokeh tu... Bos itu ACB atau MCCB
yang 50 KA ade ka? kasi 3 bole? Bungkus kasi ikat tepi...
Kalo nak kiraan bagi sistem grid atau yang lebih kompleks.... yang ni mahal sket lah... tak bole bagi
free... aku dan sahabat aku tengah develope guna Excel... Almaklumlah... company aku tak mampu
nak beli software macam PS cad atau ape 2 lah... kalo berjaya develope pki Excel aku bagi free je...
nak kira manual kene wat tutorial secara personal dengan aku... Pengeras nye ayam hitam sekor,
limau purut tiga biji dengan duit nilai ganjil macam 21 sen ke 16 sen ke...