Você está na página 1de 6

Soalan tahun 2004

Jadual 1 menunjukkan penduduk di wilayah terpilih dunia dari tahun 1900 hingga 1990

Jadual 1 : Penduduk di Wilayah wilayah terpilih di Dunia 1900 hingga 1990 ( juta orang)

Wilayah Tahun
1900 1930 1950 1970 1990
Afrika 120 155 200 344 648
Amerika Latin 63 109 163 283 448
Amerika utara 81 135 167 228 276
Asia 915 1072 1376 2056 3108
Eropah 423 532 576 705 786

a) Berdasarkan Jadual 1, lukiskan graf garis untuk menunjukkan pertambahan penduduk di


wilayah wilayah terpilih di dunia dari tahun 1900 hingga 1990. [8]
b) Berdasarkan graf garis yang anda lukis pada soalan a)
i) Nyatakan wilayah yang mengalami pertambahan penduduk yang paling pesat [2]
ii) Huraikan mengapa berlakunya pertambahan penduduk yang pesat di wilayah
tersebut [6]
c) Pilih sebuah negara di Asia, jelaskan kesan pertambahan penduduk yang pesat terhadap
sumber alam tersebut.

Soalan Tahun 2002

Jadual 1 menunjukkan jumlah penduduk dan keluasan tiap tiap negeri di Malaysia pada tahun 1996.

Jadual 1 : Jumlah penduduk dan keluasan tiap tiap negeri di Malaysia pada tahun 1996

Negeri Penduduk Keluasan


( 000) (kilometer persegi)
Johor 2496.2 18 986
Kedah 1505.9 9 426
Kelantan 1411.1 14 983
Melaka 576.5 1 650
Negeri Sembilan 797.9 6 643
Pahang 1213.9 35 965
Perak 2083.3 21 005
Perlis 213.2 795
Pulau Pinang 1209.9 1031
Sabah 2454.8 73 620
Sarawak 1919.3 124 449
Selangor 2 909.7 7956
Terengganu 948.4 12 955
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1538.9 243
Wilayah Persekutuan Labuan 67.9 91
a) Berdasarkan jadual 1 di atas,
i) Hitung kepadatan penduduk negeri negeri di Malaysia pada tahun 1996 [5]
ii) Berdasarkan hitungan yang telah anda buat pada soalan (i), gunakan peta 1 untuk
melukis peta koroplet bagi menunjukkan kepadatan penduduk negeri negeri di
Malaysia pada tahun 1996 [12]
iii) Jelaskan mengapa kepadatan penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lebih
tinggi berbanding dengan negeri negeri lain di Malaysia pada tahun 1996 [8]

Soalan tahun 2001

Rajah 1 menunjukkan peringkat peringkat demografi di sesebuah negara

Berdasarkan rajah 1 di atas,

a) Huraikan peringkat peringkat peralihan demografi tersebut [12]


b) Jelaskan bagaimana peringkat peringkat peralihan demografi tersebut dengan
menggambarkan tahap pembangunan sesebuah negara [13]
Soalan tahun 1999

Jadual 1, menunjukkan kadar kelahiran kasar, kadar kematian kasar da, kadar pertambahan semula
jadi penduduk Semenanjung Malaysia pada tahun 1931 hingga tahun 1995.

Jadual 1 : Kadar kelahiran kasar, kadar kematian kasar dan kadar pertambahan semula jadi
penduduk Semenanjung Malaysia , 1931- 1995

Kadar bagi setiap Tahun


1000 penduduk 1931 1947 1957 1965 1975 1985 1995
Kelahiran kasar 43.0 43.0 43.3 36.7 31.4 31.3 26.2
Kematian kasar 31.0 19..4 12.4 7.9 6.5 5.5 4.4
Pertambahan 12.0 23.6 30.9 28.8 24.9 25.8 21.8
semula jadi

a) Dengan menggunakan maklumat dalam jadual 1, lukiskan sebuah rajah yang sesuai tentang
arah alir perubahan kadar kelahiran kasar, kadar kematian kasar dan kadar pertambahan
semula jadi penduduk Semenanjung Malaysia pada tahun 1931 hingga 1995.[10]
b) Berdasarkan rajah yang anda lukis dalam (a), jelaskan arah alir pertambahan penduduk
semula jadi di Semenanjung Malaysia pada tahun 1931 hingga 1995 [15]

Soalan tahun 2010

1 a) apakah yang dimaksudkan dengan Daya Tampung Persekitaran Fizikal [5

b) huraikan lima faktor kependudukan yang menyumbang keada kemusnahan alam


sekitar di sesebuah kawasan yang berpenduduk padat [10]

c) Perihalkan lima langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah


kemusnahan persekitaran fizikal di kawasan yang berpenduduk padat di sesebuah
negara membangun [10]

soalan tahun 2009

1. a) apakah yang dimaksudkan dengan penduduk sebagai sumber manusia? [5]


b) Huraikan faktor yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara[10]
c) bagaimanakah penduduk di sesebuah kawasan boleh mempengaruhi perubahan
alam sekitar fizikalnya [10]

soalan tahun 2008

1. a) apakah yang dimaksudkan dengan pola taburan penduduk [5]


b). Huraikan faktor yang mem[engaruhi taburan penduduk [10]
c) jelaskan kesan taburan penduduk padat dan tidak padat terhadap eksploitasi
sumber alam di Malaysia [10]
soalan tahun 2007

1 a) apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertumbuhan penduduk [5]

b) Huraikan ciri penduduk sebuah negara dalam konteks model peralihan demografi
negara sedang membangun [10]

c) jelaskan masalah kependudukan yang dihadapi oleh sesebuah negara sedang


membangun [10]

soalan tahun 2006

1 a) Jadual 1 menunjukkan jumlah penduduk dan keluasan setiap negeri di Malaysia


pada tahun 2000.

NEGERI PENDUDUK KELUASAN


( KILOMETER PERSEGI)
JOHOR 2 565 701 18 986
KEDAH 1 572 107 9 426
KELANTAN 1 289 199 14 983
MELAKA 602 867 1 650
NEGERI SEMBILAN 830 080 6 643
PAHANG 1231 176 35 965
PERAK 2 030 382 21 005
PERLIS 198 335 795
PULAU PINANG 1 225 501 1 031
SELANGOR 3 947 527 7956
TERENGGANU 879 691 12 955

a) Berdasarkan Jadual 1, lukis peta koroplet yang menunjukkan kepadatan penduduk mengikut
negeri di Malaysia pada peta 1. [10]
b) Merujuk kepada negara Malaysia, jelaskan lima kesan terhadap sumber alam akibat
tumpuan penduduk di sesebuah kawasan [15]
Soalan tahun 2005

Jadual 1 di bawah menunjukkan kadar kelahiran penduduk di sesebuah negara terpilih di Asia
Tenggara pada tahun 1954 dan 1996.

Jadual 1 : Kadar kelahiran Pendudukdi Negara Terpilih di Asia Tenggara pada Tahun 1954 dan tahun
1996

Negara Kadar kelahiran


(per 1000 penduduk)

1954 1996
Brunei 52.9 25.0
Kemboja 51.0 38.2
Indonesia 52.0 27.3
Malaysia 44.1 25.5
Mynmmar 43.0 28.8
Filiphina 50.0 31.2
Singapura 45.5 13.4
Thailand 46.0 18.1
Vietnam 38.0 28.9

a) Berdasarkan jadual 1, kenal pasti tiga buah negara yang mengalami penurunan kadar
kelahiran paling ketara dari tahun 1954 hingga 1996. [3]
b) Huraikan sebab sebab berlakunya penurunan kadar kelahiran di negara negara Asia
Tenggara [10]
c) Jelaskan kesan pertambahan penduduk terhadap sumber sumber alam di negara asia
Tenggara [12]

MIGRASI
2010

1 a) Nyatakan tiga bandar dan dua kawasan luar bandar yang menjadi destinasi utama
migrasi penduduk di Malaysia sejak tahun 1970 an.
a)

Você também pode gostar