Você está na página 1de 3

semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang

harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira


warna kulit bangsa dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan
perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Menurut Dato Dr.
Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling
kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan
merupakan orang pertama yang membantu kita disaat kita berada
dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti, awan yang
melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, langkah yang
signifikan harus diambil bagi menerapkan semangat kejiranan
kepada semua lapisan masyarakat.

Namun, pada era globalisasi kini, semangat kejiranan dalam


kalangan masyarakat semakin luntur.Kehidupan moden yang
mementingkan kebendaan telah menghanyutkan
manusia dalam arus kesibukan yang tidak
bernoktah sehingga jalinan hubungan antara jiran tetangga
disisihkan. Fenomena ini semakin membimbangkan sekiranya
menjadi ikutan golongan remaja kerana tingkah laku dan sikap
remaja sebenarnya banyak dipengaruhi oleh orang tua
mereka. Contohnya, sekiranya ibu bapa tidak pernah bertegur
sapa atau tidak mengenali siapa jiran di sebelah rumah, sudah
pasti sikap ini akan dicontohi oleh anak-anak remaja mereka persis
ungkapan bapa borek anak rintik, bagaimana acuan ,
begitulah kuihnya. Siapakah insan yang pertama menghulurkan
bantuan jika kita dilanda musibah kalau bukan jiran di sebelah
rumah. Justeru, peranan ibu bapa sangat penting dalam
menghidupkan semangat kejiranan dalam sanubari generasi muda
demi merealisasikan hasrat mewujudkan kehidupan masyarakat
yang harmoni.

Memang tidak dapat dinafikan, ibu bapa merupakan suri


teladan atau role-model kepada anak-anak . Oleh itu, tindak
tanduk dan sikap ibu bapa terhadap jiran akan diperhatikan
dan dicontohi oleh anak-anak mereka. Ibu bapalah yang
mengasuh dan mendidik anak-anak dari tapak kaki sebesar dua
jari sehinggalah meningkat remaja. Umpama sehelai kain putih,
anak-anak perlu dicorakkan bukan dengan sahaja nilai-nilai agama
malah nilai-nilai sosial yang murni. Justeru dalam usaha memupuk
semangat kejiranan dalam jiwa anak-anak-anak, ibu bapa sendiri
perlu mengorak langkah dengan menjalinkan hubungan yang baik
sesama jiran tetangga. Contohnya, ibu bapa perlu menunjukkan
sikap sentiasa mesra dengan jiran, bertegur sapa dan bertanya
khabar apabila bersua muka, dan sebagainya. Ibu apa juga perlu
menerangkan tentang peranan dan kepentingan jiran kepada
anak-anak sejak kecil supaya mereka menghargai jiran tetangga
sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Bak kata
perpatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya,usaha memupuk amalan dan pergaulan yang baik
dengan jiran sejak kecil lagi akan kekal dipraktikkan oleh anak-anak
sehingga mereka meningkat remaja.

Selain itu, ibu bapa juga perlu melibatkan anak-anak


dalam perkara-perkara yang berkaitan hubungan dengan
jiran supaya anak-anak dapat mempraktikkan sendiri nilai-
nilai kejiranan tersebut. Tak kenal maka tak cinta, justeru,
amalan kunjung-mengunjung mesti diamalkan supaya dapat
mengenali jiran dengan lebih dekat dan seterusnya kemesraan
dapat diwujudkan. Janganlah dibiarkan anak-anak remaja kita
terlalu leka menonton televisyen, bermain permainan komputer
atau melayari internet sehingga tidak endah dengan suasana di
sekeliling. Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak
mengunjungi jiran tetangga ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru
Cina atau Deepavali. Apa yang sering berlaku setiap kali hari
kelepasan sempena Hari Raya contohnya, ahli keluarga termasuk
ibu bapa leka menonton televisyen kerana banyak program menarik
disiarkan. Mereka lebih rela memerap di rumah untuk menonton
program kegemaran menyebabkan budaya kunjung-mengunjung
semakin dipinggirkan. Justeru, ibu bapa mesti mengubah
fenomena ini , lebih-lebih amalan ziarah-menziarahi ini menjadi
lebih penting jika jiran kita jatuh sakit atau mengalami
masalah. Ibu bapa perlu bijak memujuk anak-anak untuk turut
sama menziarahi jiran supaya amalan ini dapat dipupuk dalam
kalangan remaja.

Tambahan pula, program-program yang dianjurkan oleh


masyarakat di sesebuah kawasan kejiranan turut dapat memupuk
semangat bantu-membantu, hormat-menghormati dan
berkerjasama dalam kalangan masyarakat di kawasan
tersebut. Aktiviti seperti gotong-royong membersihkan kawasan
taman perumahan, aktiviti Hari Keluarga, Rukun Tetangga, dan
sebagainya boleh dianjurkan oleh ahli jawatankuasa yang
berkenaan. Di kawasan kampung misalnya, aktiviti marhaban pada
Hari Raya, rewang ketika kenduri-kendara atau majlis perkahwinan,
kumpulan bacaan Yasin dan sebagainya juga merupakan aktiviti
yang sangat penting untuk memupuk semangat kejiranan ini. Di
sinilah ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk
memastikan mereka dan anak-anak remaja melibatkan diri secara
aktif. Janganlah ketiadaan masa atau ingin berehat setelah penat
bekerja dijadikan alasan sehingga aktiviti yang bermanfaat ini tidak
mendapat sambutan yang sewajarnya. Melalui aktiviti ini remaja
berpeluang mengenali jiran dengan lebih dekat, beramah mesra
terutama dengan jiran yang seusia dengan mereka, menghormati
jiran yang lebih tua dan secara tidak langsung akan menyedari
bahawa aktiviti seumpama ini adalah yang terbaik bagi mengisi
masa lapang remaja. Seperti ungkapan serampang dua
mata, aktiviti yang dianjurkan ini diharapkan bukan sahaja dapat
memupuk dan menghidupkan semula semangat hidup berjiran
malah dapat mengurangkan ketaksuban dan kegemaran remaja
terhadap aktiviti yang berkaitan dengan kecanggihan alat teknologi,
gajet dan internet.

Kesimpulannya, hidup berjiran merupakan amalan yang


wajar dipelihara dalam masyarakat pada masa kini. Tanpa
hubungan yang baik dengan jiran, kepincangan sebenarnya telah
berlaku dalam keperibadian seseorang ahli masyarakat. Justeru,
sebagai pemimpin keluarga, perlakuan ibu bapa semasa bergaul
dengan jiran akan meninggalkan gambaran yang mendalam kepada
remaja. Natijahnya, ibu bapa yang prihatin tentang hubungan
sesama jiran pasti akan melahirkan remaja yang dapat hidup
berbaik-baik dengan jiran, seterusnya mampu mewujudkan
masyarakat Malaysia yang hidup bersatu padu , harmoni dan
bahagia.

Você também pode gostar