Você está na página 1de 1

Contoh esei pm spm

Anak-anak patut menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa dengan membantu mereka
menanggung persekolahan adik-adik yang masih bersekolah. Anak-anak sepatutnyua berusaha
mencari pekerjaan untuk menanggung beban keluarga supaya ibu bapa tidak perlu bekerja keras lagi
kerana mereka telah banyak berkorban semasa kita masih kecil. Oleh itu anak-anak perlu
mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga.Contohnya, Mereka harus melaksanakan
kewajipan dengan menjaga kebajikan ibu bapa terutama sekali apabila mereka sakit.Selain itu, anak-
anak boleh meraikan hari hari istimewa ibu bapa.Hal ini kerana, ibu bapa akan rasa disayangi dan
dihargai oleh anak-anak dan setrusnya mengelakkan sebarang konflik daripada berlaku.Oleh itu,
anak-anak sepatutnya mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Contohnya, mereka perlu
prihatin terhadap perasaan ibu bapa agar hubungan bertambah erat dengan melakukan perkara yang
disukai oleh ibu bapa.Seterusnya, anak-anak perlu sentiasa sentiasa menitikberat pandangan ibu
bapa apabila membuat sebarang keputusan.Hal ini kerana, ibu bapa merupakan orang yang telah
menempuh hidup dan mempunyai pengalaman dalam menyelesaikan permasalahan hidup.Oleh itu,
anak-anak perlu mengamalkan nilai rasional.Contohnya, Anak-anak perlu membuat pertimbangan
yang sangat wajar kerana sekiranya terlalu mementingkan diri sendiri ia boleh menyebabkan
hubungan kekelurgaan akan menjadi renggang.

Você também pode gostar