Você está na página 1de 11

UNIT KAJIAN ILMIAH YAYASAN TA'LIM

ALIRAN-ALIRAN
MUKTAZILAH
NOTA TAMBAHAN: ILMU KALAM
MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI
8/25/2017

MENERANGKAN ALIRAN DAN FIRQAH-FIRQAH DALAM MAZHAB MUKTAZILAH


ALIRAN MUKTAZILAH & FIRQAHNYA
MUKTAZILAH BASRAH MUKTAZILAH BAGHDAD
Merupakan aliran asal Muktazilah yang Diasaskan oleh Bisyr bin Al-Mu'tamir
diasas oleh Wasil bin Atha' (w.210H)
Lebih dekat dengan Sunnah di mana Lebih jauh daripada Sunnah, ada dalam
dalam kalangan mereka ada yang kalangan mereka yang menafikan terus
mengisbatkan bagi ALLAH (kaunuhu Iradat daripada ALLAH, ada yang
Sami'an Basiiran) disamping (kaunuhu ghuluw dalam mengisbatkan Al-Quran
'Aaliman, Hayyan, Qaadiran), Makhluk sehingga mendakwa lafaz al-
mengisbatkan Iradat bagi ALLAH (yang Quran adalah ciptaan makhluk, menolak
diciptaNya pada bukan tempat), tidak Khabar Ahad, ada dalam kalangan
mewajibkan ALLAH melakukan mereka yang mengisbatkan satu keadaan
perbuatan yang terbaik (Aslah) dalam sahaja bagi ALLAH iaitu (kaunuhu
urusan dunia, menerima Khabar Ahad, 'Aaliman), mentakwil Sirat, Al-Mizan,
Qiyas, dan tidak menghukum mujtahid dan Azab Kubur, dll.
berdosa, dll. Muktazilah Baghdad dalam isu Sahabat
Mereka juga mengisbatkan Azab Kubur, mengikut Mazhab Zaidiyah.
Al-Mizan (Neraca), dan Sirat.

FIRQAH-FIRQAH MUKTAZILAH BASRAH

FIRQAH DOKTRIN
AL-WASILIAH 1- Ta'thil (menafikan sifat atas alasan
Nisbah kepada Wasil bin Atha', asal menafikan berbilang-bilang al-Qadim)-
Muktazilah dan berdiri atas empat namun idea ini belum matang di zaman
doktrin asas iaitu: Wasil sendiri.
2- Qadariyah: menolak taqdir iaitu
ALLAH mencipta amalan hamba
sebaliknya, segala amalan hamba adalah
ciptaan hamba dan ALLAH tidak
berkehendak kejahatan.
3- Al-Manzilah bainal Manzilatain:
Pelaku dosa besar daripada Ahli Kiblat
tidak mukmin, tidak juga kafir tetapi
Fasiq dan kekal di Neraka di Akhirat
nanti. Ini adalah asal bid'ah Muktazilah.
4- Menolak Sahabat radiallahu 'anhum
yang terlibat dalam peperangan Jamal
dengan Siffin dan Fitnah Usman
radiallahu 'anh.
AL-HUZAILIAH 1- Mendalamkan isu (Tauhid): ALLAH
Nisbah kepada Abul Huzail Al-'Allaf mempunyai Ilmu yang itu adalah
(w.235H); dianggap tokoh terpenting ALLAH, ALLAH mempunyai Kudrat
Muktazilah dan penyusun mazhabnya. dan kudrat itu adalah ALLAH sendiri.
2- Pergerakan Ahli Syurga dan Neraka
akan habis dan mereka menjadi kaku di
dalamnya (untuk mengelakkan Tasalsul

2
Hawadith).
3- Isbat Iradah bagi ALLAH yang
diciptaNya pada (bukan tempat).
4-Menyusun (Dalil Huduth) yang
menjadi asas semua aliran Ilmu Kalam.
5-Wajib mengenal ALLAH dengan 'aqal
sebelum datangnya Naqal
6-Al-Tahsin wa Al-Taqbih Al-'Aqliyyain
(Baik-Buruk ditentukan oleh 'aqal
semata-mata)
*doktrin 5&6 turut menjadi doktrin yang
diterima bersama seluruh Muktazilah
kemudiannya.
7- disyaratkan bagi Khabar itu mesti
diriwayatkan oleh 20 perawi yang salah
seorangnya Ahli Syurga dan dunia tidak
sunyi daripada seorang Wali yang
maksum.
8- Apa yang terhasil daripada perbuatan
makhluk maka ia perbuatannya
(Tawallud) kecuali: Warna, rasa, dan bau
selama dia tidak mengetahui kaifiatnya.
9- Rezeki adalah: (i) dari sudut apa yang
ALLAH ciptakan sebagai manfaat hamba
maka ia rezeki daripada ALLAH (ii) dari
sudut ia dilarang oleh ALLAH untuk kita
mengambilnya, maka apa yang Haram
tidak dinamakan rezeki.
10- Af'aal Al-Qulub (Amalan Hati):
Kemampuan bersama dengannya, bukan
sebelumnya berbeza dengan amalan
anggota yang boleh berlaku walaupun
setelah tiada kemampuan. Mayat menurut
qaulnya boleh melakukan amalan anggota
yang zahir.
AL-NAZZAMIYAH 1- ALLAH tidak mampu mencipta
nisbah kepada: Ibrahim bin Sayyar al- amalan hamba kerana Dia tidak mampu
Nazzam (w.231H) melakukan kezaliman (qaul ini
menyelisihi jumhur Muktazilah)
2-Makna Iradah ALLAH adalah: suruhan
dan laranganNya (Iradah Syar'iyah bukan
Kauniyah)
3- Semua amalan hamba adalah
(Pergerakan) termasuk (diam) iaitu:
(Pergerakan Tetap).
4-Insan itu hakikatnya adalah Ruh dan ia
adalah Jisim yang halus, adapun jasad
hanya bingkai, segala pergerakan
dilakukan oleh Ruh.
5-Menafikan (Juzuk Terkecil/Jauhar Al-

3
Fard)
6-Apa sahaja pergerakan yang melebihi
had kemampuannya akan kembali kepada
ciptaan ALLAH melalui (ciptaan
asal/tabii)
7- Makhluk diciptakan sekaligus; tertib
pada (kemunculan) bukan (kewujudan)
8-Al-Tafrah: sesuatu jisim boleh bergerak
dari (A) ke (C) tanpa melalui (B) iaitu
kawasan antara (A) dan (C).
9-Mukjizat Al-Quran hanya pada
perkhabaran ghaib, adapun susunan
ayatnya bukan Mukjizat, ia boleh
dilakukan manusia namun ALLAH
mengalih perhatian mereka daripada
melakukannya (Al-Sirfah)
10- Hujah adalah Qaul Imam Maksum
11- Menolak Qiyas dan Ijmak-Umat
boleh Ijmak atas kesalahan
12- Ingkar kewujudan Jin
13- Sesiapa yang mencuri atau merampas
harta orang tidak menjadi fasiq sehingga
jumlah harta itu mencecah nisab zakat.
AL-MA'MARIYAH 1-ALLAH hanya mencipta Jisim
nisbah kepada: Ma'mar bin 'Abbad 2- 'Aradh adalah infiniti (Ashabul
(w.220H) Ma'ani): "Gerakan menyelisihi diam
kerana makna selainnya, demikian juga
diam menyelisihi gerakan kerana ada
makna selainnya, dan kedua-duanya
saling berselisihan kerana makna
selainnya sehingga tiada penghujung"
3- Demikian juga sifat ALLAH: Dia
'Aalim kerana ilmu dan ilmu itu adalah
ilmu kerana makna yang lain, dan makna
itu juga kerana makna yang lain
seterusnya tanpa ada penghujung
4-Insan itu adalah: Jauhar; yang
melakukan perbuatannya secara ikhtiar
(bebas), tidak diam dan tidak bergerak,
tidak merasai, tidak dirasai, tidak tetap,
tidak tidak tetap, tidak dapat dilihat,
disentuh, tidak terlingkung dengan
zaman, dan ia mentadbir badan
5- Ingkar menamakan ALLAH dengan
Al-Qadim kerana memberikan fahaman
pendahuluan masa
AL-HISHAMIAH 1-Tidak boleh menggunakan lafaz
Nisbah kepada: Hisyam bin 'Amru Al- sandaran pada ALLAH seperti: ALLAH
Futi (w.226H) menyatukan hati kaum mukmini, kerana
hakikatnya ia perbuatan makhluk, mereka

4
yang menyatukan hati mereka. Hanya
boleh disebut semasa membaca ayat-ayat
al-Quran yang menyebutnya sahaja.
2-Hanya jisim yang menjadi dalil atas
kewujudan ALLAH
3-ALLAH sentiasa berkeadaan 'Aalim
(mengetahui) yakni: mengetahui bahawa
Dia esa tiada dua bagiNya. Adapun
menyebut: ALLAH sentiasa mengetahui
akan segala sesuatu, ini tidak dibenarkan
kerana melazimkan "sesuatu" itu wujud
bersamaan dengan ALLAH. Demikian
juga tidak boleh menyebut: ALLAH
mengetahui akan ada sesuatu.
Menurutnya: apa yang belum wujud tidak
dinamakan sesuatu, apa yang telah wujud
kemudian tidak wujud maka dinamakan
sesuatu ()
2-'Abbad bin Sulaiman (daripada
pengikutnya) menyatakan: Tidak boleh
dikatakan: "ALLAH sentiasa melihat dan
mendengar kerana itu melazimkan
adanya benda yang didengar dan dilihat
sejak azali
3-ALLAH 'Aalim tanpa ilmu, Qadir tanpa
qudrah, Hayy tanpa hayat, Samii' tanpa
sama' dan seterusnya (dinyatakan oleh
'Abbad)
4-Mengingkari ALLAH bersifat
(Mutakalliman) (dinyatakan oleh
'Abbad)
5-Tidak boleh menyatakan: ALLAH
sejak azali adalah Khaliq dan tidak boleh
juga menyebut: ALLAH sejak azali
bukan Khaliq,demikian pada semua Sifat
Fi'liah (dinyatakan oleh 'Abbad)
6- Dibenarkan kepada sesiapa sahaja
dalam kalangan muslimin membunuh
orang yang murtad
7- Imamah tidak sabit di zaman Fitnah.
Abu Bakar al-Asom pula menyatakan
Imamah hanya sabit dengan ijmak
seluruh Umat
8-Syurga dan Neraka belum diciptakan
lagi (menjadi ikutan Muktazilah
kemudianya)
9- Tidak boleh menyebut: ALLAH
mencipta Kafir kerana Kafir itu
merangkumi: Insan+Kufur dan ALLAH
tidak mencipta Kufur (dinyatakan oleh

5
'Abbad)
AL-JAHIZHIYAH 1- Semua pengetahuan manusia adalah
Nisbah kepada: Al-Jahiz; 'Amru bin tabi'ie
Bahr (w.256H) 2- Perbuatan manusia hanya kehendak
kemudian dari kehendak terhasil yang
lain secara tabi'at
3-Maksud ALLAH itu Muriid
(berkehendak) yakni: Dia tidak jahil,
tidak lupa, dan tidak dikalahkan
4- Ahli Neraka akan menjadi tabiat api
setelah lama terbakar
5- Kafir antara dua jenis: Mu'anid
(enggan) atau 'Arif yakni tahu akan
ALLAH namun kecintaan terhadap
agama kufurnya membutakan dia
daripada pengetahuan tersebut.
AL-JUBBAIYAH 1- Mengibastkan bagi ALLAH kehendak
Nisbah kepada: Abu 'Ali Muhammad yang banyak yang diciptaNya pada
bin Abdul Wahhab Al-Jubbaie (bukan tempat) apabila Dia berkehendak,
(w.303H) demikian ALLAH mencipta
('Azomah/Keagungan) pada bukan
tempat yang dengannya Dia agungkan
diriNya, ALLAH mencipta (Fana') pada
bukan tempat bila Dia hendak
memusnahkan.
2- ALLAH mencipta kalam pada tempat
3-Al-Aslah (Perbuatan Terbaik) adalah:
apa yang paling baik pada hasilnya dan
terbaik pada masa kejadian walaupun ia
menyakitkan dan dibenci
4-ALLAH Qadir, Hayy, 'Aalim kerana
zatNya
5-Mengingkari Karamah Wali dan
ghuluw dalam 'Ismah Nabi di mana
menurutnya; Nabi tidak boleh ada
kecenderungan sekalipun kepada maksiat
AL-BAHSYAMIYAH Menyetujui pandangan ayahnya namun
Nisbah kepada Abu Hasyim Abdul mempunyai pandangan berkenaan:
Salam Al-Jubbaie, anak Abu 'Ali al- 1- (Hal) iaitu keadaan antara wujud dan
Jubbaie (w.321H) 'adam (tidak wujud) yang disebut sebagai
(berkenadaan-Al-Kaun); maka ALLAH
itu 'Aalim kerana mempunyai keadaan
(Hal) ilmu (Kaunuhu 'Aaliman), dan
seterusnya
2-ALLAH tidak mampu menghapuskan
satu zarah dalam keadaan baki yang lain
masih ada, hendaklah Dia musnahkan
seluruhnya serentak
3-Seseorang berhak mendapat azab dan
hukuman bukan atas perbuatan

6
4-Seseorang yang tidak melakukan apa
yang diperintahkan kepadanya adalah
('Aasi)walaupun tidak melakukan maksiat
dan tidak dinamakan seseorang itu
(Muthi') kecuali dia melakukan ketaatan
5-Taubat tidak diterima dalam keadaan
pelaku itu masih berterusan atas maksiat
yang lain
6- Taubat tidak diterima selepas tidak
mampu melakukannya lagi; maka taubat
pencuri tidak diterima setelah dia
dipotong tangan misalny, taubat penzina
tidak lagi diterima apabila dia telah mati
pucuk dan tidak mampu berzina, dan
seterusnya.

FIRQAH-FIRQAH MUKTAZILAH BAGHDAD

FIRQAH DOKTRIN
AL-BISYRIYAH 1- Mengadakan bid'ah: (Al-Tawallud)
Nisbah kepada: Bisyar bin Al- yakni: segala yang terhasil daripada
Mu'tamir, pengasas aliran Baghdad amalan hamba seperti rasa, bau, warna,
pendengaran, penglihatan, basah, dan
kering adalah ciptaan makhluk.
2-Mengadakan Bid'ah (Al-Lutf): yakni:
ALLAH mempunyai satu kelembutan
yang jika Dia lakukannya, seluruh kaum
Kafir akan beriman, namun yang wajib
atas ALLAH hanya memberikan
kemampuan dan menghilangkan
halangan bagi seorang hamba mencapai
hidayah
3- Istito'ah (kemampuan) itu tidak lain
daripada sempurna pancaindera dan tiada
halangan
4-ALLAH berkuasa mengazab kanak-
kanak dan jika Dia melakukannya maka
Dia zalim atas perbuatanNya itu
5-Iradah ALLAH ada dua: (i) Sifat Zat:
iaitu ALLAH sentiasa berkehendak akan
perbuatanNya dan ia tidak ada kaitan
dengan kemaksiatan hamba (ii) Sifat Fi'il
iaitu perbuatanNya yang Dia ciptakan
apabila Dia hendak mencipta sesuatu,
maka ia dicipta sebelum mencipta sesuatu
6-Jika seorang hamba bertaubat daripada
sesuatu dosa kemudian mengulanginya
maka dia berhak dihukum atas dosa
terdahulu atau dia bertaubat kemudian

7
melakukan dosa lain maka dia berhak
diazab atas dosa dahulu dan baharu.
AL-MARDARIYAH 1-ALLAH berkuasa untuk menipu dan
Nisbah kepada: Abu Musa 'Isa bin melakukan kezaliman
Subaih Al-Mardar (w.226H)-digelar: 2- Bersetuju dengan Bisyr dalam masalah
Rahib Muktazilah (Tawallud) dan menambah: boleh
berlakunya perbuatan daripada dua
pembuat dengan jalan (Tawallud)
3-Manusia boleh membuat seperti al-
Quran dari sudut balaghah dan
fasahahnya kerana ia makhluk
3- Mengkafirkan sesiapa yang bersama
dengan pemerintah
4- Mengkafirkan sesiapa sahaja yang
menyelisihi 'aqidah Muktazilah dalam
masalah Tauhid dan Al-'Adl
5-Sesiapa yang syak akan kafirnya
mereka yang dihukum kafir tadi adalah
Kafir demikian yang syak pada kufurnya
orang yang syak tadi sehingga seterusnya.
AL-TSUMAMIAH 1- Perbuatan yang terhasil daripada
Nisbah kepada: Tsumamah bin Al- (Tawallud) tiadak ada (pembuat)
Asyras (w.213H)-Imam besar 2- Makrifah terhasil daripada pengkajian
Muktazilah di zaman Al-Makmun, Al- secara tawallud dan ia dharuri
Mu'tasim, dan Al-Wathiq 3- Atas dasar itu; orang kafir yang tidak
mengenal ALLAH adalah diberi uzur dan
mereka diciptakan sebagai bahan jenaka
seperti haiwan
4- Semua kaum kafir: Yahudi, Majusi,
Musyrikun,Nasrani, Zindiq, dan Atheis
akan menjadi tanah di Hari Kiamat
5-Perbuatan manusia adalah secara
(tawallud) daripada Iradatnya
6-Kerajaan yang tidak beraqidah
Muktazilah adalah (Dar Syirik)
7-Mengharamkan perhambaan.
AL-JA'FARIYAH 1-Menurut Ibnu Mubasysyir: Fasiq lebih
Nisbah kepada: Ja'far bin Harb teruk daripada Kafir asli
(w236H) dan Ja'far bin Mubasysyir 2-Ingkar Had Peminum Arak
(w.234H) (dikenali sebagai: Al- 3-Sesiapa mencuri walau sebesar biji
Ja'faran (dua orang Ja'far) gandum adalah fasiq kekal dalam Neraka
4-Kekalnya pelaku dosa besar dalam
Neraka adalah berdasarkan 'aqal bukan
Syarak
5- Jika seorang lelaki meminang seorang
wanita kemudian berzina dalam tempoh
pertunangan maka lelaki sahaja wajib
dihad, wanita tidak dikenakan had
6-Menurut al-Ja'faran: ALLAH
menciptakan Al-Quran di Lauh Mahfuz

8
dan tidak boleh dipindahkan darinya,
adapun apa yang kita baca sekarang
adalah Hikayat sahaja dan ia makhluk
ciptaan manusia
7-Menurut Ja'far Ibnu Harb: sebahagian
jumlah (ayat) bukan jumlah itu sendiri
dan orang yang dihalang melakukan
sesuatu tindakan mempunyai kemampuan
melakukan tindakan tersebut dan tidak
mampu atas perkara lain.
AL-ISKAFIAH 1-ALLAH hanya berkuasa melakukan
Nisbah kepada: Muhammad bin kezaliman (mencipta amalan maksiat)
Abdullah Al-Iskafi (w.245H) pada orang beraqal bukan pada kanak-
kanak
2-ALLAH disifatkan sebagai (Mukallim)
tetapi tidak sebagai (Mutakallim) kerana
Kalam tidak berdiri dengan zat ALLAH
AL-KHAYYATIAH 1-Melampau dalam mengisbatkan
Nisbah kepada: Al-Khayyat;Abdul (Ma'dum) sebagai (Syai`) Menurutnya:
Rahim bin Muhammad bin Usman Jisim adalah jisim pada hal 'adamnya,
(w.290H) Jauhar adalah Jauhar, dan 'Aradh adalah
'Aradh pada hal 'adam, hanya yang tiada
padanya: (Wujud)
2- Mengingkari Khabar Ahad secara total
AL-KA'BIYAH 1-Maksud ALLAH melihat dan
Nisbah kepada: Abul Qasim Al-Balkhi mendengar adalah Mengetahui maka dia
Al-Ka'bi; Abdullah bin Ahmad bin mengembalikan seluruh keadaan ALLAH
Mahmud (w.319H)-Murid Al- sebagai: Sami'an dan Basiiran kepada
Khayyath dan bersama dengannya makna 'Aaliman
atas mazhabnya 2- Tuhan tidak ada Iradat; maksud Tuhan
berkehendak adalah Dia melakukan
sesuatu
3-Orang mati dibunuh tidak mati atas
ajalnya
4-Mewajibkan ALLAH melakukan yang
Aslah dalam masalah Taklif
5-Istito'ah adalah: sejahtera pancaindera
dan hilang halangan

*Antara aliran Basrah dengan aliran Baghdad berlaku pertembungan dan


saling kafir mengkafir seperti Bisyr bin Al-Mu'tamir mengkafirkan Abul
Huzail, dan demikian sesama aliran seperti Al-Nazzam yang dikafirkan
sejumlah Muktazilah yang lain, bahkan diriwayatkan Abu Hasyim
mengkafirkan bapanya;Abu 'Ali Al-Jubbaie. Wallahua'lam.

9
SENARAI ULAMA MUKTAZILAH

MUKTAZILAH BASRAH:

1. Wasil bin Atho' (Pengasas Muktazilah) w.131H


i. Usman Al-Tawil
ii. Hafs bin Salim
iii. Al-Hasan bin Zakwan
2. 'Amru bin 'Ubaid (Pengasas bersama Muktazilah)-w.142H
i. Khalid bin Safwan
ii. Ibrahim bin Yahya Al-Madani
3. Abul Huzail Al-'Allaf w.235H
4. Abu Bakr Al-Asom
5. Ma'mar bin 'Abbad w.220H
6. Ibrahim bin Sayyar Al-Nazzam w.231H
i. Al-Jahiz;'Amru bin Bahr (w.256H)
7. Al-Syahham
8. Bisyr bin Al-Mu'tamir (Pengasas Muktazilah Baghdad)
i. Al-Uswari (w.240H)
9. Hisyam Al-Futhi- w.226H
i. 'Abbad bin Sulaiman (w.250H)
10. Abu 'Ali Muhammad bin Abdul Wahhab Al-Jubbaie w.303 H
11. Abu Hasyim Al-Jubbaie w.321H
12. Abul Qasim Al-Sairafi
13. Al-Husain Al-Basri
14. Abu Umar Al-Sairafi

MUKTAZILAH BAGHDAD:

1. Bisyr bin Al-Mu'tamir (w.210H)-Pengasas Muktazilah Baghdad


a. Abu Musa Al-Mardar (w.226H)
i. Ja'far bin Harb (236H)
ii. Ja'far bin Mubasysyir (w.234H)
b. Ahmad bin Abi Duad (w.240H) Qadhi Qudhat yang
bertanggungjawab menyeksa Imam Ahmad ibnu Hanbal
c. Tusmamah bin Al-Asyras (w.213H)- bertanggungjawab
menggalakkan Al-Ma'mun menzahirkan 'aqidah Muktazilah
2. Abu Ja'far Al-Iskafi (w.240H)
a. Abul Qasim Al-Iskafi
3. Isa bin Al-Haitham Al-Sufi
4. Al-Khayyath (w.290H)
a. Abul Qasim Al-Balkhi Al-Ka'bi (w.319H)
5. Abu Ishaq bin 'Ayyash
6. Abu 'Abdillah Al-Basri (w.369H)
7. Al-Qadhi 'Abdul Jabbar Al-Hamazani (w.415H)

01
8. Abul Hasan Al-Hisni
9. Abu Rasyid Sa'id bin Muhammad Al-Naisaburi
10. Abu Yusuf Al-Qazwini (w.488H)
11. Abu Muhammad Abdullah bin Sa'id Al-Lubba
12. Abul Qasim Al-Tanukhi (w.447H)
13. Al-Syarif Al-Murtadha Ulama Syi'ah Rafidhah

Rujukan:

Tobaqat Al-Muktazilah-Al-Qadhi Abdul Jabbar Al-Muktazili


Al-Milal wan Nihal-Abul Fath Al-Syahrastani Al-Asy'ari
Al-Farqu Bainal Firaq- Abdul Qahir Al-Baghdadi Al-Asy'ari
I'tiqadat Firaqil Muslimin wal Musyrikin- Fakhruddin Al-Razi Al-Asy'ari
Maqalat Al-Islamiyin wa Ikhtilaf Al-Musollin- Abul Hasan 'Ali bin Ismail Al-Asy'ari
Zikrul Muktazilah- Abul Qasim Al-Balkhi Al-Ka'bi Al-Muktazili
Majmu' Fis Sifat Al-Ilahiyah- Muhammad bin Khalifah Al-Tamimi

00

Você também pode gostar