Você está na página 1de 2

ASAS SIMPULAN DAN IKATAN

Empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan, :

Simpulan (knotting), Biasanya simpulan menggunakan tali


yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-
benda yang kecil dan sederhana.Terdapat pada ikatan tali atau
tambang yang dilakukan secara sengaja untuk tujuan tertentu.
Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih,
simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya.
Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di
rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan
jahitan.

Ikatan Penyambung (Bends) Ikatan digunakan untuk


menyambung dua tali atau tambang untuk menghasilkan tali
gabungan yang panjang. Ikatan ini digunakan untuk dua jenis tali
yang mempunyai saiz yang berbeza. Contohnya ikatan Bunga Geti
(Sheets Bends)

Simpul Pengikat (Hitches)Simpul yang digunakan untuk


mengikat atau menyatukan atau menahan objek lain dengan
objek yang lain ataupun dengan tali atau objek yang lain.

Mematikan hujung tali (whipping) Berfungsi untuk


memastikan tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya
hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati
selit.
ASAS PERKHEMAHAN
Pengenalan
Perkara paling asas dalam rekreasi luar ini ialah perkhemahan.
Khemah atau juga dengan maksud lain adalah tempat
perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai
kemudahan asas.

Jenis-Jenis Khemah iaitu :


A Shape
Igloo

Doom

Você também pode gostar