Você está na página 1de 1

PENGGUNAAN PETA BULATAN I-THINK UNTUK MENINGKATKAN

PRESTASI DAN MINAT MURID TAHUN EMPAT DALAM

TOPIK PROSES HIDUP MANUSIA

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan minat murid tahun empat

dengan menggunakan peta bulatan i-Think dalam topik Proses Hidup Manusia. Seramai 10 orang

murid Tahun 4 dari salah sebuah sekolah di kawasan Gelugor yang terdiri daripada lima lelaki

dan lima perempuan telah dipilih berdasarkan keputusan yang lemah dalam subjek Sains dalam

Ujian Penilaian 1. Kajian ini dijalankan selama 10 minggu. Kaedah pengumpulan data yang

digunakan dalam kajian ini adalah ujian diagnostik, soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Data

yang diperoleh daripada ujian dianalisis secara kuantitatif dengan mengira peratus dan nilai min.

Data tersebut kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Data yang diperoleh

melalui soal selidik turut dianalisis secara kuantitatif dengan mengira frekuensi, peratus dan nilai

min bagi setiap item. Temu bual pula dianalisis secara kualitatif dan pemerhatian telah dianalisis

secara kuantitatif. Analisis terhadap nilai min markah ujian diagnostik berbanding ujian penilaian

1 menunjukkan peningkatan dari 61.8 peratus kepada 76 peratus. Data soal selidik dan temu bual

juga menunjukkan kesemua peserta kajian bersetuju bahawa kaedah penggunaan peta bulatan

i-Think membantu dalam meningkatkan prestasi dan minat dalam topik Proses Hidup Manusia.

Data pemerhatian juga menunjukkan tingkah laku yang positif terhadap kaedah penggunaan peta

bulatan i-Think dalam topik Proses Hidup Manusia. Sebagai tindakan susulan, kaedah

penggunaan peta bulatan i-Think boleh digunakan dalam topik Sains lain untuk meningkatkan

prestasi dan minat murid-murid.

vi

Você também pode gostar