Você está na página 1de 28

SMK DATO SHEIKH

AHMAD

NINA ROHIELA
BINTI ABD KOHAR

ADAT
PERKAHWINAN
MASYARAKAT CINA
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2015

MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)

TAJUK

NAMA CALON NINA ROHIELA BINTI ABD KOHAR

NOMBOR
KAD PENGENALAN 960128-09-5124

ANGKA GILIRAN SR0002 / 1013

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO SHEIKH


ALAMAT SEKOLAH/ AHMAD, 02600,
ALAMAT CALON
ARAU, PERLIS

NAMA GURU/PENILAI PUAN YASMIN YONG

TANDATANGAN
GURU/PENILAI

TARIKH

MARKAH / 55
BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2015
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon,
dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa. Kegagalan calon
menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk
kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon Nina Rohiela Binti Abd Kohar


No. Kad Pengenalan Calon 960128-09-5124
Angka Giliran Calon SR0002/ 1013
Nama Pusat PBS Calon Sekolah Menengah Kebangsaan Dato SheikhAhmad+

Makluman kepada calon:


Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk
meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara
sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:


Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja
kursus .......................................... tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan
bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ........................... di sekolah (untuk
calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa
kerja kursus mata pelajaran ......................................... (untuk calon persendirian individu).

Tandatangan Calon
Tarikh

Perakuan oleh Guru/Penilai:


Saya mengesahkan bahawa kerja kursus ........................................................ telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa
sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 2 TAHUN 2015
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran: SR0002/1013 No. Kad Pengenalan: 960128-09-5124

Aktiviti dalam Penghasilan


Kerja Kursus Tandatangan Tandatangan
Tarikh Ulasan Guru
Guru calon
(diisi oleh calon)

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)


Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Pengajian Am
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Am Tahun 2013 mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: .....................................
Nama Guru: ................................................
Tarikh: .......................................
Cap Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama kerja kursus (kerja projek).
BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 2 TAHUN 2015
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon: .. Angka Giliran: ....................
No. Kad Pengenalan: .

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)


Kriteria Penilaian Markah Markah Markah
Penuh Guru/Pemeriksa Penyelaras
A. Penulisan
1. Sinopsis 2
2. Kandungan (butiran dan muka surat) -
3. Penghargaan -
4. Pengenalan 2
5. Objektif Kajian 2
6. Lokasi Kajian 2
7. Kaedah Kajian 5
8. Dapatan Kajian dan Perbincangan 15
9. Rumusan dan Kesimpulan 3
10. Bibliografi/Rujukan 2
11. Lampiran (jika perlu) -
B. Sesi Pembentangan dan Soal Jawab
1. Pembentangan 4
2. Kreativiti Persembahan 3
3. Keterampilan 2
4. Soal jawab 8
C. Impak Keseluruhan 5
Jumlah Markah 55
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan Saya mengesahkan bahawa markah dan
butiran di atas adalah benar. butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa: ... Tandatangan Penyelaras: ...................................
Nama:.................................................................... Nama: ...........................................................
No. Kad Pengenalan: ......................................... .... No. Kad Pengenalan: .........................................
Tarikh: ............................................................... Tarikh: ..............................................................
No. Telefon (sekolah): ....................................... No. Telefon (sekolah): ......................................
(bimbit): ....................................... (bimbit): .......................................
Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian
e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
960128-09-5124

1.0 PENGENALAN

Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia juga
dikenali sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai latar belakang.
Oleh sebab itu, setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza satu sama
lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali berbeza dari segi adat dan budaya. Selain itu,
adat resam juga merupakan upacara-upacara dalam pusingan kehidupan seseorang manusia
misalnya adat kelahiran, adat berkhatan ( untuk orang Islam ), adat perkahwinan dan adat
kematian serta memperingatinya setiap tahun.

Kajian yang dilaksanakan ialah berkaitan adat perkahwinan masyarakat Cina.


Perkahwinan membawa maksud sebagai rentetan upacara adat yang memberikan pengiktirafan
rasmi kepada hubungan antara lelaki dan perempuan dewasa dalam sesebuah keluarga. Ini
bermaksud bahawa perkahwinan boleh menyatukan lelaki dan wanita dewasa mengadakan
hubungan seks sebagai suami isteri dan berkongsi hidup dengan mengatur hak-hak ekonomi di
antara mereka. Perkahwinan ini juga melibatkan satu bentuk kontrak atau perjanjian di antara
kedua-dua belah pihak dan dijalin dengan harapan hubungan tersebut akan berkekalan. Bagi
masayarakat cina alam perkahwinan merupakan satu alam yang boleh membawa perubahan
besar di dalam hidup mereka. Ini kerana perkahwinan ini merupakan satu ikatan yang boleh
mengekalkan institusi keluarga kerana keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu
generasi ke satu generasi lain.

Kamus Dewan telah mentafsirkan istilah adat resam sebagai adat kebiasaan, aturan-
aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah
menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun (Teuku Iskandar,
1984,). Pentafsiran yang pelbagai tentang adat resam menunjukkan bahawa setiap masyarakat
yang mengamalkan sesuatu adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Hal ini
memperlihatkan kehidupan mereka adalah berlandaskan norma-norma kehidupan positif yang
perlu dipatuhi. Adat resam dalam suku bangsa itu juga berlainan cara perlaksanaan dan
pemakaiannya. Namun, semua itu mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membentuk satu
masyarakat yang maju, dinamik dan progresif.
960128-09-5124

Pendapat di atas berlainan pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam adalah
kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh masyarakat
sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974). Dalam pergaulan hidup itu
tumbuh dan berkembang kegiatan atau tingkah laku yang menjadi kebiasaan kerana dilakukan
berulang kali. Kebiasaan yang sudah tradisional dijadikan normatif , lalu berubah menjadi adat
resam. Sesungguhnya adat berasal dari perkataan Arab iaitu kebiasaan, lembaga, resam,
peraturan hukum dan tabiat (Sidi Gazalba, 1974).

Adat resam juga merupakan upacara dalam kalendar kehidupan sepanjang tahun.
Contohnya, adat mengenai pertanian dari menanam hingga menuai padi dan upacara puja pantai
bagi para nelayan. Terdapat juga adat yang merupakan perayaan tahunan seperti menyambut
Tahun Baru Cina atau Kristian, perayaan Hari Raya Puasa Islam, perayaan Thaipusam dan
Deepavali Tamil atau perayaan Gawai Iban dan Keamatan Kadazandusun. Semua adat resam ini
adalah cerminan budi bahasa.

Menurut masyarakat cina sesuatu perkahwinan perlu dirancang dan diatur sebaik-
baiknya mengikut aturan adat kerana berdasarkan kepercayaan, mereka mengganggap sesebuah
perkahwinan yang tidak mengikut aturan adat di anggap tidak sah. Bentuk perkahwinan yang
diamalkan oleh masyarakat cina terdapat dua jenis iaitu perkahwinan eksplisit iaitu perkahwinan
yang diatur oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan berkahwinan implisit iaitu
perkahwinan yang memberi kebebasan kepada kedua-dua lelaki dan perempaun untuk membuat
pilihan pasangan masing-masing. Adat resam perkahwinan masyarakat cina merangkumi upacara
awal perkahwinan, upacara semasa perkahwinan dan upacara selepas perkahwinan.

Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses


kehidupan mereka seperti juga lain-lain kaum. Masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang
perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan adat kaum Cina ialah
suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan Feng Shui. Pengaruhnya
Feng Shui masih menebal dalam kalangan mereka pada hari ini. Lazimnya adat istiadat Cina
dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina.
Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka
mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat.
960128-09-5124

Adat resam orang Cina terdiri daripada pelbagai kepercayaan tentang alam dan campuran
falsafah serta etika dari ahli-ahli fikir zaman kuno serta agama Buddha. Tanpa kepercayaan
khusus tentang Tuhan maka keluarga dan negara menjadi tumpuan pemujaan mereka. Dalam
keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan pemujaan. Ia ditandakan oleh sekeping Papan
Peringatan ( tablet ) yang dicatatkan nama keturunannya. Papan ini merupakan tumpuan
penyembahan keluarga dan diletakkan di ruang tamu rumah. Setelah beberapa generasi barulah
papan ini disimpan di rumah klen ( huay kuan ) ataupun di rumah tokong.

Masyarakat Cina mempunyai banyak kepercayaan dan amalan yang diamalkan sejak
beberapa generasi dahulu. Adat dan pantang larang yang diamalkan menunjukkan identiti dan
warisan masyarakat Cina. Setiap amalan dan adat masyarakat Cina ini mempunyai pengertian
dan signifikan yang tersendiri bukansahaja melambangkan norma- norma yang wujud di dalam
masyarakat cinabahkan mempamerkan terhadap nilai amalan yang menjadi peganganmasyarakat
Cina. Namun begitu sesetengah adat dan pantang larang ini tidak lagi diteruskan selaras dengan
perubahan zaman dan masa.

Perkahwinan masyarakat Cina menjadi satu adat resam antara tahun 411-221 SM.
Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin.
Sebaliknya keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan bagi
masyarakat Cina mempunyai amalan yang unik yang menjadi adat dalam sesebuah perkahwinan
. Selain itu perkahwinan juga dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik
keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya. Upacara minum teh sangat penting dalam adat
perkahwinan cina kerana melalui upacara itu nilai hormat menghormati kepada orang tua perlu
dikekalkan walaupun sudah berumah tangga untuk menjamin keharmonian rumah tangga yang
dibina.

Adat perkahwinan cina sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan adat perkahwinan
melayu. Adat perkahwinan cina mempunyai adat merisik, adat meminang, bertunang dan
menghantar tanda dan mas kahwin.Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang
yang agak unik. Kehidupan seharian mereka dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib.
960128-09-5124

Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti amalan adat resam perkahwinan
dan mengkaji kesan adat perkahwinan dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Bunga Padi,
Kangar, Perlis. Seterusnya, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauhmana tahap
pengamalan adat resam oleh masyarakat Cina pada masa kini serta kajian yang pengkaji ingin
lakukan masih belum pernah dijalankan di kawasan kajian. Di samping itu, lokasi kajian ini
berdekatan dengan tempat tinggal pengkaji.

Pengkaji berasa sangat bertuah kerana melalui tugasan ini pengkaji boleh mengetahui
serba sedikit tentang perkahwinan masyarakat Cina selain melayu yang terdapat di negara ini.
Walaupun terdapat segelintir masyarakat yang tidak berminat untuk mengetahui dan
mempelajari adat bangsa lain, namun sebagai rakyat yang hidup berbilang kaum, kita harus
belajar budaya masyarakat lain selain dari suku kaum kita demi memupuk semangat perpaduan.
Dengan membuat kajian tentang budaya dan adat istiadat pekahwinan masyarakat cina ini,
pengkaji dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang upacara, adat, peralatan serta pantang
larang yang terdapat semasa perkahwinan ini.
960128-09-5124

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah untuk

1. Mengenalpasti amalan adat perkahwinan dalam kalangan masyarakarat Cina di Taman Bunga

Padi, Kangar, Perlis

2. Mengkaji kesan adat perkahwinan dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Bunga Padi,

Kangar, Perlis.
960128-09-5124

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 PETA

PETA 1 : PETA NEGERI PERLIS

SUMBER :GOOGLE MAP

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah
yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh
selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih
pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat
tempatan.Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri
tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri
Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri
Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil
dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara
sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat,
di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis
960128-09-5124

sebenarnya lebih luas dari itu. Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada
tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran,
akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada
pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis. Bagi negeri Perlis,
Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai
timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat
pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.
960128-09-5124

PETA 2 : PETA DAERAH KANGAR PERLIS

SUMBER : GOOGLE MAP

Kangar merupakan ibu negeri Perlis, Malaysia. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 48,898
orang (2004). Ia terletak di titik paling utara di Semenanjung Malaysia dan terdapat di sepanjang
Sungai Perlis. Kawasan pusat bandar di Kangar ialah Mukim Sena, yang menerima nama jolokan
sebagai "Uptown Sena". Kangar merupakan pusat pentadbiran negeri Perlis dan berperanan
sebagai pusat perdagangan utama. Kangar terletak di dalam 5 mukim iaitu Sena, Kechor, Wang
Bintong, Seriab dan Utan Aji. Kangar merupakan kawasan yang paling padat dengan
pembangunan di Perlis.Kangar di buka oleh Tok Peduka.Kewujudan Bandar Kangar semenjak
350 tahun dahulu iaitu dalam tahun 1653 adalah apabila Kota Sena yang dibina sebagai pusat
pemerintahan pada awalnya diduduki oleh Sultan Kedah ke-14 iaitu Sultan Muhyiddin Mansor
Shah. Kangar suatu ketika dahulu merupakan sebuah pelabuhan darat (Pangkalan) di mana
perahu dan tongkang berlabuh. Ini adalah kerana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui
Bandar Kangar terus ke Kuala Perlis iaitu Sungai Perlis.
960128-09-5124

PELAN 1 : LOKASI TAMAN BUNGA PADI, KANGAR, PERLIS

SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015

Pelan 1 menunjukkan lokasi kajian. Lokasi kajian tersebut terletak di Taman Bunga
Padi, Kangar, Perlis. Taman Bunga Padi ini berhampiran dengan Taman Bunga Raya, Taman Sri
Kenanga dan Taman Mas Jaya. Jarak antara Taman Bunga Padi ke Bandar Kangar adalah kira-
kira 3 kilometer sahaja. Selain itu, anggaran bilangan penduduk yang tinggal di kawasan ini
adalah 200 orang sahaja yang terdiri daripada pelbagai kaum tetapi majoritinya ialah masyarakat
Cina,diikuti oleh masyarakat Melayu dan masyarakat India. Pekerjaan penduduk adalah seperti
bekerja sendiri, berniaga dan berkebun. Lokasi kajian yang dipilih juga terletak berhampiran
Sekolah Rendah Kebangsaan Stella Maris, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah
Menengah Putra. Kawasan perumahan ini dijadikan lokasi kajian kerana ia berhampiran dengan
rumah pengkaji. Dengan itu, ia dapat membantu untuk memperoleh maklumat dengan lebih
mudah serta tidak menimbulkan masalah untuk menjalankan kajian ini.
960128-09-5124

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh pengkaji. Metodologi kajian
digunakan untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Metodologi ini
dijalankan dengan menggunakan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif
dijalankan dengan membuat pemerhatian, temu bual dan rujukan bagi mendapatkan suasana
yang sebenar berkaitan kajian itu. Selain itu, melalui kaedah kuantitatif iaitu dengan
menyediakan borang soal selidik ia dapat mengumpul data serta menganalisis maklumat dengan
lebih jelas. Kaedah kuantitatif dan kuali yang digunakan oleh pengkaji ditunjukkan dalam jadual
di bawah :

Kuantitatif Kualitatif
Soal Selidik Pemerhatian
Temu bual
Rujukan

4.1 SOAL SELIDIK

Kaedah soal selidik dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan
betul. Dalam kaedah ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik untuk memudahkan lagi
kajian yang hendak dijalankan. Soalan dibentuk sebagai borang soal selidik yang sesuai dengan
tajuk yang dikaji dan dapat memenuhi objektif kajian. Pengkaji telah mengedarkan borang soal
selidik kepada 30 orang responden di kawasan kajian, iaitu di Taman Bunga Padi, Kangar, Perlis.

Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang mewakili
10 orang dalam kategori umur 20 hingga 30, 10 orang dalam kategori umur 31 hingga 41,
manakala kategori 42 hingga 50 seramai 10 orang. Tujuannya adalah untuk melihat dan
memudahkan pengkaji untuk mengkaji data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya.
Kesemua responden ini telah dipilih secara random dari segi umur dan jantina. Tiada masalah
yang dialami sepanjang sesi soal selidik.
960128-09-5124

Soalan dalam borang soal selidik menggunakan skala likert 3 poin . Skala Likert adalah
suatu skala psikometrik yang umum digunakan dalam kuesioner, dan merupakan skala yang
paling banyak digunakan dalam riset berupa survei. Nama skala ini diambil dari nama Rensis
Likert, pendidik dan ahli psikolog Amerika Syarikat. Skala Likert digunakan untuk mengukur
sikap, pendapat, dan persepsi seseorang atau sekelompok orang tentang fenomena sosial. Dengan
Skala Likert, variabel yang akan diukur digambarkan menjadi indikator variabel. Skala yang
digunakan oleh pengkaji ditunjukkan dalam jadual dibawah :

SKALA PENYATAAN
1 Tidak Setuju
2 Setuju
3 Sangat Setuju

4.2 PEMERHATIAN

Pemerhatian adalah satu kaedah memerhati, mencatat dan merekod peristiwa dan tingkahlaku
dalam bidang yang dikaji .Melalui pemerhatian, pengkaji dapat mengamati sesuatu tingkah laku
atau rutin responden yang berpantang selepas bersalin. Peranan pengkaji ialah sebagai pemerhati
terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku responden.

Pengkaji telah melihat beberapa upacara yang diadakan pada hari perkahwinan, pengantin
lelaki akan pergi menjemput pengantin perempuan terlebih dahulu bersama dengan rombongan
pihak lelaki. Rombongan ini kebiasaannya diiringi kereta yang berhias. Setelah sampai di rumah
pengantin perempuan pengantin lelaki hendaklah menempuh segala halangan sebelum
menjemput pengantin perempuan ke rumahnya. Halangan yang biasanya ditempuh adalah seperti
dikenakan bayaran atau diminta melakukan apa sahaja oleh pihak pengantin perempuan.
960128-09-5124

Hantaran yang biasa diberikan seperti tebu yang memberi erti kepada agar dipanjangkan umur.
Manakala, hantaran lain yang biasa diberikan ialah barang-barang manis seperti buah-buahan,
manisan, kek dan sebagainya. Mengikut kepercayaan mereka, dengan memberi hantaran
sedemikian, mereka akan memperoleh kehidupan yang baik dan sempurna pada masa akan
datang.

Bil. Tarikh Perkara


1
2

4.3 TEMUBUAL

Pengkaji menyediakan 5 soalan kepada 5 orang responden, berkaitan pantang larang dan apa
yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan tersebut. Dengan
menggunakan kaedah ini, pengkaji dapat mengukuhkan lagi dapatan kajian yang diperoleh .
Analisis bagi kaedah temu bual yang dilakukan oleh pengkaji dipaparkan dalam jadual .

Bil. Tarikh Informen


1
2
960128-09-5124

4.0 RUJUKAN

Bagi melengkapkan lagi kajian pengkaji , pengkaji telah menggunakan pelbagai


sumber seperti internet dan bahan ilmiah . Kebanyakan info yang pengkaji dapati terdapat di
dalam blog . Perkara ini dapat memudahkan lagi kerja pengkaji untuk menyiapkan kerja kursus
ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh guru . Pengkaji juga telah menggunakan Kamus
Dewan Bahasa Edisi Keempat untuk mencari definisi perkataan yang sering digunakan oleh
pengkaji di dalam kajian ini . Pengkaji telah mencari beberapa buku yang berkaitan dengan
kajian ini sebagai rujukan dan pertunjuk supaya kajian ini lebih tersusun dan sempurna. Antara
buku yang telah dirujuk oleh pengkaji sebelum memulakan kajian ini adalah, buku yang bertajuk
Adat dan Pantang Larang Orang Cina, yang telah diselenggara oleh Ann Wan Seng, terbitan
Fajar Bakti. Pengkaji juga telah mengambil beberapa bahan kajian daripada internet.
Selain itu, pengkaji juga mengambil sedikit daripada Wikipedia. Setelah membaca serba sedikit
dari Wikipedia pengkaji dapat mengetahui sedikit sebanyak fakta tentang adat perkahwinan
orang Cina yang menjadi subjek pengkaji. .
960128-09-5124

Sekolah Menengah Kebangsaan DatoSheikh Ahmad, Arau, Perlis

Borang Soal Selidik Pengajian Am

Kajian Adat Perkahwinan Dalam Kalangan Masyarakat Cina

Di Taman Bunga Padi, Kangar, Perlis.

Arahan.

Sila tandakan (X) pada petak yang disediakan.

A. Demografi

1. Jantina 3. Pekerjaan

Lelaki Tidak Bekerja

Perempuan Swasta

Kerajaan

2. Umur Kerja Sendiri

<20 Tahun

20-29 Tahun

30-39 Tahun

40-49 Tahun

>50 Tahun
960128-09-5124

ARAHAN : Pilih salah satu jawapan sahaja. Tandakan ( ) di petak berkenaan

1- Sangat Setuju

2- Setuju

3- Tidak Setuju

B. Amalan perkahwinan dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Bunga Padi,

Kangar, Perlis.

BIL SOALAN 1 2 3
1. Ibu bapa akan dihantar untuk merisik latar belakang bakal pengantin.
2. Wakil akan dihantar untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara bekaitan perkahwinan.
3. Saya menggunakan khidmat tukang tilik untuk penetapan tarikh
pertunangan dan perkahwinan
4. Saya amat menitikberatkan tarikh pemilihan hari perkahwinan.
5. Saya akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat
Foon Ching Su dihadapan beberapa orang saksi
6. Saya menjalankan upacara minum teh yang melambangkan penerimaan
pasangan pengantin.
7. Pengantin perempuan akan memakai pakaian yang diperbuat daripada
kain sutera dan disulam benang emas serta dihias dengan pelbagai
aksesori pada hari perkahwinan berlangsung.
8. Pasangan masih mengamalkan adat menyikat rambut yang akan
dilakukan oleh seorang mak andam berpengalaman.
9. Saya akan menyalakan Lilin Naga dan Pheonix pada malam hari
perkahwinan di meja sembahyang leluhur.
10. Saya melakukan upacara pemujaan nenek moyang dikenali sebagai
Kow Tau iaitu tunduk tiga kali kepada papan nenek moyang.
960128-09-5124

C. Kesan-kesan perkahwinan dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Bunga Padi,

Kangar, Perlis.

BIL SOALAN 1 2 3
1. Saya dapat berhimpun dengan semua ahli keluarga saya semasa
majlis perkahwinan.
2. Dapat mengeratkan hubungan bersama jiran tetangga.
3. Adat merisik dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara
dua pihak.
Pemilihan tarikh perkahwinan penting supaya perkahwinan tersebut
4. akan berkekalan dan dapat dielakkan daripada ditimpa bencana.
5. Hubungan kekeluargaan menjadi lebih rapat melalui upacara minum
teh yang diadakan.
6. Urusan dalam merisik mudah diurus dengan baik apabila saya
menggunakan khidmat orang tengah.
7. Saya rasa keharmonian dalam majlis perkahwinan terjamin.
8. Upacara minum teh dapat mewujudkan perasaan menghormati orang
tua walaupun sudah berumah tangga.
9. Perkahwinan ini dapat melahirkan zuriat atau anak-anak yang sihat
dan cerdas mindanya apabila majlis perkahwinan dijalankan dengan
penuh keharmonian.
10. Tempoh bertunang lebih kurang setahun dapat memberi peluang
kepada pasangan mengenal hati budi masing masing dengan lebih
mandalam.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan
analisis data dan memaparkan hasil pengumpulan kajian yang telah dilakukan
daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang telah dimasukkan
diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, min purata dan
taburan kekerapan.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 30 responden yang terdiri daripada pelbagai umur, pekerjaan


dan jantina. Berikut merupakan demografi 30 orang responden tersebut.

5.1.1 JANTINA

Jadual 1 : Frekuensi Dan Peratus Jantina Responden

Jantina Frekuensi ( Orang ) Peratus (%)


Lelaki 12 40
Perempuan 18 60

Sumber : Kajian Lapangan 2015


Jantina

40%
Lelaki
Perempuan
60%

Rajah 1: Jantina Responden

Sumber : Kajian Lapangan 2015

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 12


orang (40 %) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya
sebanyak 17 orang ( 60 % ) adalah responden perempuan. Tidak dapat perbezaan
jurang yang besar dalam pemilihan jantina responden. Maklumat yang lebih jelas
boleh dilihat pada Jadual 1 dan Rajah 1 di atas. Kajian ini adalah untuk
mengenalpasti amalan adat resam perkahwinan dan mengkaji kesan adat
perkahwinan dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Bunga Padi. Oleh hal
yang demikian, jantina yang dipilih perlulah seimbang agar jawapan yang
diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.
5.1.2 UMUR

Jadual 2 : Frekuensi dan Peratus Golongan Umur Responden

Umur Frekuensi ( Orang ) Peratus (%)


<19 2 7
20 - 29 6 20
30 - 39 10 33
40 49 10 33
> 50 2 7
Sumber : Kajian Lapangan 2015

Umur
12

10

8
Bilangan

6
Umur
4

0
<19 20 - 29 30 - 39 40 - 49 > 50
Golongan Umur

Rajah 2 : Umur Responden

Sumber : Kajian Lapangan 2014


Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 2 orang ( 7
% ) adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara kurang daripada
19 tahun. Manakala responden yang berumur 20 hingga 29 adalah terdiri daripada 6 orang ( 20
% ). Diikuti dengan kelompok umur antara 30 hingga 39 tahun dan 40 hingga 49 kedua-duanya
adalah 10 orang ( 33% ) dan selebihnya berumur 46 hingga 55 tahun iaitu 7 orang ( 23 %).
Golongan umur yang melebihi 50 tahun hanya 2 orang ( 7%) seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 2 dan Rajah 2. Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai
pandangan dan cara yang berbeza.

5.1.3 BANGSA

Dalam melakukan kajian ini, dapatan hasil menunjukkan kesemua 30 orang responden (100%)
adalah terdiri daripada bangsa Cina. Hal ini demikian kerana, kajian yang dijalankan adalah
untuk masyarakat yang berbangsa Cina sahaja.
5.1.4 PEKERJAAN

Jadual 3 : Frekuensi dan Peratus Jenis Pekerjaan Responden

Pekerjaan Frekuensi ( Orang ) Peratus (%)


Tidak Bekerja 8 27
Swasta 6 20
Kerajaan 4 13
Kerja Sendiri 12 40
Sumber : Kajian Lapangan 2015

Pekerjaan

27%

40% Tidak Bekerja


Swasta
Kerajaan
Kerja Sendiri

20%

13%

Rajah 3 : Pekerjaan Responden

Sumber : Kajian Lapangan 2015

Dapatan kajian menunjukkan seramai 8 orang ( 27 % ) responden ialah responden


yang tidak bekerja yang kebanyakannya terdiri dari golongan tua dan remaja. Responden yang
bekerja swasta ialah 6 orang ( 20 % ) .Pekerja kakitangan kerajaan adalah responden yang
paling rendah iaitu sebanyak 4 orang ( 13 %). Responden yang bekerja sendiri ialah sebanyak
12 orang ( 40%).
5.2 ANALISIS AMALAN PERKAHWINAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT CINA
DI TAMAN BUNGA PADI, KANGAR, PERLIS

Jadual4 : Bilangan ( Bil ) Dan Peratus (%) Jawapan Soalan Soal Selidik

Sangat Setuju Tidak


BIL Soalan Setuju Setuju
Bil % Bil % Bil %
1 Ibu bapa akan dihantar untuk merisik latar 20 67 6 20 4 13
belakang bakal pengantin.
2 Wakil akan dihantar untuk berkunjung ke rumah si 15 50 15 50 0 0%
gadis bagi membincangkan perkara bekaitan
perkahwinan.
3 Saya menggunakan khidmat tukang tilik untuk 15 50 11 37 4 13
penetapan tarikh pertunangan dan perkahwinan
4 Saya amat menitikberatkan tarikh pemilihan hari 21 70 7 23 2 7
perkahwinan.
5 Saya akan menandatangani dua pucuk surat 14 47 9 30 7 23
perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su dihadapan
beberapa orang saksi
6 Saya menjalankan upacara minum teh yang 15 50 15 50 0 0
melambangkan penerimaan pasangan pengantin.
7 Pengantin perempuan akan memakai pakaian yang 9 30 6 20 15 50
diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang
emas serta dihias dengan pelbagai aksesori pada
hari perkahwinan berlangsung.
8 Pasangan masih mengamalkan adat menyikat 9 30 10 33 11 37
rambut yang akan dilakukan oleh seorang mak
andam berpengalaman.
9 Saya akan menyalakan Lilin Naga dan Pheonix 14 47 9 30 7 23
pada malam hari perkahwinan di meja sembahyang
leluhur.
10 Saya melakukan upacara pemujaan nenek moyang 15 50 15 50 0 0
dikenali sebagai Kow Tau iaitu tunduk tiga kali
kepada papan nenek moyang.

Você também pode gostar