Você está na página 1de 2

Aliran tunai 01

Kebanyakan kita kurang pengetahuan tentang kewangan. Walaupun kita rasa


kita mempunyai gaji yang besar. Jangan terkejut, jika mereka yang bergaji tinggi
juga mempunyai masalah kewangan. Ini kerana kita tidak di ajar secara formal di
sekolah-sekolah mahupun di kolej dan universiti, kecuali bagi mereka yang
mengambil subjek perniagaan.

Anda perlu tahu bagaimana yang dimaksudkan Aliran Tunai (AT). Menurut buku
Rich Dad and Poor Dad Aliran tunai ialah pengaliran wang tunai dan terbahagi
kepada dua, iaitu AT positif dan negatif. AT positif ialah pengaliran wang tunai
yang deras ke arah positif dan AT negative adalah sebaliknya.

Jika pengaliran deras AT positif anda bertambah dan simpanan anda bertambah
setiap bulan maka anda berada dalam situasi yang baik. Melalui pertambahan
AT positif yang tinggi, ianya akan membantu anda meningkatkan simpanan dan
juga aset.

Jika pengaliran deras AT positif anda bertambah dan


simpanan anda bertambah setiap bulan maka anda berada
dalam situasi yang baik. Melalui pertambahan AT positif
yang tinggi, ianya akan membantu anda meningkatkan
simpanan dan juga aset.
Terdapat banyak cara untuk meningkatkan AT positif anda dan hari ini saya
hendak kongsikan bersama dengan anda 10 Cara Deras tingkatkan aliran tunai
positif hanya melalui pelaburan hartanah.

1. Rumah subsale terpakai dengan harga di bawah pasaran

2. Menyewakan hartanah anda

3. Beli rumah dapat wang dan sewakan

4. Beli rumah dengan diskaun dan rebat

5. Pajakan tanah kepada pengusaha

6. Pembiayaan rumah semula dan melabur dalam rumah sewa yang menjanjikan pulangan

7. Membuat rumah tamu bagi lokasi yang kurang tempat penginapan seperti hotel, bajet hotel ataupun
homestay
8. Menjadikan rumah sewa dengan terma yang pendek untuk program khas seperti lawatan/ rombongan
pertukaran pelajar/program realti TV yang memerlukan rumah penginapan.

9. Membuat parkir tempat kenderaan pada hartanah anda

Memang anda perlu dapatkan cara-cara ini dengan mempelajari bagaimana


pelabur hartanah mampu membuat kesembilan cara deras aliran tunai ini.
Memang saya sengaja berikan idea ini dan anda perlu mendapatkan maklumat
lanjut dengan mengali lagi informasi terkini. Semoga anda semua mencari ilmu
dan bertindak selepas belajar.

Você também pode gostar