Você está na página 1de 8

BAHAGIAN A

(20 markah)

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah

1. ___________ berdua ditugaskan untuk menyapu lantai bilik darjah


pada hari Isnin, kata Dira dan Lilian.
A. Mereka
B. Kamu
C. Kami
D. Saya

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2. Mak Cik Milah sedang menghiris bawang. __________ hendak


menggoreng sayur.
A. Engkau
B. Awak
C. Saya
D. Dia
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

3. Air di dalam ______ itu masih panas kerana dijerang sebentar tadi.
A. Periuk
B. Sudu
C. Cerek
D. Baldi

4. Ayah mempunyai ______ membaiki motorsikal yang rosak.


A. Kebolehan
B. Kepintaran
C. Kepakaran
D. Kecekapan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5. Kamal memasuki pertandingan _________ peringkat daerah Lubok


Antu.
A. Ninja
B. Judo
C. Taekwondo
D. Silat
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. ___________, sakitnya perutku. Sudah beberapa hari aku tidak


makan! keluh si monyet.
A. Aduhai
B. Amboi
C. Aduh
D. Cis

7. _____________, nama saya Syahmi. Selamat berkenalan.


A. Oh
B. Cis
C. Hai
D. Amboi

8. Kami membeli beberapa __________ mata kail untuk memancing di


sungai belakang rumah atuk.
A. Butir
B. Biji
C. Bentuk
D. Ketul

9. ____________, sudah lama kita tidak berjumpa! kata Engkahmat


kepada Linggi.
A. Eh
B. Oh
C. Nah
D. Wah
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah

10. Rahim sedang mencuci kereta _________ abangnya menyiram pokok


bunga.
A. Atau
B. Manakala
C. Tetapi
D. Walaupun

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah

11. Ruth Ervina leka memerhati lembu datuknya ___________ rumput.


A. Memakan
B. Makanan
C. Memakai
D. Memakanan

12. Lorentossa Julai ____________ bola ke dalam gol pasukan India.


A. Memukul
B. Menolak
C. Membaling
D. Menendang
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah

13. Murid-murid bergotong royong ___________ pokok bunga di kawasan


sekolah.
A. Menanam
B. Menanami
C. Ditanam
D. Ketanaman

14. Kami melawat Cikgu Ali di hospital kerana beliau sakit ____________.
A. Tenat
B. Keras
C. Penat
D. Sesak

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15. Sally tidak datang ke sekolah pada hari ini , kata Kam Choon
kepada Cikgu Nasliza.

A Kam Choon menerangkan bahawa Sally dan Cikgu Nasliza tidak


datang ke sekolah pada hari itu.
B Kam Choon dan Sally menerangkan kepada Cikgu Nasliza
bahawa mereka tidaK datang ke sekolah pada hari itu.
C Kam Choon memberitahu Cikgu Nasliza bahawa Sally tidak
datang ke sekolah pada hari itu.
D Kam Choon memberitahu Cikgu Nasliza bahawa Sally tidak
akan datang ke sekolah pada hari itu.
16. Mari makan bersama-sama Siti, kata Puan Rosy kepada Haizan.

A Puan Rosy mengajak Haizan dan Siti makan bersama-


samanya.
B Puan Rosy mengajak Haizan makan bersama-sama Siti.
C Siti diajak oleh Puan Rosy makan bersama-samanya.
D Siti meminta Puan Rosy mengajak Haizan makan
bersama-samanya.
Soalan 17 hingga 20

Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

21, Jalan Perdana 8,


Taman Pulai Perdana,
81110 Johor Baharu,
Johor.

08 Ogos 2016

Menemui sahabatku Aina yang berada di Gurun, Kedah semoga sihat


hendaknya.

Saudari,
Terima kasih saya ucapankan kerana mengirim surat kepada saya.
Surat saudari telah saya terima seminggu yang lalu. Saya amat tertarik
mendengar cerita percutian saudari di Pulau Pangkor.
Pada cuti sekolah yang lalu, sekolah saya telah mengadakan lawatan
ke Terengganu. Saya dan rakan-rakan berpeluang menyertai lawatan
tersebut. Kami berada di sana selama empat hari tiga malam. Kami
menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah.
Semasa berada di sana banyak tempat yang kami lawati seperti
Rantau Abang, Air Terjun Sekayu, Masjid Negeri. Kami juga berpeluang
melihat perusahaan membuat batik dan tembaga.
Sebelum pulang, kami sempat membeli cenderamata sebagai buah
tangan untuk keluarga. Saya berasa seronok dapat melawat Terengganu.
Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Salam daripada saya
khas untuk saudari sekeluarga.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu;
Fatin Azura

17. Di manakah Aina tinggal?


A. Johor Baharu
B. Gurun
C. Terengganu
D. Sungai Petani
18. Bilakah Fatin Azura menerima surat Aina?
A. Seminggu yang lalu
B. Empat hari yang lalu
C. Tiga hari yang lalu
D. Sebulan yang lalu

19. Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud


A. Sewa
B. Tinggal
C. Berehat
D. Berkumpul

20. Berikut merupakan tempat yang dilawati oleh rombongan tersebut


kecuali
A. Tempat perusahaan batik
B. Rantau Abang
C. Air terjun Sekayu
D. Batu Rakit

Você também pode gostar