Você está na página 1de 3

NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T) MALAYSIA FOREIGN

POLICY (ARTICLE REVIEW)


TAJUK ARTIKEL : MALAYSIAs FOREIGN POLICY TOWARDS BOSNIA
HERZEGOVINA 1992-1995 (AZLIZAN MAT ENH)

LINKARTIKEL:
http://www.pertanika.upm.edu.my/Pertanika%20PAPERS/JSSH%20Vol.%2018%20(2)%20
Sep.%202010/13%20Pg%20311-320.pdf

Berdasarkan artikel yang telah saya kaji, idea utama mengenai artikel ini adalah
pendekatan dasar luar Malaysia dalam tahun 1992 -1995 terhadap negara Bosnia
Herzegovina yang bersifat keamanan dan secara peacemaking agency kerana pada ketika
itu Bosnia Herzegovina telah mengalami peperangan (Serb-Bosnia War) di mana rakyat
negara Bosnia Herzegovina telah teruk ditindas oleh pihak Bosnia.

Pendekatan dasar luar Malaysia yang aggresif dalam membantu menyelesaikan


konflik ini telah berjaya membuatkan negara OIC yang lain turut turun membantu
menyelesaikan masalah ini. Hal ini kerana, pihak Amerika Syarikat dan United Nation telah
mengamalkan dasar favouritism dan double standard dalam menyelesaikan isu ini, telah
lebih memburukkan keadaan lagi. Malaysia, walaupun tidak gah seperti Amerika dan UN
telah menunjukkan pendekatan yang sangat membanggakan dan telah menunjukkan salah
satu cara yang tepat dalam mengekalkan keamanan di Bosnia di bawah payung UN dan telah
menjalankan peranannya sebagai negara anggota OIC dalam sokongan dan komited Malaysia
dalam memperjuangkan nasib komuniti Muslim di Bosnia yang memerlukan pihak yang
memberikan perlindungan yang hakiki dari segi kemanusiaan dan juga keadilan.

Akibat kegagalan UN, Amerika dan juga negara barat dalam memperjuangkan
keamanan terhadap konflik peperangan Serb dan Bosnia dan lebih memihak kepada Serbia
pada ketika itu, pendekatan Malaysia dibawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir ketika itu
sangat lantang mempertahankan keadilan bagi negara Bosnia pada ketika itu yang jelas
ditindas kerana status agama antara dasar utama pencetus kepada konflik tersebut.
Pendekatan dasar luar Malaysia jelas menunjukkan identitinya sebagai negara Islam dan
negara yang memperjuangkan keamanan seiring dengan status Malaysia sebagai sebuah
negara yang mengamalkan demokrasi dan mementingkan keadilan dan keamanan terhadap
semua pihak.

1
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T) MALAYSIA FOREIGN
POLICY (ARTICLE REVIEW)
Malaysia yang sangat komited dalam memperjuangkan nasib dan keadilan bagi pihak
Bosnia di OIC dan UN, kerana jelas terkilan dengan pendekatan sambil lewa UN, Amerika
dan negara-negara barat yang jelas terlalu perlahan dan tidak efektif dalam menyelesaikan
konflik ini. Malaysia pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir pada ketika itu adalah
memenuhi dalam aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya
menjelang 2020 dan oleh itu, Malaysia perlu mendukung tanggungjawab global dan satu
daripadanya ialah membantu keadaan konflik di Bosnia.

Walaupun pada awalnya isu negara-negara Balkan tidak pernah menjadi keutamaan
dalam dasar luar Malaysia, dan keutamaan dasar luar Malaysia pada awalnya ialah terhadap
ASEAN, UN, OIC, NAM. Mengapakah pendekatan dasar luar Malaysia jelas kelihatan
lantang ketika berlakunya konflik Bosnia Hezergovina? Menurut pendapat saya, dalam
menjawab persoalan yang boleh dicetuskan daripada artikel ini boleh dibahagikan kepada
beberapa faktor dan yang pertamanya adalah dari segi national interest Malaysia itu sendiri,
ia secara tidak langsung dapat mempromosikan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa.
Hal ini dimungkinkan dengan kemunculan Malaysia sebagai salah sebuah NIE di Asia sejak
1980an. Kekuatan ekonomi ini membolehkan Malaysia untuk terlibat di Balkan. Hal ini dapat
dibuktikan kerana kos penglibatan Malaysia dalam membantu isu di Bosnia telah melibatkan
perbelanjaan kos melebihi RM1 bilion .

Faktor yang kedua adalah, faktor Islam kerana penduduk Muslim Bosnia menjadi
mangsa akibat dasar pembersihan etnik Serbia. Bosnia telah menjadi isu Islamik yang utama
dalam MFPs pada awal tahun 1990an. Hal ini dapat dibuktikan dengan Tun Dr Mahathir
jelas mengkritik PBB dan Barat yang lambat bertindak serta dikatakan mengamalkan double
standard dan beliau juga sering meng highlight kekejaman ekoran pembersihan etnik Serb
keatas Muslim Bosnia.

Yang ketiga adalah, Bosnia sama seperti Malaysia yang mempunyai masyarakat
pelbagai etnik. Seperti Malaysia, Bosnia juga mengharapkan komuniti antarabangsa
menjamin hak asas kedaulatan serta integriti wilayah sebagai sebuah Negara merdeka . Oleh
itu, ia adalh salah satu faktor mengapa dasar luar Malaysia jelas komited dalam membantu
dalam konflik ini.

Faktor yang keempat adalah, Banyak negara yang terbabit dalam konflik di sesebuah
Negara berbuat demikian kerana mengharapkan akan terlibat dalam pembinaan semula
Negara tersebut selepas perang sebagaimana berlaku dalam kes Iraq apabila Amerika

2
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T) MALAYSIA FOREIGN
POLICY (ARTICLE REVIEW)
Syarikat jelas mempamerkan tujuan utamanya kerana sumber minyak. Malaysia pun turut
mendapatkan bahagian apabila beberapa syarikat-syarikat Malaysia banyak terlibat dalam
pembinaan Sarajevo terutama melibatkan infrastruktur. Sekaligus dapat memperlihatkan
kepakaran industri tempatan Malaysia di mata dunia secara tidak langsung.

Faktor kelima adalah Bimbang akan parti pembangkang mengeksploitasikan isu


Bosnia dalam mempengaruhi sokongan rakyat Malaysia terhadap Barisan Nasional dan juga
UMNO. UMNO sebagai parti pemerintah cukup sensitif jika isu masyarakat Islam
antarabangsa dieksploitasi oleh parti pembangkang PAS pada ketika itu. Justeru itu, sebelum
PAS menggunakan isu ini sebagai modal politk mereka UMNO terlebih dahulu telah
menggunakan isu ini untuk kepentingan mereka dalam menjamin kedudukan mereka sebagai
parti pemerintah Malaysia pada ketika itu.

Kesimpulannya, walaupun dasar luar Malaysia terhadap Bosnia Herzegovina


mempunyai beberapa faktor yang tertentu, namun begitu ia jelas menunjukkan Malaysia
adalah sebuah Negara yang mampu membela hak kemanusiaan global dan sedia mendukung
tanggungjawab globalnya sebagai salah satu Negara dalam sistem antarabangsa dan juga
sebagai Negara anggota UN, OIC, ASEAN dan juga NAM. Secara ringkasnya, konflik di
Bosnia-Herzegovina telah memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang cuba
menggunakan diplomasi tetapi gagal kerana pengaruh pihak Barat. Dasar Britain dan
Perancis di PBB banyak menyebelahi pihak Serb sewaktu konflik adalah kesukaran utama
yang dihadapi oleh Malaysia dalam menyelesaikan konflik ini. Namun begitu, bantuan serta
sokongan moral yang diberikan Malaysia sewaktu konflik telah merapatkan hubungan kedua-
dua Negara selepas perang tamat secara tidak langsung telah memenuhi salah satu matlamat
dasar luar Malaysia yang ingin menjalin baik hubungan diplomatiknya dengan Negara lain
dengan atas dasar keamanan sejagat.

Você também pode gostar