Você está na página 1de 7

SULIT

PROGRAM AMANJAYA GEMILANG UPSR


TAHUN 2017

MOCK TEST
SET DUA

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 031

1 jam 15 minit Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
di Bahagian A dan 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak di Bahagian B.
SULIT 2 031

031 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT

Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Cermin pintu rumah Encik Nian Wei __________ kerana terkena batu yang dibaling oleh
anaknya.
A reput
B patah
C roboh
D pecah

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Kakak Sew Lim __________ tepung untuk dijadikan roti.


A mencanai
B menggaul
C mengadun
D menjemput

3 Muthu membeli tiga batang pensel di kedai __________ itu.


A alat ganti
B alat solek
C alat bantu
D alat tulis

4 Pintar __________ Sang Kancil kerana berjaya menipu Sang Bedal itu.
A sungguh
B terlalu

031 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 3 031

C paling
D agak

5 "Tuan-tuan dan puan-puan, __________ pakai tali pinggang keselamatan anda," kata
pramugari kepada para penumpang.
A minta
B sila
C harap
D jemput

6 Keluarga Encik Tan bercadang untuk __________ ke luar negara semasa cuti sekolah nanti.
A makan hati
B makan budi
C makan suap
D makan angin

7 Puteri yang cantik itu bertambah cantik __________ apabila dikelilingi oleh dayang-dayang
yang jelita.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai bulan penuh purnama
C bagai bulan dipagari bintang
D bagai bulan dengan matahari

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Nyatakan penjodoh bilangan yang paling sesuai berdasarkan gambar.


A sikat ... bilah ... batang
B bilah ... laras ... tandan
C biji ... batang ... pucuk
D batang ... bilah ... tandan

031 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 4 031

9 Murid yang lembam itu telah dipanggil untuk berjumpa dengan Guru Besar.
Pilih perkataan antonim bagi lembam.
A aktif
B pintar
C cergas
D sihat

10 Masa semakin suntuk, kita haruslah mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan.
Pilih perkataan sinonim bagi suntuk.
A cepat
B lapang
C singkat
D perlahan

11 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Kata-kata Cikgu Chen kuat semangat Wai Loon untuk belajar.
II Bapa Jia Long sakit kuat dan kini terlantar di hospital.
III Walaupun umur Encik Ruben sudah lanjut, badannya masih kuat.
IV Puan Sarmeela menjerit kuat hatinya apabila beg tangannya telah diragut.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

12 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Silalah menjamu selera, kata pelayan restoran itu sambil meletakkan semangkuk cendol
di atas meja.
A Pelayan restoran itu menjemput para tetamu menjamu selera sambil meletakkan
semangkuk cendol di atas meja.
B Pelayan restoran itu mempersila para tetamu menjamu selera seraya meletakkan
semangkuk cendol di atas meja.
C Pelayan restoran itu menyuruh para tetamu menjamu selera sambil meletakkan
semangkuk cendol di atas meja.
D Pelayan restoran itu mengajak para tetamu menjamu selera lalu meletakkan

031 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 5 031

semangkuk cendol di atas meja.

13 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.


Apakah kesan pembangunan kepada fauna di hutan?
A Hutan akan musnah dan berlakunya banjir.
B Haiwan akan kehilangan tempat tinggal.
C Berlakunya cuaca yang sangat panas.
D Berlakunya pencemaran alam sekitar.

14 Pilih ayat tanya yang sesuai dengan jawapan yang diberikan.


Yoyo Cina dimainkan dengan kedua-dua belah tangan dalam pelbagai aksi yang
mengagumkan.
A Bagaimanakah Yoyo Cina dimainkan?
B Siapakah yang suka bermain Yoyo Cina?
C Bilakah permainan Yoyo Cina dimainkan?
D Apakah nama permainan tradisional masyarakat Cina?

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Puan Ros menyimbah pasangan pengantin itu dengan air mawar.


B Jururawat menikam ubat kepada pesakit itu di wad itu.
C Pemain bola baling itu merejam bola ke gawang gol.
D Adik menebar kasutnya sebaik sahaja tiba di rumah.

16 I Kotak yang berisi buku itu tidak terangkat saya.


II Jasa penghulu kampung masih masyarakat kenang hingga kini.
III Biografi tentang mantan Perdana Menteri Malaysia itu telah saya baca.
IV Pemain badminton dari England itu telah ditewaskan oleh Datuk Lee Chong Wei.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

031 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 6 031

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Banyak kajian dijalankan oleh pakar-pakar perubatan tentang sakit kuning atau hepatisis B.
Pakar-pakar perubatan dari Universiti California melalui kajian mereka mendapati bahawa bayi
yang baru lahir mudah diserang sakit kuning atau jaundis. Walau bagaimanapun, hasil kajian
saintifik menunjukkan bahawa bayi yang lahir cukup bulan dan sihat fizikalnya, tidak perlulah
dirawat di hospital walaupun mereka mempunyai tanda-tanda diserang sakit kuning. Jaundis
berlaku kepada 80% (lapan puluh peratus) bayi yang lahir tidak cukup bulan dan 50% (lima
puluh peratus) kepada bayi yang cukup bulan. Tanda kuning ini muncul dalam masa beberapa
hari selepas seseorang bayi itu dilahirkan. Tanda-tanda tersebut merupakan fenomena biasa bagi
bayi yang dilahirkan dalam abad ini.
Kesan sakit kuning ini pernah dibincangkan secara klinikal oleh pakar-pakar pediatrik.
Setelah beberapa kes demam kuning dianalisis, ternyata bahawa penyakit berkenaan tidak
mendatangkan kesan yang buruk seperti bisu, pekak, kurang cerdik, dan masalah neurologi.
Tanggapan selama ini yang menyatakan bahawa penyakit kuning boleh mendatangkan kesan
yang buruk merupakan hipotesis sahaja. Hal ini demikian kerana tiada bukti yang dijumpai bagi
menyokong pendapat tersebut.
Kadang kala ujian darah bayi diperlukan bagi rawatan jaundis selanjutnya. Berdasarkan
keputusan ujian darah dan keadaan keseluruhan seseorang bayi, doktor akan menentukan masa
rawatan perlu dimulakan. Bagi bayi yang lahir tidak cukup bulan amat mudah mendapat kesan
yang buruk sekiranya menghidapi sakit kuning. Oleh hal yang demikian, bayi tersebut perlu
mendapat rawatan yang sempurna di hospital. Sekiranya tindakan segera untuk merawat bayi
tersebut tidak dilakukan berkemungkinan besar bayi tersebut akan mengalami kecacatan.
Suatu kaedah rawatan yang sesuai dipraktikkan untuk mengatasi perkara ini terjadi
dengan meletakkan bayi tersebut di bawah cahaya biru selama lapan belas jam hingga dua puluh
empat jam atau lebih. Rawatan ini dikenal sebagai fototerapi. Pakar perubatan sedang
memperhalus kaedah rawatan untuk memperoleh kesan yang maksimum kepada bayi yang
mengalami jangkitan jaundis. Sementara itu, perkakasan rawatan juga telah diperbaharu dan
dipermudah penggunaannya sejajar dengan perkembangan teknologi perubatan moden.

17 Siapakah yang mempunyai risiko paling tinggi menghidapi penyakit kuning?


A Bayi yang lahir tidak cukup bulan
B Seseorang yang kerosakan sel darah merah
C Kanak-kanak yang kekurangan pigmen hempedu
D Penghidap penyakit anemia, malaria, dan radang paru-paru

031 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 7 031

18 Tanggapan kebanyakan orang terhadap penyakit kuning atau jaundis adalah


A selaput mata penghidap penyakit ini sentiasa berlendir.
B tisu-tisu tubuh badan penghidap penyakit ini akan rosak.
C penghidap penyakit ini akan mengalami kecacatan fizikal.
D penghidap amat mudah mendapat jangkitan radang paru-paru.

19 Semua penyataan yang berikut adalah benar tentang penyakit kuning kecuali
A menjemur bayi di bawah cahaya matahari.
B melakukan suntikan vaksin pembunuh kuman.
C memasukkan pigmen hempedu ke dalam tisu badan.
D meletakkan bayi di bawah cahaya biru beberapa jam.

20 Rangkai kata merupakan fenomena biasa dalam petikan bermaksud


A menyatakan akibat.
B merakamkan peristiwa.
C mengambarkan kejadian.
D mengelakkan malapetaka.

BAHAGIAN A TAMAT

031 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT

Você também pode gostar