Você está na página 1de 12

PENGGUNAAN KAEDAH CEDAT DALAM MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 4

MENDARAB SEBARANG NOMBOR EMPAT DIGIT DENGAN SATU DIGIT

DENGAN MENGUMPUL SEMULA

Mohd Fadzli Hanis bin Mohd Pauzi


Mfhmp82@yahoo.com.my
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menentukan sama ada kaedah CEDAT dapat
membantu murid tahun 4 menguasai kemahiran mendarab dengan menggunakan kaedah
CEDAT. Kaedah CEDAT memerlukan murid melakukan tiga langkah berikut untuk
mendapatkan jawapan. Langkah pertama murid perlu mencerakin nombor mengikut nilai
tempat yang dikehendaki. Langkah kedua, murid mendarab setiap nombor yang telah
dicerakinkan dengan nilai yang diberi dan membina kotak CEDAT untuk mengisi hasil
darab yang diperolehi..Langkah ketiga,murid perlu menambah semua hasil darab dalam
bentuk lazim. Peserta kajian yang terlibat adalah seramai 4 orang dalam kalangan murid
tahun 4. Mereka yang dipilih ini mempunyai masalah dalam menyelesaikan operasi darab.
Data dikumpulkan melalui Ujian Sebelum Intervensi, Ujian Selepas Intervensi, dan
Analisis Dokumen. Hasil analisis data mendapati bahawa keempat orang peserta kajian
telah menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian markah menerusi Ujian Selepas
Intervensi jika dibandingkan dengan Ujian Sebelum Intervensi. Hasil daripada Analisis
Dokumen iaitu latihan 1 dan latihan 2, tiga orang peserta kajian telah menunjukkan
peningkatan dari segi pencapaian markah dan seorang peserta kajian tidak mengalami
sebarang perubahan markah. Walaupun tiada peningkatan, peserta kajian ini telah berjaya
menjawab 4 daripada 5 soalan yang diberikan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
kaedah ini dapat membantu 4 orang murid itu menguasai kemahiran pendaraban.

Pengenalan

Guru memainkan peranan yang penting dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini.
Oleh itu, setiap guru Matematik mestilah bekerja keras untuk meningkatkan mutu pengajarannya. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan pelbagai program untuk memastikan para guru sentiasa
menerima pengetahuan terkini dan menguasai kemahirankemahiran tertentu bagi meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ilmu Matematik merupakan bidang yang luas dan meliputi semua aspek
kehidupan. Tidak salah jika dikatakan bahawa kehidupan seharian manusia semuanya melibatkan aplikasi
matematik. Matematik sentiasa diamalkan dalam setiap bidang kehidupan termasuklah sains semula jadi, sains
sosial, perniagaan dan sebagainya. Jadi, sebagai seorang guru, saya perlulah memberi fokus kepada pengajaran
dan pembelajaran yang baik terutamanya mata pelajaran Matematik.

Kajian tindakan ini telah dijalankan di sebuah sekolah di luar bandar Sungai Petani. Saya mengajar
matapelajaran Matematik bagi kelas tahun 4 Pintar. Prestasi kelas ini bagi matapelajaran Matematik agak
sederhana. Kebanyakan murid saya lemah dalam kemahiran mendarab. Ini menyukarkan mereka untuk
menyelesaikan masalah bagi topik-topik lain yang juga terdapat kemahiran mendarab. Tujuan kajian ini adalah
untuk memperkenalkan sebuah kaedah yang dapat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran mendarab
mereka.

1
Refleksi dan Isu Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat tiga permasalahan yang telah dikenal pasti. Masalah yang pertama ialah berkaitan dengan
operasi penolakan. Murid dilihat lemah dalam operasi penolakan dengan mengumpul semula. Masalah ini
berlaku apabila murid seringkali lupa untuk menggunakan kaedah pinjam dengan mengumpul semula dari nilai
tempat yang lebih besar. Sebagai contoh 54 000 6 918, kesalahan murid menolak nombor tersebut dapat dilihat
di dalam Rajah 1. Murid melakukan penolakan secara terus seperti penambahan tanpa menggunakan kaedah
pinjam dan mengumpul semula. Boleh saya katakan di sini bahawa mungkin murid beranggapan nilai sifar tidak
membawa sebarang nilai dan tidak perlu untuk dikumpul semula semasa melakukan aktiviti penolakan.

Murid juga membuat andaian bahawa


penolakan boleh dilakukan secara terus
tanpa kaedah pinjaman kerana
sifartiada membawa sebarang nilai.

Rajah 1. Penolakan dilakukan tanpa kaedah pinjaman.

Masalah kedua yang telah saya kenal pasti adalah berkaitan masalah mendarab sebarang nombor dalam bentuk
lazim dengan mengumpul semula. Kebanyakan murid agak lalai dalam melakukan pendaraban melibatkan
pengumpulan semula ini. Kesalahan yang dilakukan adalah semasa murid melakukan aktiviti pendaraban,
sebagai contoh 4198 x 7 = dan penyelesaiannya dilakukan dalam bentuk lazim di mana operasi dimulakan
dengan 8 x 7 = 56.

Murid melakukan aktiviti pengumpulan


semula dengan membawa nilai yang
terbalik setelah melakukan aktiviti
pendaraban.

Rajah 2.Kesilapan kaedah pengumpulan semula


Di sini murid telah melakukan aktiviti pendaraban dengan betul namun apabila melakukan aktiviti pengumpulan
semula murid telah membawa nilai yang terbalik ke rumah puluh di mana sekiranya jawapannya adalah 56
maka sepatutnya 6 akan ditinggalkan di jawapan sa dan 5 dibawa untuk dikumpul semula di rumah puluh,
namun apa yang berlaku adalah sebaliknya dan masalah ini juga berlaku atau berkaitan dengan kelemahan murid
menguasai kaedah penulisan. Kesalahan dinyatakan di dalam Rajah 2 seperti yang di atas.

Masalah ketiga yang telah saya kenal pasti ialah berkaitan dengan masalah pembahagian nombor. Murid-murid
menghadapi masalah membahagi sebarang nombor dengan nombor satu dan dua digit. Mereka tidak dapat
memahami konsep pembahagian. Mereka hanya membahagi mengikut kefahaman mereka sendiri. Ini kerana
operasi bahagi agak sukar dilakukan oleh murid murid kerana cara penyelesaiannya dalam bentuk lazim
berbeza dengan operasi tambah , tolak dan darab. Namun, kebanyakan daripada mereka tidak dapat
menyelesaikannya dengan lengkap kerana menghadapi masalah dalam melakukan algoritma pembahagian. Di
antara masalah - masalahnya ialah tidak dapat menganggar dengan tepat jumlah yang bersesuaian untuk di isi di
ruang penolakan. Apabila masalah ini berlaku ia sebenarnya berpunca kerana murid itu tidak mengingati
sifir.Kesalahan murid dapat dilihat di dalam Rajah 3.

2
Struktur jawapan yang tidak
lengkap

Susunan jalan kerja yang tidak


teratur dan tidak dapat menganggar
dengan tepat jumlah yang
bersesuaian untuk di isi di ruang
penolakan

Rajah 3. Kesalahan dalam susunan jalan kerja dan struktur jawapan tidak lengkap
Rumusan
Berdasarkan masalah pertama, dapat saya nyatakan di sini bahawa operasi penolakan harus dikuasai dengan baik
oleh setiap murid. Murid murid tersebut perlu memahami konsep asas penolakan iaitu sebarang nombor yang
lebih kecil nilainya tidak boleh menolak sebarang nombor yang lebih besar daripadanya tanpa melibatkan
aktiviti mengumpul semula. Bagi masalah kedua pula iaitu menyelesaikan operasi darab melibatkan aktiviti
mengumpul semula dan penyelesaian menggunakan bentuk lazim, ianya memerlukan seseorang murid itu
menguasai dengan baik beberapa aspek seperti mengetahui susun atur nilai tempat yang betul,menguasai sifir
sepenuhnya dan juga mengetahui teknik mengumpul semula. Permasalahan ini dapat diatasi sekiranya ianya
dapat diterjemahkan kepada bentuk yang lebih mudah difahami oleh murid. Bagi masalah ketiga pula iaitu
operasi bahagi, ianya melibatkan penyelesaian dalam bentuk lazim tetapi berlainan dengan operasi matematik
yang lain. Di sini guru perlu menekankan pembelajaran daripada senang kepada yang lebih susah secara
berperingkat peringkat secara sistematik. Selain itu, guru juga perlu memastikan murid-murid perlulah
menguasai sifir terlebih dahulu sebelum dapat menyelesaikan operasi bahagi ini. Sekiranya pendekatan dan
teknik yang betul dapat diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, maka Matematik boleh
menjadi mata pelajaran yang menghiburkan.
Fokus Kajian
Fokus kajian saya adalah tertumpu kepada menyelesaikan kaedah mendarab sebarang nombor empat digit
dengan satu digit dengan mengumpul semula. Setelah diselidik, dapat dinyatakan di sini bahawa antara faktor
murid melakukan kesilapan adalah kerana kesalahan dalam membawa nilai yang dikumpul semula ke tempat
yang sepatutnya dan juga tidak menambah nombor yang dikumpul semula selepas selesai aktiviti mendarab serta
penyusunan hasil darab di tempat jawapan tanpa melibatkan aktiviti mengumpul semula.Berdasarkan
permasalahan-permasalahan ini, saya telah memilih untuk menyelesaikan masalah ini kerana dapat dilihat di sini
murid-murid akan hilang minat untuk terus menguasai topik darab ini apabila mereka lemah dalam menguasai
kemahiran darab mengumpul semula ini.

Dapat juga saya nyatakan di sini, kaedah mendarab sebarang nombor hingga empat digit dengan satu digit
dengan mengumpul semula ini amat penting untuk murid kuasai terlebih dahulu kerana ianya merupakan
kesinambungan kepada teknik yang seterusnya iaitu mendarab sebarang nombor hingga tiga digit dengan dua
digit dengan mengumpul semula yang sudah semestinya melibatkan lebih banyak nombor dan memerlukan
kemahiran mengumpul semula sebanyak dua kali yang perlu dilakukan oleh murid. Oleh itu, dalam mencapai
objektif kajian, saya sebagai seorang guru telah bersiap sedia dengan kaedah Cerakin, Darab dan Tambah
(CEDAT) bertujuan untuk memudahkan murid-murid melakukan operasi darab dalam bentuk lazim melibatkan
pengumpulan semula dengan mudah dan seronok. Adalah diharapkan, risiko kecuaian dapat dielakkan melalui
kaedah saya ini sekaligus menarik minat murid terhadap matematik.

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berpandukan objektif berikut iaitu:


i) Menentukan samada kaedah CEDAT dapat membantu murid tahun 4 mendarab nombor 4 digit dengan 1
digit dengan mengumpul semula.

3
Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut :
i) Adakah kaedah CEDAT dapat membantu murid tahun 4 mendarab nombor 4 digit dengan 1 digit dengan
mengumpul semula.
Tinjauan Literatur
Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk diajarkan di sekolah dan ianya juga perlu
dikuasai oleh semua murid terutamanya murid - murid di sekolah rendah. Apabila seseorang murid itu gagal
dalam menguasai Matematik di peringkat awal lagi maka ianya akan menjadi titik tolak permasalahan apabila
murid ini belajar di peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelbagai kaedah dan kajian telah dilaksanakan bagi
menjadikan Matematik lebih menarik dan diminati. Penyelidik seperti Selingman, Olsan dan Zanna, (1996)
berpendapat bahawa aspek nilai Matematik perlu disemai dan diberi penekanan dalam pengajaran
Matematik.Kebolehan menyelesaikan masalah Matematik merujuk kepada kemampuan seseorang murid itu
menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan rutin. Menurut Nik Aziz
(2008), sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan algoritma yang telah dipelajari, maka ia disebut
sebagai masalah rutin.

Kajian Dan Kaedah Operasi Darab


Kaedah operasi darab yang diguna pakai sekarang masih menggunakan algoritma tradisional dimana ianya
memerlukan murid-murid untuk menyusun nombor-nombor mengikut nilai tempat sebelum melaksanakan
proses pendaraban. Perkara ini telah mengakibatkan murid gagal menguasai kemahiran mendarab. Menurut
Cohen dan Spenciner (2011) terdapat beberapa kesilapan dalam tajuk pendaraban yang sering kali dilakukan
oleh murid iaitu kesilapan ketika mengumpul semula, kesilapan menyusun mengikut nilai tempat, dan juga
kecuaian ketika menambah nombor yang telah didarab.
Penguasaan operasi darab dengan mengumpul semula yang baik bukanlah bergantung kepada kebolehan
mendarab secara aritmetik sahaja. Seseorang murid itu perlu menguasai konsep nilai tempat dan nilai digit
terlebih dahulu. Dalam matematik, konsep merupakan bahagian yang terpenting khususnya dalam pengajaran
dan pembelajaran bilik darjah.Topik darab adalah salah satu topik yang terpenting dalam matematik dan
kemahiran darab ini akan dibawa ke peringkat seterusnya. Yamamoto (1998) telah menjalankan kajian yang
mendapati konsep pendaraban mempunyai pengaruh yang besar terhadap pembelajaran murid dari segi
pengiraan dan penyelesaian masalah Matematik.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar


Penggunaan bahan bantu mengajar perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran
dijalankan dengan berkesan, menarik, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih
menarik dan menyeronokkan. Ini penting kerana ianya merupakan penyumbang kepada sesuatu objektif
pembelajaran itu tercapai ataupun tidak. Bagi Ikhsan Othman dan Norila Md Salleh (2005) pula, mereka
mendefinasikan bahan bantu mengajar sebagai bahan yang digunakan oleh guru bagi menggerakkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Berdasarkan tinjauan literatur ini, saya berpendapat bahawa saya perlu menggunakan bahan
bantu mengajar bagi memantapkan kaedah yang saya gunakan iaitu kaedah CEDAT
Kaedah CEDAT
Hasil daripada pembacaan dan rujukan yang telah dibuat, dapat saya nyatakan di sini betapa pentingnya
kemahiran mendarab ini untuk dikuasai oleh murid murid dan saya telah mengambil inisiatif untuk
menjalankan kajian bagi menyelesaikan masalah murid murid saya berkaitan operasi darab dalam bentuk lazim
ini. Diharapkan teknik yang saya gunakan ini iaitu kaedah CEDAT dapat digunakan dengan sebaik mungkin
bagi membantu murid menguasai kemahiran pendaraban ini.
Kaedah CEDAT ini merupakan inovasi daripada kaedah LABLE dan tujuannya adalah bagi membantu
murid mendarab nombor empat digit dengan satu digit dengan mengumpul semula. Kaedah LABLE ini adalah
gabungan lattice dan multiplication table yang diperkenalkan oleh Basri (2012). Kelebihan kaedah
LABLE ini adalah dapat mengurangkan kesilapan mengumpul semula semasa mendarab dan ianya juga
telahpun dimasukkan ke dalam sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

4
Rajah 4. Kaedah LABLE
Kaedah LABLE ini juga seperti yang dipaparkan di Rajah 4 merupakan gabungan di antara kaedah cerakin,
darab dan tambah tetapi cara kiraan kaedah LABLE ini dibuat dalam bentuk condong dan ianya mengelirukan
dan tidak jelas kerana pengiraannya tidak tersusun. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya telah membuat inovasi
dengan membina langkah-langkah pengiraan yang telah di susun atur dengan kemas seperti yang telah
diterangkan di rajah 9 iaitu kaedah CEDAT. Kaedah Cerakin Darab dan Tambah CEDAT ini sebenarnya
sangat mudah dan praktikal. Hanya langkah penyelesaian bertambah tetapi murid akan lebih jelas dan kefahaman
murid akan meningkat terhadap operasi darab. Kaedah ini juga tidak memerlukan penerangan yang rumit untuk
disampaikan kepada murid untuk difahami.
Kaedah CEDAT ini merupakan kaedah gabungan yang diguna pakai melibatkan operasi CE iaitu singkatan
bagi mencerakin nombor pada permulaannya, diikuti pula dengan operasi DA iaitu singkatan bagi mendarab
pada langkah yang kedua serta pada langkah yang terakhir pula ianya menggunakan operasi T iaitu singkatan
bagi penambahan. Sekiranya ketiga tiga operasi ini dikuasai oleh murid maka kaedah ini akan dapat
membantu murid menyelesaikan aktiviti mendarab sebarang nombor hingga empat digit dengan satu digit
dengan mengumpul semula seperti yang digambarkan di Rajah 5.

CERAKIN CE

DARAB DA

Ribu Ratus Puluh Sa

x 3000 800 60 3

4 12 000 3 200 240 12

TAMBAH T
DA
12000
3200
240
+ 12
15452

Rajah 5.Kaedah CEDAT

5
Metodologi Kajian

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran melibatkan murid-murid Tahun 4 yang lemah dari kelas yang terdiri daripada murid - murid
sederhana. Bagi dijadikan sampel kajian, saya telah menjalankan pemerhatian bagi mengenal pasti murid - murid
yang bermasalah dalam pengiraan yang melibatkan kemahiran darab dengan mengumpul semula.

Berdasarkan ujian pengesanan masalah yang diberikan, saya telah mengenal pasti murid-murid yang bermasalah
dalam pengiraan yang melibatkan kemahiran mendarab. Berdasarkan ujian pengesanan masalah tersebut, saya
telah memilih empat orang murid untuk dijadikan peserta kajian. Dua orang murid yang terlibat ini terdiri
daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Pemilihan murid ini juga dilakukan
berdasarkan pemerhatian dan prestasi ujian di dalam kelas serta latihan diberikan.

Daripada pemerhatian saya, keempat - empat murid ini sangat memerlukan bimbingan dan perhatian daripada
saya. Mereka lebih menunjukkan minat untuk belajar apabila perhatian daripada guru diberikan. Keempat -
empat orang murid ini sangat pasif di dalam kelas. Mereka juga lambat dalam menyiapkan latihan atau lembaran
kerja yang diberikan.

Jadual 1.

Markah ujian pengesanan bagi empat orang peserta kajian

Nama Jantina Nombor Soalan BILANGAN PERATUS

Murid 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 YANG BETUL (%)

PK 1 L X / X X X X X X X X 1 10 %

PK 2 L X / X X X X X X X X 1 10 %

PK 3 P X X X X X X X X X X 0 0%

PK 4 P X X X X X X X X X X 0 0%

Berdasarkan ujian pengesanan yang dilakukan ini, dapat dinyatakan di sini, ke empat-empat peserta yang dipilih
ini sangat lemah. Peserta kajian 1 dan peserta kajian 2 hanya dapat menjawab 1 soalan dengan betul manakala
peserta kajian 3 dan peserta kajian 4 tidak dapat menjawab sebarang soalan yang diberi dengan betul.

Kaedah Pengumpulan Data

Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi

Dalam kajian ini,saya menggunakan dua jenis ujian bagi menguji keberkesanan kaedah saya iaitu ujian sebelum
dan selepas intervensi. Soalan yang disediakan oleh saya juga adalah sama iaitu sebanyak 10 soalan bagi kedua
dua ujian bagi melihat perkembangan sebelum dan selepas intervensi dijalankan oleh peserta kajian.

Analisis Dokumen

Analisis dokumen yang saya lakukan ialah analisis ke atas lembaran kerja bertulis peserta kajian, yang mana
mereka lakukan setiap kali intervensi dijalankan secara berperingkat peringkat. Peserta kajian akan diberikan 2
lembaran kerja melibatkan kaedah cerakin terlebih dahulu dan selepas itu melibatkan kaedah mendarab dan
penambahan. Dengan itu, saya dapat membuat analisis dengan membanding peningkatan prestasi hasil setiap
lembaran kerja yang diberikan. Pengumpulan data melalui lembaran kerja peserta kajian dapat memberi
maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh peserta kajian.

6
Pelaksanaan Tindakan

Jadual 2.
Tempoh Masa Pelaksanaan Kajian Tindakan
PERKARA TEMPOH PELAKSANAAN

1) Ujian Sebelum Intervensi Minggu Pertama

( 28.09.2015 30.09.2015 )

2) Pengenalan Kaedah CEDAT Minggu Kedua

- Lembaran Kerja 1 ( 04.10.2015 08.10.2015 )

- Lembaran Kerja 2

3) Ujian Selepas Intervensi Minggu Ketiga

( 10.10.2015 15.10.2015 )

Jadual 2 di atas menunjukkan pelaksanaan kajian tindakan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan. Ini bagi
memastikan pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan dapatan data yang diperolehi juga adalah tepat.

Ujian Sebelum Intervensi


Ujian sebelum intervensi ini dijalankan sebelum kaedah CEDAT diperkenalkan. Ujian ini mengandungi 10
soalan struktur dan perlu dijawab dalam masa 30 minit iaitu satu waktu pengajaran. Masa yang dicadangkan
untuk menjawab satu soalan adalah selama tiga minit.
Pelaksanaan Menggunakan Kaedah Cerakin, Darab dan Tambah (CEDAT)
Mencerakinkan Nombor Mengikut Nilai Tempat
Langkah 1
Pertama sekali, peringkat ini adalah peringkat CE iaitu semua murid yang dipilih dilatih cerakinkan nombor
yang hendak didarab. Semua murid yang dipilih tidak mempunyai masalah pada peringkat ini kerana mereka
telah belajar cerakin nombor sejak di tahun 3 lagi. Pada peringkat ini semua murid yang dipilih diberi soalan
darab dengan mengumpul semula tetapi kaedah ini diajar dengan menggunakan kaedah ansur maju iaitu
penyelesaiannya dibuat secara berperingkatperingkat.
Contoh Soalan : 4 273 x 6 = Ribu Ratus Puluh Sa

4 2 7 3 4000 + 200 + 70 + 3
X 6 x 6 x 6 x 6 x 6

Rajah 6. Kaedah Cerakin Mengikut Nilai Tempat


Penekanan kaedah ansur maju yang ditekankan di sini ialah pada langkah pertama, murid murid diberikan
lembaran kerja 1 yang mengandungi 5 soalan berbantukan bahan bantu mengajar berfokuskan kepada cara
mencerakinkan nombor mengikut rumah sa, puluh, ratus dan ribu terlebih dahulu sebelum beralih ke peringkat
seterusnya.
Mendarab Nombor Mengikut Nilai Tempat
Langkah 2

7
Peringkat ini dijalankan selepas semua murid yang dipilih mahir dalam mencerakin nombor. Ini penting kerana
aktiviti di langkah ini merupakan lanjutan kepada langkah sebelumnya. Semua murid yang dipilih dibimbing
untuk mendarab nombor yang dicerakin dengan pendarab. Peringkat ini adalah peringkat DA iaitu darab. Pada
peringkat ini murid murid dikehendaki mendarab nombor empat digit tersebut dengan satu digit. Bermula pada
langkah kedua ini, bagi memudahkan murid murid memahami langkah dengan lebih tersusun, maka petak
kaedah (CEDAT) akan digunakan seperti di bawah.

Nombor yang di sebelah atas telah dicerakinkan


Mengikut nilai tempat berdasarkan soalan

Ribu Ratus Puluh Sa

x 4000 200 70 3

6 24 000 1 200 420 18

Nombor di sebelah bawah ialah jawapan yang terhasil setelah ia


didarabkan mengikut nilai tempat yang telah ditetapkan dengan
pendarab yang diberikan
Rajah 7. Kaedah Mendarab Menggunakan Kaedah CEDAT

Menambah Nombor Dalam Bentuk Lazim


Langkah 3
Aktiviti di langkah 3 ialah peringkat T iaitu semua murid yang dipilih diminta menambah semua hasil dalam
bentuk lazim. Pada langkah ini, semua murid yang dipilih akan mendapat jawapan yang sebenar dan merupakan
langkah yang terakhir untuk Kaedah Cerakin, Darab dan Tambah (CEDAT) ini.

Ribu Ratus Puluh Sa


L1

4 2 7 3 4000 + 200 + 70 + 3
X 6 x 6 x 6 x 6 x 6

L3 L2

24000
Ribu Ratus Puluh Sa
1200
x 4000 200 70 3
420
+ 18 6 24 000 1 200 420 18

25638 24000+1200 +420+18

Rajah 8. Susun atur Kaedah CEDAT

8
Setelah selesai memberi penerangan kepada peserta kajian mengenai ketiga-tiga langkah ini, lembaran kerja 2
diberi dan dijawab secara individu oleh semua peserta kajian.
Ujian Selepas Intervensi
Ujian selepas intervensi dijalankan selepas semua peserta kajian didedahkan dengan kaedah CEDAT. Ujian ini
mengandungi 10 soalan struktur dan masa menjawab soalan adalah selama 30 minit. Ujian ini dijalankan untuk
menguji pemahaman, tahap penguasaan dan kebolehan peserta kajian serta untuk membuat perbandingan data
supaya perbezaan pencapaian dapat dilihat dengan jelas.
Dapatan Kajian
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini telah menjawab soalan kajian iaitu adakah kaedah CEDAT ini dapat
membantu murid tahun 4 mendarab nombor 4 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula. Keputusan yang
positif telah diperoleh hasil dapatan kajian.
Soalan kajian : Adakah kaedah CEDAT dapat membantu murid murid tahun 4 mendarab nombor empat
digit dengan satu digit dengan mengumpul semula.
Ujian Sebelum Intervensi dan Ujian Selepas Intervensi telah digunakan sebagai instrumen untuk menjawab
soalan kajian saya pada kali ini iaitu adakah kaedah CEDAT dapat membantu murid murid tahun 4
mendarab nombor empat digit dengan satu digit dengan mengumpul semula ataupun tidak.

90
Markah Ujian (%)

80
70
60
50
40
30
20
10
0
Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2 Peserta Kajian 3 Peserta Kajian 4
Ujian Sebelum Intervensi 10 10 40 30
Ujian Selepas Intervensi 50 60 80 70
Peningkatan 40 50 40 40

Rajah 9. Perbandingan markah peserta kajian dalam ujian sebelum dan selepas intervensi

Berdasarkan Rajah 9, keempat empat peserta kajian menunjukkan peningkatan sekurang kurangnya 40% dan
lebih selepas intervensi dilaksanakan. Peserta kajian 1, peserta kajian 3 dan peserta kajian 4 telah mencatatkan
peningkatan sebanyak 40 %, manakala peserta kajian 2 pula telah mencatat peningkatan yang paling tinggi iaitu
sebanyak 50%. Peningkatan markah yang diperoleh peserta kajian selepas intervensi dilaksanakan membuktikan
bahawa kaedah CEDAT ini dapat menjawab soalan berkaitan adakah kaedah CEDAT dapat membantu
murid murid tahun 4 mendarab sebarang nombor empat digit dengan satu digit dengan mengumpul semula.
Kesimpulannya, penggunaan kaedah CEDAT boleh dikatakan berjaya meningkatkan pencapaian peserta
kajian dalam menjawab soalan berkaitan mendarab nombor empat digit dengan satu digit dengan mengumpul
semula kerana kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian semasa menjawab Ujian Selepas Intervensi dan juga
latihan bertulis hanyalah kesalahan kecuaian pengiraan dan bukannya tidak kefahaman konsep. Oleh itu dapat
dinyatakan di sini bahawa objektif kajian ini telahpun dapat dicapai.

9
Analisis Dokumen
Dalam menganalisis dokumen, saya telah menganalisis lembaran kerja murid seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 3.
Jadual 3
Analisis markah lembaran kerja bertulis peserta kajian

MARKAH
Peserta Kajian Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Perbandingan LK 1 dan
LK 2

Peserta Kajian 1 3/5 4/5 Meningkat


Peserta Kajian 2 4/5 4/5 Tiada Perubahan
Peserta Kajian 3 4/5 5/5 Meningkat
Peserta Kajian 4 3/5 5/5 Meningkat
Jadual 3 menunjukkan analisis markah ke atas lembaran kerja bertulis peserta kajian yang telah dilakukan setiap
kali intervensi dijalankan secara berperingkat peringkat mengikut fasa yang ditetapkan. Fasa pertama hanya
melibatkan kaedah cerakin terlebih dahulu dan fasa kedua pula melibatkan kaedah mendarab dan penambahan.
Jika dilihat, tiada sebarang perubahan markah yang berlaku pada peserta kajian 2. Walaupun tiada peningkatan,
markah yang diperolehi iaitu 4/5 menunjukkan peserta kajian 2 ini juga telah memahami dan menguasai kaedah
ini.
Namun begitu, peserta kajian 1 menunjukkan peningkatan dari 3/5 kepada 4/5 dan peserta kajian 3 menunjukkan
peningkatan dari 4/5 kepada 5/5, manakala peserta kajian 4 pula meningkat dari 3/5 kepada 5/5. Dapat dilihat di
sini peserta kajian 3 dan peserta kajian 4 berjaya mendapat markah penuh pada lembaran kerja yang kedua.
Peningkatan ini terhasil daripada kaedah dan latihan yang sering dilakukan. Ini menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah CEDAT ini telah berjaya membantu murid tahun 4 mendarab nombor hingga empat digit
dengan satu digit dengan mengumpul semula.

Refleksi Keseluruhan
Melalui kajian tindakan ini, saya telah dapat meningkatkan kemahiran mendarab dikalangan peserta kajian saya.
Dengan menggunakan kaedah CEDAT ini, saya dapati murid lebih faham dan jelas tentang langkah-langkah
mendarab. Ini telah terbukti dengan keputusan ujian dan latihan yang telah diperolehi. Kaedah CEDAT ini
juga sebenarnya merupakan inovasi daripada teknik mendarab yang sedia ada. Di sini dapat saya katakan
bahawa guru perlu sentiasa membuat inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dan sentiasa memikirkan idea
untuk diketengahkan supaya ianya dapat memberi manafaat kepada murid dan warga pendidik secara amnya.

Penerangan mengenai kaedah CEDAT ini juga telah disampaikan dengan bantuan bahan bantu mengajar
(BBM) yang dibina oleh saya sendiri dan ianya juga menarik dan mudah digunakan. Bahan bantu mengajar yang
dihasilkan ini telah dicipta berdasarkan fasa-fasa yang telah ditetapkan bagi membantu guru menerangkan
kaedah ini dengan lebih mudah lagi dan sekaligus dapat menarik minat murid. Bahan bantu mengajar ini juga
direka untuk kegunaan yang berulang-ulang kali kerana ianya boleh digunakan untuk menunjukkan pengiraan
dan contoh-contoh yang lain kepada murid sehingga peserta kajian dapat memahami kaedah yang disampaikan
ini.

Jika dilihat dari segi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pula. Kekangan masa merupakan salah satu
faktor yang dihadapi oleh saya dalam melaksanakan intervensi ini selain daripada perlu mencari lokasi ataupun
tempat yang sesuai bagi setiap kali mengadakan sesi perjumpaan dengan peserta kajian saya. Akhirnya,
penyelesaian dapat saya temui di mana perjumpaan dengan peserta kajian saya dijalankan apabila mereka selesai
menghadiri sesi pengajaran dan pembelajaran pada waktu pagi dan tidak mengikuti apa-apa aktiviti lain seperti
kelas KAFA dan sebagainya.Tempat perjumpaan pula adalah di bilik Permata Hati iaitu bilik pemulihan khas
ataupun Pusat Sumber sekolah.

Secara keseluruhannya, banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya perolehi semasa melaksanakan
kajian tindakan ini. Melalui kajian ini, saya dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh murid
murid di dalam pembelajaran terutamanya Matematik. Di sini. sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai

10
seorang guru untuk memastikan agar murid-murid dapat menguasai ilmu yang disampaikan oleh guru dengan
baik. Saya juga merasa gembira apabila ilmu ataupun kaedah yang saya sampaikan ini dapat membantu
mempermudahkan lagi murid-murid saya dalam menyelesaikan soalan-soalan ataupun latihan yang diberikan
kepada mereka.

Melalui kajian ini juga, saya telah berpeluang mempelajari cara-cara dan prosedur yang betul dalam menjalankan
sesuatu kajian. Kajian ini juga telah memberikan kesedaran kepada saya betapa pentingnya ilmu pengetahuan.
Dengan ilmu pengetahuan yang ada inilah maka saya dapat menjadi pendidik yang lebih baik dan dapat memberi
sumbangan kepada murid dan juga masyarakat disamping dapat meningkatkan lagi nilai profesionalisme sebagai
seorang guru.

Cadangan Kajian Seterusnya

Setelah kajian ini dijalankan, saya mendapati bahawa kaedah ini mampu untuk membantu mengatasi masalah
kelemahan murid dalam menyelesaikan operasi darab. Oleh sebab itu,cadangan saya agar kaedah ini
diperkenalkan pula kepada murid-murid yang lemah seperti murid pemulihan. Ini kerana, kaedah ini senang
difahami dan mudah untuk diaplikasikan oleh murid.

Dapat saya nyatakan di sini bahawa, kekuatan yang dapat dilihat melalui kajian ini ialah murid menunjukkan
minat dan seronok untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Walaupun kaedah ini telah berjaya, namun
terdapat beberapa aspek penambahbaikan perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi keberkesanannya.

Di antara cadangan lain yang boleh dilakukan ialah kaedah ini juga boleh diaplikasikan bukan sahaja kepada
murid tahun empat, malah ianya boleh dilaksanakan juga kepada murid tahun lima dan enam dimana kaedah
CEDAT ini akan dapat diuji keberkesanannya ke atas tahap murid yang berlainan umur.Selain itu, pemilihan
sekolah untuk menjalankan kajian juga boleh diubah pada masa hadapan. Ini kerana,faktor persekitaran dan
penempatan seperti penduduk di bandar dan di luar bandar juga menyumbang kepada dapatan data yang berbeza
dikalangan murid-murid.

Selain daripada itu, bahan bantu mengajar yang saya perkenalkan dalam kajian ini hanya menggunakan bahan
maujud bagi menerangkan kaedah ini. Maka untuk kajian yang seterusnya, penggunaan teknologi maklumat
boleh digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran supaya ianya menjadi lebih menarik dan
menyeronokkan sebagai contoh penyampaian yang dilakukan oleh pengkaji selepas ini boleh disampaikan
menggunakan perisian power point kerana banyak animasi yang boleh dihasilkan menggunakan perisian ini.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kaedah CEDAT telah dapat membantu murid-murid tahun 4 mendarab sebarang nombor
empat digit dengan satu digit dengan mengumpul semula. Selain itu, saya juga berharap agar kajian tindakan ini
dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat secara amnya. Saya juga berharap agar dapat
meningkatkan kualiti diri saya dari pelbagai aspek supaya dapat menjadi guru yang berkebolehan tinggi dan
berinovasi pada masa akan datang.

Rujukan

Basri Nasrul. (2012). Gabungan lattice dan multiplication table (LABLE) membantu
murid tahun 3 Pintar mendarab nombor 1-digit. Artikel Penyelidikan Tindakan
Seminar Penyelidikan Tahun 2012.

Cohen, L.G. &Spenciner, L.J. (2011). Error Analysis of Mathematics.


Diperoleh pada 2 September 2015, dari http://www.education.com/reference/article/error-%20analysis-
%20mathematics/

Ikhsan Othman & Norila Md Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran


sekolah rendah. Tanjung Malim: Quantum Books

11
Nik Azis Nik Pa. (2008). Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan Matematik. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Selingman, Olson, dan Zanna. 1996. The Psychology of Values: The Ontario
Symposium, Vol 8. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

Yamamoto, T.A. (1998). Chidrens understanding of introductory multiplication and


its relation to their performance of calculation and word problem solving.
Disertasi Sarjana yang belum diterbitkan. Ann Arbor: Columbia University.

12

Você também pode gostar