Você está na página 1de 1

ABSTRAK

Program sandaran bertujuan menyediakan peserta dengan pengetahuan praktikal dan


pengalaman dalam bidang pengurusan dan kepimpinan di sekolah. Laporan Sandaran yang
disediakan ini adalah hasil dari pemerhatian, temu bual, analisis rekod dan dokumen yang
diperoleh di Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun, Bentong, Pahang. Laporan kajian ini
memuatkan tentang maklumat sekolah merangkumi sejarah sekolah, data dan statistik
berkaitan. Laporan ini juga mengandungi huraian projek yang dipilih sebagai sandaran, iaitu
Amalan 5S Bengkel Kemahiran Hidup. Projek ini berfokus kepada pendekatan 5S dalam
mewujudkan iklim sekolah yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
Laporan ini turut menumpukan gaya pengurusan dan kepimpinan dalam memotivasikan
staf untuk menjayakan projek tersebut

Você também pode gostar