Você está na página 1de 11

eNPQEL

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

PENGENALAN :

Usahawan boleh ditakrifkan sebagai seorang yang mengusahakan sesuatu


perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping
mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya.

Tedapat pelbagai definisi telah diberikan kepada usahawan dan


keusahawanan. Antaranya ialah Kao (1995) percaya bahawa keusahawanan adalah
satu proses penciptaan kekayaan dan usahawan-usahawan tersebut merupakan
individu-individu yang terlibat dalam proses tersebut. Beliau
mendefinisikan keusahawan sebagai satu proses mencipta sesuatu yang baru
(kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan
menambah nilai kepada masyarakat dan usahawan.

Usahawan juga dikatakan mempunyai ciri-ciri dan profil diri yang unik, hebat
serta mempunyai kompetensi keusahawanan iaitu kemampuan dan kemahiran diri
untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawan dengan berkesan.

1. PROAKTIF (PROACTIVE)

Usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan
tindakan dalam dunia perniagaan. Usahawan memiliki matlamat, wawasan dan
sentiasa mahu maju ke hadapan. Usahawan akan lebih kreatif dan mahir
menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam dunia perniagaan. Usahawan yang
proaktif juga melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi
perniagaan.
Seseorang usahawan perlu bersikap proaktif dalam perniagaan. Beliau perlu
mencari maklum balas terutamanya daripada pelanggannya dan bukan menunggu
pelanggan membuat aduan. Selain itu, sekiranya terdapat aduan dan sungutan
pelanggan mengenai keluaran ataupun perkhidmatan yang ditawarkan, usahawan
seharusnya tidak cepat marah tetapi sebaliknya bersifat terbuka dan menerima aduan
tersebut dengan senang hati. Ini kerana, melalui maklum balas tersebut, usahawan
dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mencapai kejayaan
cemerlang dalam perniagaan.
Tambahan lagi usahawan yang proaktif adalah berkaitan dengan usahawan
yang bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, tindakan mengambil
peluang ini ialah untuk membentuk sesuatu persekitaran baru. Tindakan ini selalunya
menyebabkan firma yang keusahawanan itu menjadi pemimpin di dalam pasaran
dengan mempengaruhi kaedah bersaing dengan membina permintaan baru.

Sebagai contoh usahawan yang proaktif iaitu usahawan runcit iaitu Datuk Wira
(Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin. Beliau telah Pengasas pasaraya Mydin selepas ayah
beliau. Pasaraya Mydin adalah sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan
yang murah berbanding pasaraya lain.

Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin
Mohamed bin Ghulam Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka
kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan
kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya
memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium
borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka & 5 francais di beberapa
negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk
Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan
Mydin.
Beliau bersikap proaktif dengan mencari peluang dalam pasaran serta
memenuhi permintaan dipasaran dengan harga yang berpatutan untuk bersaing
dengan pasaraya tempatan yang lain.Beliau juga mencari maklum balas dari
pelanggan untuk memenehu permintaan baru pelanggan.
2 JARINGAN (NETWORKING)

Rangkaian adalah satu ciri yang perlu ada dalam perniagaan yang memainkan
peranan penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai
rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah
untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan
menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang
baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran
rangkaian. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian, kerana ia
akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.
Rangkaian adalah hasil dari strategi hubungan yang lepas dan sumber untuk
strategi akan datang. Hubungan yang betul dan tanggungan adalah keputusan dari
sumber yang mana syarikat asalnya membawa kepada (Rosli Mahmood) rangkaian,
pengalaman yang ia dapat dan pelaburan yang dibuat dari hubungan tersebut. Ini
bermaksud, selain dari analisa tambahan mengenai portfolio perhubungan syarikat
dan memahami apa itu rangkaian, ini juga melibatkan penyenarai semua sumber
tambahan yang dibina melalui pergaulan.

Contoh usahawan yang mengaplikasi kan ciri rangkaian dalam perniagaannya


ialah Datuk Jimmy Choo merupakan seorang pereka kasut dan juga seorang tukang
kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau dilahirkan di
Pulau Pinang,Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga dimana ayahnya
menjalankan perniagaaan membuat kasut.setelah 4 tahu bertungkus lumus.

Empat tahun yang lalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan
beliau lantas membelinya sekitar tahun 1190.Semenjak daripada itu,Puteri Diana suka
dengan rekaaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak
di persada antarabangsa..Rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah
majalah fesyen terkenal di UK.Pada tahun 1996 ,beliau mengasaskan Jimmy Choo
Ltd bersama Tamara Mellon,editor Bristish Vogue. Beliau bijak mencari peluang
mencari jaringan bagi perniagaan kasutnya.
3. BERWAWASAN (VISIONARY)

Berwawasan bermaksud seseorang usahawan mesti menetapkan hala tuju yang


tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka masa,
iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan dapat mengelakkan
lencongan. Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang
diambil disasarkan ke arah pencapaian wawasan yang ditetapkan.
Wawasan adalah keupayaan untuk melihat apa yang orang lain tidak dapat
melihat dan mempunyai keupayaan untuk membayangkan bagaimana sesuatu yang
akan berkembang di masa akan datang. Ia dapat mempunyai gambaran dalam fikiran
usahawan yang betul-betul hasil yang usahawan bercadang untuk menghasilkan.
Usahawan berwawasan dapat melihat dengan jelas apa atau perniagaannya akan
kelihatan seperti di dalam setiap inci apabila ia selesai. Tambahan lagi, usahawan
yang berwawasan juga mampu menjadikan seseorang itu lebih jelas, tersendiri,
mempunyai matlamat tertentu di masa depan yang mempunyai kaitan dengan
teknologi yang lebih maju. Sesetengah wawasan menekankan komunikasi, dan
beberapa memainkan peranan tokoh dalam menganjurkan kumpulan sosial. Dengan
kata lain, berwawasan bermakna seseorang boleh melihat sesuatu yang akan berlaku
lebih jauh sebelum ia benar-benar terjadi.
Contoh usahawan yang berwawasan dalam industri automobil ialah Malcolm
N. Bricklin. Beliau dilahirkan pada March 9, 1939 dan diiktiraf sebagai salah satu
industri automobil terkemuka usahawan, pencipta dan berwawasan. Beliau
mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam mereka bentuk, kejuruteraan,
pembuatan, perkilangan semula, mengimport, mengedar dan kereta pemasaran. Juga
dikenali sebagai salah satu di Dunia 60 Minds Terbesar oleh Mike Wallace, Beliau
adalah salah satu daripada empat lelaki di Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II
untuk mereka bentuk, pembuatan dan menjual kereta sendiri. Tetapi beliau lebih
mengeluarkan kereta sendiri. Beliau berwawasan, apabila dapat mengesan trend
masa depan lama sebelum orang lain. Beliau merupakan salah satu daripada
Mavericks industri auto pertama yang menyedari bahawa penjimatan, kereta Jepun
yang murah boleh memberi pengaruh besar di Amerika Syarikat dan dicipta Subaru,
yang kini menduduki tempat ke-10 di Amerika Syarikat automobil. The Bricklin SV-1
sayap-gull, kereta sukan keselamatan adalah yang pertama seumpamanya dalam
menggunakan akrilik dan gentian kaca panel, dan casis yang mampu menahan kesan
halaju tinggi tanpa ubah bentuk. Matlamatnya mengadun gaya dengan keselamatan
dan prestasi adalah relevan hari ini kerana ia merupakan kereta yang terhebat berada
di pasaran untuk model tahun 1974. Beliau adalah usahawan kereta yang hanya
mengimport lima kereta automobil di United States: Subaru, Bricklin SV1, Bertone,
Pinanfarina, and Yugo.

4. BUDAYA TERBUKA (OPEN CULTURE)

Budaya bebas ini bermaksud seseorang yang boleh menerima budaya luar. Jika
sesebuah perniagaan memasuki pasaran antarabangsa akan berhadapan dengan
pelbagai cabaran kebudayaan. Mengenal pasti dan memahami nilai-nilai budaya
sesebuah masyarakat atau negara adalah penting untuk memasuki pasara
antarabangsa. Usahawan hendaklah sentiasa peka dan berfikiran terbuka terhadap
budaya luar bagi membuat penggubah suaian dalam organisasi serta operasinya
supaya usahawan tersebut dapat melakukan perubahan serta mendapatkan
keuntungan. Usahawan hendaklah sentiasa berfikiran terbuka serta boleh menerima
budaya baru dalam melakukan sesuatu perniagaan.
Ciri-ciri budaya terbuka ini juga perlu dalam diri usahawan kerana ia penting
bagi memasarkan barangan ke negara luar supaya tidak berlakunya masalah tentang
adat atau budaya di negara asing. Melalui pengetahuan mengenai budaya luar
usahawan dapat memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang
diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk
maju dan mengembangkan perniagaannya sepanjang masa. Sebagai contoh,
seseorang usahawan perlu peka terhadap barangan yang dijual itu halal ataupun tidak
halal. Jika memasarkan barangan tersebut di negara islam akan menyebabkan
kemarahan kerana ia amat sensitive.
Sebagai contoh, Tan Sri Dato Loh Boon Siew adalah nama individu yang
bertanggungjawab membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia. Pada tahun
1958, beliau telah melawat Jepun untuk makan angin dan ternampak sebuah
motorsikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin
akan mendapat pasaran yang baik jika dibawa ke Malaysia. Tan Sri Dato Loh Boon
Siew telah membuat keputusan untuk membuat perjanjian dengan memesan 12 unit
motorsikal.

Tan Sri Dato Loh melakukan kajian pasaran berkaitan gaya hidup dan
perbezaan budaya di negara Malaysia. Selepas negara Malaysia mendapat
kemerdekaan pada tahun 1957, trend sosial rakyat pada ketika itu mula berubah.
Dengan hanya berbasikal untuk ke satu tempat seperti ke pejabat, rakyat Malaysia
pada ketika itu sudah diperkenalkan dengan motorsikal oleh penjajah sebelum
kemerdekaan. Tetapi kebanyakan motorsikal yang dibawa masuk oleh penjajah
adalah bersaiz besar seperti jenama Norton yang tidak sesuai dengan saiz tubuh
badan yang kecil masyarakat Malaysia.
Dengan melihat keadaan sosio-budaya yang sedang berubah inilah, Tan Sri
Loh Boon Siew telah berjaya mengenalpasti peluang perniagaan yang baru iaitu
dengan menjual motorsikal saiz yang kecil dan ringan atau lebih dikenali dengan
motorsikal cub. Cara ini sesuai dengan gaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia
yang bertubuh kecil dan bersesuaian dengan keadaan semasa pada ketika itu.

5 MENGAMBIL RISIKO (RISK TAKER)

Mengambil risiko terbuka bermaksud risiko tersebut berkemungkinan akan mengalami


kerugian ataupun keuntungan. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil
risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Setiap
perniagaan sama ada perniagaan kecil ataupun besar akan mengambil risiko untuk
mendapatkan hasil yang lumayan serta membuat sesuatu perubahan dalam
memantapkan lagi perniagaan tersebut. Namun begitu, ciri mengambil risiko terbuka
ini hendaklah dirancang dengan teliti dan selamat serta perlu diimbangi dengan
pengetahuan dan kefahaman supaya risiko tersebut tidak mendatangkan masalah
kepada perniagaan.
Sebagai contoh usahawan yang mengamalkan ciri ini ialah Air Asia yang
diterajui oleh Tony Fernandez. Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE (lahir 30 April
1964; juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia
dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang
murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal
terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia
daripada sebuah syarikat penerbangan yang mundur kepada sebuah syarikat awam
yang cemerlang.
Syarikat Air Asia dahulu merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-
Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan
disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Tan Sri Anthony Francis
Fernandes telah mengambil risiko dengan membeli syarikat tersebut dengan harga
satu ringgit dan mempunyai hutang dalam anggaran RM 40 juta dan hanya
mempunyai dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, terbang hanya ke satu
destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya 250
pekerja.
Namun selepas 9 tahun syarikat yang telah dipimpin oleh Tan Sri Anthony
Francis Fernandes AirAsia sekarang bernilai hampir RM 4 billion, mencatat
keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330,
terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia,
menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari
8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Hal ini menyebabkan
syarikat ini antara pesaing terbesar syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa
utama lain yang telah lama beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), dan
Singapore Airlines (SIA)

6. KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (FAILURE IS AN OPTION)


Apabila orang berfikir untuk berjaya, mereka biasanya bercakap mengenai
keuntungan besar dan kos dapat dikurangkan. Sudah tentu pertumbuhan kewangan
adalah keputusan yang diingini. Tetapi satu definisi kejayaan adalah lebih sederhana.
Ia bermaksud hasil atau keputusan. Oleh itu, jika kejayaan tidak semestinya positif,
maka dengan alasan kegagalan itu tidak semestinya sesuatu yang negatif. Apa yang
penting adalah untuk menangani kegagalan, belajar daripada mereka dan beralih
kepada apa yang akan datang tanpa sama sekali mematahkan semangat pasukan
anda.
Sebagai contoh, Thomas Alfa Edison ialah seorang peraka dan usahawan
Amerika Syarikat yang mengembangkan banyak perati yang amat mempengaruhi
kehidupan di seluruh dunia. Digelar Yang Pintar dari seorang wartawan, beliau
adalah seorang pereka terawal yang menggunakan pengeluaran secara besar-
besaran untuk proses perekaan. Thomas Edison telah dianggap sebagai salah satu
pereka yang paling pengaruh dalam sejarah penciptaan.
Thomas Alfa Edison merupkan pencipta lampu. Pada awal penciptaan mentol
lampu, Thomas Edison gagal untuk mendapatkan wang pinjaman kerana masyarakat
beranggapan bahawa penciptaannya agak mustahil untuk berjaya.
Setelah mendapat pinjaman, Thomas berusaha mencipta mentol lampu.
Percubaanya selalu gagal sampai beratus kali. Namun ia tidak mematahkan
semangat dan tidak menganggap dirinya seorang yang gagal. Thomas Edison terus
melakukan percubaanya dalam mencipta mentol lampu.sehingga berjaya pada
percubaanya yang ke seribu.

7. BERORIENTASIKAN HASIL (OUTCOME ORIENTED)

Berorientasikan hasil bermaksud minda tindakan yang berfokus kepada hasil dan
impak. Seseorang usahawan akan membuka perniagaan untuk mendapatkan
keuntungan yang lumayan. Malahan, seseorang usahawan itu akan berusaha untuk
mendapatkan hasil yang berterusan dengan cara memajukan lagi perniagaan mereka.
Oleh itu, usahawan akan memasarkan perniagaan mereka ke luar negara. Di samping
itu, usahawan akan berusaha menghasilkan barang baru.
Dalam perniagaan, seorang usahawan berorientasikan hasil analisis
produktiviti pekerja berdasarkan bilangan tugas yang beliau siapkan dalam tempoh
yang ditetapkan dan kualiti produk atau perkhidmatan yang diberikan olehnya. Pekerja
adalah bebas untuk menggunakan proses peribadi dalam usaha untuk mencapai
sasaran yang ditetapkan di organisasi. Matlamat utama individu yang berorientasikan
hasil atau organisasi adalah untuk memenuhi objektif dan menyedari pertumbuhan
positif. Usahawan yang berjaya sentiasa melihat ke depan. Mereka melihat untuk
melihat apa peluang mungkin hadir diri mereka pada masa hadapan dan bagaimana
untuk mengambil kesempatan daripada peluang-peluang.
Selain itu, usahawan tersebut sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu
dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang lebih singkat daripada
kebiasaannya. Serta sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan
keuntungan dari sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan dan
menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk
meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan .
Sebagai contoh, sikap usaha melihat dan merebut hasil yang telah Tan Sri
Nasaruddin lakukan dapat dilihat apabila beliau membeli 20 AP (permit import) lalu ke
Jepun, di mana beliau menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit
pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual kesemuanya dalam masa tiga
bulan. Beliau memulakan perniagaan automobil dalam sebuah kedai di Taman Maluri
dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka
cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan lagi perniagaan
peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. Melalui
pengalamannya ini, beliau berkemampuan di dalam memperluaskan pasaran.
Kompentensi ini memberikan faktor penting dalam kejayaan dan daya tahan sesuatu
perniagaan dan melanjutkan hayat perniagaan yang berpanjangan.

8. BERORIENTASIKAN PASUKAN (TEAM ORIENTED)


Pasukan yang berorientasikan bermaksud pengurusan dalam sesuatu organisasi atau
boleh dikatakan sebagai kerja berpasukan. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kerja
berpasukan telah menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan
yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam
erti kata yang lain, membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan
kemahiran anggota-anggota kumpulan.

Sebagai contoh, usahawan yang mengamalkan ciri ini ialah fedEx yang
diterajui oleh Frederick W. Smith. Beliau telah dilahirkan pada 11 Ogos 1944 dan
berwarganegara Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat. Beliau mempunyai gaji
sehingga US$13.7 million dan keseluruhan hartanya mencecah US$3.8 billion. Pada
1980-an FedEx menjalankan kerjasama dengan British Airways. Nama FedEx
Corporation sendiri secara rasminya digunakan sejak bulan Januari 2000 yang
sebelum ini menggunakan FDX Corporation.

Beliau dikatakan usahawan yang berjaya kerana pada bulan Februari 2004,
FedEx mengambil alih perusahaan swasta Kinko's Inc yang diganti nama-nya menjadi
FedEx Kinko's. Proses ini dilakukan untuk memperluas akses jaringan FedEx kepada
masyarakat umum. Selanjutnya, perusahaan kembali mengambil alih Parcel Direct
sejak September 2004 dan berganti nama menjadi FedEx SmartPost. Saat ini FedEx
telah menjadi penyediakan jasa pengiriman terkemuka di dunia.
Hal ini membuktikan bahawa ciri ini sangat membantu terutamanya kepada
para usahawan. Fredick W.Smith sendiri telah berjaya dengan mengamalkan ciri
pasukan yang berorientasikan justeru menjadikan beliau seorang yang berjaya di
mata dunia. Perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang di sesebuah organisasi
sangat diperlukan lebih-lebih lagi dalam era globalisasi kini. Oleh itu untuk menjadi
seorang usahawan yang hebat, generasi Y seperti kita ini haruslah menerapkan ciri
ini semasa bekerja mahupun berniaga.

9. TAJAM PENGLIHATAN / TELITI (OBSERVANT)


Observant bermaksud tajam penglihatan atau lebih spesifik dikatakan teliti dalam
melakukan sesuatu pekerjaan. Ciri ini sangat penting untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya. Sebagai buktinya, Dato Yusof Haslam atau nama sebenar
beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem di
Malaysia. Dato Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954 dan berasal dari Jalan
Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang usahawan yang terkemuka di
Malaysia dan mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Kebangsaan Polis Depot
dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon,
Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production. Beliau telah mengeluarkan
filem komersial seperti Sembilu, Gerak Khas The Movie dan banyak lagi membuktikan
segala penat lelahnya sebagai penggiat seni perfileman sejak 1970-an mendapat
penghargaan masyarakat dan media masa.

Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah yang cukup prihatin dan teliti
dengan masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat kota. Beliau
menggunakan konsep tajam penglihatan atau peka terhadap isu sekeliling. Dalam
filem-filemnya sering digambarkan kemelut remaja kota, kehidupan remaja yang
terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang ketat memberikan
perlindungan kepada anak-anak remaja. Pendek kata, dalam filem-filem Yusof kita
akan didedahkan dengan segala permasalahan itu dan nasihat-nasihat serta cara-
cara untuk mengatasinya.
Dengan itu terbuktilah bahawa ciri yang diamalkan oleh Datuk Yusof Haslam
ini membuahkan hasil dan menjadikan beliau seorang usahawan perfileman yang
berjaya di Malaysia. Negara kita perlu berbangga dengan adanya usahawan begini
dan berharap agar lahirnya usahawan baru di masa yang akan datang.

Rujukan sumber:

Christopher David Goolsbee (2013). Entrepreneurial Traits and Entrepreneurial


Success. Electronic books.

https://entrepreneurship1013yaww.wordpress.com/2016/12/15/the-traits-of-
entrepreneur/

http://kumpulanabsade1013.blogspot.my/2015/10/ciri-ciri-usahawan-yang-
berjaya.html)

Você também pode gostar