Você está na página 1de 5

Soalan tugasan 1

Bimbingan dan Kaunseling merupakan aspek yang penting dalam pendidikan bagi guru di
sekolah. Dengan itu, guru biasa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan
dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah pembelajaran dan kerjaya.

Sebagai guru biasa di sekolah rendah, jelaskan pemahaman anda tentang konsep
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, etika kaunselor dan peranan anda sebagai
guru.

2.0 KONSEP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING, ETIKA KAUNSELOR


DAN PERANAN GURU BIASA.

2.1 Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Ramai yang beranggapan bahawa bimbingan dan kaunseling merupakan konsep yang sama.
Namun hakikatnya, kedua-dua perkhidmatan ini mempunyai perbezaan dari segi penggunaan
dan pendekatannya.

2.1.2 Konsep Bimbingan

Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses


menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat
sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.
Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

berdasarkan pengertian tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa bimbingan ialah sesuatu


aktiviti yang dijalankan dengan memberikan bantuan kepada seserang individu untuk
menentukan matlamat-matlamat jangka pendek dan panjang, serta merancang cara-cara
bertindak dan memperbaiki sikap dan tingkahlaku pada individu tersebut agar dapat membuat
pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial akademik, kerjaya dan sebagainya.

2
2.1.1 Konsep Kaunseling

Hasil penelitian dan bacaan saya daripada pelbagai sumber, saya menyimpulkan bahawa
kaunseling merupakan aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembangan
manusia dari segi strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkahlaku bagi menangani isu-isu
yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembanga kerjaya atau patologi. Sesi
kaunseling dilaksanakan secara bersemuka mahupun menggunakan kemudahan komunikasi
yang lain.

Namun demikian, kaunseling bukan bersifat pemberian nasihat. Kaunselor juga tidak
mempunyai sebarang preskripsi penyelesaian bagi kebimbingan yang dialami oleh kliennya.
Sebaliknya, klien akan bekerja bersama-sama kaunselor untuk memahami sebab sesuatu isu
atau kebimbingan yang dialaminya, serta meengenalpasti kepercayaan bercelaru yang
berhubungkait.

2.2 Etika Kaunselor

Menjaga tatalaku
dan identiti
sebagai seorang
kaunselor
Diawasi dan Berusaha
dinilai tugas meingkatkan
kaunselingnya pengetahuan,
oleh Lembaga kecekapan dan
Kaunselor kemahiran

Etika
Mengutamakan Kaunselor Menjalankan
keperluan klien tugas dengan
daripada tanggungjawab
keperluan sendiri dan jujur

Memahami dan Menghormati


menghormati privasi klien dan
latar belakang merahsiakan
sosio-budaya segala maklumat
klien yang diperoleh

Grafik 1.0 : Etika Kaunselor

3
Kemahiran kaunseling bukan sahaja perlu dipelajari, dikuasai dan diaplikasikan oleh guru
Bimbingan dan Kaunseling sahaja. Malah, kemahiran ini juga perlu dipraktikkan oleh guru-guru
biasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar kelas.
Pengaplikasian kemahiran-kemahiran kaunseling ini akan menjadikan seorang guru itu prihatin
dan sentiasa peka dengan kebajikan muridnya. Hal ini pasti akan mewujudkan hubungan yang
baik antara guru dan muridnya. Apabila hubungan baik ini wujud, murid akan berasa selesa dan
akan memberikan kerjasama yang baik kepada guru berkenaan. Secara tidak langsung, sesi
pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna dan dapat mencapai objektif pembelajaran
yang optimum.

Pengetahuan serta pengaplikasian kod etika kaunseling juga dapat mengelakkan


tanggapan negatif guru, murid serta seluruh warga sekolah terhadap pelajar bermasalah. Hal ini
kerana dalam kod etika, kerahsiaan itu penting. Oleh itu, jika guru biasa dapat mengesan lebih
awal permasalahan murid, guru biasa boleh cuba mengawal dan menangani masalah tersebut.
Kebiasaanya, murid-murid yang bermasalah ini cenderung untuk menunjukkan tingkah laku
yang tidak diingini dan memberontak untuk menarik perhatian rakan-rakan dan guru mereka.
Jika guru itu tidak menghiraukan perlakuan sebegitu dan terus membuat persepsi negatif
terhadap murid-murid bermasalah ini, Masalah akan menjadi semakin buruk dan murid tersebut
akan terus diberi persepsi sedemikian.

Selain itu, guru yang mengaplikasikan kemahiran kod etika kaunseling dalam kelas
dapat mewujudkan komunikasi dua hala di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan
bermakna kepada kedua-dua pihak.

Sebagai kesimpulannya, pengaplikasian kod etika kaunseling dalam pengajaran dan


pembelajaran mempunyai banyak kepentingan terutamanya dalam membentuk seseorang guru
yang positif terhadap kerjayanya. Seorang guru seharusnya menguasai dan menggunakan
kemahiran-kemahiran kaunseling dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu,
persefahaman antara guru dan murid akan menjadi lebih baik dan banyak masalah dapat
diatasi. Sesi pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan akan menjadi sesuatu yang
menyeronokkan kepada murid-murid.

4
2.3 Peranan Guru Biasa Dalam Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Guru biasa juga tidak terlepas memainkan tanggungjawab dan peranan sama seperti
guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Hal ini kerana guru biasa lebih mudah untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid melalui pemerhatiannya dalam bilik darjah
sama ada dari aspek pencapaian akademik mahupun berkaitan dengan masalah salah laku
serta masalah-masalah lain. Hubungan rapat yang sedia terjalin antara guru biasa dengan
muridnya memudahkan lagi seseorang guru itu memberi bimbingan kepada muridnya. Pihak
sekolah sepatutnya tidak mengharapkan guru bimbingan dan kaunseling sahaja menyelesaikan
permasalahan murid. Seorang guru kaunseling tidak mungkin dapat melihat keperluan semua
murid-murid yang berada di sekolah. Disebabkan itulah, saya berpendapat bahawa setiap guru
haruslah sekurang-kurangnya memiliki asas tentang ilmu bimbingan dan kaunseling

Peranan yang perlu dimainkan oleh guru biasa adalah sebagai pengumpul maklumat
murid serta mengenalpasti masalah murid-murid di bawah jagaannya. Guru biasa boleh
membantu guru bimbingan dan kaunseling dengan mengumpulkan pelbagai maklumat
mengenai murid-murid mereka. Pengumpulan maklumat oleh guru biasa ini amat membantu
guru bimbingan dan kaunseling untuk membuat semakan serta digunakan sebagai rujukan
untuk tindakan susulan, sama ada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi yang lain.

Seterusnya, guru biasa yang berperanan sebagai guru pembimbing juga haruslah
sentiasa menolong dan membantu murid-murid di bawah jagaannya dalam pelajaran mereka.
Segala kemusykilan dan masalah yang wujud dalam pelajaran murid-murid perlulah
diselesaikan oleh guru dengan mengambil tindakan sewajarnya seperti memberi penerangan
yang ringkas, tepat dan jelas, memberikan contoh-contoh yang bersesuaian dengan topik yang
diajar serta menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan
tahap dan penerimaan murid tersebut. Selain itu juga, guru juga boleh membuat perancangan
yang sistematik serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
menarik agar dapat membantu menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran di dalam
bilik darjah.

Selain daripada itu juga, guru biasa boleh berperanan dengan memberikan kesedaran
tentang betapa pentingnya pelajaran kepada murid-murid di bawah jagaanya. Terdapat murid
yang sangat aktif untuk belajar, dan pada masa yang sama juga terdapat murid yang datang ke
sekolah hanya sebagai rutin harian mereka. Dalam hal ini, guru biasa boleh memberikan
kesedaran kepada murid-murid ini bahawa betapa pentingnya pelajaran pada masa kini.

5
Apabila guru memberikan kesedaran, murid-murid akan berpeluang untuk mengubah diri
mereka dan bersedia untuk menghadapi cabaran di dalam dunia pendidikan ini.

Di samping itu juga, guru biasa boleh membantu murid dalam membuat keputusan yang
rasional. Murid-murid di sekolah rendah berupaya mengambil keputusan sendiri. Namun begitu,
mereka masih tidak dapat berfikir sama ada keputusan yang diambil itu adalah rasional atau
tidak. Oleh yang demikian, adalah menjadi tugas kepada guru biasa untuk membantu murid-
murid ini dalam membuat pertimbangan, mengenal pasti baik atau buruk akan sesuatu tindakan
dan sebagainya.

Bidang tugas guru biasa sebagai guru pembimbing yang seterusnya ialah sentiasa
merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling. Sekiranya guru biasa menghadapi sebarang
masalah dalam menguruskan murid-murid di bawah jagaannya, mereka boleh merujuk kepada
guru bimbingan dan kaunseling untuk mendapatkan idea atau pendapat yang sepatutnya di
samping untuk mendapatkan maklumat.

Di samping itu juga, guru biasa hendaklah bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga
murid-murid. Hal ini adalah kerana guru merupakan ibu bapa kedua di sekolah bagi setiap
murid. Oleh itu, mereka perlu sentiasa memaklumkan perkembangan murid dari masa ke masa.
Kerjasama antara kedua-dua pihak ini iaitu guru dengan ibu bapa akan dapat membantu kedua-
dua pihak untuk mengenali tentang murid atau anak mereka. Hal ini akan mendorong kepada
guru atau ibu bapa untuk mengambil sebarang tindakan yang seterusnya.

Memang tidak dapat dinafikan, kita sebagai guru mempunyai pengalaman hidup yang
lebih banyak jika dibandingkan dengan murid-murid. Maka, guru boleh menggunakan
pengalamannya yang lepas dan pengetahuan yang sedia ada tentang asam garam kehidupan
ini, untuk membimbing murid tersebut membuat keputusan yang bijaksana dan rasional dalam
mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi oleh murid. Namun, kita perlu ingat dan tahu
bahawa kita hanya memberikan cadangan kepada murid ini mengenai cara mengatasinya,
tetapi hak untuk membuat keputusan adalah di tangan murid itu sendiri. Guru perlu memastikan
keputusan yang dipilih oleh murid ini perlulah berasaskan nilai-nilai murni dan agama.

(965 patah perkataan)

Você também pode gostar