Você está na página 1de 5

Aplikasi TMK dalam Pendidikan dalam konteks bilik darjah dan di luar bilik darjah

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya


kehidupan masa kini, khusunya dalam bidang pendidikan. Pengaplikasian teknologi ini dalam
pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru kepada guru. Beberapa
penyelidikan telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah
dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya
cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Masanya juga telah tiba untuk budaya
persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan
mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, pelbagai
aplikasi telah diperkenalkan dalam pendidikan dalam konteks bilik darjah dan di luar bilik
darjah.
Di antara aplikasi TMK yang telah diperkenalkan dalam pendidikan dalam konteks bilik
darjah adalah seperti berikut:
1. Penggunaan E-mel dalam Pendidikan
Aplikasi paling asas TMK yang boleh diketengahkan dalam bidang pendidikan khusunya di
dalam bilik darjah ialah aplikasi e-mel atau juga dikenali sebagai mel elektronik. Melalui
aplikasi ini, pelajar boleh menyatakan sebarang masalah berkaitan dengan pendidikan dengan
serta-merta. Contohnya, pelajar boleh berkomunikasi dengan guru berkaitan dengan masalah
yang dihadapinya dalam pendidikan di mana jua ada pun melalui e-mel. Sebaliknya, guru
juga boleh mengetahui respon pelajar terhadap pengajarn dan pembelajarannya dalam bilik
darjah. Menurut Dr. Jane Lasarenko (1997), kebaikan yang utama meggalakkan pelajar
berkomunikasi denga guru melalui e-mel dapat menanam semangat yang inggi dalam
kalangan pelajar dalam pembelajaran mereka di bilik darjah. Malah, pelajar tidak lagi ada
alasan untuk menghantar kerja rumah pada hari yang ditetapkan.
2. Penggunaan Internet dalam Pendidikan
Pendidikan berasaskan Internet juga boleh dikatakan sebagai proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Kemudahan Internet bukan sahaja menawarkan komponen-
komponen lain malah menyediakan sumber pendidikan berbentuk teks yang diperkayakan
dengan unsur-unsur lain seperti grafik, animasi atau audio visual. Tambahan pula, Internet
turut menyediakan pelbagai bentuk maklumat yang sesuai untuk pelbagai program
pendidikan. Contonya, laman Web sebagai salah satu sumber maklumat pendidikan kepada
pelajar dalam bilik darjah. Usaha tersebut dapat direalisasikan kerana Internet sudah
dilengkapi dengan komponen-komponen yang dapat membantu penggunaannya seperti
pelayar Web dan enjin pencarian atau Pencarian Maklumat Luas (Global Information
Browsing) yang membolehkan pengguna melihat maklumat dengan mudah. Jelaslah bahawa
pelajar sudah mendapat perpustakaan elektronik di dalam Internet yang boleh membantu
mereka membuat tugasan mereka dengan mudah. Di samping itu, terdapat pelbagai laman
Web dalam Internet yang mempunyai perpustakaan yang tersendiri yang dipanggil virtual
library. Guru boleh mendapatkan maklumat atau bahan rujukan untuk tujuan pengajaran
sebelum disampaikan dalam bilik darjah. Dengan penggunaan Internet sebagai sumber untuk
mendapatkan maklumat sudah pastinya corak pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah menyeronokan.
3. Penggunaan Frog VLE dalam pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communication telah
memperuntukkan lebih dari 1 juta ringgit untuk mendapatkan lessen menggunakan VLE Frog
sehingga tahun 2015 daripada syarikat yang membangunkan platform ini di United Kingdom.
VLE Frog adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan diakses di mana-mana jua pun.
Sebagai contoh, guru boleh berkongsi maklumat, memberi tugasan, membuat ujian dan
menanda tugasan secara maya manakala murid pula boleh menyiapkan kerja rumah dan
menyemak keputusan melalui VLE. Frog VLE merupakan landasan atas cloud yang memberi
ruang untuk para guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berbantukan
komputer dengan lebih berkesan. Frog VLE merupakan satu bahan bantu mengajar yang
sesuai dengan situasi pengajaran dan pembelajaran pada abad ini. Program Frog VLE
membolehkan murid-murid mempunyai daya fikir dan nilai tambah yang membolehkan
mereka berkehadapan dengan negara-negara maju. Murid boleh belajar dengan kadar kendiri
dalam persekitaran yang selesa melalui Frog VLE.
4. Penggunaan LCD Projektor dalam pendidikan
LCD merupakan layar yang digunakan untuk media penampilan gambar dari projektor.
Projektor dapat dihubungkan dengan laptop atau komputer dalam bilik darjah. Alat ini sering
digunakan semasa aktiviti presentasi. LCD Projektor digunakan sebagai penyampaian materi
yang lebih mudah diterima dalam pembelajaran di bilik darjah. Penyampaian materi dari segi
LCD Projektor melalui Power Point yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran yang menggunakan LCD Projektor dapat dilaksanakan dengan waktu yang
singkat. Dengan adanya kemudahan teknologi ini para pendidik dapat meningkatkan ilmu
pengetahuannya di era globalisasi dengan pesat. Penggunaan LCD projektor di dalam bilik
darjah merupaan pembelajaran yang lebih menyenangkan dan mudah diterima oleh para
pendidik.
Di antara aplikasi TMK yang telah diperkenalkan dalam pendidikan dalam konteks di
luar bilik darjah adalah seperti berikut:
1. Facebook sebagai alat pendidikan di luar bilik darjah
Selain daripada menggunakan Facebook untuk tujuan bersosial, pelajar juga secara tidak
langsung telah menggunakan Facebook untuk tujuan akademik. Facebook telah terbukti
boleh digunakan sebagai alat pembelajaran yang berkesan khususnya untuk pembelajaran
tidak formal di luar bilik darjah. (Madge et. al., 2009). Sebagai salah satu medium yang
mudah dan berkesan, para pelajar menggunakan Facebook untuk berkomunikasi dengan
rakan-rakan sekelas mereka untuk membincangkan aktiviti-aktiviti berkaitan akademik
mereka (Gray, Vitak, Easton, & Ellison, 2013). Pelajar menggunakan Facebook sebagai
medium untuk melakukan aktiviti-aktiviti akademik seperti berbincang mengenai
perkembangan tugasan mereka serta membuat ulangkaji sesama rakan sekelas mereka dan
aktiviti-aktiviti tersebut dilaporkan meningkat ketika tarikh menghantar tugasan semakin
hampir dan ketika minggu peperiksaan (Madge et al., 2009; Vivian, 2011). Terdapat beberapa
ciri-ciri di dalam Facebook yang boleh diguna bagi tujuan pembelajaran seperti dinding
Facebook. Dinding di dalam kumpulan Facebook membolehkan pelajar dan pengajar
berkongsi gambar, video, dan juga untuk membuat pengumuman berkaitan pembelajaran dan
secara automatik pos-pos tersebut akan muncul di dalam Dinding kumpulan Facebook yang
mana ianya memudahkan para pelajar dan pengajar untuk mengikuti perkembangan aktiviti
di dalam kumpulan tersebut (Wang, Woo, Quek, Yang, & Liu, 2012). Ciri-ciri Facebook yang
seakan-akan sama dengan E-pembelajaran yang lain membolehkan Facebook menjadi alat
pembelajaran atas talian alternatif selain daripada E-pembelajaran lain yang sedia ada
(Meishar-Tal, Kurtz, & Pieterse, 2012).
2. Whatsapp sebagai alat pendidikandi luar bilik darjah
Whatsapp dicipta pada tahun 2009 oleh Jan Koum dan Brian Acton (Albergotti, MacMillan
& Rusli, Evelyn, 2014) yang sebelum ini telah mencipta Yahoo (Eric, 2012). Ia bermula di
pasaran sejak tahun 2010 dan dibangunkan terutamanya untuk tujuan menggantikan platform
SMS yang sedia ada dengan memberikan caj perkhidmatan yang bebas. Bagi tujuan
menghantar dan menerima mesej sama ada di antara kumpulan atau individu. Whatsapp
menyediakan pelbagai fungsi. Contohnya, fail, audio, imej yang dilampirkan kepada pautan
dalam mana-mana laman web dan fail video yang boleh dikongsi. Selain itu fenomena baru
baru ini adalah selari dengan Teori Pembelajaran Konstruktivis (Vygotsky, 1978). Teori ini
membincangkan bagaimana interakasi sosial antara pelajar dapat meningkatkan proses
perkongsian maklumat secara tidak langsung membantu membangunkan prestasi
pembelajaran pelajar. Aplikasi Whatsapp memudahkan kerjasama antara pelajar dan pengajar
dalam talian yang disambungkan dari rumah atau di mana-mana jua pun. Aplikasi ini bersifat
percuma dan mudah digunakan. Setiap orang boleh berhubung dengan aplikasi ini denga
segera dan boleh berkongsi maklumat mengenai pembelajaran dengan mudah melalui komen
dan mesej yang dihantar.
3. Aplikasi E-Learning dalam pendidikan di luar bilik darjah
E-learning membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan di luar
bilik darjah. Bahan pengajaran dan pembelajaran e-learning yang dirancang disediakan
secara profesional dan baik. E-Learning mengunakan ciri-ciri multimedia untuk
menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Pelajar boleh memilih masa,
kandungan serta mengikut kesesuaian mereka. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk bertanya
dan berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai.
Pertanyaan juga boleh dibuat dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan
teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. E-learning yang
diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik
untuk rujukan pelajar, guru, mentor atau fasilitator. Segelintir pelajar-pelajar sekolah di
Malaysia sudah mula menggunakan internet sebagai sumber maklumat yang penting. Mereka
juga sudah didedahkan kepada bahan e-learning yang ada di pasaran tempatan. Ada juga
pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka
melalui rakan sebaya di dalam chat groups atau buletin boards. (Alam Pendidikan Bulletin
Board, 2001: Tan,). Tambahan pula, kejayaan agendae-learning kebangsaan (NITA) banyak
bergantung kepada perlaksanaan ICT di sekolah. Jika pelajar dapat dibimbing untuk
menggunakan e-learning dengan cara berfaedah maka ianya akan dapat membantu
mengurangkan penggunaan elemen negatif yang lain.

Você também pode gostar