Você está na página 1de 3

SOALAN 2: AZLIN DAN ANIS

Analisis 3 daripada 9 elemen Pembelajaran Matematik Awal Kanak-kanak yang sama


atau beza dalam Kurikulum Permata Negara dengan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK).

AZLIN

3 elemen Pembelajaran Matematik Awal Kanak-kanak dalam Kurikulum Standard


Prasekolah Kebangsaan yang saya akan analisiskan ialah pertama elemen pengalaman
pranombor, elemen konsep masa dan waktu serta elemen bentuk dan ruang. Semua elemen
ini penting untuk meningkatkan tahap kognitif kanak-kanak dan pada masa yang sama,
elemen ini juga dapat membantu guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dengan tahap kanak-kanak berdasarkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS).

Elemen pertama ialah pengalaman dan nombor, konsep pranombor perlu dipelajari
oleh kanak- kanak sebelum mereka boleh menggunakan konsep nombor keseluruhannya
dengan betul. Pendedahan awal konsep pranombor kepada kanak-kanak adalah penting
bagi membina sikap positif terhadap Matematik. Contohnya guru boleh menggunakan
konsep pranombor pengelasan, iaitu menggunakan warna sebagai objek untuk kanak-kanak
tersebut mengelaskan warna yang dipilih oleh mereka masing-masing. Melalui aktiviti ini
kanak-kanak tersebut dapat mengenal warna dan dapat membezakan warna-warna yang
ada disekeliling mereka.

Selain itu elemen konsep masa dan waktu. Masa dan waktu adalah satu konsep yang
abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Konsep masa juga berkait rapat dengan
turutan atau seriasi. Turutan peristiwa merupakan salah satu contoh aktiviti yang boleh
dilakukan kepada kanak-kanak prasekolah. Contohnya turutan peristiwa sebelum, semasa
dan selepas membuat sandwish. Cara-cara semasa menunjukkan kanak-kanak membuat
sandwish dapat membantu guru membuat penilaian terhadap murid sama ada menugusai
konsep masa dan waktu atau tidak.

Elemen ketiga ialah bentuk dan ruang. Merujuk kepada konsep bentuk dan ruang
ialah sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang, atas, bawah, sisi,
tengah, luar, dan dalam. Kanak-kanak perlu memahami dan membina perkaitan ruang
melalui aktiviti yang diberikan oleh guru. Contohnya, mengisi dan mengosongkan kotak
dengan barangan mainan. Guru perlu pandai dalam menerapkan pengajaran bantuk dan
ruang semasa kanak-kanak tersebut menyimpan barang mainan. Selain itu, aktiviti origami
juga dapat membantu kanak-kanak memahami tentang bentuk dan ruang. Hal ini kerana
ruang yang ada pada kertas tersebut akan berkurang apabila semakin banyak lipatan
dilakukan.

ANIS

Pertama, persamaan yang terkandung dalam kandungan kurikulum pembelajaran matematik


awal dalam pendidikan awal kanak-kanak berdasarkan kurikulum PERMATA Negara dan
KSPK ialah masa dan waktu. Hal ini dapat dirumuskan bahawa pembelajaran konsep masa
dan waktu mempunyai kaitannya tersendiri di mana di PERMATA Negara murid mempelajari
konsep masa terlebih dahulu seperti kanak-kanak dapat membezakan antara pagi,
tengahari, petang dan malam. Contohnya, Saya makan nasi goreng pagi tadi. Dalam KSPK
pula, konsep masa dan waktu boleh difahami dalam konteks kehidupan seharian iaitu murid
dapat menyatakan waktu dalam sehari, menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan,
menyatakan bulan dalam setahun dan dapat menghubungkaitkan waktu dengan peristiwa
yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Contohnya, Cikgu, petang semalam
saya terjatuh dalam longkang.

Oleh sebab itu, guru boleh mengaplikasikan perkara berikut terhadap kehidupan
seharian kanak-kanak dengan lebih jelas. Hal ini ditegaskan menurut Charesworth (2005)
bahawa pemahaman murid dalam elemen konsep masa dan waktu telah dikuasai
sepenuhnya apabila murid tersebut dapat menghubungjalinkan waktu dengan peristiwa yang
telah berlaku kepadanya seperti Setiap hari saya bangun pagi pukul 6 setengah pagi. Hal
ini dapat saya rumuskan bahawa penggunaan masa dan waku dapat diaplikasikan dalam
kehidupan seharian kanak-kanak sama ada mereka berumur 0 hingga 8 tahun.

Selain itu, terdapat persamaan kedua di antara elemen pembelajaran matematik awal
dalam Kurikulum PERMATA Negara dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) dari segi elemen ruang. Menurut Rohani Abdullah etc (2003) kedudukan tempat
meletak beg juga ada konsep atas dan bawah, kiri dan kanan boleh digunakan untuk
memperkenalkan konsep ruang kepada kanak-kanak. Rutin ini kerap kali diulang sepanjang
mereka berada di pusat asuhan, prasekolah atau di sekolah untuk memudahkan kanak-
kanak ini mengingati apabila diperkenalkan dengan sesuatu konsep baru seperti konsep
ruang tadi.
Teori pembelajaran konstruktivis kognitif Bruner menurut Norly Jamil & Mahani Razali
(2008) berpendapat bahawa pada peringkat awal, kanak-kanak kebiasaannya belajar melalui
peringkat enaktif. Pada peringkat ini, kanak-kanak haruslah diberi pengalaman yang kukuh
tentang sesuatu pembelajaran supaya semua aktiviti yang dipelajarinya tersimpan dalam
jangka masa yang panjang. Hal ini menunjukkan bahawa pembelajaran konsep ruang juga
dapat diajar dalam rutin aktiviti harian meletak beg dengan menggunakan persekitaran yang
sedia ada. Baroody dan Benson (2001) menyatakan bahawa dalam menjalani rutin
kehidupan seharian, banyak perkara yang dapat dikaitkan dengan pembelajaran matematik
khususnya awal nombor yang mana menjadi asas untuk mempelajari konsep-konsep lain
dalam matematik.

Seterusnya, bagi perbezaan elemen kandungan kurikulum pembelajaran matematik


awal dalam pendidikan awal kanak-kanak dalam PERMATA dan KSPK ialah konsep
nombor. PERMATA hanya menitikberatkan bilangan nombor dari 1 hingga 10 sahaja
manakala bagi KSPK konsep nombor yang dipelajari mengikut standard kandungan KSPK
memahami nombor 1 hingga 10, mengetahui sifar, memahami nombor 11 hingga 20 dan
memahami siri 10 hingga 100.

Secara keseluruhannya saya mendapati bahawa aktiviti rutin harian sama ada di
pusat asuhan, prasekolah mahupun di sekolah mampu dijadikan permulaan sebagai
pembelajaran awal kepada kurikulum matematik awal dalam pendidikan awal kanak-kanak
dengan menggunakan konsep secara informal kepada kanak-kanak berusia 0 hingga 6
tahun. Malahan, menurut Nurul Aminah Mohd Razali & Zaidatun Tasir (2008) bahawa kanak-
kanak mudah menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar menggunakan
pelbagai bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka.

Você também pode gostar