Você está na página 1de 2

Apam polkadot, dotdot, angrybird, ladybird, strawberi dan ntah apa-apa lagi namanya resepinya tetap

sama heeee......

Letakkan paper cup dlm bekas lompang....yg ini mamamimi guna bekas
lompang yg besar

Isi separuh adunan dlm paper cup kemudian sedikit filling dan tutup kembali
memenuhi paper cup

Kemudian puan-puan bolehla menggunakan skill melukis anda ye...lukis


daun pastu dotdot kan tuk biji strawberi....senang kan....

Tara......selepas 15 minit apam anda menjadi dan boleh la dingapp........

APAM STRAWBERI
Bahan-bahannya:

140 gm tepung gandum


1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus

75 ml susu segar atau susu cair


2 biji telur
1 sudu kecil ovelette

1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi


Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun

Sedikit pewarna merah - untuk strawberi

Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi

30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur dan gula halus sehingga kembang


2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan dengan
susu segar

3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:

Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.

Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan
menyebabkan apam tidak cantik

Você também pode gostar