Você está na página 1de 3

Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya

Minit Mesyuarat Panitia Geografi 3/2017

Tarikh : 15 Ogos 2017


Tempat : Kantin SMK Petra Jaya
Masa : 1.30 - 3.00 petang

KEHADIRAN:
Semua ahli panitia Geografi SMK Petra Jaya hadir.

1.0 Ucapan Pengerusi


Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran guru. Pengerusi
mengingatkan guru-guru tentang dasar-dasar KPM termasuklah perkara yang berkaitan
dengan buku rekod mengajar guru. Pengerusi mengingatkan guru-guru agar sentiasa
merujuk pekeliling terutamanya yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Tindakan: Makluman

2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lalu


Disahkan oleh En. Mat Arif Hj. Saan dan disokong oleh Pn. Juneh Ismail.
Tindakan: Makluman

3.0 Perkara Berbangkit.


3.1 Format soalan Ujian/Peperiksaan adalah 60% + 40% untuk tingkatan 1,2 dan 3.

3.2 Kerja Kursus/Kerja Lapangan perlu dilaksanakan sebagai latihan untuk PT3.

3.3 Kerja Lapangan untuk tingkatan 1 dinilai berdasarkan pencapaian band (rujuk
deskripter tingkatan 1.
Guru berkenaan perlu menyediakan surat kebenaran sekolah/ibu bapa demi
menjamin keselamatan pelajar.

3.4 Aktiviti Minggu Panitia Geografi bertemakan bulan kebangsaan.


Tingkatan 1,2,3 - Permainan.
Tingkatan 4 - Pertandingan membuat model.
Tindakan: Makluman

4.0 Isu-Isu Pengurusan Panitia


4.1 Pengemaskinian Fail Panitia.
Fail Panitia (minit mesyuarat, sukatan , DSKP)
Fail PBS (soalan/latihan/markah PBS)
Fail Kerja Kursus PT3/Kerja Lapangan
Fail KSSM (DSKP)
Pengerusi mengingatkan semua ahli panitia supaya bertanggungjawab atas fail
masing-masing.

Tindakan: Semua Guru


4.2 Program Peningkatan Prestasi PT3 dan SPM 2017
PT3 hanya akan melibatkan Kerja Kursus sahaja dan pelajar perlu dilatih untuk
menghasilkan kerja kursus seawal di tingkatan 1. Manakala untuk program peringkat
SPM dicadangan ceramah teknik menjawab kertas 2 SPM dan Klinik Geografi yang
dikendalikan oleh guru panitia geografi SMK Petra Jaya
Tindakan: Semua Guru

4.6 Pelaksanaan PBS Tingkatan 1 dan 2/ Pencapaian Band


PBS akan dilaksanakan seperti biasa untuk Tingkatan 1,2, dan 3. Markah akan
direkod secara offline. Format perekodan akan disediakan oleh pihak sekolah/JPN.
Juga boleh dimuat turun dari geografismkpj@yahoo.com.
Tindakan: Semua Guru

4.7 SAPs/Analisis Item/Headcount


Analisis Item hanya melibat tingkatan 5 sahaja. TOV/ETR dibuat
berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun - untuk semua tingkatan.
Tindakan: Semua Guru

4.8 Pemantauan PdP /Latihan Pelajar


Guru akan memantau dan menyemak hasil kerja pelajar. Kebanyakan latihan
pelajar adalah berdasarkan latihan PBS.
Tindakan: Semua Guru

4.9 Pelan Strategik/Pelan Taktikal/Pelan Operasi


Pengerusi menyatakan pelan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi perlu dibuat
.Pengerusi mengingatkan pelan-pelan tersebut perlu dibuat supaya dapat
mempastikan program yang dilaksanakan dapat memberi impak yang besar terhadap
kecemerlangan prestasi pelajar.
Tindakan: Semua Guru

5.0 Hal-hal lain


5.1 Aktiviti Tahunan Panitia Geografi SMK Petra Jaya
Bulan Geografi ialah pada Mei 2017. Aktiviti Bulan Geografi akan dibincang
kemudian.

5.2 Bilik Geografi


Panitia berusaha untuk memohon sebuah Bilik Geografi daripada pihak pengurusan.

4.2 Pelaksanaan PBS Tingkatan 1 dan 2/ Pencapaian Band


PBS akan dilaksanakan seperti biasa untuk Tingkatan 1,2, dan 3. Markah akan
direkod secara offline. Format perekodan akan disediakan oleh pihak sekolah/JPN.
Juga boleh dimuat turun dari geografismkpj@yahoo.com.

Tapak markah PBS tingkatan 3 diisi di Bilik Peperiksaan.


Tapak markah PBS tingkatan 2 diisi di Bilik Guru.
Tapak markah PBS tingkatan 1 diisi dan disimpan dahulu oleh guru kelas
masing-masing.
Tindakan: Semua Guru

5.0 Hal-hal lain


5.1 Tingkatan 3 perlu juga melaksanakan Peperiksaan Percubaan PT3 (ujian bertulis).

Mesyuarat ditangguhkan jam 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.. ...
(Azizah@Aziah Binti Husaini) (Manibalan A/L Velu Marimuthu)
Setiausaha Panitia Geografi Ketua PanitiaGeografi
SMK Petra Jaya SMK Petra Jaya

Você também pode gostar