Você está na página 1de 5

Rujukan : FBA/CG/SEPT17/ST/( )

Tarikh :

Kepada:
______________________
______________________
______________________
______________________
______________________

Melalui:
Encik Mohamad Hafiz Rosli
Penasihat
Program Kepimpinan, Kuasa dan Etika Ke Arah Transformasi 2017
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FBA)
Universiti Selangor
Jalan Zirkon A7/A Seksyen 7
40000, Shah Alam
Selangor

Tuan/Puan,

PERMOHONAN TAJAAN BAGI PROGRAM KEPIMPINAN, KUASA DAN ETIKA KE


ARAH TRANSFORMASI 2017 ANJURAN FAKULTI PERNIAGAAN DAN
PERAKAUNAN, UNISEL

Perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk maklumat tuan/puan, organisasi kami akan mengadakan program di atas pada 16
Disember 2017 (Sabtu) bertempat di Dewan Pro Canselor, Unisel Shah Alam. Program ini akan
dihadiri oleh pelajar daripada kursus Corporate Governance (PLS 3343) dan Negotiation Skills
(PMS 2233).

Objektif utama program adalah untuk memperkenalkan konsep Smart Selangor yang diterajui
oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor kepada para mahasiswa. Pengenalan ini akan
memberi manfaat dan nilai tambah kepada pengetahuan mahasiswa berhubung dengan
pengurusan negeri yang cekap dan bekebajikan terhadap rakyat dengan mengutamakan aspek
moral dan etika.

Objektif program ini adalah bagi membentuk sahsiah, moral dan etika yang terpuji dalam diri
mahasiswa daripada sudut kerohanian, jasmani, mental, kepimpinan, kemasyarakatan dan
kesukarelawan. Dengan adanya ciri-ciri ini, akan membentuk satu kekuatan dalam mengerakkan
transformasi kearah yang lebih maju.

Faculty of Business and Accountancy


Jalan Zirkon A 7/A, Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor
[Web]: http://fba.unisel.edu.my
Selain itu, melalui program ini juga mahasiswa boleh memahami dan mempraktikkan peranan
sebagai seorang pemimpin yang berkalibar dalam membuat keputusan dengan memastikan
keputusan tersebut mempunyai nilai kelangsungan dengan mengambil kira aspek moral dan
etika.

Justeru itu, pihak kami amat berbesar hati menerima sebarang tajaan daripada syarikat tuan/puan
sama ada dalam bentuk kewangan mahupun barangan (benefit-in-kinds). Pakej penajaan kami
boleh disesuaikan secara khusus sesuai dengan strategi pemasaran korporat tuan/puan.

**Sila rujuk mengenai pakej penajaan di Lampiran I, II dan III

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej penajaan, sila hubungi urusetia yang berkenaan:

1) Nama : ___________________________
Jawatan : ___________________________
No. Tel : ___________________________
Emel rasmi : kepimpinan.kuasa.etika@gmail.com

Sekian Terima Kasih,

Yang Ikhlas,

Norul Atiah binti Osman


Pengarah Projek
Program Kepimpinan, Kuasa
dan Etika Ke Arah Transformasi 2017
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan
UniversitI Selangor
Emel : kepimpinan.kuasa.etika@gmail.com

s.k. : 1. Penasihat Program


2. Setiausaha Program

Faculty of Business and Accountancy


Jalan Zirkon A 7/A, Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor
[Web]: http://fba.unisel.edu.my
Pakej Tajaan Kewangan Lampiran I

Gold Silver Bronze


Manfaat Tajaan
Sponsor Sponsor Sponsor

Nilai Tajaan RM 1,060 dan


RM 5,300 RM 3,180
(termasuk 6% GST) ke bawah

Jumlah Penaja 1 2 Tidak terhad

Logo pada banner/bunting Ya Ya Ya

Logo pada Buku Program Ya Ya Ya

Logo pada media sosial


(TvUnisel, FB page, Ya Ya Ya
Instagram, etc.)

Iklan berwarna pada Buku 2 muka surat 1 muka surat


Tidak
Program penuh penuh

Tapak Booth 2 tapak 1 tapak Tidak

Video pengiktirafan
Ya Ya Ya
(acknowledgement)

Nota:
Buku Program: saiz A5 (14.5 cm x 21.0 cm)
Min resolusi grafik: 300 pixels/inch
Sila beri Logo anda dalam bentuk JPEG dan AI format

Faculty of Business and Accountancy


Jalan Zirkon A 7/A, Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor
[Web]: http://fba.unisel.edu.my
Pakej Tajaan Barangan (Benefit-in-kinds) Lampiran II

Tajaan barangan akan digunakan oleh 120 peserta program dan VIP serta Fasilitator. Manfaat
tajaan akan dikategorikan mengikut jumlah nilai barangan tajaan. Sila hubungi urusetia yang
berkenaan untuk menyesuaikan pakej penajaan secara khusus sesuai dengan strategi pemasaran
korporat anda.

Goodies Bag and Buku Nota and


Hampers Makanan Minuman
Door Gifts Peralatan menulis
(RM 424) (RM 2,968) (RM 169.60)
(RM 1,431) (RM 124.55)

120 peserta 120 peserta


120 peserta
120 peserta 12 kumpulan 5 orang VIP 5 orang VIP
5 orang VIP
14 orang fasilitator 14 orang fasilitator

(Nota Penting: Perubahan produk tertakluk kepada permintaan syarikat tajaan. Perubahan nilai harga
tertakluk kepada saiz dan spesifikasi produk mengikut kenyataan syarikat tajaan. Nilai harga termasuk
6% GST)

Faculty of Business and Accountancy


Jalan Zirkon A 7/A, Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor
[Web]: http://fba.unisel.edu.my
Syarat-syarat dan terma penajaan Lampiran III

Penajaan tertakluk kepada konsep First Come, First Serve

Manfaat penajaan adalah seperti yang tertakluk dalam Lampiran I


(*sebarang perubahan akan diberitahu oleh pihak penganjur terlebih dahulu)

Tarikh tutup penajaan adalah pada 6 Disember 2017.

Nilai harga penajaan adalah termasuk sekali 6% GST.

Manfaat tajaan bagi Tajaan Kewangan akan dijalankan selepas pembayaran penuh
dibuat.

Pembayaran penajaan kewangan perlu dibuat paling lewat sebelum atau pada 8 Disember
2017 melalui penyataan dibawah:

Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD, SHAH ALAM BRANCH


Nama Akaun : UNISEL ACCOUNTING CLUB
Nombor Akaun : 12-038-02-578592-7

Pembayaran penajaan boleh dibuat terus melalui akaun kelab Unisel Accounting Club
dan sila emel kepada kami bukti pembayaran sebagai rujukan,
kepimpinan.kuasa.etika@gmail.com

Invois akan dikeluarkan atas permintaan syarikat penaja atau selepas pembayaran penuh
dibuat. Invois akan diberikan dalam masa 14 hari selepas pembayaran penuh diterima. Sila
hubungi urusetia yang berkenaan jika syarikat penaja tidak dapat membuat bayaran sebelum
tarik tutup pembayaran.

Faculty of Business and Accountancy


Jalan Zirkon A 7/A, Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor
[Web]: http://fba.unisel.edu.my

Você também pode gostar