Você está na página 1de 6

ANAK MUDA, BERHENTI JADI USAHAWAN!

Oleh:
Ahmad Farid Sainuri
Timbalan YDP ABIM Sabah
Exco Majlis Belia Sabah

Muhammad Yunus, Pengasas Grameen Bank dan penerima Anugerah Nobel Keamanan di
dalam Majalah Forbes Keluaran Khas Ulangtahun Ke-100 menyatakan manusia secara
fitrahnya adalah pemburu. Manusia memburu mencari makanan dan menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi. Manusia punya daya survival secara semula jadi untuk
bersaing untuk terus hidup. Maknanya hakikat kini dimana manusia mencari pekerjaan
adalah salah kerana sepatutnya fitrah kemanusiaan itu bersifat akomodatif iaitu
menyediakan peluang pekerjaan dan bukan mencari pekerjaan.

Mungkin kenyataan ini bersifat dangkal dan berbicara hanya dari sisi pandang
microeconomy yang tidak melihat realiti dan kemampuan orang kebanyakan yang tidak
mempunyai kemahiran dan kemampuan untuk memulakan perusahaan sendiri. Namun
begitu, ianya adalah releven untuk dihujahkan apabila mengenang nasib anak muda belia
Negara ini masih yang kepayahan mencari peluang pekerjaan.

Kenapa perlu penciptaan perusahaan baharu? Kenapa tidak boleh perbanyakkan peluang
pekerjaan daripada perusahaan sedia ada?

Bagi memudahkan pemahaman, bayangkan terdapat 5 orang dewasa di sebuah padang


ragut yang tumbuh menghijau dengan beberapa ekor lembu tenusu. Tidak ada kedai, tidak
ada apa - apa. Cuma 5 orang dewasa, dipadang ragut bersama beberapa ekor lembu,
berjiran dengan kampung sebelah yang sudah maju tetapi tidak memerlukan pekerja
baharu.

Sekiranya kitaran ekonomi tidak berlaku di padang ragut tersebut, adakah akhirnya mereka
berlima akhirnya akan jadi perompak berkumpulan merompak di kampung sebelah?
Nauzubillah.
Bagaimana sistem ekonomi di padang tersebut akan berkembang jika kelima - lima orang
dewasa ini terus menerus menunggu dan mencari peluang pekerjaan yang belum wujud?
Perlulah ada tindakan bersifat keusahawanan" untuk memulakan kitaran ekonomi bukan?
Barangkali salah seorang daripada mereka boleh mula memerah susu lembu untuk dijadikan
minuman. Yang kedua boleh membeli susu tersebut untuk dijadikan yogurt dan keju. Yang
ketiga pula membeli yogurt dan keju untuk dijual di kampung sebelah. Dewasa yang
keempat pula mengutip najis lembu untuk dijadikan baja dan dijual kepada yang kelima yang
megusahakan ladang sayuran. Dan akhirnya barulah perusahan itu kian membesar dan
memberi peluang pekerjaan kepada anak - anak kelima - lima orang dewasa ini.

Kalau peluang pekerjaan tidak ada, kenapa perlu dicari? Kenapa tidak dicipta?

Haris Harun di dalam Manifesto Sekolah Masa Hadapan (2017, ABIM Selangor) menulis
persaingan graduan segar dalam mendapatkan tempat didalam mana - mana organisasi
kerajaan mahupun swasta semakin terhad apabila umur persaraan untuk pegawai kerajaan
dinaikkan dan apabila graduan segar ini mencuba nasib di sektor swasta, lambakan pekerja
berpengalaman yang telah dilepaskan dek krisis ekonomi pula membanjiri pasaran dengan
resume yang lebih menarik berbanding graduan segar.

Jadi harus bagaimana? adakah perkara ini akan terus menerus dibualkan dan diforumkan
sahaja?

FAHAMI KONSEP

Pertamanya perlulah difahami konsep keusahawanan itu bukan terhad kepada aktiviti
menjadi seorang pengusaha yang berjual barang atau menawarkan perkidmatan.
Keusahawanan itu adalah sikap dalam menghadapi permasalahan. Sikap ini bukan setakat
menjadikan seseorang itu mempunyai daya survival yang tinggi dalam menjayakan
perusahaan, malah dalam apa jua bidang sekalipun. Jadi jangan tersilap dalam menafsir
konsep keusahawanan kerana ianya signifikan sebagai satu karekteristik penting dalam
kalangan belia zaman kini. Tanpanya, belia tidak akan mampu bersaing dengan Artificial
Intelligence dan Computerized Automation dalam revolusi Perindustrian 4.0. Kita akan
tewas dengan ciptaan kita sendiri.

Kedua, dalam konsep preneurship", ada pelbagai kategori berbeza. Preneurship boleh
dipecahkan kepada beberapa kategori termasuklah entreprenuership, intraprenership,
interpreneurship dan innerpreneurship. Malah prenuership tidak terhad kepada
pengkatogerian ini sahaja. Terdapat banyak lagi preneurship yang baharu ditemui atas daya
kreativiti pengusaha - pengusaha. Antaranya Etsypreneurship, Halalpreneurship dsbgnya.
Dalam permasalahan belia masa kini, wajar untuk ktia fahami apakah bezanya
Entrepreneurship dan Intrapreneurship. Gifford Pinchot dalam bukunya Intraprenuering
menyatakan bahawa Intraprenuering ini adalah tindakan bertindak sebagai seorang
usahawan didalam organisasi yang bukan dimiliki oleh diri sendiri.

Semua ini hanya berlaku apabila pekerja bertindak sebagai seorang pemilik dan memiliki
rasa sebagai pemilik. Bukan sahaja di peringkat atasan pengurusan, malah di dalam
kalangan setiap kakitangan di semua peringkat. Act as an owner dan ownership at all level.

Dalam erti kata yang lain, seorang Intrapreneur kebiasaannya mampu untuk menjadi
seorang CEO yang sangat baik. Tetapi apabila disuruh membangun syarikatnya sendiri,
hatta membuka kedai pisang goreng ditepi jalan pun mungkin tidak akan berjaya.
Sedangkan beliau mampu untuk memajukan perniagaan bernilai jutaan dolar.

Intrapreneuer mampu untuk membangun sesuatu perusahaan yang telah siap dibangukan
ke peringkat yang lebih tinggi. Kitarannya boleh disimpulkan sebagai Entreprenuer
membangun organisasi, Intraprenuer memajukan organisasi. Kedua - dua prenuer ini adalah
ko relatif dimana keduanya saling memerlukan.

Usahawan Entre atau entrepreneur pula mampu untuk beraksi di dalam organisasi luar
ataupun organisasi yang dibangukan sendiri. Akan tetapi usahawan entre ini selalunya
mempunyai visi tersendiri yang tidak dapat di align dengan visi organisasi luar yang
akhirnya mengakibatkan mereka lebih suka untuk membangun perusahaan sendiri. Hal ini
bukanlah sesuatu yang negatif kerana entreprenuer memahami konsep gratifikasi
bertangguh yang membolehkan mereka meninggalkan sesuatu yang bernilai hanya kerana
tidak selari dengan visi peribadi. Impian mereka lebih besar jika dibandingkan dengan apa
yang telah ditawarkan kepada mereka.

Masalahnya timbul apabila konsep keusahawanan ini tidak menjadi sebuah ekosistem di
dalam pembangunan sahsiah dan pendidikan anak anak remaja. Hinggakan kita sebenarnya
bukan sahaja tidak berjaya melahirkan entre, intra, inter, etsy, halal preneur.. malah apa -
apa preneurship pun masih gagal dilahirkan. Jika ada sekalipun, jumlahnya terlalu sedikit
walhal, industri memerlukan golongan ini seramai yang mungkin!

KELAHIRAN SEMULA
Di dalam Al Quranul Karim, telah disebutkan perkataan At- Tijarah (Perniagaan) sekurang -
kurangnya 8 kali. Walaupun bukan semua ayat mengisahkan perihal jual beli, kewangan
mahupun ekonomi secara literal, akan tetapi ianya menjadi konotasi penting kenapa tuhan
membandingkan perniagaan dengan sesuatu yang sangat agung dan suci iaitu keredhaan
Allah SWT?

Pastinya kerana perniagaan itu terlalu signifikan dengan jerih payah, pengorbanan, usaha
dan kerja keras. Kalau berjaya, luarbiasa nikmatnya dan kalau gagal, sakitnya tidak semua
bisa telan. Akan tetapi, Allah SWT dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Pengasihnya
memberi jaminan bahawa perniagaan ini, kalau dijalankan, pasti menguntungkan, mustahil
rugi. Perniagaan itu adalah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya
dengan harta dan jiwa. (Surah As Sof: 10-12). Kesimpulannya, ber-usahawan di dunia itu
adalah keperluan, tetapi berurus niaga dengan tuhan, itu adalah suatu kewajiban.

Kiranya dirujuk kepada ahli psikolgi Maslow yang terkenal dengan Maslow Hierarchy of
Needs, kemuncak keperluan-motivasi seseorang individu itu adalah Self Actualization.
Jika teori ini disandarkan kepada ajaran Islam, peringkat ini adalah kesedaran aqal dalam
memahami konsep ketuhanan yang sebenar. Kerana diperingkat itulah terletaknya
penerimaan hakikat (acceptance of facts). Maka tanpa persekitaran fisiologi yang lengkap,
keselamatan yang mengamankan, rasa memiliki dan dimiliki / cinta, keyakinan pada diri
sendiri, seseorang itu akan kepayahan untuk mencapai tahap Aktualisasi Diri.

Apa kaitannya dengan keusahawanan?


Menyediakan keperluan asas seperti yang telah dicarta kan oleh Maslow, memerlukan daya
survival dan kebolehan menyelesaikan permasalahan. Sekiranya tiada sumber pendapatan,
bagaimana keperluan fisiologi manusia boleh dipenuhi? Makannya bagaimana? Tidurnya
beratap atau pun tidak? Keselamatan dirinya bagaimana? Mampu atau tidak untuk membina
keluarga? Maka dengan segala ketidakcukupan ini, boleh jadi seseorang itu akan gagal
mencapai kesedaran aqal sebagai seorang hamba ciptaan tuhan. Implikasinya? Berlakulah
segala kepincangan dan kerosakan masyarakat.

Aktualisasi Diri adalah peringkat dimana seseorang usahawan itu telah menggapai maksud
sebenar tujuan penciptaan dirinya di muka bumi. Apakah peranannya sebagai Khalifah
kepada manusia lain? Apakah tanggungjawabnya kepada alam sekitar? Apakah
pendiriannya terhadap diskriminasi dan penindasan?

KEBEBASAN KEWANGAN VS FILONTROPI


Financial freedom ataupun kebebasan kewangan merupakan frasa yang kerap dicanang
kepada mereka yang telah terikat dengan bebanan hutang. Harapan yang dijual adalah
untuk membebaskan diri daripada hutang daripada institusi kewangan berdaftar mahupun
tidak berdaftar. Akan tetapi, matlamat ini terlalu bersifat individualistik dan hanya bersifat
me, myself and I. Aku bebas dari hutang, aku bahagia. Aku boleh beli rumah tunai, aku
boleh beli kereta import bayar 2 tahun langsai. Sedangkan dia tidak sedar dia hanya
pemegang amanah (harta) milik Allah SWT yang seharusnya dibelanjakan bukan sekadar
untuk dirinya, akan tetapi untuk maslahah umum. Oleh itu, kebebasan kewangan tidak wajar
dijadikan matlamat akhir seorang usahawan muda. Usahawan muda perlu akhirnya menjadi
ahli filontropi.

Apa bezanya seorang dermawan dan seorang ahli filontropi?

Dermawan memberi ikan kepada yang memerlukan. Tetapi ahli filontropi menyediakan
prasarana atau institusi yang membekal joran, umpan, kemahiran dan bot untuk memancing
ikan. Disamping itu, disiapkan juga pemborong untuk membeli hasil tangkapan untuk
dipasarkan di luar. Dalam pengertian yang lain, ahli filontropi menggunakan seluruh
jaringan, harta dan pengaruh yang dimiliki untuk menyelesaikan permasalahan sosial yang
mengakar. Bukan setakat mencantas dahan dahan yang buruk.

Bayangkan jika dalam setiap 1,000 graduan segar yang menjadi usahawan, 10 orang berjaya
mengembangkan perniagaan dan menjadi seorang ahli filontropi. Kalau kita ada 100,000
usahawan? Kita ada 1,000 ahli filontropi yang siap sedia untuk berkhidmat kepada
masyarakat dengan seluruh tenaga dan harta yang mereka ada. Pastinya dunia ini menjadi
tempat yang lebih indah untuk didiami, InsyaAllah.

Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan


(Al Baqarah: 148)

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan
tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada
Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya
(Al Maidah 5H2)

Você também pode gostar