Você está na página 1de 4

NOR SYAMIMI SYAZWANI BINTI MOHD AMIN (BA15110409)

PRINSIP ETIKA ALAM SEKITAR

Prinsip merujuk kepada dasar atau asas yang menjadi pokok kepada suatu pemikian, kajian
dan tindakan. Secara umumnya ia adalah sebuah garis panduan ataupun pertimbangan
seseorang individu apabila berhadapan terutamanya mengenai alam sekitar. Kemorosotan
alam sekitar yang berlaku telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sejak tahun
1976 lagi. Keadaan ini berlaku rentetan daripada faktor perkilangan, perindustrian,
pembalakan, dan sebagainya. Oleh itu, prinsip etika alam sekitar dilihat sesuai untuk dijadikan
pegangan budaya masyarakat adalah membangun prinsip keadilan, membangun sifat tidak
merosakkan alam sekitar, membangun budaya menghormati alam dan membangun
tanggungjawab moral.

1) Membangunkan Prinsip Keadilan

Menurut Hasan Basri, Sofiah Atiqah dan Tuan Pah Rokiah (2012) menjelaskan bahawa prinsip
keadilan boleh diertikan sebagai hak yang sama dalam satu kelompok masyarakat dalam
menentukan pengagihan sumber alam. Perkara ini meliputi hak dari segi pembangunan iaitu
pihak kerajaan dituntut memberi peluang dan hak kepada semua anggota masyarakat
khususnya dari segi pengagihan manfaat ekonomi yang dihasilkan dari sumber alam sekitar.
Perlaksanaan ini, mengambil beberapa langkah yang pertama, prosedurnya perlulah terjamin
keadilannya yang meliputi konsep sama rata. Kedua, layanan yang sama tanpa membezakan
gender dalam bidang alam sekitar. Ketiga, beban dan manfaat yang didapati dari sumber alam
perlulah mempunyai kesamarataan antara satu kelompok dengan kelompok masyarakat yang
lain. Kesamarataan yang dimaksudkan adalah merangkumi keperluan hidup iaitu udara bersih,
makanan, bekalan air bersih dan perlindungan dari bencana alam. Oleh hal yang demikian,
prinsip memainkan peranan yang amat penting dalam menjamin kesejahteraan alam sekitar
dapat dinikmati bersama.

2) Membangunkan Sifat Tidak Merosakkan Alam Sekitar

Sifat negatif membawa maksud sikap atau perangai seseorang individu dalam apa jua
tindakan khususnya terhadap alam sekitar. Berdasarkan konsep sikap negative berdasarkan
ini dapat dinyatakan manusia mempunyai sikap yang tamak terutama terhadap alam sekitar.
Hal ini demikian kerana sehingga kini manusia kekal rakus meneroka alam tanpa
menitikberatkan kesannya ia akan menyebabkan kerosakan alam sekitar yang meliputi
ekosistem alam sekitar. Sifat ini berkait rapat dengan prinsip biosentrisme dan ekosentrisme
iaitu manusia mempunyai kewajipan moral untuk melindungi alam sekitar iaitu alam semesta.
Menurut Left (2000), dalam buku Etika alam sekitar menyatakan bahawa manusia sebagai
salah satu anggota ekologi perlu memainkan peranan penting dan peka terhadap alam
sekeliling tanpa membezakannya antara satu sama lain. Pendapat beliau bertepatan dengan
Peter Singer dalam buku yang sama iaitu tujuan manusia diciptakan adalah untuk memberi
manfaat kepada seluruh alam semesta iaitu merangkumi tumbuhan dan binatang bagi
memenuhi keperluan hidup. Oleh hal yang demikian, bagi seseorang manusia mereka
seharusnya sedar akan kesan yang bakal mereka lalui sama ada masa singkat atau masa
panjang kerana memastikan alam sekitar adalah tanggungjawab manusia agaralam sekitar
terus terpelihara (Hasan Basri, Sofiah Atiqah dan Tuan Pah Roiah, 2012).
3) Membangunkan Prinsip Hidup Sederhana

Falsafah Deep Ecology ada menyatakan bahawa manusia perlu menghayati prinsip moral
hidup secara sederhana dan selari dengan alam sekitar atau alam semesta. Prinsip ini
menekankan pada nilai, kualiti, cara hidup, dan bukan kekayaan, sarana, standard material.
Sebagai contoh yang dapat dilihat kini kes penebangan dan pengeksploitasian sumber alam
secara berleluasa. Seandainya prinsip ini terus diamalkan oleh kontraktor yang
dipertanggungjawabkan melakukan proses pembangunan di sesuatu tempat, maka tidak akan
ada isu kerosakan alam sekitar yang kita lihat pada hari ini. Masalah dalam membangunkn
prinsip ini salah satunya adalah disebabkan oleh penguatkuasaan yang lemah dan kurang
ketegasan dalam perlaksanaan dan penyampainan. Oleh itu, kesannya, berlaku banjir kilat
dan tanah runtuh di kawasan tanah tinggi tersebut. Disamping itu, semua pihak perlu
mengutamakan prinsip kualiti hidup yang baik dimana ia tidak menjejaskan alam sekitar. Oleh
sebab itu, manusia perlu mengambil langkah dengan hidup secara sederhana supaya masalah
alam sekitar dapat dibendung akibat ketamakan manusia.

4) Membangunkan Prinsip Integriti Moral

Integriti menurut Kamus Dewan (2010), bermaksud kejujuran serta keadaan sempurna dan
utuh. Integriti moral membawa maksud sikap kerjasama dan amanah yang diamalkan
seseorang individu khususnya dalam isu alam sekitar. Prinsip ini terutama ditujukan pihak
yang terlibat dan dipertanggungjawabkan sebagai penguatkuasa alam sekitar perlulah
amanah dalam menjalankan tugas meskipun ia melibatkan orang kenamaan dan berpengaruh.
Pegawai kerajaan yang menguruskan alam sekitar seharusnya lebih peka dengan keadaan
sekeliling dengan melakukan pemeriksaan atau tinjaun berkala di kawasan pembangunan dan
industri atau premis-premis. Hal ini demikian supaya semua pihak mematuhi undang-undang
dan akur dengan peraturan yang ditetapkan untuk memelihara dan menjaga alam sekitar.
Oleh hal yang demikian, integriti perlu dibentuk dalam semua diri individu kerana ia mampu
membentuk sahsia diri yang baik sekaligus mampu berbakti kepada alam sekeliling.
ETIKA ALAM SEKITAR MENGIKUT PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

Berdasarkan Agama Islam dalam mempelopori isu alam sekitar yang merupakan salah satu
isu yang menjadi topik perbincangan di peringkat global sehingga ke hari ini. Isu yang timbul
berkaitan alam sekitar adalah seperti punca-punca pencemaran dan langkah yang perlu
diambil bagi mengatasi sesuatu isu alam sekitar. Perbincangan mengenai isu alam sekitar
banyak dibincangkan di Malaysia menerusi barisan Kerajaan dan NGO yang bekerjasama
dalam menjayakan dan mengambil inisiatif dalam isu ini. Sebagai contoh, penjagaan sungai,
udara dan tumbuhan yang merupakan sumber penting kepada manusia dan makhluk lain.
Walaubagaimanapun, penjagaan alam sekitar turut dititikberatkan dalam agama dan budaya
yang berbeza. Pengurusan ini meliputi pelbagai jenis agama seperti agama Islam, Kristian,
Hindu, Pagan dan lain-lain lagi.

Konsep Etika Alam Sekitar Perspektif Islam daripada Sudut Aqidah

Secara etimologisnya, Aqidah bererti ikatan, simpulan dan keyakinan manakala, pengertian
daripada sudut istilah adalah keyakinan atau keimanan. Secara umumnya Aqidah merupakan
asas dalam membentuk pengajaran dan menjadi pautan kepada semua ajaran dalam Islam.
Hal ini demikian kerana, aqidah merupakan hal yang mendasari seluruh aktiviti umat Islam
dalam kehidupan mereka. Aqidah secara bahasa berasal dari kata aqdan yang berarti ikatan,
adalah keyakinan yang tersimpul dengan kokoh di dalam hati, bersifat mengikat dan
mengandung perjanjian. Dalam ajaran agama Islam, aqidah Islam (al-aqidah al-Islamiyah)
merupakan keyakinan atas sesuatu yang terdapat dalam apa yang disebut dengan rukun
iman.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) pula, aqidah ialah rukun agama
yangg menjadi asas kepada keimanan yang diyakini. Setiap individu yang dilahirkan sebagai
khalifah perlu mempunyai aqidah supaya tidak melakukan kerosakan ke atas muka bumi ini.
Kepentingan aqidah dalam penjagaan alam sekitar ialah kepercayaan kepada Allah merupakan
teras kepada ajaran Islam dalam setiap urusan kehidupan seharian manusia. Melalui Aqidah
yang kukuh dan bersumberkan Al-Quran sebagai panduan, manusia akan menguruskan alam
sekitar dengan baik dan tidak menggunakan alam sekitar untuk kepentingan diri sendiri sahaja
tanpa memikirkan generasi akan datang.

Menurut Seyyed Hossein Nasr (1994) dalam buku yang bertajuk Islam dan Alam
sekitar menyatakan bahawa terdapat tiga tanggungjawab yang berkaitan dengan aqidah iaitu
tanggungjawab ubudiyyah, khalifah dan amanah. Tanggungjawab ubudiyyah ialah
melakukan amar maruf dan nahi mungkar dimana melakukan apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang. Sebagai contoh, jika kita mampu menggunakan kuasa untuk
mencegah penebangan hutan, itu adalah tanggungjawab ubudiyyah seorang manusia untuk
memantapkan aqidah dalam kehidupan seharian. Tanggungjawab khalifah pula ialah kita
hanya menjadi penguasa dan bukannya pemilik mutlak kepada alam. Oleh itu, jika kita
mempunyai tanggungjawab khalifah tersebut, kita tidak akan mencemarkan dan merosakan
alam kerana kita sedar bahawa ia bukan milik kita. Manakala tanggungjawab amanah pula
ialah kita menggunakan semua yang terdapat di muka bumi ini dengan menurut peraturan
yang diperintahkan oleh Allah yang telah dijelaskan dalam Al-Quran.
Jika manusia patuh terhadap setiap dalil-dalil Al-Quran berkaitan penjagaan alam sekitar,
kerosakan yang berlaku di muka bumi ini dapat dikurangkan. Namun, hakikatnya tidak ramai
manusia sedar betapa pentingnya alam sekitar kepada kita dan merosakannya sesuka hati
tanpa memikirkan pelbagai kesan yang akan timbul seperti tanah runtuh dan banjir yang telah
meragut beribu nyawa.

RUJUKAN

Mohd Nor Mamat. 2002. Jurnal Tasawwur Islam: Prinsip dan Etika Islam Dalam Pemuliharaan
Alam Sekitar. Shah Alam, Universiti Teknologi Mara.

Hazura Abu Bakar & Sharifah Norhaidah Syed Idros. 2007. Pemeliharaan Alam Tabii
Bersumberkan Pengetahuan Islam. Jilid 7, Bil. 1/2007. Universiti Sains Malaysia.

Imaaduddin Bin Abdul Halim. 2016. Analisis Tematik Tafsiran Ayat Al-Quran Berkaitan
Penjagaan Alam Sekitar. Universiti Sains Malaysia.

Dr. Marzuki M. Ag. 2009. Prinsip Dasar Akhlak Mulia Pengantar Studi Konsep-konsep Dasar
Etika Dalam Islam. Fakultas Ilmu Sosial dan Ekonomi Universitas Negeri Yogyajakarta.

Você também pode gostar